Pertempuran sengit di Khalil
19 Mac 2010
Tentera penjajah bersiap-sedia bagi menghalang penduduk Palestin mengadakan perarakan ke bandar Al-Quds.
Sebagaimana dinyatakan, ketika pertempuran meletus, pihak penjajah telah meningkatkan kawalan dan pertambahan jumlah anggota tentera penjajah di Khalil. Langkah tersebut bertujuan mengekang usaha perarakan Palestin.
Sumber 19/03/2010, berita al-Jazeerah, jam 1.20 petang(waktu Mesir)
Timur Al-Quds
Sumber dari bandar Al-quds menyatakan, penduduk Palestin yang berusia 5o tahun ke bawah tidak dibenarkan memasuki Masjid Al-Aqsa. Larangan tersebut adalah perintah dari polis Israel.
Rentetan dari larangan itu, penduduk Palestin yang tidak dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa menunaikan solat jumaat di jalan-jalan dan kaki lima bangunan.
Keadaan di Masjid Al-Aqsa dilaporkan tenang.
Ramallah
Sebaik sahaja selesai solat jumaat, pemuda Palestin bangkit melawan tentera penjajah yang mengadakan kawalan di Qalandia, utara Ramallah.
Sumber menjelaskan, pemuda Palestin melontar batu ke arah tentera penjajah serta-merta dibalas dengan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata. Belum ada laporan mengenai luka parah di kalangan penduduk Palestin. Bagaimanapun, keadaan di Ramallah agak tegang.
Bi'lin dan Ni'lin
Sebelum ini, pihak penjajah telah mengumumkan bahawa dua bandar Palestin, Bi'lin dan Ni'lin berada di bawah kawalan tentera Israel.
Sumber 19/03/2010, berita al-Jazeerah