Kempen dari PALTIMES: 'simpati terhadap para tahanan yang mogok lapar'

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Harapan kami untuk Mesir

Kami mendoakan semoga pilihanraya Presiden Mesir yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei 2012 berjalan dengan baik serta bebas dari sebarang usaha untuk mengharu-birukan keadaan di Mesir. Juga, keputusan yang bakal diketahui mudah-mudahan turut memberi kemenangan kepada seluruh umat Islam..dengan izin Allah, khususnya Mesir dan tanah Palestin, begitu juga di seluruh tanah-tanah Arab yang berada dalam keadaan begitu sulit. Apa yang amat diharapkan, Mesir pada hari ini dan akan datang berada dalam tangan pemimpin yang mengikut jejak langkah para sahabat radhiallahuanhum, demikian itu bagi meneruskan perjuangan yang diwarisi daripada baginda Nabi Muhammad SAW.

Katakan tidak pada 'kezaliman', 'penyelewengan kuasa', 'khianat pada ummah', 'rasuah', 'tunduk kepada pihak luar', 'konspirasi antarabangsa membunuh ummah', 'dasar penjauhan dari agama Islam', dan seumapamanya.

الله أكبر ولله الحمد

Berita Mesir

Pilihanraya Presiden Mesir

Penduduk Mesir mula membuang undi pagi ini bagi memilih calon Presiden. Pihak tentera dan keselamatan mengambil langkah kawalan keselamatan yang ketat bagi menjamin proses pembuangan undi yang diadakan pada hari ini dan esok berjalan dengan lancar.

Berhubung proses pembuangan undi, Liga Arab mengerahkan pemerhati dari pihaknya yang bermula selepas waktu zohor semalam untuk mengikuti perkembangan pilihanraya Presiden Mesir di beberapa negeri yang berlainan. Sedemikian itu pemerhati Liga Arab mengikut serta delegasi-delegasi Arab dan antarabangsa yang memantau perjalanan pembuangan undi sehingga hari esok.

Seramai 52 orang anggota pemerhati Liga Arab, empat di antaranya Palestin memantau proses pembuangan undi.

Sumber:
1) Berita Al-Jazeerah, 23/05/2012
2) Web berita Safa.ps, 22/05/2012
Keputusan pilihanraya Presiden

Jawatankuasa Tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya Presiden Mesir akan mengadakan sidang media pada tengahari ini bagi mengumumkan keputusan akhir pusingan pertama pilihanraya serta keputusan hasil dari bantahan yang dikemukakan oleh calon-calon Presiden.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Berita ringkas Palestin

Gaza solat hajat semalam

Penduduk Palestin di kebanyakan masjid di Semenanjung Gaza menunaikan solat sunat hajat semalam bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar memberikan kemenangan kepada calon Presiden Mesir yang betul-betul layak.

Menurut PALTIMES, masjid-masjid di Gaza mengumumkan melalui pembesar menyeru penduduk-penduduk Palestin turut serta menunaikan solat sunat hajat dan mendoakan kemenangan kepada calon yang amat layak menggalas amanah melindungi umat Islam dan Arab serta menjalankan tanggungjawab membebaskan Palestin dan ibunegaranya Al-Quds dari cengkaman penjajah.

Sumber:
23/05/2012, web berita Paltimes.net
Pertemuan HAMAS - FATAH hari ini

Delegasi HAMAS akan bertemu dengan FATAH hari ini bagi membincangkan mekanisme pembentukan kerajaan perpaduan yang disepaki peringkat nasional.

Sumber:
28/05/2012, web berita Safa.ps

Roket serang Ushkul

31 Disember 2010

Laporan asal jam 12.39 malam, waktu Palestin

GAZA - Satu serangan roket buatan tempatan telah menyerang penempatan haram zionis 'Ushkul' yang terletak di barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.[link]

Gambar(arkib Safa): Pejuang Palestin ketika sedang bersiap melancarkan serangan roket ke lokasi sasaran.

Web berita 'Yediot Ahronout' versi hebrew melaporkan, serangan roket tersebut gugur di sebuah kawasan lapang. Namun, tiada sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Berikutan itu, tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan roket menjelang pertengahan malam ini, 30/12/2010.

Tentera zionis cedera, seorang pemuda Palestin ditangkap

Sumber melaporkan[link], seorang tentera rejim zionis di bahagian akibat terkena lontaran botol kaca dalam pertempuran dengan pemuda-pemuda Palestin petang tadi, 30/12/2010.

Gambar, sumber google map. Kedudukan Qiryat Arba' yang berada di sebelah timur Khalil.

Kejadian tersebut berlaku berhampiran penempatan haram zionis Qiryat Arba' yang terletak di timur wilayah Khalil, Tebing Barat.

Tentera zionis dapat menangkap seorang pemuda Palestin di lokasi terbabit.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Penjajah mendakwa sebilah pisau ditemui dalam kocek seluar pemuda Palestin yang ditangkap. Jelas sumber, pemuda tersebut dibawa ke bahagian keamanan zionis untuk siasatan. Sumber 30-31/12/2010, web berita safa.ps

Read more...

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)

1 Januari 2009
HARI KE-6: SERANGAN ISREAL DI GAZA
_______________________________________

kronologi sebelum ini:

1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Syahid: 420 orang
Cedera, kritikal: 2070 orang


Ketika ini,

- Israel masih menyerang Gaza. Boleh dikatakan, serangan tersebut berlaku setiap masa.

- Jentera perang udara Israel: F-16 dan helikopter jenis model apache.

Serangan

- Menurut sumber, serangan udara Israel hari ini mensasarkan beberapa buah bangunan kementerian Kerajaan Palestin di Gaza. Antaranya bangunan Majlis Perundangan/Legislatif, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kehakiman. Juga, 5 buah rumah awam dan sarafah(pengurup wang) yang tidak berkait dengan HAMAS.

- Sebagaimana yang dilaporkan, bangunan-bangunan Kerajaan yang dibom pada hari pertama diserang semula oleh Israel. Ada yang telah diserang sebanyak 5 kali.

- Ehud Barak, Menteri Pertahanan Israel dalam kenyataannya sempena awal tahun baru 2009 megatakan bahawa Israel berjanji akan melakukan serangan lebih hebat lagi di Gaza.

- Menurut sumber, pesawat tempur F-16 Israel mengebom sebuah bangunan rumah yang dihuni oleh seorang pemimpin tertinggi HAMAS, iaitu Dr.Nizar Rayyan.

2 serangan tersebut mengakibat tubuh pemimpin HAMAS tercampak keluar dari tingkat empat.

- Sejurus pengeboman dengan ledakan yang begitu kuat, Dr.Nizar Rayyan, isterinya serta 3 anaknya syahid malah beberapa lagi ahli keluarga Dr.Nizar turut syahid.

Tindakan pejuang Palestin

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom sebuah pengkalan tentera udara Israel buat kali pertama dengan roket jenis grad jarak jauh.

- Menurut sumber, pengkalan tentera udara tersebut adalah yang terbesar di Wilayah Selatan Israel.

- Pejuang Palestin telah melancarkan 5 serangan roket ke Israel. SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) berkata, pihaknya melancarkan 2 serangan roket jenis Quds ke Sderot dan Kaffar Ezza.

- KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) pula menyerang Sderot dan Barat Naqab dengan 2 serangan roket.

- Kumpulan pejuang Palestin yang lain, iaitu KATAIB AIMAN JUDAH menyatakan bertanggungjawab melancarkan 3 serangan roket ke atas sebuah penempatan Israel di Zekem, Selatan Askalan.

- Kelmarin(31/12/08), kumpulan-kumpulan pejuang Palestin telah melancarkan 20 serangan roket, 6 darinya adalah jenis grad ke beberapa tempat di Israel menyebabkan 2 penduduk Israel cedera parah, malah salah sebuah hotel di Beer Sabie' turut menjadi sasarang serangan roket tersebut

Rundingan

- Menteri Luar Israel, Tsipi Livni akan mengadakan pertemuan dengan Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis di Paris hari ini. Dinyatakan, pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan kedudukan dan keadaan di Gaza.

- Menurut sumber, selain itu, Livni turut memberi respon terhadap cadangan yang dikemukakan kepada Israel supaya hentikan serangan di Gaza. Livni menjawab cadangan tersebut menyatakan pihaknya tetap meneruskan serangan di Gaza.

Bantuan kemanusiaan

- Menteri Kesihatan, Kerajaan Palestin di Gaza meminta Mesir supaya memasukkan pakar-pakar perubatan Arab ke Gaza.

- 9 trak(bantuan dari Mesir) dengan muatan barang-barang bantuan, termasuk bantuan perubatan masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir-Gaza.

- Semenjak Israel mula menyerang Gaza, sebanyak 283 tan bantuan-bantuan terdiri dari makanan, ubat-ubatan dan seumpamanya telah dihantar ke Gaza.

- Sementara itu, bulan sabit merah Qatar berazam bagi menghantar bantuan-bantuan ke Gaza yang belum mendapat keizinan dari Mesir.

- 5 trak Jordan dengan muatan barang-barang makanan dan ubat-ubatan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah. Sebelum itu, Jordan menghantar helikopternya ke 'Arish bagi memindahkan penduduk Palestin untuk mendapatkan rawatan di Jordan.

Bantahan penduduk dunia

- Satu demonstrasi raksasa simpati terhadap Gaza Di bandar Tanjah, Maghribi yang telah disertai oleh 200 ribu rakyatnya.

- Demonstrasi dan tunjuk perasaan di Negara-negara Arab hari ini boleh disifatkan secara besar-besaran adalah bagi mengutuk kekejaman dan keganasan Israel di Gaza.

- Menurut sumber, 800 gabungan peguam-peguam di Mesir mengadakan tunjuk perasaan dan mendesak supaya memutuskan hubungan diplomasi, seperti menghalau duta Israel.

- Dalam demonstrasi dan tunjuk perasaan hari ini, banyak yang meminta supaya batalkan apa jua bentuk hubungan dengan Israel setelahmana melihat Israel tidak mengendahkan gesaan dan desakan dari PBB, Kesatuan Eropah dan pandangan umum masyarakat dunia.

Ancaman pejuang

- Sebagaimana yang telah dinyatakan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di dakwa mempunyai roket jenis grad yang berkeupayaan sejauh 40 kilometer.

- Menurut sumber tentera Israel, roket-roket pejuang Palestin jarak jauh berkemungkinan boleh sampai hingga 60 kilometer.

- Kebimbangan tersebut berdasarkan serangan-serangan roket jenis grad yang telah dilancarkan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) sejauh 40 kilometer sebelum ini.

- Bandar-bandar dan penempatan haram Israel yang menjadi sasaran serangan roket Palestin pada 1 Januari 2009:

1) Askalan
2) Zekem
3) Sderot
4) Kaffar Ezza
5) Beer Sabie'
6) Ushkul
7) Afekem


- Sayap-sayap tentera Palestin yang mempertahankan Semenanjung Gaza:

1) KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS)
2) SARAYA AL-QUDS(sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI)
3) KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera gerakan FATAH)
4) ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH)
5) KATAIB ABU ALI MUSTAFA(sayap tentera JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN)
6) KATAIB AIMAN JUDAH(pecahan dari KATAIB SYUHADA AL-AQSA)
7) JAISHUL UMMAH
8) Dan beberapa lagi kumpulan senjata kecil

[Menurut laporan, di Gaza terdapat 13 buah kumpulan sayap tentera pejuang Palestin]

Read more...

Mengenai kami

Komuniti MAP 2 STREET

Lahir semula setelah dihapuskan pada 18 Jun 2009, sebab tidak dinyatakan. Kami bangkit dengan 'lahjah' yang kami pelajari dari Al-Quran dan Sunnah. Biar dihapus, takkan lemah dan putus asa malah kami akan pastikan suara ini terus bergema. Kami akan terus perjuangkan isu Palestin dengan nada 'intisar'. "From Palestine With Love" - Hasbunallahu Wa Nikmal Wakil

widgeo.net

Hubungi kami

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

Anjung Pavilion

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS