الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Lagu: Bebas Palestin

11 Ogos 2010


Sumber : youtube

Insan biasa lagi hina seperti kita tiada yang sempurna. Kadang-kala rebah dan tersembam meskipun tiada taufan melanda dan ada kalanya bagai singa, namun sekali dijentik terus lembik. Sifat rijal-dakwah adalah bijak menangani setiap permasalahan yang menimpa dirinya, jika merasa lemah dan malas, pasti ada cara untuk menghidupkan kembali keyakinan serta mampu bergerak secara berterusan. Lakukanlah tugas ini kerana Allah bukan kerana merebut kebanggaan. Kita faham, kita bertanggungjawab, kita bergerak. Semoga pendirian kita terpahat kukuh selagimana kalimah Allah itu adalah cita-cita tertinggi kita. Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar!!

Read more...

Konvoi Radig dapat layanan yang baik di Gaza

Laporan ini diterbitkan pada 17 jam yang lalu.

Sumber dari bernama Radio24 ekslusif(BR24) melaporkan bahawa konvoi Ramadhan di Gaza(Radig) dijadualkan akan mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang musnah akibat perang.

Pada jam 2 petang, waktu Palestin/Mesir, konvoi dijadualkan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Palestin di Gaza.

Nizal Mohamad, koresponden BR24 melaporkan semua anggota misi seramai 44 orang mendapat layanan yang baik dan selesa berada di sana.

Read more...

Analisis sempena KEKAL'10

Berikut adalah analisis yang disasarkan ke atas 100 koresponden di kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ketika pameran KEKAL’10 sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan pada 3 -5 Ogos 2010.

Analisis pendapat di atas berpandukan kepada soalan, sumber berita melaporkan, rundingan damai secara langsung akan diadakan semula antara perunding Palestin di Ramallah dengan pihak Zionis. Anda yakin hak-hak Palestin akan tercapai dengan jalan rundingan ini?

Merujuk kepada carta di atas, sebanyak 76% koresponden menyatakan tidak yakin hak-hak Palestin akan tercapai dengan jalan rundingan ini. Manakala, 14% dari jumlah koresponden memberikan jawapan mungkin tercapai.

Situasi ini dapat dilihat dalam rundingan damai secara tidak langsung antara Palestin di Ramallah dengan pihak penjajah melalui pihak tengah, iaitu George Mitchell selaku utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah.

Rundingan damai secara tidak langsung seiring dengan keputusan Israel yang membekukan pembinaan penempatan Israel sehingga bulan September, namun Israel kerap kali mengumumkan pembinaan unit perumahan yang baru.

Sehingga kini, Israel mendesak agar rundingan damai secara tidak langsung berpindah ke rundingan secara langsung. Berikutan itu, Amerika Syarikat turut menyokong agar Palestin mengadakan rundingan secara langsung dengan Israel. Bagaimanapun, Palestin di Ramallah menyatakan tidak akan mengadakan semula rundingan secara langsung selagimana tidak ada perkembangan yang baik dalam rundingan secara tidak langsung. Malah perlunya sandaran yang kukuh bagi mengadakan rundingan damai secara langsung.

Dari pihak kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin yang lain, seperti HAMAS dan JIHAD ISLAMI telah memberi amaran supaya tidak mengadakan rundingan damai secara langsung malah membatalkan rundingan damai secara tidak langsung dengan Israel.

Disediakan oleh:
Komuniti Mini-Pavilion, ‘From Palestine With Love’(MAP)

Read more...

Syeikh Raed Salah mengutuskan salam Ramadhan kepada seluruh umat Islam

'Syeikh Al-Aqsa' iaitu Syeikh Raed Salah(gambar), Ketua Gerakan Islam 1948 yang ditahan dalam penjara Israel mengutuskan ucapan tahniah sempena Ramadhan melalui peguamnya Said Khaled Zabariqah kepada dunia Arab, Islam dan umum kepada penduduk Palestin dan secara khusus kepada penduduk Palestin yang berada dalam garisan 1948.

Peguam Syeikh Raed Salah menjelaskan bahawa Syeikh Al-Aqsa yang berada dalam penjara Israel kelihatan bersemangat dengan kepercayaan serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada pertolongan Allah Ta'ala.

Kini, genap hari yang ke 19, Syeikh Raed Salah berada dalam penjara Ayalon, di Ramlah, Israel. Sumber 11/08/2010, web berita Pls48

Read more...

Persidangan 3 penjuru di Kaherah bincang rundingan

BET LEHEM - Sumber melaporkan, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) akan bertemu dengan Presiden Mesir, Muhammad Housni Mubarak dan Raja Jordan, Raja Abdullah II di pejabat pentadbiran Kerajaan Mesir di Heliopolis, Misr Al-Jadid yang terletak di timur Kaherah.

Gambar(arkib): Kanan, Mahmoud Abbas, tengah, Muhammad Housni Mubarak dan kiri Raja Abdullah.

Agensi berita Palestin 'Wafa' dan 'maan' menyebut bahawa Presiden Abbas akan mengemukakan dalam pertemuan tiga penjuru hasil kunjungan George Mitchell, utusan damai Amerika Syarikat di Timur Tengah ke Ramallah baru-baru ini.

Pertemuan tersebut turut akan membincangkan mengenai proses usaha damai dan permulaan untuk rundingan damai secara langsung. Di samping itu, beberapa isu lain seperti pemulihan dalaman Palestin yang diurus selia Mesir serta hubungan dua hala Palestin-Mesir.

Penasihat politik Presiden Palestin yang mengumumkan persidangan tiga penjuru menjelaskan bahawa persidangan ini akan membincangkan pelawaan untuk memulakan rundingan damai secara langsung Palestin-Israel serta persediaan, malah bertukar-tukar pandangan dan menyelaras isu yang berbagai-bagai khususnya yang berkaitan dengan usaha perdamaian.

Namr Hamad berkata, Mitchell akan pulang ke Washington tetapi pembantunya akan terus berada di rantau ini menanti jawab balas mengenai beberapa penjelasan.

Baca lagi:


Penasihat politik Presiden Palestin menjelaskan bahawa pertemuan persidangan tiga penjuru yang berlangsung pada esok hari adalah bagi penyelarasan yang berterusan antara pemimpin Palestin dengan saudara Arab. Sumber 11/08/2010, web berita maannews.net dan web berita safa.ps

Read more...

Penjajah tangkap 5 Palestin di Tebing Barat

Semalam, sepasukan tentera penjajah telah menangkap 5 penduduk Palestin di Tebing Barat.

Web akhbar 'Yediot Ahronot' Israel versi hebrew melaporkan sepasukan tentera penjajah menangkap 5 penduduk Palestin atas dakwaan 'dikehendaki'. Mereka yang ditangkap itu hasil dari operasi yang dijalankan berhampiran Ramallah, Khalil dan Nablus.

Penjajah tidak mendedahkan kesemua penduduk Palestin yang ditangkap itu menganggotai mana-mana kumpulan pembebasan Palestin(ada media menyebut kumpulan pemisah Palestin) atau parti politik.

Berikutan itu, tentera penjajah melancarkan operasi penangkapan dan rempuhan ke atas kawasan perumahan Palestin boleh dikatakan setiap hari di Tebing Barat dalam ruang ops jejak para aktivis Palestin yang disifatkan mereka 'dikehendaki'. Sumber 11/08/2010, web berita Pls48

Read more...

17 terowong bawah tanah dikepung, penyeludupan bahan binaan ke Gaza tumpas

El-'ARISH, - Pihak berkuasa Mesir telah mengepung 17 buah terowong bawah tanah yang dipercayai untuk menyeludup barang-barang ke Gaza dalam tiga operasi keselamatan yang dijalankan berasingan di Rafah.

Sumber agensi berita maan melaporkan di El-'Arish bahawa unit special branch(مباحث) keselamatan Negara melancarkan operasi pertama pada malam semalam dan dapat mengepung 8 buah terowong bawah tanah di penanda nombor 4, tanah kosong di daerah Salahuddin. Selain itu, special-branch turut merampas sejumlah besar bahan binaan seperti simen dan besi yang belum diseludup melalui terowong bawah tanah yang dikepung itu.

7 buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan yang sama dan menumpaskan penyeludupan simen dan besi ke Gaza. Dua buah lagi terowong bawah yang dikepung adalah di kawasan Al-Sarsuriah(الصرصورية) yang terletak di bahagian utara pintu masuk Rafah.

Maan melaporkan bahawa unit special-branch mengadakan kawalan ketat ke atas terowong-terowong yang dikepung malah merampas barang dan bahan binaan yang akan dijual secara lelong.

Sumber keamanan menyatakan, sejak akhir-akhir ini aktiviti penyeludupan bahan binaan ke Gaza telah meningkat secara mendadak. Sumber 11/08/2010, web berita maannews.net

Read more...

Karikatur: Ramadhan menangis atau Al-Quds menangis di Ramadhan

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS