الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel akan bom tempat yang disembunyikan Shalit - Abu Marzuq

11 Jun 2010

BET LEHEM - Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS, Musa Abu Marzuq menyatakan pihaknya menolak sebarang kunjungan atau lawatan yang mungkin diusahakan untuk melihat seorang tentera Israel, Gilad Shalit yang berada dalam tawanan pejuang Palestin di Gaza.

Beliau berkata sedemikian dalam kenyataannya kepada agensi akhbar 'El-Hayat' London.

"Kami menolak sebarang permintaan untuk melawat Gilad Shalit kerana Semenanjung Gaza berada di bawah taklukan penjajah yang dikuasai kedaulatan rasmi Israel sama ada laut, darat dan udara", ujar beliau.

Berikutan itu, beliau menyatakan Israel sentiasa mengawasi sebarang pergerakan di Gaza, boleh dikatakan semua pergerakan diintip. Seterusnya, kami tidak boleh mencuaikan Gaza(terdedah kepada bahaya).

Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS berkata lagi, "Jika Israel tahu tempat di mana Shalit berada dan sekiranya Israel tidak boleh menyelamatkannya, maka Israel akan mengebom kawasan berkenaan". Jelas beliau, "HAMAS tidak akan menerima sebarang lawatan melihat Shalit kerana untuk menjaga keselamatan penduduk yang berada di kawasan berkenaan, malah juga untuk menjaga nyawa Shalit".

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa isu tawanan Shalit hanya berkait dengan isu tahanan Palestin dan tidak ada sangkut paut dengan isu-isu yang lain, sama ada sekatan atau selainnya meskipun dokumen tukarawan tawanan/tahanan dibekukan masa ini.

Berkenaan keadaan Shalit, beliau menjawab, "Shalit mendapat hak-hak yang tidak dinikmati tahanan Palestin di penjara-penjara Israel", beliau menambah lagi, "sudah tentu keadaan Shalit jauh lebih baik dan ruang itu tidak boleh dibandingkan".

Kenyataan ini menjawab laporan yang diterbitkan semalam oleh Al-Jazeerah mengenai sekatan ke atas Gaza akan dibebaskan kecuali dibenarkan Pertubuhan Palang Merah melawat Gilad Shalit yang ditawan semenjak tahun 2006.

Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dalam kenyataannya, "Mesti cakap dengan terus-terang bahawa syarat paling rendah untuk membuka sekatan ke atas Gaza adalah sepertimana membenarkan Pertubuhan Palang Merah mengatur lawatan melihat Gilad Shalit", tambah Lieberman, "Selagimana syarat ini tidak dipenuhi, maka keadaan itu tidak wajar diubah".

Dalam kenyataannya pada hari Ahad yang lalu, Lieberman menyatakan kemungkinan apabila wakil Palang Merah dibenarkan melihat Shalit, maka laluan darat antara Gaza dengan Israel juga dibuka.

Tambahan lagi dari jurucakap rasmi HAMAS, Sami Abu Zuhri, berkata, "isu Shalit hanya berkait dengan tahanan Palestin, penjajah sengaja mengaitkan isu sekatan dengan Shalit kerana cuba berusaha memesongkan usaha antarabangsa bagi memecahkan sekatan, namun kami percaya kenyataan ini(Lieberman) tidak berguna bahkan pergerakan dari peringkat antarabangsa dan masyarakat tempat akan berterusan sehinggalah semua bentuk sekatan dipecahkan". Sumber 11/06/2010, web berita maannews.net dan 10/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Laporan mengenai kematian seorang tentera Mesir telah diserahkan kepada Mesir - Haniah

GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah yang juga merupakan salah seorang pemimpin HAMAS berkata, bahawa Kerajaan Palestin yang ditadbir HAMAS telah selesai membuat siasatan berkenaan isu seorang tentera Mesir yang terbunuh beberapa bulan yang lalu ketika mengawal di menara kawalan di sempadan Mesir.

Ketika ditemuramah agensi berita di Gaza, Ismail Haniah menjelaskan bahawa HAMAS telah menyerahkan laporan siasatan mengenai isu tersebut kepada Pihak Berkuasa Mesir. Namun beliau tidak menyebut hasil keputusan siasatan itu, bagaimanapun beliau berkata sambil tersenyum, "kami telah menyerahkan laporan itu kepada Mesir, maka Mesir tahu keputusannya".

Beliau sekali lagi mengecam pembunuhan ke tentera Mesir dan menyifatkan ia dengan 'perbuatan jenayah', bukan sahaja HAMAS membantah pembunuhan itu, malah sesiapapun yang ada perasaan, menurut Ismail Haniah.

Namun, dari jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri yang berpandangan lain berkata bahawa siasatan tersebut tidak lagi sempurna malah tidak menemui keputusannya disebabkan Mesir menolak dari mengadakan penyelarasan bersama HAMAS bagi menyiasat perkara ini. Sumber 11/06/2010, suratkhabar Shourouk(Mesir)

Baca lagi:

Read more...

Forum Kerjasama Turki-Arab kecam Israel

Sebuah forum kerjasama antara Turki dan Arab yang telah diadakan kali ketiga berakhir semalam dengan mempastikan kepentingan wujudnya penyelarasan antara Turki dengan Negara-negara Arab dalam setiap forum antarabangsa bagi menjamin sekatan ke atas Gaza dibebaskan.

Resolusi penutup forum tersebut yang berlangsung di Istanbul menyentuh perkembangan dan kedudukan di Timur Tengah mengenai beberapa permasalahan antarabangsa dan serantau, terutamanya permasalahan Palestin dengan Israel.

Forum tersebut disertai wakil-wakil dari 21 buah Negara Arab.

Ahmet Davutoğlu, Menteri Luar Turki(gambar kanan atas) ketika memberikan ucapan semasa pembukaan forum menyatakan Menteri-menteri luar Arab mengungkapkan kutukan ke atas serangan yang menimpa armada pembebasan. Beliau turut menyatakan, Menteri-menteri luar Arab memberi sokongan kepada permintaan Turki bagi menubuhkan panel siasatan antarabangsa berhubung serangan Israel.

Amr Moussa, Setiausaha Agung Liga Arab(laman rasmi) yang juga menyertai forum itu menuduh Israel yang masih meneruskan kegiatan jahat dan sengaja menimbulkan permusuhan dengan melanggar hak asasi manusia serta undang-undang antarabangsa. Beliau amat berharap Turki dapat menghadang tindakan-tindakan Israel selepas kejadian ke atas armada pembebasan. Amr Moussa juga mengungkapkan pendirian-pendirian Turki ke atas dunia Arab seumpama nilai-nilai tambah.

Para wakil Negara-negara Arab melahirkan rasa bimbang dengan apa yang dilakukan Israel di rantau Timur Tengah, malah para wakil tersebut menggesa Israel menghentikan projek-projek penempatan walau dengan apa cara sekalipun bentuknya. Tambahan lagi, para wakil-wakil mendesak Palestin agar segera membaik pulih hubungan sesama sendiri melalui usaha-usaha Mesir yang mendapat sokongan Arab.

Mengenai isu nuklear, para wakil-wakil turut mengakui kebimbangan penularan senjata nuklear malah wakil-wakil Negara Arab menyokong pembentukan rantau Timur tengah bebas dari senjata nuklear dan senjata pemusnah. Malah turut ditegaskan bahawa pentingnya Israel digabungkan dalam perjanjian penularan senjata nuklear.

Demikian itu, perlu mengikuti perkembangan secara menerus mengenai rundingan antara Iran dengan Negara terbabit(G6) dan perlu menyelesaikan isu nuklear melalui jalan diplomasi.

Nafi cenderung ke Timur

Forum kerjasama itu juga mempastikan bahawa perlu kepada pengukukan kerjasama ekonomi antara Turki dengan Negara-negara Arab yang akan dilihat dalam pertemuan ekonomi Arab-Turki kali kelima pada 10 dan 11 Julai 2010 di Istanbul.

Sementara itu, turut dialu-alukan menandatangani perjanjian perdagangan bebas antara Turki dengan Mesir, Jordan, Maghribi, Syria, Palestin dan Tunisia. Begitu juga dengan pengesahan pembatalan visa masuk ke Negara-negara, antara Turki, Lubnan, Syria dan Jordan.

Berikutan anjakan dari perkara-perkara sedemikian, sebahagian dari penganalisis menyatakan bahawa Turki beralih ke arah membangunkan semula hubungan sejarah dengan kawasan-kawasan yang bekas dari empayar Uthmaniah. Khasnya setelah ucapan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Turki, Receip Tayyip Erdogan di hadapan pertemuan ekonomi. Beliau berkata, "Sesungguhnya Turki tidak dapat hidup tanpa Arab...Arab adalah mata kiri dan kanan Turki".

Bagaimanapun Erdogan yang mengumumkan penubuhan kawasan perdagangan bebas dengan tiga buah Negara Arab, iaitu Syria, Lubnan dan Jordan menafikan sekeras-kerasnya keraguan yang mengatakan Turki mula cederung ke Timur. Namun, Erdogan menyatakan Negaranya patuh dengan usaha menjadi keanggotaan dalam Kesatuan Eropah(EU) tetapi beliau mendakwa sebahagian Negara Eropah bertungkus-lumus secara sulit bagi menggagalkan keanggotaannya ke dalam EU. Sumber 11/06/2010, web berita Al-Jazeerah dan 10/06/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS