Rejim zionis bedil Rafah, Khan Yunus
06 November 2010
Pemberita 'Safa' berkata, pesawat tempur zionis yang menyerang kawasan 'الزنة' di timur laut Khan Yunus mensasarkan sebuah tanah lapang. Dinyatakan, satu serangan misil dari pesawat zionis tidak mengakibatkan sebarang kecederaan.
Seiring serangan terbabit, sebuah lagi pesawat tempur jenis F-16 zionis telah mengebom terowong bawah tanah di kawasan 'يبنا' yang terletak di barat bandar Rafah. Serangan yang dilaporkan itu mengakibatkan seorang penduduk di lokasi berkenaan mengalami kecederaan ringan. Malahan turut mengakibatkan cermin tingkap beberapa buah rumah yang berhampiran pecah berikutan letupan yang terlalu kuat.
Menurut pemberita lagi, terowong bawah tanah yang menjadi sasaran serangan itu telah lama terbiar(ditinggalkan) kerana kerap dibom sebelum ini oleh pihak rejim zionis. Ketetapan bagi meninggalkan terowong tersebut dikeluarkan sendiri oleh pihak berautoriti yang berkaitan dengan pembinaan terowong bawah tanah. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps