الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Israel tangkap 3 Palestin, Pihak Keselamatan Palestin culik 3 anggota HAMAS

31 Januari 2010

Sumber melaporkan sepasukan tentera penjajah menangkap 3 penduduk Palestin di timur Khalil.

Sementara itu, sumber lain menyatakan Pihak Keamanan Palestin(bawah Presiden Mahmoud Abbas) dalam operasi menentang pengikut HAMAS di Tebing Barat telah menculik 3 anggota HAMAS dari Ramallah, Tulkram dan Khalil. Sumber 31/01/2010, berita al-Jazeerah dan web berita aqsatv.ps

Read more...

Mesir tangkap seorang Penguatkuasa Keamanan Gaza

Sumber keamanan menyatakan, Pihak Berkuasa Mesir telah memberkas seorang penguatkuasa keamanan, Kerajaan Palestin Gaza.

Leftenan Muda, Ibrahim Abu Ma'ruf ditangkap ketika dalam perjalanan pulang dari Kaherah ke Gaza yang menemani bapanya menjalani rawatan. Dijelaskan, sebaik sahaja tiba di sempadan Rafah untuk memasuki Rafah Gaza, hanya bapanya sahaja dibenarkan melintasi sempadan dan memasuki tanah Palestin(Gaza).

Agensi berita menyatakan sumber dari wakil Kerajaan Palestin Gaza berkata, Pihak Berkuasa Mesir telah menahan Abu Ma'ruf dan tidak dibenarkan pulang ke Gaza bersama bapanya.

Sumber menyatakan, Pihak Keamanan Mesir telah meletakkan nama Abu Ma'ruf dalam 'senarai hitam' yang dikaitkan ketika kejadian peruntuhan tembok sempadan antara Gaza-Mesir.

Selain itu, sumber lain menyatakan tidak ada keterangan yang melaporkan penahanan Abu Ma'ruf dikaitkan dengan satu insiden yang menyebabkan kematian seorang tentera Mesir, Ahmad sya'ban akibat ditembak dari pihak Palestin.

Sementara itu, 'Lajnah Simpati bersama Aiman Naufal' telah mengecam keras dengan penahanan Abu Ma'ruf. Lajnah tersebut menyatakan, penahanan tersebut 'melanggar undang-undang'. Dalam masa yang sama, keluarga Abu Ma'ruf merayu Pihak Berkuasa Mesir agar membebaskan segera Abu Ma'ruf.

Memetik kenyataan dari sebuah Pusat Penerangan Palestin yang rapat dengan HAMAS, sumber dari Muhammad Ma'ruf berkata, saudaranya(Abu Ma'ruf 35 tahun) tidak ada sebarang tindakan yang melanggar keamanan Mesir, malah telah berkali-kali Abu Ma'ruf menemani bapanya membuat rawatan di Mesir.

Muhammad menjelaskan, Abu Ma'ruf tidak ada kaitan langsung dalam kejadian yang meletus antara Pasukan Keselamatan Mesir dengan penduduk Palestin di garisan sempadan Gaza-Mesir.

Abu Ma'ruf menemani bapanya ke Mesir pada 5 Januari lalu, iaitu sebelum berlakunya pergelutan di garisan sempadan Palestin-Mesir. Sumber 31/01/2010, suratkhabar Misril-Youm dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong bawah tanah

30 Januari 2010

Menurut sumber, Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong bawah tanah yang terletak di kawasan Hayyu Barahimah, selatan Rafah yang bertentangan dengan sempadan Gaza. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan ketika terowong tersebut diletupkan pada waktu tengahari, Jumaat lalu.

Wakil sumber yang berada di Rafah menjelaskan, Pihak Keamanan Mesir meletupkan sebuah terowong yang digunakan bagi membawa masuk barang-barang ke Gaza. Dinyatakan tiada kecederaan kerana waktu terowong diletupkan tiada sesiapa yang berada di situ.

Berikutan hal yang dinyatakan, sejak akhir ini usaha membawa masuk barang-barang ke Gaza telah berkurangan ekoran penguatkuasaan dari sudut keselamatan; yang turut menjejaki peniag-peniaga dan pembekal barangan dari pihak Mesir.

Terowong bawah tanah adalah satu-satunya saluran yang digunakan oleh penduduk Palestin Gaza bagi mendapatkan bekalan barangan dan keperluan asasi semenjak dikenakan sekatan.

Sekatan ke atas Semenanjung Gaza telah berlarutan lebih dari 3 tahun, namun Mesir turut mengawal saluran tersebut dengan membina tembok keluli yang ditanam ke pasak bumi bagi menutup laluan ini. Mesir mendakwa, tujuannya adalah untuk menjaga keselamatan Negaranya. Sumber 30/01/2010, web berita Safa

Read more...

Perarakan bantahan tembok pemisah di Tebing Barat, Israel rancang roboh lagi rumah Palestin

Beberapa buah kampung Palestin di Tebing Barat telah dikawal tentera penjajah. Sumber menyatakan, pihak penjajah juga tidak membenarkan para wartawan, aktivis luar dan penduduk Israel dari mengikuti demontrasi menentang pembinaan tembok pemisah.

Sebagaimana dilaporkan, pada jam 2.10 petang(waktu Mesir) para penunjuk perasaan masih lagi mengadakan demontrasi membantah pembinaan tembok pemisah di Kampung Nabi Salleh. Mengikut apa yang dinyatakan, perarakan bantahan ini bermula selepas jumaat yang turut digerakkan di Kampung Bil'in (Arabic: بلعين‎) dan Ni'lin (Arabic: نعلين‎).

Perarakan bantahan bertukar kepada pertempuran apabila sepasukan tentera penjajah bertindak menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perarakan tersebut. Dinyatakan, tentera penjajah melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan mengakibatkan beberapa orang dari krew wartawan yang membuat liputan turut mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata.

Liputan di Allad pula pada jam 2.15 petang(waktu Mesir), beratus-ratus penduduk Arab di dalam kawasan 'garisan hijau' mengadakan tunjuk perasaan berikutan rancangan yang telah dinyatakan di pihak penjajah bahawa puluhan buah rumah milik Arab Palestin di Allad akan dirobohkan. Sumber 29/01/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

Pertahankan hak meskipun anggota keamanan Palestin wujud dalam bayangan

Berikut adalah klip video yang memaparkan tentang kekejaman pihak penjajah terhadap penduduk Palestin. Meraka dinafikan hak dan apa yang ada terus dirampas tanpa belas kasih. Suara tangis dan sergah untuk mempertahankan hak sentiasa dan tetap bergelombang di tanah Palestin, namun tiada usaha yang lebih 'keras' untuk menentang keganasan Israel. Biarpun wujud pasukan keamanan Palestin, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, apakah sekadar di'rekrut' untuk menangkap pejuang-pejuang Palestin di Tebing Barat yang berusaha bangkit menentang Israel?


Sumber klip di atas boleh didapati di pautan ini.

Read more...

Negara Islam bangkang bentuk Ketenteraan Islam - Oğlu

29 Januari 2010


Prof. Dr. Ekmeleddin İhsanoğlu(gambar), Setiausaha Agung OIC(Organisation of the Islamic Conference) dalam kenyataannya, beliau mengungkapkan 'sebahagian dari Negara Islam membangkang cadangan OIC membentuk Ketenteraan Islam bagi tujuan mengawal keamanan di kawasan mahupun Wilayah yang bergolak(sering berlaku pertempuran) yang berlaku di beberapa buah Negara Islam'.

Oğlu menyatakan kepada sebuah akhbar Turki, bahawa "OIC telah mengemukakan cadangan ini ketika pertemuan Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC berlangsung pada bulan 5, tahun lepas dan laporan berhubung pembentukan gabungan ketenteraan Islam itu telah disediakan. Bagaimanapun, setelah laporan tersebut diteliti dari pihak yang pakar mendapati sebahagian dari Negara Islam yang juga anggota OIC telah membuat bangkangan kerana meyakini bahawa waktu masih terlalu awal untuk membentuk gabungan tentera Islam.

Dari sudut lain, Oğlu menyatakan tindakan memisahkan(mengasingkan) Taliban dari arena politik Afghanistan adalah satu kesilapan. Jelas beliau, teramat penting gerakan Taliban digabungkan di peringkat politik kerana pengasingan Taliban akan meyukarkan tercapainya penyelesaian berhubung konflik yang berlaku masa ini.

Beliau menjelaskan lagi, dengan penggabungan Taliban dalam arena politik Afghanistan adalah demi pembebasan Afghanistan dari dunia barat yang mengerumuninya(Afghanistan). Hal sedemikian ternyata boleh dilakukan dengan perantaraan Turki ataupun mengadakan pertemuan antara sekumpulan dari Ulamak melalui Pertubuhan OIC. Sumber 29/01/2010, web berita al-Watan(Kuwait)

Read more...

Berita mengenai salah seorang pemimpin HAMAS dibunuh, laporan Hak Asasi Manusia

Agensi berita REUTERS melaporkan Ezzat Al-Rashq, wakil HAMAS berkata pada 29 Januari/Kanun Thani(Jumaat) berkata, Israel telah membunuh salah seorang pemimpin HAMAS yang juga berjawatan tinggi dalam ketenteraan HAMAS. Al-Rashq menjelaskan, Mahmoud Al-Mabhuh dibunuh pada 20 Januari di Dubai.

Sementara itu, dari pihak sayap tentera HAMAS, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM mengumumkan pihaknya menjalankan siasatan berhubung sebab kematian Al-Mabhuh.

AL-QASSAM menjelaskan bahawa Al-Mabhuh pernah menjalankan operasi menculik tentera Israel ketika meletusnya 'intifadhah pertama' meninggal dunia kesan dari masalah kesihatan secara mengejut semasa mengunjungi sebuah Negara Teluk, Arab Bersatu(Emirate).

Berikutan operasi penculikan tersebut, Al-Mabhuh usir keluar dari Palestin pada tahun 1989.

AL-QASSAM menyatakan, Al-Mabhuh beberapa operasi pada ketika 'intifadhah pertama'. AL-QASSAM menjelaskan lagi, rumah Palestin yang pertama diroboh Israel ketika itu adalah rumah as-Syahid.

Sementara itu, semalam(28/01/2010, berita al-Jazeerah) sumber melaporkan pihak tentera penjajah telah menangkap 10 penduduk Palesti di Tebing Barat.

Berhubung operasi pencerobohan tentera penjajah di tanah Palestin, Pusat Hak Asasi Manusia Palestin dalam laporan mingguannya mengungkapkan 'tentera penjajah telah melakukan 22 operasi pencerobohan di Tebing Barat, dalam masa yang sama seramai 34 penduduk Palestin turut ditangkap, empat darinya adalah kanak-kanak'.

Laporan dari pusat tersebut turut menyatakan bahawa pihak tentera penakluk masih melakukan operasi ketenteraan yang menceroboh dan menyelongkar rumah aktivis-aktivis yang menentang pembinaan tembok pemisah yang bertujuan untuk memberkas aktivis terbabit. Selain itu, dalam operasi yang dilaporkan, 2 buah kereta milik Palestin dan sebuah traktor pertanian turut di bakar di Kampung Imatain, timur Qalqiliah.

Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah, pada 29/01/2010, web berita RusiaToday dan web rasmi KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)

Read more...

Israel jawab laporan Goldstone

Sumber melaporkan bahawa Kerajaan Israel hari ini telah mengumumkan pihaknya memberi jawab balas rasmi berhubung perakuan yang terkandung di dalam laporan hakim Ritchard Goldstone mengenai perang Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Dalam masa, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(UN:United Nations) sedang bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan berhubung laporan Goldstone pada minggu akan datang, Tel Aviv berkata pihaknya tidak berhasrat membentuk sebuah panitia siasatan perang sebagaimana yang diminta Pertubuhan Antarabangsa dalam laporan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan Palestin di Semenanjung Gaza berkata pihaknya akan menyampaikan jawab balas melalui Suruhanjaya Tinggi Hak Asasi Manusia berhubung perakuan laporan Goldstone bagi pihak Palestin mengikut undang-undang yang disepakati antarabangsa.

Menteri Keadilan di Gaza, Mohammad Al-Ghul(محمد فرج محمود حسين الغول) berkata, jawab balas yang dikemukakan adalah berhubung setiap persoalan dalam paragraf yang dimuatkan dalam 52 muka surat(lingkungan jumlah muka surat).

"Jawab balas berhubung laporan tersebut berserta lampiran undang-undang akan diserahkan kepada Ketua Pejabat Suruhanjaya Tinggi di Semenanjung Gaza dalam terdekat ini", tambah beliau.

Beliau turut memberikan kepastian bahawa membiarkan pemerhatian Palestin ke atas sebahagian dalam laporan Goldstone yang diminta pihak Palestin melaksanakan sebahagian dari perakuan berikutan pihak penjajah(Israel) cuba menyamakan isu(alasan perang ke atas Gaza). Dengan seberapa segera, Kerajaan Palestin di Gaza membentuk sebuah panitia bagi mengawasi dan mendokumentsi jenayah Israel berhubung perang ke atas Gaza.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan Palestin di Gaza memberi ruang kepada delegasi-delegasi dan utusan serta Badan-badan Antarabangsa bagi menyaksikan kesan perang. Berikutan hal yang berkait, Kerajaan juga menyambut baik usaha Goldstone dan memberikan kesenangan supaya dapat menyelesaikan misinya dengan sempurna. Dalam masa yang sama, Israel membantah sebarang kerjasama kepada Goldstone. Sumber 28/01/2010, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Usaha terancang Zionis untuk roboh al-Aqsa

28 Januari 2010

MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi.

Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.

Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.

Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman.

Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Laporan terbaru menyatakan, Masjid al-Aqsa terancam dan boleh roboh kerana kegiatan menggali oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel. Kerja penggalian itu berlaku sejak sepanjang 1970-an lagi. Pada masa itu, Israel memperhebat penggalian di bahagian bawah masjid termasuk di selatan dan baratnya.

Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita. Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat pada 1979. Sebagai tambahan, Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Ketika memulakan projek penggalian terbabit, Israel mendakwa mereka mencari tempat ibadat Nabi Sulaiman. Mereka gagal menemui lokasinya, sebaliknya menemui terowong Raja Jehoiachin (Raja Baitulmaqdis).

Israel mendakwa, penggalian itu satu kejayaan kerana menemui runtuhan terowong Raja Jehoiachin, yang tidak berkaitan langsung dengan tempat ibadat Nabi Sulaiman. Terowong itu tidak dianggap penting dari segi agama tetapi sejarah. Pintu masuk terowong kemudian ditutup dan pada hari ini ia dibuka semula tanpa sebarang justifikasi.

Kepentingan berhubung isu penggalian terbabit ke atas umat Islam tidak perlu dijelaskan. Mereka umumnya bimbang Masjid al-Aqsa dan asasnya akan rosak dek kerja penggalian itu.

Malah, apakah manfaatnya penggalian itu kepada penduduk Yahudi tidak difahami kerana hakikatnya tiada kepentingan langsung dari segi agama.

Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya menggesa rakyat Palestin bersatu bagi membantah penggalian itu, sementara pemimpin Fatah mengancam menamatkan gencatan senjata dengan Israel.

Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa.

Pembuat dasar Palestin yang ditahan di penjara Ayalon itu, percaya apa yang berlaku adalah satu lagi cubaan Israel untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

Mereka menggesa dunia Arab dan Islam membantu mereka melindungi Baitulmaqdis dan kawasan suci Islam. Mereka juga berkata, perpecahan di kalangan penduduk Palestin menggalakkan Israel melakukan sesuka hati di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

Akhbar Haaretz pada 31 Januari 2008 mengesahkan laporan bahawa Israel mengambil keputusan memulakan penggalian sebuah terowong baru di kawasan yang disebut.

Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa. Jordan berkata penggalian itu akan mencetuskan gelombang keganasan baru di Asia Barat dan Baitulmaqdis adalah Garisan Merah bagi semua penduduk Arab dan Islam.

Mohammad Abu Hdeib, ketua jawatankuasa Parlimen Jordan berhubung hal ehwal antarabangsa, menyatakan bahawa Bashir memaklumkan duta Israel bahawa Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel.

Abu Hdeib berkata, penggalian oleh Israel dan rancangan keseluruhannya mengancam asas Masjid al-Aqsa.

Dalam laporan lain pada November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi.

Yayasan itu berkata, tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.” Malah, pihaknya mendapati kerja penggalian dijalankan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, termasuk di lorong Al-Sharif.

Yayasan itu mendedahkan dalam satu laporan 3 Mac 2009, hasrat Israel dan sayap eksekutifnya menggali dua terowong baru, satu daripadanya sepanjang 56 meter dan satu lagi 22 meter bagi menghubungkan lorong Al-Sharif Palestin di Kota Lama ke Baitulmaqdis. Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967.

Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi.

Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat.

Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.

Sesetengah kerja penggalian dikatakan dilakukan pada waktu malam terutama dalam tangki air terletak di kawasan menghala ke kawasan bawah tanah masjid berkenaan. Yayasan memberi amaran mengenai risiko dan kesan penggalian itu ke atas masjid suci umat Islam selain ‘usaha segera mengyahudikan’ kawasan itu oleh kerana ia bersambung ke dewan solat Marwani di dalam masjid.

Kawasan penggalian berselerak dilakukan di kawasan barat daya berhampiran tapak yang mengelilingi kawasan asal masjid, yang digelar ruangan Al-Khanthaniyya, dan di kawasan tengah serta timur ke barat.

Yayasan memberi amaran bahawa penggalian itu bertujuan melemahkan struktur asas Masjid al-Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid, sekali gus berisiko merobohkan mercu tanda umat Islam.

Amaran itu sekali lagi dinyatakan Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi kepada IMEMC yang bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.

Ia berikutan kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada waktu malam membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan masjid.

“Israel perlu bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitar yang membabitkan kawasan penganut Kristian,” kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

Ulasannya berikutan runtuhan kawasan penduduk di Silwan, timur Baitulmaqdis pada 11 Januari lalu, meninggalkan lubang sedalam 12 meter persegi di tengah jalan Wadi Hilwah.

Pada masa sama, beliau merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera di al-Aqsa, dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan dan pendatang Yahudi ketika wanita Islam bersolat.

Jawad Siyam, Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa memberitahu agensi Maan bahawa runtuhan baru itu sedalam 10 meter, dan terletak hanya beberapa meter dari satu lagi runtuhan minggu lalu akibat kerja penggalian berterusan Israel.

Juga air hujan mula membanjiri Al Ein, kawasan masjid berhampiran di mana penggalian bertumpu.

Pusat Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis (JCSER) melaporkan kejadian Isnin lalu hanya satu daripada beberapa siri runtuhan sama yang berlaku pada 2009. Runtuhan terbaru berlaku di sebuah sekolah tempatan untuk perempuan, di mana 17 pelajarnya cedera.

JCSER mengakui penggalian Israel itu menyebabkan kerosakan struktur kepada beberapa premis di kawasan itu terutama di masjid Al Ein.

Pusat itu juga memberi amaran beberapa siri runtuhan bakal berulang di Silwan dan Kota Lama ketika Israel menjalankan kerja mengorek bagi membina satu rangkaian terowong di kawasan itu. Penggalian itu sudah sedia menyebabkan kerosakan struktur ke atas berpuluh bangunan di kawasan terbabit.

Memetik kata-kata pengarah Wakaf Palestin Adnan Husseini pada 2002; “Pihak berkuasa Israel perlu bertanggungjawab ke atas kehilangan nyawa akibat runtuhan dinding masjid.”

Adakah umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat Masjid al-Aqsa runtuh begitu saja? Atau mampukah kita melihat Masjid al-Aqsa diyahudikan? Inikah petanda akhir zaman? Itulah antara persoalannya.

Sumber: Berita Harian

Read more...

Israel nekad robohkan masjid di selatan Nablus

27 Januari 2010

Pihak Berkuasa Israel mengumumkan pada hari selasa bahawa pihaknya nekad untuk merobohkan masjid Salman Al-Farisi dan beberapa buah lagi bangunan lagi di kampung Burin, selatan Nablus. (gambar : Nablus)

Ghassan Daghlas selaku pihak yang bertanggungjawab bagi portfolio penempatan di utara Tebing Barat berkata, 'beberapa buah jip Pihak Berkuasa Israel yang tertera Pejabat Pengurusan Bandar telah menceroboh kampung dan memberikan notis roboh kepada penduduk di situ'.

Berikutan itu, beliau akan membawa kepada pengadilan agar menghentikan sebarang pelaksanaan dari notis yang diberikan kepada penduduk.

Kes yang telah berlaku, sepasukan tentera penjajah telah bertindak secara bahaya beberapa bulan lalu terhadap puluhan penduduk di beberapa buah kampung yang menyaksikan rumah mereka diroboh. Selain itu, beberapa buah lagi rumah telah diroboh Israel di kampung Taana, timur Nablus.

Israel mendakwa kawasan-kawasan rumah yang diroboh adalah tertakluk di bawah penguasaannya, maka Palestin tidak ada hak untuk mendirikan apa-apa bangunan di situ. Lebih teruk, kampung Burin turut diserang pelampau Yahudi(penduduk Israel). Dinyatakan, kawasan pertanian di kampung Burin juga menjadi sasaran pelampau Yahudi. Sumber 26/01/2010, web berita Islamtoday

Read more...

Israel tangkap 15 Palestin, tentera Israel iringi pelampau Yahudi, boikot produk Israel

Sumber melaporkan, tentera penjajah(Israel) telah menangkap 15 penduduk Palestin dalam operasi di tempat yang berasingan di Tebing Barat (27/01/2010).

Sementara itu, dilaporkan semalam berlaku pertempuran antara pelampau Yahudi yang diiringi tentera penjajah dengan penduduk Palestin di sebuah kampung Palestin, selatan Tebing Barat.

Selain itu, dilaporkan kempen boikot produk Israel di Ramallah. Kempen tersebut turut meminta para peniaga dan penduduk Palestin di Ramallah turut serta dalam kempen tersebut.
Sumber 26-27/01/2010, berita al-Jazeerah

Read more...

FATAH mahu Mesir "selia" kepentingan Palestin, HAMAS kritik tembok keluli Mesir

26 Januari 2010

FATAH bertegas mahu Mesir menjadi "pihak tengah/penyelia" untuk kepentingan Palestin.


Abu Maher Ghaneim, Naib Presiden FATAH yang juga anggota Lajnah Pusat Gerakan FATAH menyifatkan "Mesir berperanan sebagai paksi penghubung bagi kepentingan Palestin" kepada Yaseer Osman, Duta Mesir ke Palestin ketika pertemuan dua pihak di Ramallah.

Ghaniem turut menyatakan kesungguhan gerakannya bagi menyelesaikan konflik(perpecahan) dalaman Palestin dengan segera yang mungkin. Jelas beliau, pihak yang mendapat keuntungan hasil perpecahan ini adalah Israel.

Dalam pertemuan tersebut, Ghaniem dan Yaseer turut membincangkan mengenai usaha dari pihaknya bersungguh-sungguh bagi mengadakan semula perjanjian damai setelah tergendala berikutan "pendirian Kerajaan Israel yang menyukarkan tercapainya perdamaian".

Beliau(Ghaniem) turut menyatakan secara pasti berhubung pendirian Palestin yang tetap bagi mengadakan semula rundingan damai dengan syarat, Israel mesti hentikan projek penempatan dan berpandukan persetujuan damai merujuk ketetapan antarabangsa bagi menyempurnakan rundingan sejak wujudnya perkara yang menyebabkan perjanjian damai ini terhenti.

Sementara itu, HAMAS mengungkapkan rasa kesal berhubung kenyataan Presiden Mesir, Housni Mubarak yang mengecam keras gerakan HAMAS, malah pembinaan tembok keluli Mesir akan diteruskan.

Mushir Al-Misri, jurucakap HAMAS berkata, kenyataan Presiden Mesir yang mempertahankan penerusan pembinaan tembok keluli(gambar di bawah) adalah isu utama yang bersangkut paut dengan sekatan ke 1.5 juta penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Beliau berharap Mesir adalah sebahagian yang akan membebaskan Gaza dari sekatan Israel.

"HAMAS sentiasa menjaga dan mengambil berat berhubung keselamatan Negara Mesir. Yang membahayakan ke atas keselamatan Negara Arab adalah Israel dan mesti didesak supaya Israel mengakhiri sekatannya ke atas Gaza", tegas Al-Misri.

Dr.Aziz Duweik, Speaker Legislatif Palestin berkata, "saya masih ingat kenyataan Mubarak". Kata beliau lagi, "tidakkah Mubarak pernah berkata, beliau tidak akan membiarkan penduduk Palestin di Gaza kelaparan?" Jadi, adakah di sebalik pembinaan tembok keluli ini supaya penduduk Gaza tidak kelaparan?(Islamtoday, 26/01/2010)

Pada 27/01/2008, penduduk Gaza telah merempuh tembok sempadan Rafah Mesir. Setelah itu, ratusan ribu penduduk Gaza memenuhi kawasan Rafah Mesir demi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asasi ekoran sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza. Berikutan itu, kawasan sempadan Rafah Mesir-Gaza tegang. Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam ucapannya berkata, Mesir tidak akan biarkan penduduk Palestin kelaparan(Berita Al-Jazeerah, 27/01/2008)

Sumber 26/01/2010, suratkhabar Misril-Youm dan web berita Islamtoday.net

Read more...

Diancam runtuh kesan penggerudian Israel

Penduduk Palestin di حي الجالية الإفريقية yang berdekatan dengan kawasan "Bab Al-Nadhir" merupakan salah satu pintu Masjid al-Aqsa mengungkapkan bahawa jentera Israel menjalankan kerja menggerudi yang disifatkan berterusan di bawah tanah. Penduduk mengadu bahawa mereka tidak dapat tidur nyenyak berikutan Israel menggerudi di bawah perumahan mereka, iaitu kawasan Waqaf Islam.

Husni Shahin, salah seorang penduduk kawasan terbabit berkata, lebih dua tahun bunyi penggerudian ini kedengaran, malah komuniti penduduk berkali-kali memberikan peringatan berhubung bunyi yang datang dari penggerudian Israel di bawah kawasan perumahan mereka.

Dijelaskan, perumahan ini adalah penghubung yang menemui pintu 'Al-Nadhir'.

Shahin menjelaskan, menjelang awal tahun ini, usaha penggalian dan pengorekan Israel semakin giat. Kelihatan, penjajah menggunakan jentera yang cukup berkuasa bagi menggerudi sepanjang hari tanpa henti.

Beliau melahirkan rasa kekhuatiran kerana kerja Israel boleh meruntuhkan rumah penduduk yang berjumlah 20 buah rumah(dihuni 150 orang). Sudah pasti, ini adalah langkah utama bagi Badan Penempatan Israel untuk menguasai kawasan tersebut dan membina penempatan Israel setelah perumahan di sini runtuh. Sumber 25/01/2010, web berita IslamToday.net dan web berita alaqsa-online.com

Read more...

Menteri Luar Luxembourg: Kenyataan Netanyahu tidak boleh diterima

Menteri Luar Luxembourg(salah sebuah Negara anggota Kesatuan Eropah), Jean Asselborn dalam kenyataannya mengumumkan bahawa kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung sebuah kawasan penempatan Israel yang berkedudukan di Tebing Barat sebahagian dari Israel "tidak dapat diterima" malah berupa ancaman yang boleh mencetuskan "persengketaan yang baru".

Asselborn ketika sampai untuk pertemuan dengan teman sejawat dari Negara anggota Kesatuan Eropah menjelaskan, kenyataan Netanyahu seperti ini "memang tidak boleh diterima dalam dasar politik" kerana akan membawa kepada persengketaan yang baru, bukan sahaja menjejaskan kepentingan serantau malah akan membabitkan Palestin, Arab dan Israel sekaligus.

Tambah beliau, "Tebing Barat bukan hak Israel".
____________________________________
Berita Al-Jazeerah: Netanyahu dalam ucapannya berkata, sebahagian dari kawasan Tebing Barat kekal selamanya sebagai bahagian dari Israel(24/01/2010) ____________________________________

Sebagaimana sumber melaporkan, bahawa Netanyahu mengumumkan pada ahad lepas bahawa sebuah penempatan Yahudi yang dibangunkan sejak tahun 1967 berdekatan Bethlehem(بيت لحم) di Tebing Barat adalah sebahagian dari Israel dan "kekal buat selamanya untuk Israel". Sumber 26/01/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Penangkapan baru di Tebing Barat

Sumber melaporkan tentera Israel melancarkan operasi ketenteraannya di Tebing Barat pada jam 1 pagi kelmarin. Dalam operasi tersebut, tentera Israel telah menceroboh dan menangkap 9 penduduk Palestin di Ramallah.

Memetik akhbar Israel "Yediot Aharonot" sumber dari tentera Israel berkata, sepasukan dari tentera Israel menangkap sebilangan penduduk Palestin atas alasan dikehendaki. Bagaimanapun, sumber tentera Israel tidak menyatakan penduduk Palestin yang ditangkap dari mana-mana kumpulan pembebasan Palestin. Sumber 26/01/2010, suratkhabar Shourouk

Read more...

Kaufman mahu desak 'kerajaan', 9 lagi Palestin ditangkap

21 Januari 2010

Sumber peta dari google

Sir Gerald Kaufman,(gambar) ahli parlimen Britain dalam kenyataan sidang akhbarnya berkata, beliau bersama rakan sejawatnya akan memberi desakan dan menekan Kerajaannya bagi mengambil satu pendirian yang tegas menentang Israel.

Pada 15/01/2010, beliau mengetuai sebuah rombongan rasmi Eropah melawat Semenanjung Gaza. Ketika meninjau kawasan yang musnah teruk akibat perang Israel ke atas Gaza(27/12/08-18/01/09, "cast lead operation") pada 16/01/2010. Rombongan tersebut juga akan mengemukakan bantahan terhadap usaha Kerajaannya yang merombak undang-undang bagi melindungi beberapa individu Israel yang terdiri daripada kabinet menteri dan pegawai-pegawai tentera Israel agar tidak disabitkan 'jenayah perang'.

Menurut agensi berita Agence France-Presse(AFP), 15/12/09 melaporkan bahawa London akan membuat perubahan undang-undang pengadilan berhubung waran tangkap ke atas Tsipi Livni(Presiden Parti Kadima), bekas Menteri Luar Israel.

Sementara itu, tentera Israel menangkap lagi 9 penduduk Palestin di Tebing Barat. Sumber 21/01/2010, berita al-Jazeerah dan arkib catatan 15/12/09, 16/01/2010

Read more...

Israel ketatkan kawalan di sempadan halang kemasukan 'wang' ke Gaza

20 Januari 2010

Sumber peta dari google map. Kedudukan pintu masuk sempadan Erez-Gaza pada bulatan yang berwarna oren. Dalam peta di bawah, warna garisan oren(bold) dari sempadan Erez ke Rafah, Mesir adalah jalan utama di Semenanjung Gaza.

Sumber dari media Israel(Rabu), bahawa Pihak Berkuasa Israel membuat ketetapan dengan mengetakan kawalan keselamatan di sempadan Erez, iaitu sempadan Beit Hanoun, Gaza - Israel di utara Gaza. (Peta Gaza: sempadan Erez, utara Gaza)

Sebagaimana yang didakwa, langkah penguatkuasaan kawalan keselamatan itu adalah bagi menghalang wang dari dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Yehidiot Ahronout(YNET News.com), media elektronik Israel yang menukilkan maklumat bersumber dari Keamanan Israel berkata, ketetapan ini dibuat setelah dikesan adanya diplomat-diplomat yang menyeludup masuk 'wang' ke Semenanjung Gaza dengan status diplomasi.

Menurut media tersebut, dengan pengesanan itu membuatkan Pihak Berkuasa Israel mengambil langkah dengan mengetatkan kawalan dan melaksanakan undang-undang untuk mencegah 'pelesapan wang' di sempadan Erez agar tidak dipindahkan ke Gaza.

Mengikut fakta, Israel mengenakan sekatan yang kuat ke atas Semenanjung Gaza sejak tahun 2007 setelah HAMAS menguasai Gaza.

Semenanjung Gaza menghadapi krisis ekonomi yang teramat parah mengakibatkan bank-bank di Gaza tidak dapat beroperasi dengan teratur disebabkan kurangnya pengaliran matawang. Sumber 20/01/2010, web berita Al-Quds Arabi(London)

Pautan:

Gaza strip map(wikipedia)

Read more...

'khuatir' seruan terakhir selamatkan Al-Aqsa

قاضي قضاة فلسطين memberi peringatan berhubung kemungkinan Masjid Al-Aqsa akan runtuh berikutan kerja penggalian dan pengorekan yang dilakukan penjajah(Israel) di bawah Masjid, malah kawasan yang jaraknya yang berdekatan Al-Aqsa. Hal tersebut mendorong kerja penggalian giat dijalankan kerana dunia Islam dan Arab 'lalai' dari tanggungjawabnya, terus membisu dan tidak mengambil peduli tentang Al-Aqsa.

قاضي قضاة فلسطين, Taisir At-Tamimi menyifatkan semua yang berlaku seolah-olah adalah satu 'konspirasi'.
___________________________________________________________
Masjid Al-Aqsa merupakan qiblat pertama umat Islam yang telah diberkati Allah ke atasnya. Kesuciannya turut disebutkan Al-Quran, sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya(Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam(di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa(di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Ayat 1: surah Al-Israa']
___________________________________________________________

Beliau berkata dalam sidang akhbar, "saya khuatir ini adalah seruan yang terakhir sebelum Al-Aqsa runtuh, bangunlah umat Islam dari tidur."

"Kesulitan yang berlaku adalah satu peringatan bahawa petanda yang amat bahaya kerana perubahan yang mengancam Al-Aqsa dari keruntuhan, termasuk juga gereja kiamat", ujar beliau.

Berikutan kebimbangan, beliau menunjukkan beberapa gambar runtuhan di kawasan yang berdekatan Al-Aqsa disebabkan kerja yang dijalankan Israel. Kes yang baru berlaku adalah di Hayyu Silwan, hari Isnin yang lalu, dapat dikesan juga ada kerja penggalian yang terlalu dalam ke bawah tanah.
___________________________________________________________
Berita Al-Jazeerah: Bahagian jalan di Hayyu silwan mendap berikutan kerja penggalian dan pengorekan Israel di kawasan terbabit(18/01/2010)
___________________________________________________________

"Teramat bahaya, dah berkali-kali kami mengingatkan tentang kesan akibat kerja korek-mengorek Israel di bawah Masjid Al-Aqsa yang akan menyebabkan Al-Aqsa runtuh", katanya lagi.

Peringatan dari قاضي قضاة فلسطين pada hari ini disifatkan dengan 'kejadian yang betul-betul berlaku' adalah ancaman ke atas Al-Aqsa.
___________________________________________________________
Berita Al-Jazeerah: Persidangan Tahunan kali ke-7, Yayasan Al-Quds Sedunia yang berlangsung di Beirut, Lubnan mendesak Negara Arab dan Islam agar mengadakan pertemuan segera bagi mengkaji dan meneliti kedudukan bandar Al-Quds(15/01/2010)
___________________________________________________________

Beliau mengiktibarkan bahawa, 'diam membisu dengan apa yang berlaku seperti wujudnya konspirasi sambil menjelaskan pihaknya tidak menuduh mana-mana pihak tetapi sikap ini, dan tidak ada satu tindakan bagi menentang apa yang dilakukan Israel membuatkan kami menaruh syak kerana tidak faham sikap seumpama ini, kenapa umat Islam membiarkan Israel terus menggiatkan kerja penggalian dan pengorekan ini?' Sumber 20/01/2010, web berita IslamToday dan berita al-Jazeerah, 15/01/2010 dan 18/01/2010

[MAP] Beberapa buah Negara Arab, Islam malah Negara lain yang pemerintahnya adalah non-muslim teramat sibuk dengan kempen 'memerangi pengganas'.

Taliban, Al-Qaeda dan gerakan-gerakan Jihad yang sinonim dengan jihad semuanya dianggap 'pengganas' tetapi usaha merampas, merompak melalui diplomasi khususnya hak Palestin yang diratah oleh Israel tidak pula dianggap 'kerja ganas', malah diberi pula penghormatan kononnya mahu mengadakan semula 'rundingan damai', tujuannya untuk perdamaian. Mungkin hanya dengan jalan diplomasi, meskipun hak Palestin dirampas Israel .. tetapi Israel tetap tidak dipandang sebagai pengganas kerana alasannya 'mempertahankan diri'. Alasan sebegini biasanya terpacul dari mulut pemimpin yang memang bersekutu dengan Israel.

Sekarang, Israel telah membuktikan keganasan mereka dengan merampas dan menafikan hak Palestin. Lihatlah apa yang telah berlaku dalam masa puluhan tahun lalu dan masa sekarang.

Al-Aqsa dalam 'bahaya' dan perlu kepada tindakan segera untuk menyelamatkannya dari runtuh. Kasihan!, beberapa pemimpin Arab, Badan rasmi Arab dan antarabangsa hanya dapat 'meneropong' terowong bawah tanah yang dibina penduduk Palestin Gaza tetapi aktiviti gali dan korek yang dilakukan secara ganas oleh pengganas Israel dibiarkan berterusan hingga kini. Rasanya tidak melampau jika memakaikan Israel dengan pakaian 'pengganas'nya yang memang sesuai untuknya; saiz, imej dan identitinya.

Read more...

Ceroboh Ramallah, 2 Palestin ditangkap

Sumber melaporkan, tentera penjajah(Israel) telah menceroboh bandar Ramallah, Tebing Barat. Dalam operasi tersebut, 2 penduduk Palestin ditangkap atas alasan 'dikehendaki'. Sumber 20/01/2010, berita al-Jazeerah

[MAP] Israel terlalu bebas melebarkan sayap keganasannya di Palestin. Berikutan laporan di atas, timbul persoalan ke mana Pasukan Keselamatan Palestin yang dilatih Jeneral Keith Dayton(Jeneral Amerika) ketika dan saat penduduk Palestin menjadi sasaran tentera penjajah? Pasukan Keselamatan Palestin dilatih untuk mempertahankan Palestin atau 'keldai tunggangan Israel'? Tambahan pula, Ramallah adalah pusat pentadbiran Kerajaan Palestin yang diketuai Mahmoud Abbas.

Amat dikesali, penduduk Palestin di Tebing Barat khususnya dinafikan hak untuk 'menentang' segala jenis jenayah yang dilakukan Israel dan golongan pelampaunya.

Read more...

EU bantu belanjawan Kerajaan Palestin

Dr.Salam Fayyad(gambar), Perdana Menteri Palestin di Ramallah(Kerajaan tanpa undang-undang menurut HAMAS) dan wakil Kesatuan Eropah(EU), Christian Berger telah menandatangani dokumen persetujuan pemberian kewangan yang baru dari EU kepada Palestin yang berjumlah EURO158.5 juta. Setengah daripada jumlah sumbangan tersebut adalah sumbangan daripada Kerajaan Austria sebagai bentuk sokongan belanjawan pada tahun 2010.

Sumber dari wakil Palestin berkata, persetujuan EU membuktikan sokogan yang berterusan meskipun ada laporan yang menyebut hasrat EU bagi menghentikan sokongan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin lantaran terkesan usaha damai dengan Israel.

Dinyatakan lagi, Kesatuan Eropah adalah penyumbang dana terbesar bagi membantu penduduk Palestin. Semenjak 2007, sebanyak EURO500 juta disalurkan per tahun yang menyokong kewangan Pihak Berkuasa Palestin, UNRWA dan Badan-badan Pertubuhan masyarakat.

Tujuan bantuan kewangan ini juga adalah untuk menyokong program pembangunan dan pembaikan dalam kementerian-kementerian utama. Di samping itu, dengan bantuan kewangan ini juga menyempurnakan pembentukan Badan-badan Kerajaan bagi Negara Palestin akan datang. Sumber 19/01/2010, web berita IslamToday dan web rasmi Gerakan FATAH

Read more...

Gaza dilanda banjir

HAMAS tuduh penjajah buka 'sekatan air' tenggelamkan Wadi Gaza.

Hujan lebat yang melanda beberapa buah tempat di Mesir turut mengancam Gaza. Sumber menjelaskan puluhan buah rumah yang terletak di pertengahan Semenanjung Gaza ditenggelami air setelah 'sekatan air' di Wadi Gaza dibuka yang menyebabkan bah menenggelamkan puluhan buah rumah.

Berikutan itu, limpahan air yang membanjiri pertengahan Gaza, Kerajaan Palestin di Gaza menuduh Israel membuka 'sekatan air'.

Sementara itu, Israel menafikan pertuduhan ke atasnya yang membuka 'sekatan air' sehingga menyebabkan banjir.

Sumber rasmi Palestin berkata, berpuluh-puluh penduduk Palestin terperangkap setelah banjir melanda, dalam masa yang sama hujan lebat di beberapa kawasan di pertengahan Gaza. Dinyatakan, jalan utama yang menghubungkan ke utara dan selatan Gaza turut terputus.

Ahmad Kurdi, Menteri Hal-Ehwal Kemasyarakatan di Gaza memohon kepada pihak antarabangsa untuk turut menyelamatkan kawasan yang dilanda bencana banjir. Jelas beliau lagi, 'kawasan ini telahpun di bawah sekatan Israel, kemudian perang, dan sekarang dilanda pula banjir.'
______________________________________________________

Lihat rakaman bergambar banjir di سيول غزة (aljazeera.net)
______________________________________________________

Saksi di tempat kejadian menyatakan, Pihak Berkuasa Israel secara tiba-tiba telah membuka 'sekatan air' yang ditutup beberapa tahun. Lantas, mengakibatkan berpuluh buah rumah penduduk Palestin di kawasan yang berkenaan dilanda bah besar. Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Kurdi menjelaskan, perlu dengan segera membebaskan sekatan daripada penduduk Palestin 'demi membina semula Gaza setelah dihancurkan oleh penjajah, begitu juga kesan tabiat alam yang berlaku.'

Selain Kurdi, beberapa lagi Menteri Palestin di Gaza meminta agar diberikan bantuan berhubung jenayah yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

Dr.Ahmad Bahr, Speaker Majlis Legislatif Palestin turut mengecam tindakan Israel yang membuka beberapa sekatan dan penghadang air pada malam Isnin di Wadi Gaza yang menyebabkan banjir serta dipindahkan penduduk.

Berhubung banjir yang melandar, dijelaskan petugas bantuan dan bomba bergegas ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir. Menurut wakil petugas bomba, pihak penyelamat telah memindahkan 70 buah keluarga ke kawasan yang selamat. Sumber 19-20/01/2010, berita al-Jazeerah, web berita Al-Quds, web berita IslamToday, dan web berita addustour

Read more...

FATAH bincang kembalikan Gaza


Salah seorang anggota Majlis Revolusi, Gerakan Kebangsaan Pembebasan Palestin(FATAH), Jamal Nazal(gambar) mengungkapkan Majlis Revolusi FATAH mengakui telah membentuk panitia khas untuk membincangkan tindakan dan strategi bagi mengembalikan Gaza yang dikuasai HAMAS melalui "dialog atau cara lain".

Dr.Jamal Nazal yang juga jurucakap FATAH mengumumkan dalam sumber rasmi FATAH bahawa Majlis Revolusi menetapkan dengan pembentukan panitia tersebut akan digerakkan secara mendadak bagi menyusun strategi bagi mengembalikan Gaza ke pangkuan perundangan Palestin sebagaimana yang didakwa.
______________________________________________
(imbas sebentar): Tebing Barat dikuasai penuh PLO yang merupakan Badan Rasmi Palestin di peringkat antarabangsa. Adapun FATAH adalah sebuah gerakan yang berpengaruh di dalam PLO.

web rasmi FATAH(klik)

Semenanjung Gaza pula dikuasai HAMAS setelah meletusnya insiden yang disifatkan 'rampasan kuasa' oleh FATAH pada 2007. Seandainya, keputusan pilihanraya Palestin 2006 diterima dengan tenang hati, mungkin tidak berlaku insiden yang disifatkan rampasan kuasa.
______________________________________________

Sepertimana yang dinyatakan, strategi tersebut adalah dari kajian mekanisme yang berbagai-bagai supaya matlamat dapat dicapai. Petikan ringkas melalui sumber 19/01/2010, web rasmi FATAH dan web berita al-Jazeerah, 20/01/2010

Read more...

Dokumen 'penukaran tahanan' belum selesai

Ezzat El-Rashq, anggota Biro Politik HAMAS dalam kenyataannya berkata, 'Israel menarik balik beberapa tuntutan HAMAS, sekaligus membuatkan dokumen ini tidak lengkap untuk disepakati di pihak HAMAS'.

HAMAS memaklumkan kemarahannya terhadap Israel kepada pihak tengah iaitu Jerman sebagai perunding bagi memeterai dokumen antara HAMAS-Israel khasnya penukaran tahanan antara kedua belah pihak.

Rashq menyatakan, dokumen penukaran tahanan masa ini tidak dapat disempurnakan dan memerlukan beberapa lagi masa untuk diselesaikan.

Berhubung dokumen tersebut, Rashq menegaskan bahawa HAMAS mendapat maklumat adanya usaha dari Abu Mazen(Mahmoud Abbas, Presiden Palestin, Ramallah) yang cuba menguasai dokumen untuk membebaskan Ahmad Sa'dat dan Marwan al-Marbaghousi. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, jika dokumen penukaran antara HAMAS-Israel berjaya dan Sa'dat, Barghousi dibebaskan, maka satu kemenangan untuk HAMAS.

Tambah beliau lagi, maklumat yang diperolehi HAMAS bahawa Israel akan membebaskan Ahmad Sa'dat dan Marwan al-Barghousi bukan melalui dokumen penukaran tersebut tetapi pembebasan tersebut berupa 'hadiah' kepada Abu Mazen.

'Isteri kepada Marwan al-Barghousi, iaitu Fadawi al-Barghousi telah bertemu dengan Khaled Mashal, Ketua Biro Politik HAMAS serta menyampaikan surat dari al-Barghousi bahawa al-Barghousi lebih suka dibebaskan dirinya dari tahanan Israel melalui dokumen penukaran HAMAS, dan bukannya atas dasar lain dari pihak penjajah(Israel) kerana jika dibebaskan atas dasar lain daripada penjajah pada waktu ini akan memberikan impak yang tidak menyenangkan untuk didengari', ujar Rashq. Sumber 18/01/2010, suratkhabar al-Doustour

Read more...

Israel tangkap 10 Palestin, roboh rumah Palestin, seorang tahanan Palestin dibebaskan

19 Januari 2010

Sumber melaporkan tentera penjajah(Israel) menangkap 10 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Sementara itu, turut dinyatakan bahawa sebuah rumah hak milik Palestin dirobohkan sebahagian rumahnya oleh tentera Israel. Kejadian ini berlaku berdekatan Jenin, Tebing Barat.

Dari laporan lain pula, seorang tahanan Palestin, Ali Hassan Shalaladah yang ditawan Israel selama 20 tahun telah dibebaskan dari penjara Israel. Dijelaskan, pembebasan tersebut berikutan tahap kesihatannya yang teruk. Sumber 19/01/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

81 Yahudi Falasha: Dari Ethiopia ke Israel

Usaha perpindahan bangsa Yahudi terus digiatkan dari tahun ke tahun.

Sebagaimana yang dinyatakan, sejumlah 81 penduduk Ethiopia yang berasal dari bangsa Yahudi telah sampai ke Israel. Selain itu, perancangan untuk memanggil 3000 lagi penduduk Ethiopia dari bangsa Yahudi ke Israel dalam perlaksanaan. Sumber 19/01/2010, berita al-Jazeerah

[MAP] Agenda dan perancangan Israel ini memang berterusan demi menunaikan impian mereka. Israel mendakwa tanah Palestin yang ada sekarang ini adalah 'sebuah tanah yang dijanjikan untuk mereka'. Maka, Israel terus berusaha membina penempatan Yahudi di Tebing Barat meskipun kawasan yang dipersetujui milik Palestin turut dinodai Israel.

Tidak hairan, jika tuntutan dari Palestin bagi membenarkan 'hak kembali/pulang' tidak diendah malah Israel menafikan hak pulang bagi penduduk Palestin yang berselerak di Negara-negara lain ke tanah Palestin.

Pihak Berkuasa Palestin pula menjudikan usaha untuk mengadakan semula rundingan damai dengan Israel dengan syarat Israel mesti membekukan penempatan Yahudi di Tebing Barat, namun Israel tetap meneruskan pembinaan.

Sehingga kini, walaupun Amerika Syarikat mendesak(memujuk) Israel agar menghentikan pembinaannya tetapi kesudahannya tetap begitu. Sedang suara Arab memaksa Israel kembali ke meja rundingan damai, Israel pula giat memanggil pulang setiap bangsa yang berasal dari bangsa Yahudinya.

Sewajarnya, Arab perlu kembali kepada pendiriannya yang tetap dengan kebenaran dan memaksa pihak yang lari dari landasannya yang asal juga kembali ke pangkuan yang benar-benar betul. Selagimana, Arab tidak bertindak sedemikian, maka tanah Palestin yang ada masa ini mungkin akan berubah nama kepada Israel.

Pautan:

1) Yahudi Falasha (wiki/arabic)
2) Web berita (al-Doustour). Petikan, بدأت اسرائيل امس عملية تهجير واسعة ومنظمة لالفين من "يهود الفلاشا" ، وقال صحيفة معاريف الاسرائيلية ان الدفعة الاولى من مهاجري "الفلاشا" وعددهم 81 وصلوا امس من اثيوبيا الى اسرائيل.

Read more...

Memboikot barangan Israel dan Amerika menurut Islam

18 Januari 2010


Komiti MAP tetap bersama dengan kempen usaha memboikot barangan Yahudi mahupun Amerika Syarikat yang hasilnya adalah untuk memerangi umat Islam, khususnya umat Islam di Palestin.

1.MUKADDIMAH

Saya ada menerima foward mesej yang menunjukkan kepada artikel tentang face book. Saya tidak mahu membincangkan adakah ia adakah face book itu yahudi atau pun bukan dan apakah hukum menggunakan face book. Namun mata saya terpaku pada kenyataan dalam artikel tersebut yang berbunyi:

"Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM."

Saya agak terkejut dengan kenyataan dari pendakwah terkemuka di malaysia ini. Ini kerana kenyataan ini telah bertentangan dengan ulama-ulama di seluruh dunia. Oleh itu di sini saya ingin mengemukakan pandangan ulama terhadap boikot barangan Amerika dan Israel.

2.BOIKOT ADALAH SENJATA DI ZAMAN NABI

Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata:

والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan."

Hadis SAHIH Bukhari Muslim.

Sepertimana di ketahui beliau adalah penghulu Yamamah.

Dalam hadis lain menyebut:

فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم

"Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan sampai kepada mereka. Rasulullah saw memperkenankan permintaan mereka."

hadis HASAN riwayat Imam Baihaqi dan Ahmad.

INI ADALAH DALIL YANG KUKUH TERHADAP PENSYARIATAN BOIKOT TERHADAP MUSUH-MUSUH ISLAM. KALAULAH ORANG MUSYRIKIN MASIH MENINDAS NABI DAN PARA SAHABAT KETIKA ITU MESTILAH NABI SAW AKAN MENERUSKAN PEMBOIKOTAN ITU.
_________________________________________________________
Dalam sebuah rancangan wawancara di al-Jazeerah, iaitu "As-Syariah Wal-Hayah" turut membangkitkan isu boikot. Tetamu undangan dalam rancangan tersebut adalah Dr.Yusuf Qardhawi. Persoalan yang dibangkitkan, sampai bilakah kita perlu memboikot barangan-barangan(produk) Yahudi, Amerika Syarikat? Beliau menjawab, selagimana penindasan Israel ke atas Palestin masih berterusan, boikot tetap diteruskan.
_________________________________________________________

3. MELEMAHKAN EKONOMI MUSUH ISLAM ADALAH SUNNAH NABI

Cara melemahkan ekonomi musuh yang dilakukan pada zaman Nabi saw ada dua cara.

Cara pertama:

Dengan menghantar pasukan tentera untuk peperangan badar bagi menghalang rombongan perniagaan mereka. Begitu mengambil harta orang kafir (ghanimah) setiap kali lepas perang juga adalah bertujuan melemahkan ekonomi mereka. Nabi saw dan para sahabat juga telah memusnahkan tanaman orang yahudi Bani Nadhir sedangkan asalanya Nabi saw menegah untuk dimusnahkan tanaman orang kafir. Ini semua adalah untuk melemahkan ekonomi mereka.

Cara kedua: Dengan doa

Nabi saw telah mendoakan kepada orang-orang Quraisy:

اَلَّلهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَيْهِمْ بِسَبْعِ كَسَبْعِ يُوْسُفَ

"Ya Allah bantulah aku untuk memusnahkan mereka dengan engkau menjadikan mereka فtujuh tahun mereka seperti mana tujuh tahun yang menimpa Nabi Yusuf (tujuh tahun kemarau)."

Maka mereka ditimpa dengan kemarau sehinggalah ada yang makan bangkai. Lalu Abu Sufyan berkata kepada Nabi saw: "Hai Nabi, sesungguhnya Kaum mu telah binasa. Doalah supaya Allah menghilangkan kemarau ini."

Hadis SAHIH riwayat Bukhari dan Muslim.

4. MEMANGLAH ASAL BERMUAMALAH DENGAN MEREKA ITU HALAL TAPI IA BERUBAH DENGAN KEADAAN

Pihak yang tidak mahu memboikot menyatakan bahawa tidak perlu boikot kerana Nabi saw juga bermuamalah dengan orang yahudi. Ini memang jelas bahawa kita boleh berusan dengan orang kafir tidak kira apa agama sekalipun. Hubungan kita dengan mereka adalah hubungan kemanusian. Ini jelas melalui Firman Allah swt:

"Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil terhadap org2 kafir yang tidak memerangimu kerana agamamu dan tidak mengusirmu dr kampung halamanmu.ssghnya ALLAH mencintai org2 yg berlaku adil." (8 : al-Mumtahanah)

Namun dalam ayat seterusnya menjelaskan kita dilarang untuk berbaik dengan orang yang memerangi dan mengusir umat Islam. Firman Allah swt:

"Sesungguhnya Allah hanya melarangkamu menjadikan orang-orang yangg memerangimu kerana agamamu dan mengusirmu dari kampung halamanmu dan membantu untuk mengusirmu sebagai kawanmu (dengan membantu mereka).barangsiapa yg menjdkan mereka sbg kawan, mereka itulah org yg zalim." (9: al-Mumtahanah)

Penindasan dan kezaliman Israel dan Amerika terhadap umat Islam adalah perkara yang amat jelas. Oleh itu kita jangan bermudah-mudah untuk keluarkan hukum. Setiap keadaan dan masa itu mempunyai hukum yang tersendiri. Kita hendaklah menyerahkannya pada Ulama.

5. PANDANGAN ULAMA TERHADAP BOIKOT

Para ulama seluruh dunia menyatakan kewajipan boikot baragan Yahudi dan Israel. Di antaranya ialah Bekas mufti Mesir Dr.Nasr Farid al-Wasil, Ulama Saudi albani dan Syeikh Abdullah Jibrin, ulama Lubanan, Syeikh Faisal Maului, Ulama-ulama India dan yang paling tegas ialah ulama haraki DR.YUSUF QARDAWI.

Dr.Yusuf Qardawi berkata:

"Di antara cara membantu umat Islam di Palestin adalah dengan memboikot barangan musuh dengan sempurna (bukan pilih-pilih). Setiap ringgit dan sen yang kita gunakan untuk membeli barangan mereka adalah di anggap peluru yang menembusi dada-dada saudara-saudara dan anak-anak kita di Palestin. Oleh kerana yang demikian wajib atas kita untuk tidak membantu musuh-musuh yang menindas Umat Islam dengan membeli barangan mereka. Ini kerana ia termasuk dalam perkara membantu di atas perkara permusuhan dan dosa.Barang-barang buatan Amerika seumpama barang-barang Israel dari segi wajib diboikot. Pada hari ini Amerika adalah Israel yang kedua."

6. KESIMPULAN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan keberanian seorang doktor dari Jordan yang telah meletupkan dirinya di Afghanistan yang membunuh tujuh pegawai perisikan Amerika CIA. Umurnya masih muda (30an) dan mempunyai isteri yang cantik(orang turki). Doktor ini sanggup mengorbankan jiwanya demi Islam tetapi mengapa kita tidak mampu walau hanya dengan memboikot barangan musuh Islam kerana tuntutan Nafsu. Firman Allah swt:

"Maka kamu akan lihat orang-orang yang berpenyakit nifak dalam hati mereka segera menjadikan orang-orang yahudi dan nasrani sebagai teman dan membantu mereka, mereka berkata sebagai alasan, "Kami takut akan ditimpa bencana atau mereka mengalahkan orang-orang Islam." Maka pastilah Allah akan memberi kemenangan kepada umat Islam atau Allah akan memusnahkan orang-orang yahudi dan nasrani yang menyebabkan orang-orang munafik itu menyesal terhadap apa yang mereka lakukan(menolong yahudi dan nasrani)." (52 : al-Maidah)

JADI JELAS DARI AYAT INI MEMBANTU YAHUDI DAN NASRANI YANG MEMUSUHI DAN MENINDAS UMAT ISLAM ADALAH PERBUATAN ORANG-ORANG MUNAFIK.

Rujukan: al-Quran , al-Muqataah as-Syariyyah wa Dawabitul Mumarasah oleh Dr Khalid Abdul Qadir dan Fatawa min Ajli Palastin oleh Dr Yusuf Qardawi.

Sumber: Blog Ustaz Salman Mashkuri(klik). Pihak MAP telah memohon kebenaran daripada beliau untuk menerbitkan artikel tersebut di sini.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS