الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

[Gambar] Antara Mangsa kekejaman zionis hari ini

22 Mac 2011

Berikut adalah gambar-gambar sebahagian dari mangsa pengeboman zionis hari ini. Laporan berikutnya, baca di sini.

Mangsa pengeboman zionis ketika dibawa ke hospital

Alhamdulillah masih bernafas. Jangan lupa kekejaman zionis yang berlaku hari ini ..

Nasib si kecil



Tua atau muda tetap menjadi sasaran pengganas zionis

Mangsa pengeboman zionis

Di sana lebih tenteram ..

Hiba si ayah apabila hari ini adalah hari terakhir menatap wajah anaknya

Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Pilih HAMAS atau Israel - Netanyahu

AL-QUDS, - "Dari dalam, Pemerintah Palestin masih cetuskan provokasi, sedangkan di luar asyik berbicara tentang damai," demikian kata Perdana Menteri rejim zionis(Israel), Benjamin Netanyahu.

Gambar(safa): Benjamin Netanyahu.

Ketika memberi kenyataan media, Netanyahu menambah sebaik sahaja bersidang di parlimen Knesset, "Pemerintah Palestin mesti buat pilihan, sama ada mahu berbaik dengan gerakan HAMAS atau berdamai dengan Israel."

Namun, pada masa yang sama, ketua pembangkang di parlimen Knesset, Tsipi Livni mengecam keras dasar Kerajaan Israel dalam setiap aspek, sekaligus mencetuskan perang mulut antara anggota parlimen Knesset. Tidak memadai dengan itu, speaker majlis terpaksa menghalau keluar sebahagian ahli parlimen dari persidangan. Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

Lagi 4 syahid serangan terbaru di Gaza

Laporan jam 07.31 malam, Palestin/Mesir
Jam 01.31 pagi(23/03/2011), waktu Malaysia

GAZA - Lagi 4 penduduk Palestin syahid, dan seorang lagi cedera apabila rejim zionis mengebom sebuah kereta penumpang berdekatan sekolah Tunis di Hayyu Zaitun, timur bandar Gaza malam ini.

Adham Abu Salmiah, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza berkata, mangsa yang mengalami kecederaan kerana terkena serpihan letupan. Dalam pada itu, saksi kejadian berkata, mangsa-mangsa yang syahid telah dibawa hospital As-Shifa' dalam keadaan jasad mereka yang rentung.

Berhubung serangan, sumber tempatan menjelaskan, keempat-empat mangsa yang syahid adalah pejuang SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI). Mereka dikenali, Sa'di Hilis, Adham Al-Harazain, Muhammad Atiyyah Al-Harzain dari Hayyu Shujaieyah, dan Muhammad 'Abid dari Mukhayyam Shatie.

Alasan tentera zionis

Sementara itu, jurucakap tentera rejim zionis berkata, serangan tersebut dilakukan ke atas sebuah lokasi yang dikerumuni pejuang-pejuang Palestin di Hayyu Zaitun. Dakwa jurucakap itu lagi, mereka sedang bersiap untuk melancarkan serangan roket ke daerah-daerah penempatan Israel(tanah jajahan 1948).

Menukil rancangan 1o televisyen Israel, melaporkan, "tentera Israel telah mengenal pasti mereka yang dibom telah meninggal dunia", sebelum itu, "mereka sedang mempersiapkan roket jenis grad, lantas memaksa tentera Israel bertindak sedemikian."

Rancangan 1o menyebut lagi, sejam sebelum serangan roket dilancarkan, unit pengawasan dalam tentera Israel telah dapat mengesan lokasi tapak pelancaran roket. Dengan itu, tentera Israel menyerang terlebih dahulu sebelum roket dilancarkan ke arah Ashkalan.

"Tentera Israel tidak akan duduk diam sambil bersabar dengan serangan roket yang menyerang daerah-daerah penempatan Israel," berikutan itu, "setiap serangan roket akan dibalas dengan serangan udara atau meriam dari kereta kebal," jelas jurucakap tentera zionis.

Sumber menyatakan lagi, tentera rejim zionis telah meningkatkan tahap berjaga-jaga setelah mendapat maklumat berhubung sebahagian dari kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin yang tekad melancarkan serangan menentang penjajah.

Serangan zionis di Gaza waktu ini setelah beberapa jam dari penyembelihan di Hayyu Shujaieyah petang tadi. Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

4 syahid, zionis bedil timur Gaza

Laporan asal jam 03.58 petang, Palestin/Mesir
Jam 09.58 malam, waktu Malaysia

GAZA - Seorang penduduk berusia, seorang remaja dan 2 kanak-kanak syahid, manakala 11 lagi cedera sejurus selepas kereta kebal zionis mengebom kawasan yang berpenghuni di timur Gaza petang ini. Ketika itu, sekumpulan kanak-kanak sedang bermain bola di hadapan rumah menjadi mangsa serangan.

Menurut saksi kejadian, 4 das tembakan dari kereta kebal zionis menimpa di hadapan pintu rumah seorang penduduk, فائق الحلو di akhir jalan النزاز , timur Hayyu Tufah, timur Gaza.

Berhubung mangsa syahid, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, mangsa yang syahid, Yaseer Hamid Al-Helw, 50, Muhammad Jihad Al-Helw, 11, Yaseer 'Ahid Al-Helw, 16 dan Muhammad Saber Hararah, 17.

Beliau menjelaskan, 8 kanak-kanak kecil turut tercedera, 4 di antaranya kritikal dan telah dimasukkan ke wad rawatan rapi.

Dari beberapa minggu lepas, penduduk Palestin yang syahid akibat serangan zionis meningkat ke 6 mangsa. Jelas lagi, 5 dari mangsa syahid adalah di kalangan remaja dan kanak-kanak, malah 2 remaja dibiarkan lebih 12 jam dalam keadaan jasad kedua-duanya bergelimpangan di atas tanah di kawasan حجر الديك .

Perhitungan jumlah kecederaan yang diperolehi menjelang April mendapati yang cedera seramai 38 orang, 15 darinya adalah kanak-kanak dan remaja, diikuti wanita akibat serangan zionis. Berikutan itu, para petugas dan krew bantuan cemas serta semua hospital di Semenanjung Gaza telah mengambil persediaan secukupnya bagi menghadapi sebarang tentangan zionis.

Respon awal dari salah seorang pemimpin gerakan HAMAS, Ismail Ridhwan berkata, zionis tidak berani melakukan penyembelihan sebegini melainkan setelah kegiatan jenayahnya dilindungi Amerika Syarikat. Tambahan pula, jenayahnya masa lalu tidak diambil sebarang tindakan. Jelas beliau, penyembelihan ganas ini tidak akan terlepas tanpa ada perhitungan.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza mendesak masyarakat antarabangsa agar campur tangan bagi menghentikan kezaliman zionis di Gaza. Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...

SALAHUDDIN serang balas lokasi tentera zionis

Laporan asal jam 02.48 pagi, Palestin/Mesir
Jam 08.48 pagi, waktu Malaysia

GAZA - Sayap tentera kepada , iaitu KATAIB NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihaknya telah mengebom pos tentera zionis 'Sufa' yang terletak di timur Khan Yunus dengan 3 serangan roket model 'Naseer 3'.

Kenyataan NASEER SALAHUDDIN yang diterima agensi berita safa berkata, salah satu dari unit tenteranya telah mengebom lokasi tentera zionis pada jam 12.30 pagi, Palestin/Mesir. Setelah menyerang, pejuang-pejuangnya telah kembali ke pusat operasi dengan selamat.

KATAIB(ALWIYAH) NASEER SALAHUDDIN mengesahkan bahawa serangan ini adalah pelancaran misi yang di kenali 'angin berang' sebagai balasan kejahatan zionis yang berterusan di Semenanjung Gaza. Sumber 22/03/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS