الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(16)

11 Januari 2011

11 Januari 2009
HARI KE-16 SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Hari ke-8 serangan dan pencerobohan darat di Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

Serangan Israel di Gaza 2008-2009(15)
_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Mereka yang syahid: 888 orang
Cedera, kritikal: 4080 orang

Rundingan hentikan perang

- Delegasi HAMAS, gabungan pimpinan luar dan dalam Palestin tiba di Kaherah. Menurut sumber, delegasi HAMAS akan mengadakan perbincangan dengan wakil Mesir berhubung keadaan di Gaza.

- Dinyatakan, perbincangan antara delegasi HAMAS dengan wakil Mesir turut dihadiri delegasi Turki.

Kekejaman Israel

- Dinyatakan, sebuah Yayasan kebajikan di Mukhayyam Shatie Bahr(kem pelarian persisiran laut) turut dibom. Sementara itu, Israel juga membedil kawasan di Syiekh Ajlain dan Tel Hawa. Serangan Israel yang disifatkan penyembelihan beramai-ramai ke atas penduduk Gaza itu juga menggunakan bom phosporus putih yang mengundang kontroversi.

- Sebagaimana yang sebut, bom tersebut tidak boleh digunakan di kawasan yang padat dengan penduduk. Jika digunakan juga, boleh disabitkan jenayah perang. Bagaimanapun hakikatnya telah dan sedang berlaku.

-Di Khan Yunus awal pagi tadi, Israel menggunakan bom tersebut setiap kali menyerang, dan mangsa yang terkena boleh mengalami kecederaan tubuh kulit terbakar dan sesak nafas.

- Hakikatnya, penduduk Gaza di Khan Yunus melaporkan sebilangan besar mereka merasai sesak nafas kesan daripada pengeboman yang menggunakan phosporus putih. Dinyatakan, 50 penduduk parah. Israel pula menyatakan terpaksa menggunakan bom tersebut kerana untuk mengkaburkan pandangan pejuang-pejuang Palestin yang menyerang tentera Israel.

- Selain itu, bot-bot perang Israel juga mengebom deretan rumah di persisiran laut, bandar Gaza. Sementara pertempuran dan berbalas tembakan, tentera Israel juga melakukan pemeriksaan ke kawasan-kawasan berhampiran untuk mencari sasaran.

- Barat bandar Gaza, pertempuran yang terlalu sengit. Menurut saksi, artileri juga dilihat terlalu kerap membedil rumah dan kawasan yang berhampiran. Di samping itu, pejuang Palestin masih lagi bertahan dari serangan tentera Israel yang disokong kereta kebal.

- Timur Gaza, pertempuran sengit di salah satu penjuru yang menjadi laluan masuk ke Gaza. Menurut sumber, pejuang Palestin berjaya menggagalkan kemaraan musuh. Dalam masa yang sama, pejuang Palestin melancarkan 2 serangan roket jenis 'grad' ke pertengahan bandar Beer Sheeba.

- Israel mengebom tempat pelancar roket bawah tanah yang dimiliki oleh pejuang Palestin. Setakat ini, pejuang Palestin belum memberikan apa-apa maklum balas berkenaan serangan tersebut.

- Di Rafah, pesawat tempur Israel menggugurkan bom di kawasan yang dipercayai terdapat terowong bawah tanah yang merintangi sempadan Gaza-Mesir.

- Sementara itu, Israel mengebom sebuah kereta dengan muatan 4 penduduk Palestin, malah seorang penduduk yang menunggang motosikal turut dibom dan syahid di tempat kejadian.

- Di Mukhayyam Nuseirat pula, beberapa serangan Israel mensasarkan sebuah rumah dengan bedilan daripada pesawat tempur yang menyebabkan seorang parah dan beberapa lagi kritikal.

- Serangan terbaru Israel di kawasan Shujaiyyah yang padat dengan penduduk dengan tembakan peluru misil.

- Dan satu lagi serangan Israel mensasarkan sebuah kilang perindustrian dan sebuah rumah. Kelihatan api marak menjulang ke udara.

Reaksi penduduk dunia

- Para penunjuk perasaan di Beirut, Lubnan hari ini kebanyakannya adalah kanak-kanak. Kepelbagaian bentuk dan cara melakukan tunjuk perasaan tersebut adalah diharapkan menjadi 'mesej kepada dunia' berikutan peperangan di Gaza menyebabkan berlakunya bencana manusia yang teramat teruk.

- Para penunjuk perasaan dari kalangan kanak-kanak membawa anak-anak patung seiring ambulan bagi menyatakan simpati mereka terhadap kanak-kanak Gaza yang menjadi mangsa serangan ganas Israel. Selain itu, terdapat dikalangan para penunjuk perasaan menggunakan simbolik sempadan Rafah yang menjadi salah satu bentuk ancaman terhadap penduduk Gaza.

- Salah seorang daripada kanak-kanak, mengkritik pemimpin-pemimpin Arab yang disifatkan seperti 'tunduk' kepada kehendak Israel dan Amerika.

- Britain, tunjuk perasaan yang mengecam kekejaman Israel ke atas Gaza juga disertai pertubuhan yahudi Britain. Mereka juga mendesak supaya Israel menghentikan segera peperangan di Gaza.

- Selain itu, penduduk di Los Angeles juga mengadakan tunjuk perasaan berhubung perang di Gaza.

- Beberapa buah bandar di Pakistan juga dinyatakan ada tunjuk perasaan yang mengecam kezaliman Israel di Gaza.

Gesaan dan bantahan

- HAMAS membantah kewujudan pasukan tentera antarabangsa mengawal sempadan antara Gaza-Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) juga menyatakan tidak menerima pasukan tentera antarabangsa di Gaza.

- HAMAS turut menyatakan, gencatan senjata dengan Israel tidak mungkin terjadi melainkan setelah hentikan peperangan, Israel juga berundur dari Gaza, buka semua sempadan yang berhadapan dengan Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

- Bagaimanapun, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin mendesak HAMAS agar menerima inisiatif Mesir sebagai mekanisma perlaksanaan daripada ketetapan Majlis Keselematan Bangsa-bangsa Bersatu baru-baru ini.

- Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan Mesir tidak akan membekalkan bantuan dari sudut ketenteraan ke Gaza tetapi Mesir akan berusaha bagi memastikan penduduk Gaza boleh hidup dengan aman. Beliau juga mengkritik pandangan Hassan Nasrallah yang meminta Negara-negara Arab menghantar bantuan senjata ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

Pejuang Palestin terus bertahan, menyerang balas

- KATAIB SYAHID JIBRIL menyatakan pihaknya telah menggagalkan tentera Israel yang cuba menceroboh Gaza dari arah barat Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menyatakan pihaknya telah membalas serangan Israel. Setakat ini, AL-QASSAM telah:

- Mengebom penempatan Sderot dengan 3 serangan roket jenis 'qassam'.

- Melancarkan serangan roket ke 2 buah penempatan Israel, Ushdud dan Nativout dengan roket jenis 'grad'.

- Mengebom pengkalan tentera udara Israel, Belmakhiem bagi kali kedua dengan serangan roket jenis 'grad' dan 'qassam'.

- Bandar Beer Sheeba dengan satu serangan roket jenis 'grad'.

- Seorang tentera Israel dari sebuah pasukan turut menjadi sasaran penembak tepat AL-QASSAM di selatan bandar Gaza.

- Berjaya meletupkan sebuah kereta kebal Israel dengan 2 bahan peledak di barat Jabaliya, utara Semenanjung Gaza.

- Berjaya menembak sebuah helikopter apache Israel.

- Pejuang dari kumpulan SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) membedil sepasukan jentera perang Israel di utara dan selatan gaza dengan menggunakan beberapa pelancar roket.

- AL-QASSAM mengebom lagi Majedal, Israel dengan 2 serangan roket jenis 'grad'.

Bantuan kemanusiaan

- Mesir membenarkan sepasukan doktor daripada Persatuan Doktor-doktor Arab memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.

- Hospital Shifa' yang merupakan sebuah hospital terbesar di Semenanjung Gaza menerima beribu-ribu pesakit sepanjang peperang ini berlaku. Di bahagian merawat, kelihatan mangsa perang akibat terbakar dan kulit melepuh.

- Menurut sumber, doktor mengesahkan Israel menggunakan senjata yang berbeza kerana mangsa serangan Israel kali ini terjejas teruk dari segi kesihatan dan tubuh badannya.

- Menurut seorang doktor di hospital Shifa', mangsa-mangsa serangan Israel yang terbakar kulit malah melepuh adalah akibat terkena serangan yang menggunakan kandungan bahan kimia yang tidak diketahui kerana terdapat perbezaan yang amat ketara dengan mangsa-mangsa sebelum ini.

- Doktor Mohammad Osman, jurucakap bagi Persatuan Doktor Arab ketika memasuki Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah Mesir menyatakan beliau teramat sedih melihat keadaan yang berlaku. Jelasnya, bencana di Gaza terlampau teruk.

- Beliau bersama doktor-doktor dari berbagai Negara Arab telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Mesir untuk memasuki Gaza. Beliau juga menceritakan terpaksa menempuh perjalanan yang penuh dengan ketakutan dari Khan Yunus menuju ke Gaza(bandar Gaza).

- Beliau merayu kepada semua pihak agar tampil memberikan bantuan kepada penduduk Gaza, khususnya dari segi rawatan.

Read more...

Seorang pejuang syahid dibom zionis

Laporan asal jam 03.08 petang, Palestin/Mesir

GAZA - Muhammad Jamil An-Najjar, 25 salah seorang kader SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI) syahid berikutan menjadi sasaran pengeboman pesawat tempur zionis. Ketika kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal di kawasan Qaizan An-Najjar, timur bandar Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(Safa): Jenazah An-Najjar ketika diusung keluar dari hospital.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bancutan Cemas, Adham Abu Salmiah mengesahkan kepada agensi berita 'Safa' bahawa mangsa(An-Najjar) telah syahid, manakala seorang lagi mangsa yang melalui jalan terbabit cedera ringan.

Sementara itu, SARAYA AL-QUDS memberi ancaman akan membalas pembunuhan An-Najjar.

Dalam kenyataan media, SARAYA berkata, apa jua jalan menjadi pilihan untuk membalas jenayah yang dilakukan zionis. Sumber 11/01/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS