Serangan roket terus sasar Israel
08 Disember 2010
Menurut rangkaian 10 Israel, sepasukan besar dari unit polis rejim zionis bergegas ke lokasi yang diserang dengan serangan roket. Lokasi tersebut berhampiran dengan sebuah perkampungan At-Taawuniah.
Sumber menyebut lagi, siren kecemasan yang menandakan gugurnya serangan roket berbunyi di 'Askalan pagi tadi. Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis mengumumkan bahawa tiada berlaku serangan roket di situ.
ABU ALI lancar roket ke tanah jajahan
Dari Gaza, KATAIB ABU ALI MUSTAFA yang merupakan sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN memaklumkan bahawa pihaknya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis yang terletak di kawasan perhimpunan penempatan haram Keffar 'Azza.
ABU ALI melancarkan roket Katyusha jenis BADAR 107 ke kawasan tersebut yang bertentangan dengan tanah perkuburan Syuhada.
Pejuang ABU ALI MUSTAFA dalam laporan ketenteraan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan beberapa pejuangnya dari unit roket telah mengebom secara langsung pos kawalan tentera zionis. Pejuang ABU ALI juga terselamat dari dikesan pesawat pengintip rejim zionis.
ABU ALI menyatakan, pengeboman itu sempena ulang tahun ke-43 penubuhan JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, dan merupakan serang balas biasa ke atas jenayah yang dilakukan zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, kumpulan pejuang mengesahkan pihaknya tetap berpegang dengan jalan penentangan(المقاومة) ke atas penjajahan rejim zionis. Sumber 08/12/2010, web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan