الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

ALWIYAH mengebom sekumpulan jentera perang penjajah di utara Gaza

25 Mei 2010


Sumber peta, map google. No.7 adalah kedudukan Bet Lahiya yang terletak di utara Semenanjung Gaza. Bersebelahan garisan putih yang putus-putus menghala ke utara lagi adalah kawasan Israel(asal tanah Palestin yang dirampas penjajah).

BET LAHIYA - Sebuah kumpulan pejuang Palestin, ALWIYA NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera Jawatankuasa Penentangan Masyarakat telah mengebom sekumpulan jentera perang penjajah yang menceroboh di utara bandar Bet Lahiya dengan pelancar roket jenis 'hawn', 100mm.

ALWIYAH dalam keterangan yang disampaikan kepada agensi berita berkata, "satu unit dari pejuang kami telah berjaya mengebom sekumpulan jentera perang penjajah yang menceroboh kawasan berdekatan Bu'rah abu Samrah, utara Bet Lahiya pada jam 12.40 tengahari tadi".

Dinyatakan, operasi pejuang ini adalah bagi menghadang tentangan yang berkesinambungan ke atas penduduk Palestin di Gaza dan semua yang berada di tanah Palestin. Jelasnya, pejuang Palestin mesti cepat bingkas dalam waktu yang mendatang bagi melaksanakan misi, kemudian kembali ke setiap posisi dengan selamat.

ALWIYAH menegaskan bahawa kumpulan itu percaya dengan jalan jihad dan penentangan adalah satu-satunya jalan bagi membebaskan seluruh tanah Palestin. Sumber[2.46 petang/Palestin] 25/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

2 kumpulan pejuang menyerang pos kawalan tentera

GAZA - Dua buah kumpulan pejuang Palestin, KATAIB MUQAWAMAH WATANIAH dan KUMPULAN JUNDITTAUHID dalam keterangan akhbar yang berasingan mengumumkan kumpulan pejuang mereka telah mengebom pos kawalan tentera di pertengahan Gaza dengan 2 buah mortar jenis 'hawn' dan 2 pelancar roket buatan sendiri.

KATAIB MUQAWAMAH berkata, salah satu dari unit pejuangnya telah mengebom sebuah pos kawalan tentera Israel yang terletak di timur Maghazi dengan serangan roket dan pelancar roket jenis RPG secara langsung, pada jam 5.10 petang.

Dalam kenyataan itu, kumpulan pejuang terbabit menjelaskan serangan tersebut adalah bagi membalas tentangan Israel yang tidak henti malah operasi ini adalah salah satu bentuk penentangan yang wajar pada pandangan syarak.

Sementara itu, kumpulan yang dikenali JUNDITTAUHID di tanah suci melancarkan serangan roket ke atas sebuah pos kawalan yang dilengkapi kamera di timur Buraij, iaitu pada jam 5.30 pagi tadi.

Jelas kumpulan itu lagi, pada jam 6.10 pagi, pihaknya telah melancarkan 3 serangan roket jenis 'hawn' 60mm ke atas pos kawalan tentera di timur Jahrul Deik, dua dari serangan terbabit gugur di kawasan yang disasarkan. Sumber 25/04/2010, web berita maannews.net

Read more...

Turki membantah sebarang tekanan bagi menghalang laluan armada laut

Akhbar Israel, "Yediot Ahronot" dalam edisinya hari ini(selasa), menyatakan Pihak Berkuasa Israel gagal membuatkan Turki mengikut kehendak Israel bagi menghalang pelayaran armada laut ke Gaza bagi memecahkan sekatan.

Gambar dari pls48: Sebuah kapal dari armada laut yang baru berlepas pada 22/05/2010.

Sumber dari akhbar tersebut melaporkan, Turki turut membantah cadangan Israel bagi melabuhkan kapal-kapal armada yang membawa muatan bantuan kemanusiaan ke pelabuhan Israel, Ushdud. Dengan itu, barang-barang bantuan itu akan dibawa masuk ke Gaza melalui Pertubuhan bantuan antarabangsa dan UN di bawah pengawasan dari Israel.

Yediot Ahronot menukilkan kenyataan dari komander tentera laut Israel, Jeneral Eliezere Morum yang menerima secara peribadi bagi mengetuai operasi menghalang armada laut mendekati pantai Gaza pada hari khamis. Sementara itu, tentera laut Israel dalam jumlah yang besar juga telah direkrut bagi operasi tersebut.

Akhbar tersebut turut menyebut timbul ketakutan kepada tentera Israel terhadap para aktivis yang menyertai armada laut cuba bertempur dengan tentera Israel.

Berhubung pendirian rasmi Israel yang tidak membenarkan armada laut tiba di Gaza, Menteri Kebajikan dan sosial, Yitzhak Herzog mempastikan lagi bahawa pendirian kerajaannya yang membantah ketibaan armada laut di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, menteri tersebut menyatakan syarat bagi membenarkan laluan armada ke Gaza adalah dengan janji agar Gilad Shalit dibebaskan.

Sumber menukilkan dari radio Israel pada hari ahad lalu, Yitzhak Herzog berkata, "konvoi laut itu tidak boleh dibenarkan tiba di Gaza melainkan pertubuhan yang berkenaan berjanji bagi mengeluarkan Shalit dari Gaza".

Menteri Israel itu turut memberi pandangan bahawa konvoi laut antarabangsa yang dalam pelayaran menuju ke Gaza yang disekat, seumpama "tindakan menghasut semata-mata untuk mengelirukan pandangan umum terhadap Israel", dakwa Yitzhak lagi, "tidak ada krisis kemanusiaan berlaku di Gaza malah bekalan makanan pun tidak ada yang berkurang". Sumber 25/04/2010, web berita Palestine48 dan 24/05/2010, web berita shehab.ps

Pautan lain:

Read more...

Karikatur: ketibaan dan sekatan maut

Salah sebuah kapal dari armada laut "Lifeline4Gaza". Sumber flickr.com

Gaza menanti ketibaan armada "Lifeline4Gaza". Sepertimana Gaza sekarang, armada tersebut juga menerima ancaman. Ketibaan mereka sedang dinanti angkatan tentera laut Israel. Semoga dengan izin Allah, armada laut yang bertujuan membantu mereka dizalimi dan misinya memecahkan sekatan maut ke atas penduduk yang dikepung agar dapat tiba di pelabuhan nelayan Gaza walaubagaimana keadaan sekalipun. Hasbiallahu wa ni'mal Wakil

Ketika sekatan ke atas Gaza tetap berlarutan, mungkin ada 'punca'nya. Dokumen perjanjian, dokumen persidangan kemuncak, dokumen inisiatif perdamaian, dan dokumen persidangan antarabangsa selalu mem'bingit' telinga, namun kenapa sukar Gaza dilepaskan dari sekatan?

Sumber karikatur (Palestine48)

Read more...

Satu serangan roket gugur di Ashkelon

Terkini: Sumber dari Kementerian Dalam Negeri Palestin Gaza menyatakan, pihaknya telah memberkas sebuah kumpulan yang disyaki terlibat dalam membakar khemah UNRWA. Pada 23/05/2010, Kerajaan Palestin Gaza mengecam sekumpulan pihak yang tidak dikenali membakar khemah yang digunakan untuk program 'perkhemahan musim panas' di pantai Gaza. Program tersebut di bawah seliaan UNRWA.


AL-QUDS, - Akhbar berita 'Yediot Ahronot' versi hebrew melaporkan satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur berhampiran dewan daerah di bandar Ashkelon, Israel.

Sumber menjelaskan serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang kerosakan harta benda mahupun lupa parah.

Setakat ini, belum ada kumpulan pejuang Palestin yang mengakui bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Sementara itu, sumber dari utara Gaza melaporkan sebuah kumpulan pejuang Palestin, JIHAD JIBRIL, sayap tentera Barisan Rakyat(جبهة الشعبية – القيادة العامة) mengakui pihak pejuangnya telah meletupkan satu peledak kepada sebuah jip tentera Israel di utara Semenanjung Gaza.

Jurucakap media bagi kumpulan pejuang tersebut, Abu Mukmin yang menghubungi agensi berita berkata, 'satu unit dari kumpulan ini telah meletupkan satu peledak di laluan rondaan jip tentera Israel berdekatan kampung badawiah yang berkedudukan di utara bandar Bet Lahiya, utara Gaza'.

Tambah Abu Mukmin lagi, pihaknya sekarang masih menyelidiki kejadian itu bagi memastikan sama ada kecederaan di pihak tentera Israel.

Di pihak Israel pula, radio penjajah menyebut, satu kejadian letupan berlaku pagi tadi dalam kawasan Palestin di utara Gaza. Dinyatakan, jarak letupan dari tembok pemisah hanyalah sejauh 60 meter. Jelas radio itu lagi, letupan tersebut natijah dari sebuah kenderaan yang meletup.

Bagaimanapun, radio penjajah menjelaskan dalam kejadian itu tidak berlaku sebarang kecederaan. Sumber 25/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pejuang berjaya lepaskan diri dari pengeboman Israel

Sumber peta, google map. Penunjuk: No.6 adalah kedudukan bandar Bet Hanoun dan no.7 adalah kedudukan Bet Lahiya, kedua-duanya berada di bahagian utara Semenanjung Gaza. Manakala garisan putus-putus berwarna putih adalah garisan sempadan yang memisahkan Semenanjung Gaza dengan Israel(asalnya adalah tanah Palestin). Nombor-nombor yang berada di warna biru pula adalah tempat penempatan Israel.

SEMENANJUNG GAZA - Awal pagi ini, Israel telah mengebom sebuah kawasan tanah lapang yang mempunyai pokok tumbuhan di barat bandar kecil Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Agensi berita menjelaskan dalam laporan yang diterbitkan pada jam 1.02 pagi/Palestin, bahawa 'pengeboman Israel itu mensasarkan sekumpulan pejuang Palestin yang berangkai di kawasan terbabit, bagaimanapun pejuang berjaya melepaskan diri dari pengeboman Israel tanpa berlaku sebarang luka parah'.

Di kawasan yang lain, sumber melaporkan kereta kebal penjajah telah menceroboh ke sebahagian kawasan Bet Hanoun di samping melepaskan tembakan.

Ketika kereta kebal Israel menceroboh, turut diiringi pesawat terbang Israel yang berlegar-legar di ruang udara Gaza di bahagian utara. Sumber 25/05/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS