Menteri Luar Luxembourg: Kenyataan Netanyahu tidak boleh diterima
26 Januari 2010
Menteri Luar Luxembourg(salah sebuah Negara anggota Kesatuan Eropah), Jean Asselborn dalam kenyataannya mengumumkan bahawa kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung sebuah kawasan penempatan Israel yang berkedudukan di Tebing Barat sebahagian dari Israel "tidak dapat diterima" malah berupa ancaman yang boleh mencetuskan "persengketaan yang baru".Asselborn ketika sampai untuk pertemuan dengan teman sejawat dari Negara anggota Kesatuan Eropah menjelaskan, kenyataan Netanyahu seperti ini "memang tidak boleh diterima dalam dasar politik" kerana akan membawa kepada persengketaan yang baru, bukan sahaja menjejaskan
kepentingan serantau malah akan membabitkan Palestin, Arab dan Israel sekaligus.Tambah beliau, "Tebing Barat bukan hak Israel".
Sebagaimana sumber melaporkan, bahawa Netanyahu mengumumkan pada ahad lepas bahawa sebuah penempatan Yahudi yang dibangunkan sejak tahun 1967 berdekatan Bethlehem(بيت لحم) di Tebing Barat adalah sebahagian dari Israel dan "kekal buat selamanya untuk Israel". Sumber 26/01/2010, suratkhabar Shourouk
















0 comments:
Catat Ulasan