الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label Abu Ali Mustafa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abu Ali Mustafa. Papar semua catatan

Satu keluarga terselamat dari pengeboman zionis

28 Januari 2012

Laporan jam 06:53 pagi, waktu Palestin
Jam 06:53 pagi, waktu Mesir

GAZA - Rumah jurulatih pasukan Persatuan Bola Sepak Shujaieyah, Haitham Hujjaj telah menjadi sasaran peluru meriam tentera zionis semalam, lantas mengakibatkan bahagian dapurnya musnah teruk.

Hujjaj ketika dihubungi agensi berita SAFA berkata, 'hanya perlindungan dari Ilahi sajalah yang menyelamatkan keluarganya dari menjadi mangsa pembunuhan setelahmana peluru meriam gugur ke atas rumahnya'. Pengeboman itu sejurus selepas ahli keluarganya selesai makan malam di dapur. Tambah Hujjaj, tembakan meriam secara rambang itu gugur di bahagian bumbung dapur, kemudian meletup.

Sebagaimana disebutkan, rumah Hujjaj terletak di sebelah timur Hayyu Shujaieyah berhampiran garisan sempadan bandar Gaza dari arah timur dengan tanah jajahan 1948. Jelas lagi, kawasan tersebut seringkali diancam peluru meriam kereta kebal zionis yang berkumpul di garisan sempadan.

Berhubung kejadian, Jawatankuasa Penerangan Kelab Persatuan Shujaieyah mengucapkan selamat kepada Hujjaj dan sekeluarga kerana terselamat dari pengeboman zionis ke atas rumahnya.

ABU ALI mengebom Nehal Auz

Dari sudut lain, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan bahawa pejuangnya telah menyasarkan empat tembakan peluru mortar jenis 'hawn 90 mm' ke kawasan Nehal Auz(Nahal Oz), tanah jajahan 1948.

Keterangan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita SAFA awal pagi ini(Sabtu, 28/01/2012) menjelaskan tentera rejim zionis turut dilihat mara ke kawasan berkenaan pada jam 10:50 malam semalam, lalu pejuang ABU ALI menyasarkan serangan peluru mortar ke atas tentera zionis.

ABU ALI MUSTAFA mengesahkan bahawa serangan ini respon balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Palestin malah juga sebagai mempertahankan tanah-tanah Palestin, Sambil itu, ABU ALI menegaskan penentangan tetap berterusan bagi menghadang serangan-serangan zionis yang menjadikan penduduk Palestin sebagai sasaran. Sumber 28/01/2012, web berita Safa.ps

Read more...

Tentera zionis jadi sasaran 'sniper' pejuang

28 Disember 2011

Laporan jam 06:26 malam, waktu Palestin
Jam 06:26 malam, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada Popular Front for the Liberation of Palestine, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(Abu Ali Mustafa Brigades) mengumumkan bahawa pejuangnya telah menembak tepat(sniper) seorang tentera rejim zionis ketika cuba meloloskan diri ke dalam kawasan di sebelah timur bandar Gaza pada jam 04:30 petang, waktu Gaza.

Gambar: Unit penembak tepat Abu Ali Mustafa.

Jelas ABU ALI dalam salinan kenyataan yang disampaikan kepada 'PALTIMES', operasi tembakan tepat yang dilakukan pada petang tadi adalah rentetan dasar penentangan yang sentiasa diteruskan malahan respon balas terhadap jenayah rejim zionis yang tidak henti-henti ke atas masyarakat Palestin dan pejuang-pejuangnya.

Tegas kumpulan pejuang ini, paduan kesatuan tanahair amat perlu, bahkan ketumbukan(kerjasama kumpulan-kumpulan pejuang) di medan mampu untuk menghadapi ancaman dan jenayah para komander-komander zionis.

AIMAN JUDAH akui lepaskan serangan roket

Media Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dalam laporannya pada pagi Rabu(28/12/2011), satu peluru roket telah gugur di sekitar penempatan She'er Hanegev, barat Naqab.

Menurut YNET, serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan. Sebaik sahaja serangan, sepasukan polis zionis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Dari sudut lain, UNIT AIMAN JUDAH dari kumpulan KATAIB SYUHADA AL-AQSA, serpihan sayap tentera gerakan FATAH telah mengakui pihaknya melancarkan dua serangan roket jenis 'Aqsa' ke She'er Hanegev. Selepas operasi, para pejuangnya pulang ke markaz dengan selamat.
____________________________________________________
Baca lagi:
Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'

Serangan zionis pada Selasa malam, 27/12/2011 di Gaza:

Cedera dalam serangan kedua zionis
Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza

____________________________________________________

Kata AIMAN JUDAH, pengeboman dari serangan roket ke She'er Hanegev adalah serang balas ke atas kematian seorang pemuda, as-syahid Abddullah Al-Talbani dalam beberapa siri serangan dan pencerobohan yang dilakukan oleh rejim zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

ALWIYAH hadang kemaraan tentera zionis

Berita lain pada awal pagi semalam, Selasa, 27/12/2011, sebuah sayap tentera yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata, pihaknya telah menyerang sepasukan tentera rejim zionis dengan menggunakan senjata berat ketika zionis cuba menyelinap masuk ke sebuah lokasi berhampiran "أبو مطبق" timur El-Maghazi, Gaza Tengah.

Gambar(arkib SAFA): Pejuang ALWIYAH sewaktu latihan.

Kenyataan rasmi ALWIYAH yang disampaikan kepada agensi berita SAFA menyebut, pejuang-pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berjaya melaksanakan misinya. Tegas lagi, pejuang-pejuang yang sentiasa berkawal di sempadan bersedia setiap masa menghadapi serangan dari rejim zionis. Kenyataan ini seiring sambutan memperingati tahun ketiga perang ke atas Gaza. Sumber 28/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps dan 27/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Tentera zionis jadi sasaran pejuang ABU ALI

28 Julai 2011

Laporan jam 04:15 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:15 petang, waktu Mesir

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHAHBIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pejuangnya telah menyasarkan tembakan ke atas unit jentera tentera rejim zionis di timur Shujaieyah, bandar Gaza.

Gambar(Safa): Pejuang Palestin, ABU ALI MUSTAFA.

Keterangan ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita Safa menyebut, pejuang-pejuang kami dari unit penembak tepat berjaya menyasarkan sebuah unit dari tentera rejim zionis di timur Shujaieyah yang menghala di sebelah utara kilang jus. Nyata ABU ALI, tembakan tersebut mengakibatkan kecederaan di kalangan tentera zionis.

Pejuang Palestin ini menegaskan pihaknya tetap meneruskan usaha penentangan serta menghadang sebagai respon serang balas ke atas jenayah-jenayah yang dilakukan penjajah. Mereka turut berjanji sumpah setia kepada pengorbanan dan titisan darah para syuhadak. Sumber 28/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang terus menyerang balas

09 April 2011

GAZA - Sayap-sayap pejuang Palestin di Gaza membalas tentangan zionis. Berikutan itu, sayap-sayap pejuang menyasarkan serangan roket ke arah bandar-bandar kecil zionis yang berada di sekitar sempadan(tanah jajahan 1948).

Pejuang dari SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan pada jam 12.30 pagi(08/04/2011, 11.30 malam, Mesir) telah mengebom bandar Beersheba dengan roket jenis 'grad' jarak jauh.

Balas serangan zionis, 08/04/2011

Sebelum itu SARAYA AL-QUDS pada malam tadi(08/04/2011) telah melepaskan dua serangan roket jenis 'Quds' dan roket jenis '107' ke arah Kibbutz Be'eri(petas awal) yang terletak dari arah timur Mukhayyam El-Buraij.

Sementara itu, kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera AL-MUQAWAMAH SHA"BIAH, berkata, salah sebuah dari unit pejuangnya telah melepaskan roket jenis '107' pada jam 10.50 malam ke atas sebuah lokasi tentera yang terletak di belakang tugu peringatan di utara Gaza.

Pada jam 09.45 malam, ALWIYAH telah mengebom daerah Sderot(peta atas) dengan dengan satu serangan roket jenis 'Naseer 3' yang memiliki kemampuan jarak pertengahan.

KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS pula berkata dalam laporannya bahawa pada petang Jumaat, beberapa serangan roket termasuk peluru mortar telah dilepaskan ke atas lokasi-lokasi tentera zionis.

Peta: Sumber dari google map. Kedudukan lokasi-lokasi tentera zionis pada tanda titik merah. No.50 biru adalah kawasan tentera zionis Kerem Shalom.


Jelas AL-QASSAM, pejuangnya berjaya mengebom lokasi-lokasi tentera zionis di timur Rafah, selatan Gaza dengan enam serangan roket dan 3 serangan peluru mortar.

Begitu juga dengan pejuang KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera BARISAN PERTAHANAN RAKYAT MEMBEBASKAN PALESTIN mengumumkan pada jam 07.40 malam, pejuangnya telah melepaskan roket jenis 'grad' ke atas pengkalan tentera zionis di kawasan Qastina. Jarak Qastina 37 kilometer dari Semenanjung Gaza dan berada di timur laut Ashkelon(Askalan). Sumber 09/04/2011, web berita safa.ps

Read more...

Lagi roket 'grad' hentam Ofakim

24 Mac 2011

Laporan asal jam 02.02 petang, Palestin/Mesir
Jam 08.02 malam, waktu Malaysia

GAZA - Radio Israel dalam rangkaiannya menghebahkan bahawa satu serangan roket 'grad' yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah menghentam sebuah kawasan lapang di penempatan haram 'Ofakim'. Bagaimanapun, serangan ke atas penempatan tersebut yang terletak 31 km dari Gaza tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Jelas sumber menyatakan, sejak awal pagi ini, kawasan tanah jajahan di barat Naqab telah diserang 3 roket buatan tempatan dan peluru mortar.

Menurut pemberita 'safa', pejuang Palestin melepaskan dua serangan roket buatan tempatan dan peluru mortar ke arah sempadan(perlintasan) Sufa dan menara kawalan tentera zionis di sebelah timur Rafah.

Selain ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, pejuang dari kumpulan KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera جبهة الشعبية لتحرير فلسطين) mengebom Asqalan dengan roket grad.

"Kekejaman zionis tidak akan lepas begitu sahaja tanpa hukuman, maka, titisan darah para syuhada akan menghantui para penjajah." Nyata dua kumpulan pejuang dalam satu kenyataan bersama.

Pejuang Palestin ini menegaskan lagi bahawa sasaran serangan adalah serang balas ke atas perlakukan jenayah penjajah yang tidak henti ke atas pejuang dan penduduk Palestin. Sumber 24/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI serang jip tentera zionis

09 Februari 2011

GAZA - KATAIB ALI MUSTAFA berkata, pihaknya telah menyerang sebuah jip tentera zionis di timur Hayyu Shuja'eiyah, bandar Gaza.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN itu dalam kenyataan rasmi hari ini yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuangnya berjaya melancarkan serangan peluru 'Cobra' ke atas sebuah jip tentera zionis. Serangan pada jam 6.30 pagi dilakukan ketikamana jip tersebut sedang menurunkan tentera-tentera zionis.

Jelas ABU ALI lagi, serangan tersebut tepat mengenai jip tentera zionis. Lantaran itu, kelihatan tentera sokongan zionis bergegas ke tempat kejadian.

Berikutan itu, ABU ALI menyatakan serangan ini adalah serang balas biasa terhadap jenayah yang dilakukan zionis ke atas pejuang-pejuang dan rakyat Palestin, malah turut mengesahkan lagi, ABU ALI berpegang teguh dengan penentangan terhadap dasar penjajahan zionis. Sumber 09/02/2011, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI terus bedil pos tentera zionis

08 Januari 2011

Laporan asal jam 05.31 malam, Palestin/Mesir

GAZA - Sebuah pos tentera zionis yang terletak di perlintasan Karni yang bersempadan dengan Gaza dari arah timur telah dibom beberapa peluru mortar.

Demikian itu, sebuah kumpulan pejuang, KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pihaknya yang melancarkan serangan mortar.

Laporan dari ABU ALI yang diterbitkan agensi berita 'Safa' petang tadi menyebut, misi berkenaan adalah serang balas biasa ke atas jenayah penjajah(zionis) terhadap pejuang dan penduduk Palestin.

Sebelum itu, sebuah lagi kumpulan pejuang di Gaza, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI telah melancarkan 6 serangan peluru mortar hawn ke barat Naqab. Serangan itu mengakibatkan 3 pekerja Israel cedera, salah seorang darinya disifatkan kritikal.

Dalam kenyataan media(laporan pada jam 03.53 petang, Palestin/Mesir), SARAYA AL-QUDS berkata, unit pertahanannya berjaya melepaskan 6 serangan peluru mortar ke arah pos kawalan tentera Nehal Auz di timur bandar Gaza.

Kumpulan pejuang tersebut mengesahkan serangan itu adalah haknya untuk menentang sebarang tentangan dari pihak zionis ke atas penduduk Palestin, malah SARAYA AL-QUDS terus berpegang dengan jalan jihad untuk melakukan penentangan sehingga keseluruhan tanah-tanah Palestin dibebaskan.

Seiring serangan SARAYA AL-QUDS, Safa melaporkan bahawa 3 penduduk Israel cedera(menurut ynet, 3 pekerja Thailand yang cedera) dalam serangan dua peluru mortar hawn yang gugur di sekitar penempatan haram 'Sha'ar Hanegev', barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.
____________________________________________
Pautan media zionis:

3 Thai workers hurt by mortar shell

____________________________________________

Jelas radio zionis, salah satu dari serangan itu gugur berhampiran sebuah rumah. Berikutan kejadian serangan, krew ambulan zionis bergegas ke tempat kejadian. Sumber 08/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

Tempur sengit ABU ALI dengan unit khas zionis

02 Januari 2011

GAZA - Menurut pengumuman dari sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN iaitu KATAIB ABU ALI MUSTAFA, pihaknya telah berjaya menghadang kemaraan unit khas zionis malam ini berhampiran pintu gerbang Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________
Catatan masa:

Jam 11.27 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI hadang unit khas tentera zionis.

Jam 11.31 malam, Palestin/Mesir: ABU ALI sahkan pihaknya mencederakan seorang tentera zionis di Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.
______________________________________________________

Hal tersebut dinyatakan dalam satu laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', ABU ALI menyatakan, ketika pertempuran sengit meletus di lokasi berkenaan, pejuang-pejuangnya telah mencederakan seorang tentera zionis, lantas memaksa tentera zionis memanggil logistik sokongan, iaitu helikopter perang apache.

Tambah ABU ALI, pejuangnya dalam misi yang lain telah mensasarkan sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di timur kawasan Abu Al-'Ujain, Khan Yunus. Dinyatakan, ABU ALI melancarkan dua serangan peluru mortar 80mm ke atas pos tersebut.

"Kami berjanji kepada rakyat Palestin bahawa pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA sentiasa berada di barisan hadapan bagi melindungi tanahair dan penduduk Palestin," tegas ABU ALI yang sentiasa berpegang dengan penentangan ke atas jenayah yang dilakukan zionis, malah akan membalas serangan penjajah. Sumber 02/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

4 mortar sasar pos Sufa dan Kissufim

01 Januari 2011

Laporan asal jam 01.17 petang, waktu Palestin/Mesir

GAZA - KATAIB SYAHID ABU ALI MUSTAFA membuat pengumuman bahawa pihaknya telah menyerang pos tentera zionis Kissufim dan Sufa dengan 4 peluru mortar 'hawn' pagi tadi.

Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN dalam kenyataan rasminya berkata, pejuang ABU ALI dari unit pertahanan berjaya mengebom pos tentera zionis 'Sufa' dengan dua peluru mortar 80mm, dan sebuah lagi pos tentera 'Kissufim' turut dibom dengan peluru yang sama.

Gambar(arkib safa): Pejuang ABU ALI sedang bersiap untuk lancarkan serangan mortar.


Jelas ABU ALI, serangan balas ini adalah ke atas jenayah zionis terhadap penduduk Palestin serta pejuang, malah turut bersempena dengan ulangtahun mengingati detik bermulanya revolusi Palestin.

Tegas ABU ALI, pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan untuk menghadang dan menyerang balas ke atas penjajah. Sumber 01/01/2011, web berita safa.ps

Read more...

ALWIYAH, ABU ALI serang tentera zionis

29 Disember 2010

Laposan asal jam 05.24 malam, Palestin

GAZA - Sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah menyerang sebuah perkumpulan jip tentera zionis di timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza petang tadi.

ALWIYAH dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit pertahanannya mengebom jip-jip tentera zionis yang menceroboh di sekitar kawasan perkuburan timur, di timur Jabaliya dengan dua serangan peluru mortar 100mm.

Gambar(arkib Safa): Pejuang Palestin Gaza sedang bersiap untuk melancarkan serangan peluru mortar.

Jelas ALWIYAH lagi, pejuang-pejuangnya berjaya melaksanakan misi tersebut dan pulang dengan selamat ke pos tentera ALWIYAH.

Sementara itu, dalam laporan berita pada jam 12.51 petang, waktu Palestin, sebuah lagi sayap senjata dari kumpulan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN berkata, pejuangnya telah menembak tentera zionis.

Laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', KATAIB ABU ALI MUSTAFA menjelaskan, pejuang-pejuang kumpulannya telah melepaskan tembakan ke atas tentera-tentera zionis yang sedang menjalankan kerja penyelenggaran tugu peringatan utara di utara Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Gambar(arkib safa): Salah seorang dari pejuang KATAIB ABU ALI MUSTAFA di Gaza.

Kedua-dua sayap tentera pejuang Palestin menyatakan operasi tersebut adalah serangan biasa bagi membalas jenayah yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Palestin dan pejuang Palestin, malah mengesahkan lagi pejuang-pejuang Palestin sentiasa bersedia sepanjang masa di barisan hadapan bagi melindungi tanah-tanah Palestin dan menghadapi sebarang tentangan mahupun serangan zionis. Sumber 29/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI lancar mortar, 35 zionis cedera hidap selsema babi

16 Disember 2010

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN mengumumkan pejuangnya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis di timur Mukhayyam El-Buraij yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza.
_________________________________________
Berita asal:

كتائب أبو علي تقصف موقعا وسط القطاع
_________________________________________

Laporan rasmi ABU ALI yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, unit pertahanan ABU ALI berjaya mengebom pos kawalan zionis dilengkapi kamera dengan melancarkan 2 serangan peluru mortar 90mm pada jam 8.00 malam tadi, waktu Palestin/Mesir.

ABU ALI dalam laporannya turut mempastikan bahawa pejuang berpegang teguh dengan jalan penentangan dan akan menghadang sebarang tentangan. Jelas lagi, ABU ALI akan membalas jenayah yang dilakukan penjajah dan pejuang ABU ALI sentiasa berada di barisan untuk melindungi penduduk Palestin dan tanahair Palestin.

Tentera rejim zionis hidap selsema babi

Sementara itu, agensi berita 'Safa' turut mengenengahkan berita mengenai 35 tentera rejim zionis yang sedang mengikuti kursus latihan pegawai hari ini menghidap selsema babi(influenza H1N1).
_________________________________________
Berita asal:

إصابة 35 جنديًا إسرائيليًا بانفلونزا الخنازير
_________________________________________


Jelas sumber, virus selsema babi itu dikesan setelahmana aduan-aduan yang diterima menyatakan tentera-tentera rejim zionis merasai lemah seluruh tubuh badan dan demam.

Sebaik sahaja pemeriksaan dijalankan ke atas beberapa orang tentera, lalu dikesan mereka menghidap selsema babi tetapi kesihatan mereka masih ditahap rendah dan boleh lagi diubati.

Menurut sumber dari web berita 'Yediot Ahronout' Israel versi hebrew, jurucakap tentera mengesahkan hal tersebut, dan Agensi Perubatan Awam Tentera telah mengarahkan agar tentera yang dikesan hidap selsema babi diperiksa lebih mendalam bagi mengetahui punca dan tahap penyakit. Berikutan itu, mereka tentera zionis yang cedera menghidap selsema babi telah dibawa ke hospital Hadassah Ain Karem di Baitul Maqdis(Al-Quds).

Susulan itu, tentera-tentera tersebut tidak diperintahkan menjalani kuarantin di hospital, bahkan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pada minggu lepas, seorang penduduk Arab Palestin di Al-Quds meninggal dunia akibat menghidap virus influenza. Sumber 16/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI tembak tentera zionis

11 Disember 2010

GAZA - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, iaitu kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA memaklumkan pihaknya telah menembak tepat ke atas seorang tentera zionis di barat laut Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Peta: Semenanjung Gaza, klik untuk besarkan. Laporan asal.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada pemberita 'Safa' berkata, seorang dari tentera rejim zionis telah ditembak dengan senapang penembak tepat di garisan sempadan. Jelas ABU ALI lagi, tembak tepat yang dilakukan ini sempena ulang tahun penubuhan JABHAH SHA'BIAH ke-43.

Kenyataan itu menjelaskan lagi, pejuang dari unit penembak tepat ABU ALI berjaya menembak seorang tentera rejim zionis yang ketika itu berada di atas kereta kebal di garisan sempadan kawasan dari arah utara Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Pejuang-pejuang Palestin dari kumpulan bersenjata ABU ALI MUSTAFA ketika mempamerkan perbarisan sempena upacara rasmi.

ABU ALI MUSTAFA menyatakan tetap berpegang teguh dengan jalan penentangan serta menghadang tindakan penjajahan zionis. Tegas ABU ALI, operasi menembak tepat ini juga adalah serang balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap penduduk Palestin.

Zionis tembak penduduk Palestin

Gambar(arkib safa): Sekumpulan penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan. Laporan asal, klik di sini.

Lagi laporan pada waktu tengahari ini menghebahkan bahawa seorang penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi di barat laut Bet Lahiya terkena tembakan zionis. Mangsa ketika itu sedang mengumpul kepingan besi bersama dengan puluhan penduduk Palestin yang lain.

Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah menjelaskan kejadian tersebut kepada agensi berita Safa, berkata, tentera-tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang mengumpul kepingan besi, lalu seorang dari mereka tercedera di bahagian kakinya akibat terkena tembakan itu.

Dijelaskan, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Syahid Kamal Udhwan di Bet Lahiya untuk rawatan lanjut. Kecederaan yang dialaminya disifatkan pertengahan. Sumber 11/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Serangan roket terus sasar Israel

08 Disember 2010

AN-NASIRAH, - Lagi serangan roket mortar gugur di sebuah kawasan terbuka di barat Naqab tengahari tadi.

Menurut rangkaian 10 Israel, sepasukan besar dari unit polis rejim zionis bergegas ke lokasi yang diserang dengan serangan roket. Lokasi tersebut berhampiran dengan sebuah perkampungan At-Taawuniah.

Sumber peta, google map.

Sumber menyebut lagi, siren kecemasan yang menandakan gugurnya serangan roket berbunyi di 'Askalan pagi tadi. Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis mengumumkan bahawa tiada berlaku serangan roket di situ.

ABU ALI lancar roket ke tanah jajahan

Dari Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA yang merupakan sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN memaklumkan bahawa pihaknya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di kawasan perhimpunan penempatan haram Keffar 'Azza.

ABU ALI melancarkan roket Katyusha jenis BADAR 107 ke kawasan tersebut yang bertentangan dengan tanah perkuburan Syuhada.

Sumber peta, google map.

Pejuang ABU ALI MUSTAFA dalam laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan beberapa pejuangnya dari unit roket telah mengebom secara langsung pos kawalan tentera zionis. Pejuang ABU ALI juga terselamat dari dikesan pesawat pengintip rejim zionis.

ABU ALI menyatakan, pengeboman itu sempena ulang tahun ke-43 penubuhan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, dan merupakan serang balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, kumpulan pejuang mengesahkan pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan(المقاومة) ke atas penjajahan rejim zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI gempur unit khas dengan peledak

25 November 2010

GAZA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin di Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan salah satu dari unit pejuangnya menggempur sepasukan unit khas tentera zionis yang cuba melepasi masuk ke tanah Gaza dari arah utara beberapa jam yang lalu. Jelas lagi, pejuang ABU ALI meletupkan dua peledak terhadap tentera zionis.

Salinan dari kenyataan rasmi ABU ALI MUSTAFA yang diterima agensi berita 'Safa' menyebut, salah satu unit pejuang ABU ALI dapat mengintip pergerakan sepasukan tentera zionis yang cuba melepasi ke tanah Gaza dari sebelah timur tanah perkuburan pada jam 9.15 malam, waktu Palestin, lalu pejuang ABU ALI memasang hendap peledak serta meletupkan dua buah peledak terhadap tentera zionis. Lantas, mendorong tentera rejim zionis meningkatkan bilangan tenteranya ke lokasi berkenaan.

ABU ALI menyatakan pihaknya tetap meneruskan penentangan dan menghadang tentangan zionis. Berikutan itu, operasi tersebut adalah serang balas secara biasa ke atas jenayah yang dilakukan zionis terhadap penduduk Palestin.

Dari sudut yang lain, pemberita 'Safa' berkata, tentera rejim zionis telah melepaskan tembakan artileri dan gugur di timur Hayyu Tufah malam ini. Ekoran serangan tersebut, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Sumber 25/11/2010 [jam 10.01 malam, Palestin], web berita safa.ps

Read more...

Tentera zionis parah akibat 'tembakan tepat'

11 November 2010

GAZA - KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) telah mengumumkan pihaknya menembak tepat seorang tentera zionis berdekatan pintu gerbang 'Kissufim', selatan Semenanjung Gaza pagi khamis.

ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, "unit penembak tepat dari pejuang kami berjaya mensasarkan sekumpulan tentera rejim zionis secara langsung dan mengakibatkan salah seorang dari mereka parah."

Sebagaimana yang dijelaskan, tentera zionis yang ditembak rebah ke tanah. Berikutan itu, helikopter zionis jenis 'Apache' tiba di lokasi berkenaan.

ABU ALI turut menyatakan, pertempuran sengit telah meletus antara pejuangnya dengan tentera zionis. Lalu, helikopter dan artileri zionis kelihatan dikejarkan ke kawasan tersebut.

Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA menegaskan bahawa operasi 'tembak tepat' hanya tindak balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan penjajah ke atas penduduk Palestin. Tambahan lagi, tentangan ke atas penjajah tetap berterusan. Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI letupkan kereta kebal zionis

06 November 2010

JABALIYA - Kumpulan pejuang Palestin, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap pejuang JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN) mengumumkan pejuangnya berjaya menyerang hendap dan meletupkan peledak ke atas sebuah kereta kebal rejim zionis. Letupan peledak yang amat kuat itu setelahmana kereta kebal zionis mara dari arah belakang kawasan perkuburan, timur Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam salinan kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' awal pagi sabtu, ABU ALI menjelaskan operasi tersebut berjaya dilaksanakan pada jam 11.40 malam(05/11/2010), waktu Palestin.

Berikutan letupan kuat, beberapa buah pesawat rejim zionis kelihatan berlegar-legar dari ruang udara di lokasi berkenaan. Rejim zionis turut menembak bom cahaya serta meningkatkan kawalan di lokasi yang berlaku serangan.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA, operasi sebegini adalah respon balas yang biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis(penjajah) ke atas penduduk Palestin. Malah, operasi ini juga sebagai jalan untuk mempertahankan maruah penduduk dan tanah-tanah Palestin. Juga mengesahkan lagi, kumpulan pejuang akan berterusan 'menentang' dan 'menghadang' serangan musuh, rejim zionis. Sumber 06/11/2010, web berita safa.ps

Read more...

ABU ALI sekat unit khas zionis

02 November 2010

GAZA - Kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA, sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN telah memaklumkan bahawa salah sebuah unitnya menghadang secara bersemuka unit khas rejim zionis. Sekaligus, menyekat kemaraan zionis yang cuba melepasi masuk ke kawasan 'أبو مطيبق' di timur Al-Maghazi, pertengahan Semenanjung Gaza.

ABU ALI MUSTAFA dalam kenyataan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa pejuang-pejuangnya telah berjaya mengesan gerak-geri unit khas zionis. Lalu, pada jam 01.55 pagi, waktu Palestin, kumpulan pejuang Palestin melepaskan serangan roket jenis 'hawn', 90mm ke arah tentera rejim zionis.

Kenyataan tersebut menyatakan lagi, tentera rejim zionis membalas serangan pejuang dengan peluru berpandu jarak jauh. Namun, pejuang-pejuang ABU ALI MUSTAFA terselamat dari serangan zionis.

Dalam kenyataan rasmi tersebut, kumpulan pejuang Palestin menyatakan bahawa operasi ketenteraannya adalah membalas jenayah yang dilakukan penjajah terhadap penduduk Palestin serta mempertahankan tanah-tanah Palestin. Malah pejuang-pejuang ABU ALI turut mengesahkan lagi, 'penentangan' dan 'serangan bersemuka' terus berlanjutan ketikamana penduduk Palestin menjadi sasaran bunuh, rata tanah, sekatan Israel, pengyahudian dan mangsa penangkapan zionis. Sumber 02/11/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS