الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)

29 Disember 2010

31 Disember 2008
HARI KE-5 SERANGAN ISRAEL KEATAS GAZA

kronologi sebelum ini, sila klik

Saat ini,

Mereka yang syahid: 394 orang
Cedera, kritikal: 2000 orang


- Serangan Israel awal pagi tadi mengakibatkan seorang dari pemandu ambulan syahid dan seorang lagi parah.

Tindakan pejuang Palestin

- Pejuang Palestin Gaza turut melancarkan serang balas. Roket jenis grad telah dilepaskan ke beberapa bandar dan permukiman Israel.

- Menurut sumber, 3 penduduk Israel terbunuh akibat serangan roket itu.

- Sumber tentera Israel: Semenjak dari awal pagi, sebanyak 20 roket telah dilancarkan ke beberapa tempat di Israel. KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM menyatakan pihaknya telah melancarkan serangan roket ke beberapa lokasi di Israel(tanah jajahan 1948).

- Menurut sumber dua dari lokasi di Israel yang diserang, iaitu Beer Sabie' dan Sderot menjadi sasaran serangan roket pejuang Palestin, akibatnya Israel terpaksa menutup beberapa buah Yayasan pendidikan.

Rundingan

- Muammar Gaddafi, Presiden Libya dalam pertemuannya kelmarin bersama Menteri Luar Maghribi katanya, Arab ada hak untuk mempertahankan Palestin dengan persepakatan bersama.

- Pertemuan antara Ehud Olmert(Perdana Menteri Israel), Tsipi Livni(Menteri Luar Israel) dan Ehud Barak(Menteri Pertahanan Israel) bagi membincangkan cadangan menghentikan serangan dalam masa 48 jam.

- Pertemuan Menteri-menteri Luar Arab hari ini di Kaherah. Menurut sumber, pertemuan ini adalah bagi membincangkan serangan Israel yang berterusan di Gaza. Amr Mousa, selaku Setiausaha Agung Liga Arab menyampaikan ucapan pembukaan pertemuan tersebut.

- Dalam ucapan pembukaan, Amr Mousa menegaskan bahawa sebab utama berlakunya serangan Israel adalah kerana penaklukan/penjajahan Israel di Palestin. Juga, sekatan ke atas Gaza(Gaza under siege) juga merupakan sebab utama. Adapun masalah-masalah selain dari yang disebutkan adalah masalah-masalah yang berkait. Antaranya :

1. Ketetapan Negara-negara arab dan pertelingkahan sesama Palestin memberi kesan.
2. Tambah Amr Mousa, di sini perlunya ketetapan dan persepakatan arab yang kuat.
3. Inisiatif perdamaian semenjak 2002.
4. Perselisihan sesama arab.
5. Menyatukan Palestin sesama Palestin, juga satu kerajaan Palestin dan enam lagi masalah berkait yang disebutkan oleh Amr Mousa.

- Kesatuan Eropah(EU), Majlis kuartet 4 @ Kuartet Timur Tengah dan juga PBB melalui Setiausaha Agungnya telah menggesa dan meminta Israel supaya menghentikan serangan di Gaza berikutan masyarakat awam menjadi mangsa serangan, malah kerosakan juga amat teruk, namun Israel menolak cadangan dan gesaan tersebut.

Bantahan penduduk dunia

- Demonstrasi membantah kekejaman Israel dan menyatakan simpati untuk Gaza di Syria.

- Demonstrasi di Beirut, Lubnan masih berterusan dengan para penunjuk perasaan membawa lilin. Sempena tahun baru, para penunjuk perasaan berhimpun di hadapan bangunan PBB bagi mengutuk kekejaman Israel. Menurut sumber, parti berhaluan kiri dan parti-parti politik yang sebelum ini sukar bersama tetapi kerana Gaza..mereka bersama di hadapan bangunan PBB. Salah satu kain rentang tertera, "Mesir..ummuddunya, Gaza? bukankah di dunia juga?

Serangan Israel

- Israel menyerang sebuah kawasan yang di dakwa menjadi tempat serangan roket dilancarkan ke Israel.

- Menurut sumber, sebuah masjid musnah akibat serangan Israel. Imam Masjid tersebut menyatakan, di Masjid ini adalah tempat kanak-kanak mempelajari dan menghafaz Al-Quran, tidak ada kaitan dengan aktiviti keganasan yang didakwa Israel.

- Israel mengbom dua buah rumah di timur Khan Yunus. Menurut sumber, rumah yang dibom di dakwa milik pejuang KATAIB IZZUDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS). 3 palestin parah dalam kejadian tersebut. Menurut saksi, sebelum itu ada lagi serangan Israel di Hayyu Tufah, Beit Lahiya yang menyebabkan beberapa penduduk Palestin parah. Beberapa serangan Israel seperti dilaporkan tertumpu ke kawasan-kawasan yang dipercayai dilancarkan serangan roket ke Israel.

- Dari sebuah hospital di Gaza: 3 anggota pasukan perubatan, salah seorang darinya adalah doktor syahid dalam serangan Israel yang boleh disifatkan serangan membabi buta ke atas sebuah ambulan. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku semalam di Jabaliya. Israel juga menyerang beberapa ambulan dan trak bomba. kesemua kenderaan(ambulan dan trak bomba) yang diserang mencapai bilangan 12 buah.

- UNRWA: 25% daripada mangsa serangan-serangan udara Israel adalah masyarakat awam.

- Kapal perang Israel melepaskan beberapa tembakan ke arah bandar Gaza dari perairan laut Gaza. Sementara itu, pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza. Menurut sumber, Israel menyerang sebuah rumah yang dipercayai milik seorang pejuang Palestin dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN. Bekalan elektrik terputus lagi di Gaza.

- Israel juga melakukan serangan ke atas garisan sempadan Rafah Mesir hari ini.

- Pejabat Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin di Gaza diserang jet Israel beberapa kali hari ini mengakibatkan kerosakan teruk berlaku. Di Nusairat, Israel mengebom kawasan latihan ketenteraan bagi pejuang KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS).

Bantuan kemanusiaan

- Menurut sumber, bantuan-bantuan makanan dan ubat-ubatan yang diberikan oleh Qatar, Libya dan Jordan akan dihantar ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Politik dan diplomasi

- Washington: Sebelum untuk menghentikan apa jua bentuk serangan, HAMAS terlebih dahulu hentikan serangan roket kerana itu adalah langkah pertama untuk menghentikan perang.

- HAMAS melalui jurucakapnya Sami Abu Zuhri menyatakan pihaknya akan mengkaji cadangan-cadangan bagi menghentikan serangan roket seandainya boleh diberi jaminan supaya hentikan serangan Israel di Gaza dan bebaskan Gaza dari sekatan Israel.

- Hassan Nasrallah(HIZBULLAH): Kekalahan Israel akan bermula bilamana melaku serangan darat ketika berhadapan dengan pejuang-pejuang Palestin(KATAIB IZZUDDIN Al-QASSAM, SARAYA AL-QUDS, KATAIB ABU ALI MUSTAFA, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN) dan beberapa lagi sayap tentera.

- Beliau berkata sedemikian kerana taktikal HAMAS berupaya menggagalkan Israel dalam setiap serangan darat.

- Menurut sumber, KATAIB IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) telah melancarkan serangan roket jenis grad ke Beer Sabie' sejauh 40km. Manakala serangan ke Afakeem, Bee'ri, Zekem dan Askalan menggunakan roket jenis Al-Qassam dan peluru mortar.

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS