Sebuah rumah, dua lokasi AL-QASSAM jadi sasaran
09 Disember 2010
Pemberita 'Safa' berkata, pesawat tempur F-16 Israel mengebom sebuah lokasi milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang berhampiran janakuasa elektrik di pertengahan Gaza. Serangan itu menyebabkan bekalan elektrik di semua kawasan pertengahan Gaza terputus akibat letupan yang terlalu kuat.
Seiring dengan serangan pertama, sebuah rumah yang dimiliki Abu Ubaik terletak di kawasan El-Maghraqa, pertengahan Gaza menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis.
Jelas Safa, sebuah lagi lokasi AL-QASSAM yang berhampiran dengan sebuah sekolah di timur Shuja'iyah diserang helikopter jenis Apache.
Safa menyebut tiada sebarang luka parah dalam serangan zionis pagi tadi.
Rejim zionis mengakui serangan
Berikutan 3 serangan tersebut, pihak tentera rejim zionis mengakui melancarkan 3 serangan di Semenanjung Gaza bagi membalas serangan roket yang dilancarkan ke tanah jajahan semalam(Rabu).
Jurucakap tentera zionis mendakwa serangan-serangan zionis pagi tadi mensasarkan sebuah bengkel besi yang menghasilkan logistik peperangan di pertengahan Gaza dan dua lokasi yang menjalankan aktiviti keganasan, menurut dakwaan zionis.
Tambah lagi, 2 pemandu pesawat tempur zionis mengesahkan serangan-serangan tersebut tepat mengenai sasaran.
Israel cedera kena serangan roket
Serangan zionis di Gaza turut berkait dengan kecederaan yang dialami seorang dari pendatang Israel berikutan serangan-serangan roket dari Gaza ke barat Naqab(tanah jajahan 1948).
1. Serangan roket terus sasar Israel
2. Satu keluarga terselamat dari artileri zionis
3. Dua serangan zionis di selatan Gaza
Sumber dari media Israel berkata, pendatang israel yang cedera itu adalah wakil bahagian keselamatan di Ushkul. Kecederaannya disifatkan pertengahan(ringan).
Radio Israel dalam liputannya menghebahkan bahawa pendatang yang cedera itu telah dibawa ke hospital Suruka di Beer Sheeba untuk rawatan.
Sumber-sumber dari Israel turut menyentuh kecederaan yang dialami seorang pendatang Israel ini adalah yang pertama kesan dari serangan mortar atau roket ke atas barat Naqab sejak dari perang lalu di Gaza(Disember 2008 - Januari 2009).
Tambah lagi dari sumber Safa, semalam, satu serangan roket yang gugur di penempatan haram She'er Henegev mengenai sebuah rumah pendatang Israel. Kawasan tersebut berhampiran dengan sempadan Gaza dari arah utara. Bagaimanapun, tidak dilaporkan sebarang kecederaan.
Gaza 'tegang' semalaman
Berikutan serangan-serangan roket yang dilancarkan ke tanah jajahan semalam telah menimbulkan ketegangan di Gaza.
Sumber Safa melaporkan keadaan di sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza gempar setelahmana menara-menara kawalan tentera zionis di Sufa dan Karem Abu Salem menghujani tembakan machine-gun serta melepaskan tembakan bom cahaya.
Jelas lagi, kelihatan pergerakan jentera perang rejim zionis dalam garisan sempadan, malah pesawat-pesawat tempur terus berlegar-legar di ruang udara Gaza. Sumber 09/12/2010 web berita safa.ps, web berita Al-Jazeerah.net dan berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan