
Pejabat penerangan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS telah menerbitkan laporan mengenai seorang komandernya yang dibunuh oleh rejim zionis, Iyad As'ad Shalbayah, 37 dalam kejadian serbuan di rumahnya pagi tadi di Mukhayyam Nur Al-Shams, Wilayah Tulkarm, Tebing Barat
Gambar(Al-Jazeerah): Pertemuan akhir dengan as-syahid.
Pemberita dari pejabat penerangan AL-QASSAM berkata hari ini, tentera rejim menembak secara sengaja ke atas Shalbiyah dalam jarak terlalu dekat di sisi katilnya.
AL-QASSAM turut mengaitkan pembunuhan itu dengan Pemerintah FATAH yang dituduh bersekongkol malah menyatakan pembunuhan ke atas komander AL-QASSAM telah mendedahkan imej buruk Pemerintah FATAH yang menjadi tali barut zionis.
Jelas AL-QASSAM lagi, bahawa
"Syalbiyah baru 2 hari dibebaskan dari penjara Pihak Berkuasa Palestin yang tidak henti-henti memburunya, dan telah pasti adanya keraguan di sebalik penahan itu dengan komplot bunuh yang berkait dengan Pihak Berkuasa Palestin."
AL-QASSAM turut berkata bahawa darah syahid pejuangnya akan menghantui rejim penjajah dan sekutunya.
Selain itu, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) dalam kenyataannya berkata, pihak rejim zionis telah beberapa kali menangkap as-syahid, begitu juga Pihak Berkuasa Palestin menangkap as-syahid yang memasuki kali ke-10.
Tambah lagi dari gerakan HAMAS, bahawa pembunuhan ke atas as-syahid akan meningkatkan lagi penentangan yang lebih keras dan sengit.

HAMAS menegaskan, jenayah yang dilakukan rejim zionis dan Pihak Keselamatan Palestin tidak akan lagi boleh memberi kestabilan keamanan kepada Israel, menurut kenyataan.
Gambar(dipetik dari ynet melalui AFP): Kesan darah as-syahid yang dibunuh tentera rejim zionis.
Menurutnya AL-QASSAM, rejim zionis yang melakukan operasi serbuan dan tangkapan besar-besaran di Wilayah Tulkarm turut melepaskan tembakan peluru hidup dan sound-bom ke arah rumah-rumah Palestin. Selain itu, hampir 18 orang penduduk Palestin termasuk di kalangan pemimpin-pemimpin HAMAS ditangkap dari beberapa kawasan yang berbeza.
Sebagaimana yang dilaporkan, rejim zionis menangkap, Syeikh Muhammad Al-Ghoul(Abu Arqam), Muhammad Abu Diah(Abu Yazid), Tayseer Al-Jabeer, Asyad Arif, Ahmad 'Asas, Nidhal Abu Dhareefah, Kamal Muhammad dan Muhammad Musyaraqah, Nidhal Al-Qalaq, Asyraf Fudah, dan Muhammad AbulKhair.
Sumber menyebut pada awal serbuan, tentera rejim zionis membiarkan 15 buah jentera perang yang ditinggalkan merintangi jalan masuk ke Mukhayyam dan tentera pejalan kaki serta unit khas dikerah menyerbu masuk ke rumah-rumah Palestin di Mukhayyam berkenaan.
.jpg)
Puluhan ribu mengiringi jenazah As-syahid Shalbiyah
Gambar(safa): as-syahid yang kerap kali ditangkap zionis dan Keselamatan Palestin.
Jenazah as-syahid diiring dari hospital kerajaan, Thabit Thabit di bandar berkenaan menuju ke rumah sanak saudaranya bagi pengucapan terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Syuhadak. Sambil itu, gelombang kemarahan penduduk Palestin turut bergema dengan laungan takbir "Allahuakbar".
Sementara itu, tentera rejim zionis mengenakan kawalan ketat ke atas keseluruhan kawasan perumahan Palestin di Tebing Barat dan sempadan Semenanjung Gaza. Sumber melaporkan, langkah kawalan tersebut sempena menjelang perayaan hari Guhfran(pengampunan) yang dianggap semulia-mulia perayaan bagi Yahudi.
Berikutan itu, pergerakan Yahudi dijalanan malah sosio ekonomi turut terhenti di Tel-Aviv bermula tengahari tadi sehinggalah malam esok. Lebih dari itu, lapangan terbang Tel-Aviv turut ditutup, jalan-jalan yang menyimpangi masuk ke tanah rampasan(Israel) termasuklah jambatan Raja Hussien yang menghubungkan antara tanah Palestin, Tebing Barat dengan Jordan.
Sempena perayaan Yahudi yang dianggap suci, pasukan unit sokongan rejim zionis dikerahkan di keseluruhan bandar Al-Quds(Baitul Maqdis) malah melewati kawasan tembok Al-Buraq(Yahudi menganggap tembok ratapan). Sumber 17/09/2010, web rasmi KATAIB AL-QASSAM, berita serta web berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
0 comments:
Catat Ulasan