Laporan jam 02:35 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 01:35 petang, waktu Kaherah (Mesir)
GAZA - Pesawat pengintip tanpa juruterbang (UAV) milik Angkatan Tentera Udara Zionis (Israeli Air Force) telah mengebom sebuah motosikal berhampiran Bi'ru Kanada di Hayyu El-Sultan (Tel Sultan), barat bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Serangan udara ini mengakibatkan seorang pemuda Palestin syahid dan seorang lagi cedera parah. Sebagaimana catatan agensi berita SAFA, kejadian ini berlaku pada jam 01:06 petang, waktu Kaherah sebentar tadi.
|
Motosikal yang dibom pesawat pengintip |
|
Lokasi kejadian |
Berhubung kejadian, sumber perubatan menjelaskan kepada agensi berita PALTIMES, mangsa yang syahid, Eyad Nadi Okel, 22 telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar dan seorang lagi pemuda mengalami kecederaan yang parah, Ahmed Sayid Ismail, 19.
Semasa laporan ini diterbitkan, pesawat pengintip zionis masih lagi berlegar-legar di ruang udara.
|
Logo IAF |
Menukil dari kenyataan tentera zionis (Israel Defense Forces), dua suspek yang menjadi sasaran pengeboman berkait rapat dengan pergerakan jihad global.
Laporan IDF yang diterbitkan agensi berita YNET (YEDIOTH AHRONOTH) mengaitkan hubungan dengan suspek yang menyerang kepentingan zionis di sempadan Mesir - tanah jajahan 1948 pada bulan Jun yang lalu. Sumber 05/08/2012, web berita Paltimes, web berita Safa dan web berita Ynet
0 comments:
Catat Ulasan