الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Bot laju penjajah tembak bot nelayan Gaza

12 Ogos 2010

RAFAH - Kejadian yang dilaporkan malam ini, bot-bot laju penjajah yang berkumpul di perairan laut bandar Rafah, selatan Gaza telah membedil beberapa buah bot nelayan Gaza dengan tembakan machine-gun.

Peta: Garisan merah adalah had kepada nelayan Gaza untuk mencari punca rezeki di laut. Had tersebut hanya 3 batu nautika dari pantai Gaza. Ketetapan ini adalah dari persepakatan perjanjian keamanan di Timur Tengah yang dimeterai antara bekas Menteri Luar Amerika, Condolezza Rice dengan bekas Menteri Luar Israel, Tsipi Livni semasa akhir perang di Gaza tahun lepas.

Wakil agensi berita safa berkata, bot-bot laju Israel membedil beberapa kali bot-bot nelayan Gaza dalam jarak yang dekat. Berikutan itu, sebahagian dari nelayan berkenaan terpaksa terjun ke laut.

Agensi berita melaporkan tiada sebarang kecederaan di kalangan nelayan-nelayan.

Sebagaimana dilaporkan, bot-bot nelayan Gaza kerap-kali diancam bot-bot laju Israel yang bertebaran di sepanjang perairan laut Gaza. Sebelum ini, laoran berita menyatakan ada kecederaan di kalangan nelayan malah nelayan Gaza turut mengalami kerugian akibat kerosakan bot-bot mereka. Sumber 12/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah terus bina tembok pemisah di selatan Khalil

KHALIL - Pihak Berkuasa Penjajah masih meneruskan pembinaan tembok pemisah di al-Dhahiriya, selatan Khalil yang berhampiran dengan penempatan Israel 'Eshkolot'. Di samping, itu penjajah membina sebahagian tembok berdekatan kampung 'منيزل' dan 'عرب الرماضين' di selatan Wilayah Khalil yang terletak di selatan Tebing Barat.

Sumber agensi safa menukilkan bahawa tentera penjajah terus menghimpit tanah pertanian Palestin dan membina sebahagian tembok yang lain berdekatan dengan pagar pemisah Tarqumiya di barat Khalil.

Ketika dihubungi, sepasukan tentera penjajah telah menangkap dua adik-beradik dari al-Dhahiriya setelah salah seorang darinya mengalami kecederaan akibat tindakan tentera penjajah yang melepaskan anjing polis seraya menerkamnya dan menggigit di beberapa bahagian anggota badannya.

Sebagaimana dimaklumkan, dua adik-beradik yang ditangkap itu, Jihad Ratib Ulyan Al-Jabbarain dan saudaranya Ahmad. Keduanya-duanya telah dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Sumber peta, google map. No.14 hijau adalah kedudukan al-Dhahiriya dan no.10 biru adalah kedudukan Eshkolot.

Laporan lain turut menyatakan, sepasukan tentera penjajah menangkap 2 lagi penduduk Palestin di kampung Al-surrah, selatan Khalil setelahmana rumah mereka dirempuh tentera penjajah. Setelah ditangkap, Ihab Muhammad Khalil Abu Hashim dan Izzat Abdul Aziz Abu Hashim dibawa ke arah yang tidak diketahui. Sumber 12/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Haniah hargai usaha Malaysia memecahkan sekatan

GAZA - Perdana Menteri Palestin Gaza, Ismail Haniah(gambar:arkib) menerima kunjungan dua delegasi dari Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(Mapim) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di pejabat kementerian di bandar Gaza.

Perdana Menteri Palestin mengalu-alukan lawatan dua delegasi Malaysia dan mengiktibarkan kunjungan tersebut adalah usaha yang jelas dari Malaysia dalam memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza yang sentiasa bersama-sama saudara mereka di Gaza.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia, Ismail Haniah mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan penduduk Malaysia. Tambahan pula dengan sokongan yang diberikan oleh Malaysia kepada penduduk Palestin mencerminkan semangat perpaduan Islam yang dimiliki. Lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan konspirasi penjajah.

Ketika menerima kunjungan dari delegasi Radig yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Penasihat Mapim, Muhammad Azmi Abdul Hamid atau dikenali cikgu Azmi, Haniah menyatakan hubungan Arab dan Islam dengan isu permasalahan Palestin amat mendalam, lantas menolak sebarang usaha yang cuba merenggangkan hubungan dan meminggirkan isu ini dari Arab dan Islam.

Ismail Haniah turut menegaskan Kerajaan Palestin dan penduduknya tetap berpegang dengan 'penentangan'(المقاومة) bagi membebaskan tanah-tanah dan kesucian Palestin. Malah, beliau mengungkapkan bahawa penentangan ini menunjukkan kuatnya pendirian Palestin dan menggagalkan komplot Israel.

Beliau menegaskan lagi, buat masa ini tidak wajar menziarahi Al-Quds yang berada di bawah jajahan penjajah kerana tindakan sedemikian memberikan pengiktirafan kepada Israel. Dan beliau mendesak kepada seluruh ulamak Islam patuh dengan fatwa Syeikh Dr.Yusof Al-Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulamak Islam Sedunia yang mengharamkan berkunjung ke Al-Quds yang berada di bawah cengkaman penjajah.

Projek besar di Gaza

Dari pihak Radig, cikgu Azmi menyatakan bahawa semua penduduk Malaysia berbaris di belakang masyarakat Palestin dan akan berterusan melakukan tindakan selagi yang boleh untuk bergembira bersama penduduk Palestin ketika beroleh kemenangan dan pembebasan. Berikutan itu, rombongan Radig berniat untuk menjalankan tujuh buah projek besar di Semenanjung Gaza sebagai sokongan kepada penduduk Palestin dan mengukuhkan lagi keazaman mereka.

Beliau menjelaskan, antara projek yang bakal diadakan adalah program berkembar yang menghubungkan masyarakat Palestin dan Malaysia.

Baca di sini:


Delegasi(konvoi/rombongan) Radig turut disertai anggota Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia(SHURA), Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan beberapa lagi wakil pertubuhan Malaysia.

Delegasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah

Dalam masa yang sama, Ismail Haniah turut menyambut kunjungan delegasi Malaysia dari Pertubuhan Bulan Sabit Merah tiba di Gaza dengan penyelarasan bersama Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin dan Kerajaan Palestin.

Ismail Haniah mengucapkan terima kasih kepada delegasi yang terdiri dari 67 orang sukarelawan yang berkunjung ke Gaza. Dari jumlah tersebut, 34 di antaranya adalah doktor yang memberikan khidmat perubatan dan psikologi. Jelasnya, tindakan tersebut membantu meningkatkan lagi moral di kalangan penduduk Palestin.

Di akhir pertemuan, Perdana Menteri Palestin mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Malaysia dan menyampaikan hadiah berupa cenderamata kepada anggota delegasi tersebut. Sumber 12/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Jentera perang Israel melepaskan bom cahaya

01.38 pagi, Palestin/Mesir. Menurut agensi berita safa melaporkan bahawa beberapa buah jentera perang penjajah dilihat mara di sempadan yang berhampiran perlintasan Karem Abu Salem. Di samping itu, jentera perang penjajah melepaskan tembakan bom-bom cahaya. Sumber 12/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS