الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Mangsa pengeboman pesawat zionis syahid, parah

05 Ogos 2012

Laporan jam 02:35 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 01:35 petang, waktu Kaherah (Mesir)

GAZA - Pesawat pengintip tanpa juruterbang (UAV) milik Angkatan Tentera Udara Zionis (Israeli Air Force) telah mengebom sebuah motosikal berhampiran Bi'ru Kanada di Hayyu El-Sultan (Tel Sultan), barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Serangan udara ini mengakibatkan seorang pemuda Palestin syahid dan seorang lagi cedera parah. Sebagaimana catatan agensi berita SAFA, kejadian ini berlaku pada jam 01:06 petang, waktu Kaherah sebentar tadi.
Motosikal yang dibom pesawat pengintip
Lokasi kejadian
Berhubung kejadian, sumber perubatan menjelaskan kepada agensi berita PALTIMES, mangsa yang syahid, Eyad Nadi Okel, 22 telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar dan seorang lagi pemuda mengalami kecederaan yang parah, Ahmed Sayid Ismail, 19.

Semasa laporan ini diterbitkan, pesawat pengintip zionis masih lagi berlegar-legar di ruang udara.


Logo IAF
Menukil dari kenyataan tentera zionis (Israel Defense Forces), dua suspek yang menjadi sasaran pengeboman berkait rapat dengan pergerakan jihad global.


Laporan IDF yang diterbitkan agensi berita YNET (YEDIOTH AHRONOTH) mengaitkan hubungan dengan suspek yang menyerang kepentingan zionis di sempadan Mesir - tanah jajahan 1948 pada bulan Jun yang lalu. Sumber 05/08/2012, web berita Paltimes, web berita Safa dan web berita Ynet

Read more...

Perluasan penempatan Neve Danial di Betlehem


Laporan jam 10:21 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 09:21 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

Pemandangan Neve Daniel dari satu sisi
BETLEHEM - Pihak berkuasa penjajah (Israel/zionis) pada hari Ahad, 05/08/2012 telah memulakan projek meluaskan kawasan penempatan Neve Daniel yang terletak di selatan wilayah Betlehem, Tebing Barat. Sedemikian itu, projek ini selaras perancangan penempatan bagi mendirikan beberapa buah hotel dan taman peranginan di dalam penempatan Yahudi di Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata kepada agensi berita SAFA, jalan masuk serta pagar kawasan penempatan telah diperluaskan sehingga menjangkau 400 meter keluasan tanah penduduk Palestin di lokasi berkenaan. Jelas lagi, perluasan kawasan ini telah merampas beratus-ratus dunam (nilai ukuran tanah) dari pemilik asalnya. Ternyata, penduduk Palestin dinafikan hubungan ke atas tanah-tanah mereka.

Pada dua minggu yang lalu, penduduk Palestin telah memberikan peringatan berhubung pemasangan pagar yang merangkumi keluasan tanah mereka di kawasan berkenaan setelahmana tanah-tanah mereka di ambil alih. Hal tersebut berlaku ekoran peningkatan mendadak projek memperluaskan penempatan Yahudi di sekitar kawasan terbabit.

Sebagaimana dinyatakan, projek perluasan penempatan Yahudi yang menghubung tanah-tanah Palestin di daerah Al-Khidhr, selatan Betlehem adalah kesinambungan dari beberapa perancangan penjajah dan yang paling utama adalah projek Al-Quds Al-Kubra yang merentangi sehingga selatan wilayah Al-Khalil serta menelan ribuan dunam tanah pertanian Palestin dari bahagian selatan Betlehem.

Neve Daniel
Penempatan Yahudi 'Neve Daniel' terletak bersebelahan lebuhraya bernombor 60 atau dinamakan jalan Al Quds - Al Khalil yang menghubungkan Al-Khalil dengan dua buah wilayah, Betlehem dan BaitulMaqdis(Al-Quds). Sebahagian penjuru kawasan ini telah pun dibangunkan penempatan Yahudi. 

Berhubung hal ini, PALTIMES menukil laporan HAARETZ versi hebrew (web berita Israel) pada hari Ahad, 05/08/2012 menyebutkan bahawa Jabatan Pemetaan Israel menjelaskan, sejaن dari tahun 1967, penjajahan Israel telah merampas ribuan dunam tanah waqaf Islam di Tebing Barat bagi mendirikan penempatan-penempatannya. Sumber 05/08/2012, web berita Safa dan web berita Paltimes

Info dunam:
Dunam atau donum merupakan nilai ukuran tanah yang digunakan semasa Empayar Uthmaniah. Kiraan dunam, 1 dunam menyamai 0.25 ekar.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS