الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Mesir terus siasat wakil keamanan HAMAS

20 September 2010

KAHERAH - Pihak Keamanan Mesir terus menjalankan siasatan ke atas Ketua Umum Badan Keamanan, Kerajaan Palestin Gaza, Muhammad Khamis Dababesh(Abu Ridhwan) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan yang mengancam keamanan Mesir.

Menurut sumber keamanan Mesir kepada wakil pemberita 'Al-Ahram', pihak keamanan Mesir menahan Abu Ridhwan sebaik sahaja beliau tiba dari Damshik, Syria ke Kaherah di akhir minggu yang lalu.

Jelas sumber itu lagi, setelahmana pengumpulan maklumat dilakukan, didapati Abu Ridhwan terlibat dan menjadi dalang di sebalik penyeludupan sejumlah besar peralatan walkie-talkie yang tercanggih bernilai jutaan pound Mesir.

Sebagaimana diperincikan lagi, hasil pengakuan individu-individu yang terlibat dalam penyeludupan yang telah ditumpaskan oleh Pihak Keamanan Mesir menunjukkan Abu Ridhwan turut terlibat. Sehingga kini, beliau masih disiasat berhubung dengan kes penyeludupan walkie-talkie.

Kes lain yang dijalankan siasatan ke atas Abu Ridhwan kerana disyaki bersangkut-paut dalam pembunuhan yang dilakukan oleh penembak tepat HAMAS ke atas seorang tentera Mesir, Ahmad Sya'ban di sempadan Rafah Mesir pada 6 Januari yang lalu. Berikutan itu, Abu Ridhwan selaku Ketua Umum yang memimpin Pasukan Keamanan Palestin di Gaza dan salah satu tugas pentingnya mengawasi sempadan Gaza-Mesir. Sumber 20/09/2010, surat khabar Al-Ahram(Mesir)

Baca lagi:

_____________________________________________________

Bacaan semasa berhubung petikan berita di atas, kami menilai secara umum bahawa isu ini berkait dengan perjanjian keamanan serantau yang meliputi sempadan-sempadan Timur Tengah yang berkonflik, terutamanya sempadan Gaza, Mesir dan tanah-tanah Palestin yang dirampas Israel yang bersempadan dengan Syria dan Lubnan.

Namun, secara khususnya isu ini, setelah diamati, ia melibatkan keamanan Mesir seperti yang didakwa. Mengapa?

Pertama, Mesir masih dalam keadaan 'dharurat' dan pernah didesak oleh parti-parti politik untuk membuang status 'dharurat' berikutan kekangan-kekangan yang terlalu keras dikenakan ke atas pihak yang cuba mengingkari apa yang dibawa oleh pemerintah. Bila-bila masa sahaja, tidak kira mengenali mana-mana pihak, kesemuanya akan dicekup sekiranya terlibat dalam apa jua aktiviti yang disifatkan menimbulkan ancaman terhadap keamanan Mesir menurut tafsiran pihak pemerintah.

Kedua, sebarang penyeludupan ke seberang sempadan, khususnya Gaza yang dilabelkan Wilayah bergolak dan masih dicengkam sekatan zalim Israel amat bersalahan dengan undang-undang Mesir, menurut laporan-laporan media Mesir yang pro Kerajaan. Namun, kami melihat secara jauh bahawa ia tertakluk di bawah perjanjian sempadan 2005 antara Mesir, Israel, Wakil Eropah dan Palestin Ramallah. Apa jua 'hajat' yang mahu dibawa masuk ke Gaza mesti melalui saluran yang disepakati antara pihak-pihak ini. Tambahan pula, Mesir amat keras dengan sikapnya jika melibatkan isu yang didakwa, iaitu keamanannya dan jaminan Mesir untuk keamanan semua pihak di rantau ini.

Tulisan ini tidak berniat untuk mempertahankan gerakan HAMAS tetapi ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Mesir bahawa penangkapan di atas kerana mengancam keamanan Mesir, dan disebutkan aktiviti tersebut:

1. Seludup walkie-talkie
2. Isu tembak tepat ke atas seorang tentera Mesir

Jika dilihat secara kasar, pada hakikatnya isu seludup walkie-talkie tidak memberi 'mudharat' kepada keamanan Mesir kerana ianya bukan bertujuan untuk digunakan di Mesir tetapi untuk mengawal keselamatan di Gaza. Hitungan nilai jutaan pound Mesir mengisyaratkan, walkie-talkie ini amat diperlukan di Gaza berikutan Wilayah yang bergolak dan bila-bila masa sahaja akan berlaku serangan yang tidak dijangka dari pihak rejim zionis. Maka, sistem perhubungan secara pantas diperlukan.

Permasalahan yang timbul hanyalah 'seludup' walkie-talkie dari Mesir ke Gaza. Bagaimana jika Palestin Gaza membuat pesanan kepada pembekal walkie-talkie dan dihantar melalui muatan kargo barangan yang akan dibawa masuk ke Gaza melalui laluan perlintasan yang menghubungkan Gaza dengan tanah rampasan 1948, Israel?

Sekalipun walkie-talkie tidak disenaraikan secara terang dalam senarai barang-barang yang ditegah ke Gaza oleh Israel, tetapi ia tetap tertakluk bawah keselamatan. Bilamana menyentuh keselamatan, maka ia berkait dengan logistik peperangan. Mustahil, Israel akan membenarkan kemasukan walkie-talkie ke Gaza.

Apabila hanya satu-satunya laluan bagi membawa masuk walkie-talkie ke Gaza , hanyalah Mesir, maka penggunaan walkie-talkie di Gaza bererti ia menjadi perantaraan yang mengancam keamanan Israel. Mungkin Mesir pihak yang akan dipertanggungjawabkan jika penyeludupan ini berjaya.

Isu kedua, gerakan HAMAS telah menjawab dan menyerahkan laporannya berkaitan siasatan yang dilakukan bersendirian setelah Mesir menolak untuk memberi kerjasama, tetapi apakah kesudahannya?

Sewajarnya, untuk 'merawat' cuaca yang sekejap panas, dan sekejap dingin amat perlu kepada kerjasama antara kedua belah pihak, iaitu rundingan. Jika Mesir dikatakan berpengalaman dalam rundingan damai dengan rejim zionis termasuk Amerika Syarikat, malah beberapa hari yang lalu, media pro Kerajaan Mesir menyiarkan potongan gambar yang telah diubah suai, pada asalnya Obama memimpin perjanjian damai, namun sengaja gambar Presiden Mesir diletakkan di barisan utama bagi menggambarkan Mesir yang memimpin usaha damai. Kenapa tidak mampu untuk berunding dengan gerakan HAMAS? Adakah isu ini berfungsi untuk memberi tekanan kepada HAMAS supaya menandatangani dokumen pembaikan Mesir yang telah ditandatangani gerakan FATAH?

Read more...

Roket sasar Ushkul

GAZA - Satu serangan roket buatan tempatan yang disasarkan ke arah penempatan haram Israel gugur berhampiran sebuah kawasan di penempatan haram 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah jajahan.

Menurut media 'Yediot Ahronot' versi hebrew, serangan roket pada malam ini tidak mengakibatkan seranga luka parah atau kerosakan harta benda.

Seperti yang dilaporkan, serangan roket itu ketikamana tinjauan kerapa pesawat rejim zionis di ruang udara Semenanjung Gaza. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Luka lawan dengan pendatang haram Israel

NABLUS - Pertempuran yang tercetus pagi tadi antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel disebabkan kecurian buah zaitun Palestin di penjuru selatan kampung Buren, Nablus, Tebing Barat.

Sumber peta, google map.

Menurut saksi kepada agensi berita 'Safa', "beberapa orang pendatang haram Israel dari penempatan haram Brakha telah mencuri pohon-pohon zaitun yang berbuah, ditanam penjuru selatan kampung."

Jelas saksi, penduduk kampung bertindak menghadang serta menegah pendatang haram dari terus melakukan perkara huduh itu, lalu mencetuskan pertempuran bersenjatakan batu antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Israel.

Tambah saksi lagi, tentera rejim zionis terus campur tangan dan melindungi pendatang haram dengan melepaskan tembakan bom gas ke arah penduduk Palestin yang berlawan dengan pendatang haram. Seorang mangsa tembakan bom gas, Basheer Qoddus mengalami luka ringan.

Setiap tahun, apabila cukup tempoh waktu ranum, ladang-ladang zaitun kerap diceroboh pendatang haram Israel yang bertujuan mencuri pohon-pohon dan buah zaitun. Berikutan kejadian tersebut, seorang dari pendeta Yahudi(rabai) mengeluarkan fatwanya bahawa pohon zaitun pada adatnya tanpa ukuran tanah adalah milik Yahudi dan Palestin hanyalah penuainya.

Seperti yang disebutkan, seramai 20 ribu pendatang haram Israel dari 39 buah penempatan dan lubuk haram Israel menduduki secara haram di kawasan-kawasan dan desa di Wilayah Nablus, Tebing Barat. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

US akan bekalkan Israel dengan 'bunker busters'

[Berita dari media Israel]

Menteri Pertahanan Israel bertemu dengan pegawai tinggi keselamatan AS di DC(Detroit City); sementelah itu, Baitulmaqdis(Jerusalem; pusat pentadbiran rejim zionis yang diakui bandar Israel buat selama-lamanya, tafsiran MAP) berpendapat Washington akan bersetuju untuk membekalkan Israel dengan peluru berpandu jelajah canggih, bom yang dirancang untuk menembusi kemudahan bawah tanah.

Lapor : Attila Somfalvi
Diterbitkan pada: 09.20.10, 07:12 / Israel News

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengadakan lagi lawatan ke Washington. Seperti yang dirancang, Barak akan mengadakan pertemuan dengan beberapa Pegawai Tertinggi Keselamatan dalam kerajaan Amerika Syarikat(US).

Pertemuan yang dijangkakan itu dalam rangka untuk menjaga keselamatan persenjataan baru dan canggih untuk Israel, terutama peningkatan transaksi senjata terkini di Timur Tengah.

Baru-baru ini peluru berpandu balistik Rusia dijual ke Syria, malah perjanjian kontrak senjata antara US dengan Arab Saudi turut mendorong Israel berusaha untuk memperluaskan jurang teknologi peperangan antara IDF(Israel Defense Forces) dengan tentera Arab.

Jerusalem optimis dan percaya bahawa Washington akan bersetuju untuk memenuhi permintaan yang dahulunya kurang mendapat sambutan untuk persenjataan canggih, seperti "bunker busters" - bom yang dirancang untuk menembusi sasaran yang berada di bawah tanah. Selaras dengan namanya bunker, peluru berpandu jelajah maju .

Kemungkinan suatu hari nanti, bahan letupan tersebut akan digunakan dalam serangan terhadap kemudahan-kemudahan nuklear Iran.

Sumber yang rapat dengan Menteri Pertahanan menekankan bahawa hubungan pertahanan Israel dengan US seperti, "berada pada tahap kepercayaan yang cukup tinggi," tambahan pula, Amerika sanggup melakukan apa yang mampu bagi memenuhi keperluan Israel.

Barak sendiri berkata kepada penasihat-penasihat Israel yang terdekat bahawa pentingnya Israel mempertahankan wilayahnya melalui kemajuan teknologi.

Pada hari Isnin(hari ini), Barak akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan US, Robert Gates, Penasihat Keselamatan Kebangsaan White House, James Jones dan Dennis Ross Penasihat Khas.

Setelah di New York, Barak akan bertemu dengan Menteri Luar US, Hillary Clinton.

Para penyokong Barak mengatakan walaupun baru-baru ini, wujudnya ketegangan di antara Israel dan US mengenai permasalahan pembekuan penempatan Israel di tanah-tanah Palestin serta proses perdamaian Israel-Palestin, namun kedua-dua Negara ini tetap bersahabat dan rapat, terutamanya hal yang melibatkan pertahanan. Mereka turut percaya masalah-masalah tersebut akan diketengahkan dalam pertemuan Israel berkaitan dengan permohonan senjata. Sumber 20/09/2010, web berita ynets.com

Read more...

Penjajah zionis rempuh Jenin tangkap Palestin

JENIN - Sepasukan tentera penjajah zionis telah menceroboh masuk ke beberapa kawasan yang terletak di selatan bandar Jenin, Tebing Barat. Dalam rempuhan awal pagi tadi, dua orang penduduk Palestin telah ditangkap dan dibawa ke arah yang tidak diketahui. Sementara itu, penjajah zionis terus menggiatkan kekangan di pos-pos kawalan yang memisahkan antara Jenin dan Tulkarm.

Sumber tempatan berkata, seramai puluhan anggota tentera penjajah zionis yang berkawal di desa Jaba' telah menyerbu ke rumah seorang penduduk Palestin, Imad Sabhi Mulayashah, 28. Rumahnya digeledah, lalu Imad dibawa pergi dalam keadaan mata ditutup.

Kejadian yang lain, tentera penjajah zionis menyerbu masuk ke daerah Kafr Ra'i, selatan bandar Jenin. Kemudian, rumah penduduk Palestin, Nabil Sa'ad Mahmud Zayyab, 36 pula digeledah. Berikutan itu, tentera rejim turut menyoal siasat beberapa orang penduduk Palestin di situ.
______________________________________________
Baca lagi:

______________________________________________

Dari sudut yang lain, secara mengejut, tentera penjajah zionis terus berkawal di pos-pos kawalan di kawasan selatan Jenin. Sejak kejadian pembunuhan kejam zionis ke atas seorang komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, as-syahid Shalbayah jumaat lepas, penjajah zionis terus mengawal rapi di Kafr Ra'i, Fahma, 'Alar, dan di sepanjang jalan yang memisahkan antara Jenin dan Tulkarm. Sumber 20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Unit Khas zionis mengganas di penjara Ramon

GAZA - Lajnah Tertinggi Kebangsaan yang berperanan membela para tahanan Palestin menyatakan pertempuran berdarah telah meletus antara tahanan Palestin dengan unit khas tentera rejim zionis di penjara Ramon, kawasan sahara di Naqab(Negev).

Gambar(pautan blog bebas): Pandangan luar dari penjara Ramon.

Seperti yang dijelaskan kepada agensi berita 'Safa' malam tadi, pihaknya terus mengikuti perkembangan yang berlaku di penjara Ramoun dan masih dapat berhubung dengan tahanan di sana.

Seorang dari tahanan Palestin yang memaklumkan kepada Lajnah tersebut bahawa sebilangan besar unit tentera rejim zionis, antaranya unit Metsada telah merempuh ke penjara Ramoun dengan ganas dan mengejut di tengah malam, 19/09/2010. Setelah itu, rejim zionis menarik keluar para tahanan dengan kekerasan dari bilik kurungan sambil mengancam dengan senjata serta gas beracun. Sebarang peralatan dalam bilik tahanan turut digeledah atas alasan mencari telefon bimbit yang diseludup masuk ke penjara sewaktu masa lawatan ahli keluarga tahanan.

Tahanan tersebut turut menceritakan, tentera rejim zionis yang merempuh ke penjara turut mengadakan pemeriksaan ke atas para tahanan yang dipaksa bogel. Tindakan melampau zionis mendorong para tahanan bangkit serta bertakbir menghadang serangan zionis di bahagian tahanan berkenaan dengan perantaraan yang ada. Berikutan itu, tentera zionis bertindak lagi ganas dengan melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata malah membelasah tahanan dengan cotar sambil menyepak tahanan Palestin.

Kejadian tersebut mengakibatkan luka parah dan kecederaan di kalangan tahanan Palestin, namun sehingga kini tidak diketahui jumlah yang luka parah kerana keadaan yang teramat genting di dalam penjara. Malahan, para tahanan terputus hubungan antara satu sama lain.

Gambar di atas(pautan blog bebas): Pandangan luar dari penjara Ramon. Klik di sini untuk besarkan gambar.

Kejadian tersebut turut dikecam keras oleh wakil Palestin. Sumber dari agensi berita 'Safa' melaporkan pada jam 12.30 pagi, Palestin, 20/09/2010, ahli-ahli parlimen Al-Quds dan bekas ahli parlimen telah mengecam keras kekangan rejim zionis ke atas tahanan Palestin di Ramon.

Lajnah Tertinggi mengungkapkan, sejak akhir-akhir ini serangan ganas zionis ke atas tahanan semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi, zionis menggunakan alasan para tahanan Palestin menyembunyikan telefon bimbit dalam bilik kurungan.

Lajnah Tertinggi Kebangsaan memohon kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan serangan gila zionis ke atas tahanan Palestin di kesemua penjara. Bahkan, pertubuhan antarabangsa mesti bertindak bagi melindungi para tahanan Palestin dari kekejaman zionis yang berlanjutan setiap kali perpindahan ke penjara baru dan boleh dikatakan berlaku setiap hari. Sumber 19-20/09/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS