الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pejuang SARAYA AL-QUDS mangsa serangan artileri syahid

27 Oktober 2010

GAZA - Seorang penduduk Palestin menemui syahid selepas waktu zohor sebentar tadi akibat terkena serpihan dari tembakan artileri rejim zionis di timur daerah Jabaliyah, utara Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Mangsa serangan artileri rejim zionis di Gaza.


Jurucakap Khidmat Perubatan Tentera di Gaza, Adham Abu Salamiyah dalam kenyataannya mengesahkan bahawa seorang penduduk Gaza yang dikenali Jihad Subhi Afana, 20 syahid dalam serangan mengejut dari artileri zionis.

Menurut kumpulan pejuang, SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI berkata, as-syahid Afana adalah salah seorang dari pejuangnya. Beliau menemui syahid dalam sebuah misi jihad.

Sementara itu, saksi yang menyampaikan kepada agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa beberapa buah jentera perang rejim zionis yang berpengkalan sementara dalam garisan sempadan di timur Bet Hanoun menyasarkan serangan ke atas sebuah rumah. Berikutan serangan itu, rumah milik keluarga Al-Shubbat rosak teruk, jelas sumber.

Kejadian lain dilaporkan, seorang penduduk Palestin yang bekerja sebagai pengutip kepingan besi dan sisa runtuhan bangunan cedera akibat ditembak rejim zionis. Mangsa tembakan zionis di timur daerah Jabaliyah tersebut telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan, utara Gaza untuk rawatan selanjutnya, menurut Abu Salamiyah.

Pesawat rejim kerap meninjau

Tambahan lagi, sejak akhir-akhir ini pesawat tempur rejim zionis kerap-kali mengadakan penerbangan di ruang udara Semenanjung Gaza seiring dengan ancaman bagi melancarkan serangan terbaru di Gaza.

Semalam, laporan pada jam 11.51 malam, waktu Palestin menyatakan beberapa puluh buah pesawat tempur jenis F-16 zionis dan pesawat pengintip berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Penduduk Palestin di Gaza turut merasa bimbang dengan operasi tersebut sebagaimana yang berlaku pada perang tahun lalu. Jelasnya, operasi pengeboman tahun lalu menumpukan lokasi-lokasi keamanan bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza.

Sebelum tinjauan

Operasi tinjauan pesawat zionis di ruang udara Gaza adalah susulan dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu beberapa hari yang lalu mengenai roket anti-kapalterbang yang dipasang di Gaza.

Demikian itu, Netanyahu dalam kenyataannya berkata, angkatan tentera udara Israel menghadapi kesulitan ketika mengadakan operasi pengintipan di ruang udara Gaza. Malah, Netanyahu menggesa supaya menjamin penyelesaian yang diperlukan bagi keamanan Israel.

Pada hari Isnin yang lalu, Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hamad menyatakan, penjajah seakan-akan mahu melancarkan perang menentang Gaza.

Gaza kerap diceroboh

Terbaru dan kejadian yang terkini, kawasan yang berhampiran garisan sempadan sering diceroboh. Di samping itu, rejim zionis turut melepaskan tembakan dan membedil ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian di Gaza. Sumber 27/10/2010, web berita safa.ps

Liputan berita:

1. طائرات الاحتلال تواصل تحليقها بالقطاع

Read more...

Ceroboh Al-Maghazi, tembakan di timur Qararah

26 Oktober 2010

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang rejim zionis menceroboh timur Mukhayyam Al-Maghazi, pertengahan Gaza secara terhad pagi tadi.

Menurut pemberita agensi 'Safa', beberapa buah jentera perang termasuk jentolak telah menceroboh sejauh berpuluh-puluh meter ke dalam sempadan tanah penduduk Palestin Gaza. Pencerobohan tersebut mensasarkan sebuah kawasan di Jahr El-Deik yang terletak di selatan bandar Gaza. Jelas sumber, rejim zionis melaksanakan operasi menyerodok dan menyamakan tanah serta mengesan 'sasarannya' di kawasan berkenaan.

Sementara itu, menara-menara kawalan tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah beberapa buah rumah dan tanah pertanian penduduk yang berhampiran pos kawalan Kissufim di timur daerah Qararah, Khan Yunus. Sumber 26/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

[Karikatur] Israel pencabul dan sikap Arab

23 Oktober 2010

Pencabulan ke atas hak-hak Palestin

Dulu hingga kini, gandingan rejim zionis serta pendatang haramnya terus-menerus melakukan 'pencabulan' ke atas hak-hak Palestin. Setelahmana sebuah NGO Israel(Hak Asasi Manusia) mengeluarkan laporan mengenai peningkatan pencabulan Israel ke atas hak Palestin, Netanyahu yang merupakan Perdana Menteri Negara haram ini tanpa segan silu menyatakan projek penempatan dan pembinaan perumahan Israel tidak menghalang usaha damai yang berlangsung waktu ini.

Sedih bagi Palestin apabila mahu membangunkan sebuah bandar Palestin di Tebing Barat, para pendatang haram dan kerajaan rejim zionis tanpa rasa malu menentang usaha itu. Dimanakah salah Palestin? Puluhan tahun kumpulan perunding Palestin Ramallah menyembah pelan damai, namun mereka sedang dipermain-mainkan dalam sedar. Lebih perit, Palestin sedang mempersiapkan agensi-agensi Kerajaan untuk menubuhkan Negara Palestin, kini impian itu seakan kabus kerana rejim zionis yang setiap masa terus 'mencabul' hak-hak Palestin tanpa memberi ruang mendongakkan kepala untuk menghirup nafas.

Bagaimana pendirian pihak US, PBB, EU(Kesatuan Eropah), dan Liga Arab? keadaan biasa yang kita dengar, mereka hanya asyik mengutuk dan mereka juga terus dikutuk.


Kami tahu sikapnya ..

1. Masih tidur ketika Al-Quds dalam bahaya.

2. Negara Sudan yang bakal dipecahkan kepada dua Kerajaan.

3. Negara-negara Arab dalam bahaya.

4. Tiba masa US membisik, weii! rundingan damai diambang roboh.
Arab : Haaahhh(terkejut beruk), ye ke..?

Sumber karikatur, aljazeera.net

Read more...

'Lifeline 5' berjaya tiba di Gaza

21 Oktober 2010


Sumber klip berita, youtube.com

GAZA - Ketibaan konvoi 'lifeline 5' di Semenanjung Gaza pada petang tadi(khamis) yang melintasi sempadan Rafah, Republik Arab Mesir disambut besar-besaran dan juga secara rasmi.


Liputan dari pemberita Al-Jazeerah, Tameer Mashal jelas menunjukkan sebaik konvoi tiba di Gaza, laungan takbir 'Allah Maha Besar' kedengaran kuat dari para sukarelawan konvoi. Di samping itu, sujud syukur tanda gembira yang tidak terhingga dan ada sukarelawan wanita menangis kerana dapat bertemu dengan penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dengan sekatan zalim zionis.

Pemberita Al-Jazeerah menjelaskan lagi bahawa konvoi dapat merentasi sempadan Rafah dengan mudah dan senang berikutan pihak penganjur konvoi mengikut persetujuan dengan Pihak Berkuasa Mesir.

Jurucakap konvoi, Zaher Birawi berkata, Pihak Berkuasa Mesir telah membenarkan 342 sukarelawan memasuki Gaza. Sebahagiannya ada yang datang dengan menaiki kapal dari pelabuhan Latakia dan sebahagian besar yang lain menaiki kapal terbang Syria.

Beliau menyebut para sukarelawan yang terlibat datang dari 30 buah Negara, 12 darinya Negara Arab dan selebihnya adalah dari Negara-negara barat yang jauh.

"Tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk membantu membebaskan Palestin dari kezaliman," jelas Birawi.

Jurucakap konvoi mengungkapkan ketibaan sukarelawan-sukarelawan lifeline ke Gaza petang ini menandakan pembetulan kesilapan yang telah dilakukan pihak Mesir kepada kami pada permulaan perjalanan konvoi. Demikian itu, konvoi akan berada di Gaza selama tiga hari dan akan beredar keluar pada pagi ahad akan datang.

Beliau turut menyatakan, para sukarelawan bertekad untuk mengadakan tinjauan dan melawat tempat-tempat yang musnah serta bertemu dengan sebahagian keluarga mangsa-mangsa perang Israel.

Kapal besar Greek yang membawa kenderaan konvoi lifeline 5 berlepas dari pelabuhan Latakia, Syria malam semalam dan tiba di pelabuhan El-Arish selepas waktu tengahari tadi.

Mengulas antara persetujuan Pihak Berkuasa Mesir bagi membenarkan konvoi ke Gaza, seramai 17 sukarelawan termasuk bekas ahli parlimen Britain, George Galloway tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Pihak Berkuasa Mesir menganggap sukarelawan-sukarelawan tersebut individu-individu yang tidak dialu-alukan Mesir.

Konvoi 'amal'

Ketika penduduk Gaza meraikan kegembiraan dengan sukarelawan konvoi lifeline 5 yang telah berjaya memasuki Gaza, sebuah lagi konvoi bantuan kemanusiaan dari Britain sedang bersiap sedia memasuki Libya.

Konvoi 'طريق الأمل' yang disertai 70 aktivis Britain dengan 29 buah kenderaan yang membawa muatan makanan, bekalan perubatan dan alat-alat pembelajaran datang dari Tunisia menuju ke Semenanjung Gaza dan akan merentasi Libya dan tanah Mesir. Sumber 21/10/2010, berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Rakaman-rakaman gambar konvoi lifeline 5 yang berjaya memasuki Gaza.
Dipetik dari web berita safa.ps
















Read more...

Pejuang ALWIYAH serang unit khas zionis

RAFAH - Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera لجان المقاومة الفلسطينية) mengumumkan pihaknya mensasarkan serangan terhadap tentera rejim zionis berhampiran pintu gerbang 'المطبق', timur Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Gambar(safa): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Dalam salinan kenyataan rasmi kumpulan pejuang itu kepada agensi berita 'Safa', ALWIYAH berkata, pejuangnya telah melepaskan 3 serangan roket 'hawn', 82 milimeter pagi ini ke atas sebuah unit khas tentera rejim zionis yang menceroboh. Jelas ALWIYAH, pejuangnya berjaya melaksanakan misi itu dan dapat pulang ke pos kawalan dengan selamat.

ALWIYAH menyatakan lagi, operasi pagi ini adalah bagi menghadang serangan rejim zionis serta membalas ancaman zionis yang berniat melancarkan perang terbaru ke atas Semenanjung Gaza.

"Pejuang-pejuang kami sentiasa bersedia di lokasi-lokasi utama bagi mempertahankan kesucian tanah-tanah kami," jelas ALWIYAH.

Kumpulan pejuang ini turut menegaskan bahawa pilihan jihad dan penentangan adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan keseluruhan tanah Palestin yang dirompak. Sumber 21/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pesawat pengintip gugur, jentolak zionis terbalik

GAZA - Kejadian yang tidak disangka pagi ini(Khamis), sebuah pesawat pengintip rejim zionis gugur dalam kawasan tanah penduduk Palestin di Hayyu Syuja'iah. Kedudukan kawasan tersebut bertentangan dengan garisan sempadan di sebelah timur bandar Gaza.

Menurut saksi dan sumber keselamatan menjelaskan kepada agensi berita 'Safa' bahawa pesawat pengintip zionis gugur dalam kawasan Palestin yang jaraknya 200 meter dari garisan sempadan. Berikutan itu, jentera perang rejim zionis berkejaran ke lokasi gugurnya pesawat.

Dua sumber berkenaan menyebut, dua buah kereta kebal zionis terus pantas menceroboh ke lokasi berkenaan untuk mengambil pesawat pengintip yang gugur dan berderai. Ketika jentera perang zionis berundur dari lokasi yang diceroboh, tidak semena-mena jentolak zionis terbalik. Kemudian, jentolak yang lain bingkas menundanya masuk ke dalam garisan sempadan.

Jelas sumber, operasi pencerobohan pagi ini tidak kedengaran bunyi tembakan. Namun dalam masa yang sama dinyatakan bahawa beberapa buah helikopter zionis meninjau dan membuat liputan kejadian itu dari ruang udara. Sejurus operasi zionis selesai, jentera perang rejim zionis beredar meninggalkan kawasan berkenaan. Sumber 21/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Rejim zionis ceroboh lagi Gaza, seorang warga tua cedera

20 Oktober 2010

GAZA - Belum hampir 24 jam dari pertempuran sengit yang meletus semalam di Gaza, beberapa buah jentera perang rejim zionis menceroboh lagi Gaza dengan mengejut pagi ini. Pencerobohan zionis yang terbatas itu ke dalam kawasan tanah penduduk Gaza yang hampir dengan laluan perlintasan Sufa, timu laut Wilayah Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Agensi berita 'Safa' dari pemberitanya menjelaskan 3 buah jentera perang yang mengiringi 2 buah jentolak telah menceroboh sejauh 200 meter ke dalam tanah Gaza. Tambahan lagi, ketika menceroboh, jentera perang rejim zionis menghujani tembakan machine-gun ke arah tanah pertanian dan rumah-rumah penduduk Palestin.

Sumber melaporkan, jentera perang zionis turut melaksanakan operasi mengesan dan jentolaknya pula menyerodok dan menyamakan tanah.

Operais rejim zionis melibatkan keluasan tanah Palestin dari laluan perlintasan Sufa sehingga pintu gerbang Sharab Al-Asal yang terletak di timur Pekan Al-Fukhara, timur laut Wilayah Rafah.

Sementara itu, jurucakap bagi Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salamiah berkata kepada 'Safa' bahawa seorang warga tua Palestin berumur 65 tahun mengalami kecederaan di leher akibat tembakan rejim zionis yang menceroboh di kawasan berkenaan. Mangsa telah dibawa ke hospital Eropah, Gaza dan keadaannya disifatkan pertengahan.

Pejuang bedil jentera zionis

Laporan pada jam 08.58 pagi ini menyebut sebuah kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah membedil perkumpulan jentera perang zionis yang berada di luar pos kawalan Kissufim dengan serangan roket jenis 'hawn'. Sumber 20/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

'Telehayat 5' menuju El-Arish

Bermula dari awal pagi rabu(hari ini), Konvoi 'telehayat 5' atau lifeline Gaza telah berlepas dari pelabuhan اللَاذِقِيَّة‎ (Latakia:wikipedia), Syria menuju ke pelabuhan El-Arish, Mesir. Konvoi tersebut menaiki sebuah kapal besar dengan muatan trak-trak konvoi dan barang bantuan serta 30 sukarelawan yang menyertai pelayaran, antaranya Kevin Ovendein, Ketua konvoi.

Bekas ahli parlimen Britain, George Galloway yang juga merupakan pengasas konvoi 'Viva Palestina' berkata kepada pemberita Al-Jazeerah bahawa 300 lagi para sukarelawan konvoi akan beredar melalui jalan udara dengan menaiki dua buah pesawat. Beliau menjelaskan, dua buah pesawat itu akan berlepas pada hari ini dari Lapangan Terbang Basel, Allaziqiah

Galloway mengungkapkan harapannya agar para sukarelawan konvoi dapat tiba di Semenanjung Gaza pada hari Jumaat ini.

Halangan ke atas konvoi

Konvoi 'telehayat 5' yang tiba di Latakia, Syria pada 3 Oktober yang lalu telah berhadapan dengan halangan-halangan besar seperti cuaca udara yang tidak mengizinkan dan terpaksa menanti persetujuan Kerajaan Mesir untuk membenarkan konvoi memasuki El-Arish. Selain itu, syarat-syarat dan tuntutan yang dikenakan dari pemilik kapal memaksa pihak penganjur konvoi mencari jalan lain menuju ke El-Arish Mesir menggunakan jalan udara.

Menurut jurucakap media konvoi 'telehayat 5', Zaher Birawi, pemilik kapal telah mengenakan syarat-syarat baru yang tidak dinyatakan sebelum ini malah mendesak pelayaran mengikut mengikut prosedur undang-undang.

Sebelum ini, Ketua konvoi, Kevin Ovendein, berkata bahawa pihak yang menentang kempen simpati bersama Gaza yang menjadi dalang di sebalik tertangguhnya perjalanan konvoi. Berikutan itu, justifikasi(syarat dan tuntuan) yang disebut pemilik kapal juga tidak meyakinkan pihak penganjur konvoi, malah banyak bertentangan.

Kevin menyebut konvoi ini disertai sukarelawan dari 30 buah Negara. Berkenaan pengangkutan, dijelaskan sebanyak 137 buah kenderaan termasuk trak membawa muatan barang-barang bantuan yang kebanyakannya barang-barang keperluan dan bantuan perubatan. Selain itu, barang bantuan pembelajaran dan seumpamanya yang kesemunya bernilai USD5 juta hasil sumbangan dari individu dan Yayasan-yayasan Kebajikan. Sepertimana yang dimaklumkan, bantuan yang paling banyak; jumlah dari sukarelawan dan jenis-jenis sumbangan adalah dari Algeria, Jordan dan Negara-negara Arab di Teluk. Sumber 20/10/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

1. Viva Palestina
2. Viva Palestina Still in Syria

Read more...

Pejuang hadang kemaraan penceroboh

19 Oktober 2010

GAZA - Laporan yang diperolehi ketikamana tercetusnya pertempuran sengit antara pejuang Palestin di Gaza dengan tentera rejim zionis yang menceroboh timur Qarara hanyalah bersandarkan kepada catatan masa yang dibuat. Berita penuh akan menyusul beberapa jam selepas ini.

Peta, sumber google map. Bintang merah merujuk kepada lokasi yang terjebak dalam serangan zionis di Gaza malam ini. Bersebelahan no.14 adalah perairan laut Nuseirat, pertengahan Gaza, dan bintang yang berada di pertengahan adalah lokasi tembakan dari menara kawalan zionis di El-Maghazi serta berdekatan dengan no.2 adalah kawasan Qarara.

Menurut agensi berita 'Safa', sekitar jam 09.15 malam, sekumpulan pejuang Palestin mengharungi sebuah pertempuran sengit dengan tentera-tentera rejim zionis yang menceroboh di timur Qarara.

Laporan pada jam 09.32 malam, pertempuran sengit masih berlarutan. Pejuang Palestin terselamat dari pengeboman artileri zionis.

Tambah laporan dari lokasi yang lain, bot-bot laju zionis menyerang nelayan-nelayan Gaza di perairan laut Nusairat, pertengahan Gaza. Di timur El-Maghazi, laporan berita 'Safa' menyatakan menara-menara kawalan tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah kawasan sasaran.

Sehingga kini, dari lokasi berlakunya pertempuran di timur Qarara yang dilaporkan pada jam 11.23 malam, pejuang Palestin melancarkan serangan roket jenis 'hawn' ke arah jentera perang rejim zionis yang menceroboh timur Qarara.

.......

Sumber 19/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah ceroboh timur Jabaliya, bakar 500 zaitun

GAZA - Selepas waktu tengahari tadi, laporan dari sumber menyebut beberapa buah jentera perang penjajah(rejim zionis) menceroboh masuk secara tiba-tiba ke dalam kawasan tanah penduduk Gaza yang berhampiran tanah perkuburan, timur Jabaliya, di utara Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita 'Safa' yang menjelaskan bahawa 4 buah jip tentera dan 2 buah jentolak telah menceroboh ke dalam kawasan tanah milik penduduk Gaza di Jabaliya. Di samping itu, penjajah yang menceroboh dalam jarak yang terhad turut melepaskan bertubi-tubi tembakan ke sasaran.

Sumber menyatakan lagi, seiring pencerobohan tersebut, kelihatan helikopter jenis 'apache' penjajah kerap berlegar-legar di ruang udara kawasan berkenaan.

Sebelum ini, zon selatan dan utara Semenanjung Gaza kerap menyaksikan pergerakan jentera perang penjajah yang tidak sebagaimana biasa. Malah, penjajah turut melepaskan tembakan ke arah para petani, rumah-rumah dan menjalankan operasi meratakan tanah serta membuang pokok-pokok.

Pendatang haram bakar 500 zaitun

Sementara itu, pada waktu tengahari tadi, waktu Palestin, sumber melaporkan pendatang haram Israel telah membakar dalam lingkungan 500 pokok zaitun yang telah berbuah di sebuah ladang pertanian. Ladang tersebut berada dalam kawasan pekan Husan dari arah barat Wilayah Bet Lehem dan kedudukannya bertentangan dengan penempatan haram Israel 'Beitar Illit' di Bet Lehem, Tebing Barat.

Peta, sumber google map.

Berikutan itu, seorang Ahli Majlis Jawatankuasa Kampung Husan, Ramiy Humamrah berkata kepada 'Safa', tanah-tanah yang seluas berpuluh-puluh ekar turut tidak dibenarkan kepada pemiliknya untuk masuk melihat melainkan dengan mendapatkan kebenaran khas melalui pintu gerbang penempatan haram Israel. Kawasan tersebut terus meningkat panas membahang setelahmana pokok-pokok zaitun yang dibakar belum lagi dipadam.

Sumber menyebut, tanah pertanian yang dibakar itu milik dua buah keluarga Palestin, Humamrah dan Shushah yang terletak di bahagian selatan Tebing Barat. Setelah agak lama menunggu, pengawal penempatan haram Israel membenarkan bomba Palestin masuk ke tanah pertanian itu untuk memadamkan kebakaran yang mengakibatkan keseluruhan pokok-pokok di situ musnah. Sumber 19/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh Khan Yunus

18 Oktober 2010

KHAN-YUNUS, - Awal kejadian yang dilaporkan pagi ini, beberapa buah jentera perang rejim zionis telah menceroboh Gaza. Pencerobohan tersebut bermula dari laluan perlintasan Kissufim menuju ke arah timur laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut agensi berita 'Safa' dari saksi menjelaskan bahawa 3 buah kereta kebal mengiringi 2 buah jentolak telah bertindak menceroboh ke dalam kawasan tanah pertanian sambil melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Gaza yang berdekatan. Sehingga kini tiada laporan mengenai kecederaan atau mangsa korban.

Jelas lagi dari sumber, jentera rejim zionis menjalankan operasi meratakan tanah-tanah pertanian penduduk. Selain itu, rejim zionis berpengkalan sementara di antara pintu gerbang As-Suraij dan Farahain dan menumpu sebuah kawasan yang dikenali 'الترنس'. Sehingga itu, zionis terus menceroboh hampir ke kawasan Abbasan dari arah timur bandar Khan Yunus.

Menurut sumber, zon sempadan antara Semenanjung Gaza dan tanah jajahan 1948 kerap diceroboh malah zionis turut mengenakan zon tersebut sebagai 'zon pengasingan keselamatan'. Berikutan itu menjadi sebab para petani Gaza tidak dapat pergi ke kawasan pertanian. Sumber 18/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis tangkap budak Palestin yang dilanggar pelampau Yahudi

17 Oktober 2010

AL-QUDS, - Tentera rejim zionis telah menangkap Imran Mansour, 11 pagi tadi dari rumahnya di Hayyu Helwah, Silwan di Al-Quds meskipun kesihatannya masih tidak stabil ekoran dilanggar dengan sengaja oleh seorang pelampau Yahudi pada dua minggu yang lalu.

Sumber menyebut, pelampau Yahudi berkenaan, David Berry adalah seorang ketua salah satu kumpulan penempatan pelampau Yahudi melanggar Imran dan kawan-kawannya dengan sengaja dibebaskan beberapa jam selepas kejadian langgar lari.
_______________________________________________________
Baca lagi:

1. Pendatang haram Yahudi langgar kanak-kanak Palestin

_______________________________________________________

David dibebaskan atas dakwaaan kejadian melanggar itu tidak disengajakan.

Ketika tentera rejim zionis menangkap Imran semalam, bapanya turut dihalang dari mengikutinya ke pusat tahanan. Namun, bapa Imran diminta tampil segera ke pusat tahanan dan siasatan yang terletak di barat bandar Al-Quds. Sumber 17/10/2010, web berita safa.ps

Sedutan klip berita ketika Imran dilanggar pelampau Yahudi



Sumber youtube.com/Al-Jazeerah

Read more...

Palestin Tebing Barat tangkap 7 anggota kami - HAMAS

15 Oktober 2010

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS (حركة المقاومة الإسلامية) berkata, Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat telah menangkap 7 anggotanya dari Wilayah Tulkarm, Nablus, Jenin, Tubas, Khalil dan Ramallah.

Kenyataan gerakan HAMAS yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' menyebut bahawa salah seorang anggotanya, Abdullah Rosrus yang berasal dari kampung Artah telah ditahan Pihak Keamanan Tulkarm setelahmana dipanggil melaporkan diri. Abdullah juga merupakan bekas tahanan yang telah dibebaskan sebelum ini.

Sementara itu, Baha' Hamad yang berasal dari kampung 'Inabus, Nablus juga merupakan bekas tahanan telah ditangkap semula. Seorang lagi anggota HAMAS, Niyaz Badwi Awad dari kampung 'Urta juga ditangkap setelahmana Pihak Keamanan menggeledah rumahnya.

Gambar: Logo gerakan HAMAS

Di Wilayah Jenin, Pihak Keamanan Palestin menangkap lagi anggota HAMAS, Bashir Masaad dari kampung Faqu'a. Beliau ditahan ketikamana Pihak keamanan Palestin menggeledah tempat kerjanya di Hospital Ar-Razi di bandar Jenin. Malah rumahnya turut digeledah serta beberapa barangan miliknya dirampas.

Penangkapan seterusnya dilakukan ke atas seorang lagi bekas tahanan, Muntasar Shadid dari bandar Dura, Khalil. Sumber menyebut, beliau ditangkap setelahmana rumahnya digeledah. Lagi kes penangkapan yang sama ke atas seorang lagi bekas tahanan yang berasal dari Ammar Umar dari kambung Beit Ameen dari Wilayah Qalqiliah.

Seorang lagi bekas tahanan, Samir Budrah yang berasal dari Mukhayyam Al-'Ummariy juga dilaporkan ditangkap Pihak Keamanan Palestin. Dalam kenyataan HAMAS menyebutkan seorang lagi bekas tahanan yang ditangkap Pihak Keamanan Palestin Tebing Barat, Safi Al-Safi berasal dari Mukhayyam Deir 'Umar. Sumber 15/10/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

1. Berita Al-Jazeerah semalam melaporkan sebuah Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat telah menangkap beberapa ahli keluarga An-Natshah dan menyiksanya ketika dalam tahanan. Sumber 14/10/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Bot laju zionis hala tembakan ke arah nelayan Gaza

13 Oktober 2010

KHAN YUNUS - Kejadian yang berlaku pada petang tadi, bot laju zionis(penjajah) telah melepaskan bedilan ke arah perahu nelayan Gaza di laut Wilayah Khan Yunus, selatan Gaza.

Peta Semenanjung Gaza di sebelah kiri menunjukkan had yang dibenarkan bagi nelayan Gaza menangkap ikan hanya 3 batu nautika.

Menurut wartawan agensi berita 'Safa', bot laju zionis yang berkumpul di pesisir laut Gaza itu telah melepaskan tembakan senjata berat(machine-gun) ke arah puluhan buah perahu nelayan di perairan laut Khan Yunus.

Sumber menjelaskan lagi, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang nyawa yang terkorban mahupun luka parah dikalangan nelayan Palestin.

Hampir setiap hari bot laju zionis sengaja menembak ke arah nelayan Palestin yang menjadi sasarannya. Zionis mendakwa tembakan-tembakan itu kerana nelayan Gaza melanggar had yang dibenarkan untuk menankap ikan, iaitu hanya sejauh 3 batu nautika dari pantai Gaza. Seperti yang dilaporkan, sebulan yang lalu, seorang nelayan, Muhammad Bakar syahid menjadi mangsa tembakan bot laju zionis di perairan laut bahagian utara Gaza. Sumber 13/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah berhasrat roboh 110 bangunan Palestin

Peta, sumber google. Kedudukan Hayyu Silwan bertanda bulat merah.

AL-QUDS, - Laporan dari pengawasan Negara Penjajah(rejim zionis) menyebutkan bahawa 110 buah bangunan di Silwan yang didirikan oleh Palestin semenjak 31 tahun yang lalu dan sehingga tahun ini tidak mengikut undang-undang.

Radio rejim zionis yang memetik salinan dari laporan itu mendakwa bangunan-bangunan yang telah di bina di Hayyu Silwan, timur bandar Al-Quds menyalahi garis panduan asas binaan yang diperakui pada pertengahan 70an, kurun lalu.

Pengawasan itu juga mengesyorkan membuat penelitian ke atas cadangan untuk membawa hal tersebut ke mahkamah agar dapat perintah mahkamah bagi merobohkan rumah-rumah Palestin.

Sumber melaporkan, Kerajaan rejim zionis terus melancarkan operasi menggila terhadap penduduk Palestin(penduduk asal) yang menetap di dalam bandar Al-Quds. Tujuan operasi tersebut adalah untuk menghalau dan menguasai rumah-rumah, tanah Palestin dan membangunkan pemilikan Yahudi.

Sehingga kini, antara langkah yang dilakukan rejim zionis supaya dapat mengusir penduduk Palestin dari Al-Quds adalah dengan cara merobohkan rumah-rumah Palestin dengan hanya mendakwa pembinaan tersebut tanpa kelulusan. Sumber 13/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Serangan bersiri gempa ruang udara Gaza

12 Oktober 2010

RAFAH - Pesawat tempur rejim zionis melancarkan beberapa siri serangan 'bayangan' di persisiran pantai Gaza hari ini yang dapat didengari dengan kuat antara setiap pelusuk kawasan.

Pemberita dari agensi 'Safa' menjelaskan kedengaran beberapa letupan yang kuat dari ruang udara kawasan penempatan yang telah bebas dari pendatang haram Israel. Kawasan tersebut terletak di bahagian barat di persisiran pantai Gaza.

Sebagaimana yang dilaporkan, letupan kuat itu kesan dari serangan pesawat tempur zionis yang mengatasi kelajuan bunyi ketika mengadakan tinjauan yang tidak putus-putus selama beberapa jam. Berikutan kejadian itu, menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada penduduk setempat.

Sejak kebelakangan ini, rejim zionis meningkatkan operasi penerbangan pesawat pengintip di ruang udara Gaza. Dalam masa yang sama tinjauan kerap turut diadakan, khususnya dari pesawata pengintip tanpa pemandu dan F-16 di kawasan-kawasan pendudukan, sempadan dan lokasi pihak keselamatan.

Sementara itu, Ketua Polis di Gaza mengarahkan anggota-anggota polis Gaza agar mengosongkan sepenuhnya lokasi keselamatan khuatir serangan yang mensasarkan mereka. Yang masih beroperasi hanyalah sebahagian kerja di pejabat-pejabat keselamatan. Tambah lagi, pengosongan turut dilakukan di garisan sempadan khasnya kawasan terowong bawah tanah yang juga khuatir menerima sebarang pengeboman di garisan sempadan. Sumber 12/10/2010, [jam 02.21 petang, Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Pejuang bedil jentera perang zionis

11 Oktober 2010

GAZA - Sayap tentera Jabhah Sha'biah Li Tahrir Palestin, iaitu KATAIB ABU ALI MUSTAFA telah membedil sekumpulan jentera perang rejim zionis yang berada di belakang kawasan perkuburan Syuhada', Jabaliya, utara Semenanjung Gaza dengan peluru roket jenis hawn 80mm.

Dalam kenyataan rasmi bertulis yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa', KATAIB ABU ALI MUSTAFA berkata, serangan tersebut adalah tindak balas bagi membalas jenayah yang dilakukan penjajah ke atas penduduk Palestin.

Sayap tentera ini menyatakan pihaknya akan berterusan menentang dan membalas setiap kekejaman penjajah, malah turut berjanji kepada penduduk Palestin bagi membela setiap pengorbanan dan titisan darah para syuhada'.

Sementara itu, laporan pada jam 11.14 pagi, waktu Palestin, agensi berita 'Safa' berkata, rejim zionis melancarkan serangan bayangan di Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza. Sumber 11/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pendatang haram Yahudi langgar kanak-kanak Palestin

08 Oktober 2010

Seorang pendatang haram Yahudi yang memandu keretanya dengan sengaja telah melanggar sekumpulan kanak-kanak Palestin(gambar kanan) bandar Al-Quds. Keempat-empat mangsa mengalami kecederaan.

Saksi kejadian berkata, sekumpulan penduduk Palestin melontar batu ke arah beberapa pendatang haram Yahudi di perkarangan tembok Buraq dan mereka cuba menghalang kereta terbabit, tetapi dengan tiba-tiba kereta terbabit memandu laju ke arah sekumpulan Palestin yang lain serta melanggar kanak-kanak Palestin.

Jurucakap Pihak Berkuasa Penjajah(rejim zionis) berkata, polis Israel telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti sebab berlaku kejadian itu tetapi sehingga kini tidak ada penangkapan dibuat ke atas pemilik kereta berkenaan.

Menukil berita dari agensi 'Safa' yang memetik dari berita Al-Jazeerah bahawa maklumat yang diperolehi dari pusat maklumat Wadi Helwah, Mahmoud Qarain menjelaskan kanak-kanak Palestin merupakan penduduk asal Baitul Maqdis telah mendapat kecederaan setelah dilanggar kereta pendatang haram Yahudi di Al-Quds.

Qarain berkata lagi, kejadian langgar lari tersebut berlaku selepas solat Jumaat.

Sumber Perubatan pula menyifatkan kecederaan yang dialami salah seorang kanak-kanak Palestin yang dilanggar itu adalah pertengahan, dan mangsa telah dibawa ke hospital Al-Maqasid untuk rawatan.

Kejadian seumpama ini merupakan episod baru perlakuan pendatang haram Yahudi ke atas penduduk asal Palestin di Tebing Barat. Malah sebelum ini turut dilaporkan beberapa kejadian yang sama sengaja dilakukan oleh pendatang haram Yahudi yang melanggar penduduk Palestin.

Empat hari sebelum ini, sekumpulan dari pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke Masjid Anbiya' di kampung Bayt Fajjar yang terletak di selatan bandar Bet Lehem, Tebing Barat. Mereka membakar sebahagian dari karpet masjid dan sejumlah Al-Quran di dalam masjid tersebut. Malah, mereka menulis perumpamaan-perumpamaan yang menimbulkan ketegangan untuk membunuh Palestin serta menimbulkan sensitiviti keagamaan. Sumber 08/10/2010, web berita Al-Jazeerah

Klip berita mengenai kejadian yang berlaku selepas solat Jumaat

Read more...

Tentera rejim zionis bunuh dua pejuang AL-QASSAM

Unit khas dari tentera rejim zionis telah melakukan pembunuhan ke atas dua pejuang Palestin, Nasha'at Al-Kurmi dan Makmun An-Natshah dari KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS). Kedua-dua pejuang syahid apabila rumah yang mereka duduki di bandar Khalil telah dibom.

Gambar(Al-Jazeerah): Jasad seorang pejuang AL-QASSAM yang terdampat di tanah setelah zionis mengebom rumah yang diduduki pejuang AL-QASSAM di Khalil.

Menurut wartawan berita Al-Jazeerah, Shereen Abu Aqilah berkata, gerakan HAMAS mengutuk keras operasi rejim zionis yang mengakui membunuh dua pejuangnya. HAMAS mengungkapkan bahawa operasi tersebut adalah kesan dari pemusatan keselamatan yang terjalin antara Pemerintah Palestin Ramallah dengan Kerajaan Penjajah(zionis). Sementara itu, Pemerintah Palestin Ramallah turut mengutuk pembunuhan yang dilakukan tentera rejim zionis.

Wartawan Al-Jazeerah menjelaskan lagi, tentera rejim zionis turut menangkap beberapa penduduk Palestin. Antaranya adalah tuan pemilik bangunan rumah tiga tingkat itu.

Gambar(Al-Jazeerah): Keadaan rumah tiga tingkat yang rosak teruk akibat dibom zionis.

Menurut saksi, sejumlah besar tentera rejim zionis yang diiringi beberapa buah jentolak telah mengepung rumah tersebut yang terletak di kawasan Jabal Jauhar di Khalil. Kemudian, rumah tersebut dibom dengan peluru misil. Rejim zionis mendakwa Al-Kurmi bertanggungjawab ke atas operasi 'banjir api' yang membunuh emmpat pendatang haram Israel bulan lalu.

Saksi kejadian menceritakan kepada Al-Jazeerah bahawa dia telah mendengar tentera rejim zionis memanggil seorang individu iaitu Nasha'at Al-Kurmi (as-syahid, gambar)agar turun ke bawah dan menyerahkan diri, tetapi Nasha'at membantah. Berikutan itu, seorang lagi mangsa pembunuhan zionis, as-syahid Makmun An-Natshah terdampar di atas tanah di sebelah bangunan rumah yang musnah akibat dibom.

Radio Israel lapor

Menurut radio tentera Israel, tentera rejim zionis telah menjalankan operasi menyingkir golongan pembuat kerosakan(istilah yang digunakan Israel ke atas Palestin).

Jelas radio itu lagi, salah seorang darinya berpakat dengan kawan-kawannya melakukan beberapa aktiviti keganasan di Tebing barat.

Operasi zionis bermula asar semalam

Sumber menukilkan dari saksi, operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh rejim zionis bermula sejak pada awaktu asar semalam. Ketika itu, pesawat pengintip tanpa pemandu kelihatan membuat tinjauan kerap di ruang udara Jabal Jauhar, timur bandar Khalil diikuti kemasukan trak pengangkut tentera pada pertengahan malam semalam.

Saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, sebaik sahaja tentera rejim turun dari trak, mereka terus melepaskan tembakan ke arah rumah berkenaan meskipun rumah tersebut berpenghuni. Seiring dengan tembakan, sejumlah besar dari tentera rejim zionis memasuki ke kawasan berkenaan.

Menurut sumber dari agensi 'Safa', 40 buah jentera perang rejim zionis termasuk jentolak serta diikuti 600 tentera rejim mengepung kawasan rumah yang diduduki dua pejuang AL-QASSAM.

Lebih sebulan yang lalu, rejim zionis menyenaraikan Al-Kurmi adalah sasaran utama yang dikehendaki malah zionis menyifatkan Al-Kurmi perancang operasi 'banjir api' di Khalil, menurut akhbar Ma'an sebelum ini.

Gambar(safa): Salah seorang penduduk Palestin yang ditangkap ketika operasi tentera zionis.

Akhbar Ma'an menyebut bahawa Al-Kurmi, 34 telah berkali-kali ditahan dalam penjara rejim zionis ketika masih belajar di sebuah universiti di Khalil. Dan Al-Kurmi juga tergolong dalam pemimpin gerakan HAMAS. Kemudian as-syahid mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Palestin dari bandar Khalil.

Selepas beberapa hari dari operasi 'banjir api', Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengumumkan bahawa pihaknya telah menangkap seorang individu yang mempunyai kaitan dengan operasi, salah seorang darinya adalah bapa mertua Al-Kurmi.
____________________________________________________
Baca lagi:

1. Operasi 'banjir api' bunuh empat warga zionis
2. Operasi Ramallah siri dari 'banjir api'

3. Serangan ketiga 'banjir api' AL-QASSAM

4. 13 sayap tentera Palestin padu kerjasama

5. تحذير للسلطة من ملاحقة المقاومة

____________________________________________________

Berbalik kepada operasi rejim zionis, tentera rejim mengenakan sekatan keselamatan di lokasi Jabal Jauhar setelah rumah yang diduduki Al-Kurmi telah rosak teruk, malah beberapa buah rumah yang lain turut mengalami kesan yang sama.

Pada pertengahan malam semalam, setelah rejim zionis mengumumkan operasi tenteranya, lalu tercetua pertempuran sengit antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera rejim di dua buah kawasan, Jabal Jauhar dan persimpangan ke sekolah Tareq.

HAMAS desak hentikan kerjasama

Dari gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية), pihaknya telah mendesak supaya Pemerintah Palestin Ramallah membebaskan tahanan dari kalangan pejuang-pejuang Palestin dan anggotanya dari penjara Palestin serta turut mendesak agar hentikan pemusatan keselamatan dengan penjajah(zionis), juga lepaskan pejuang Palestin untuk menjalankan peranannya bagi melindungi penduduk Palestin.

Sami Abu Zuhri, jurucakap rasmi HAMAS dalam kenyataan rasminya mengungkapkan operasi ketenteraan zionis di Khalil berikutan dari peningkatan mendadak penjenayahan dan penindasan yang dilakukan rejim zionis.

Beliau menyatakan, penindasan ini seiring dengan rundingan damai yang digunakan oleh penjajah bagi melindungi kegiatan jenayah yang berterusan seperti ini.

Gambar(Al-Jazeerah): 12 sayap tentera pejuang Palestin yang diketuai AL-QASSAM ketika memberikan kenyataan akhbar.

Abu Zuhri turut menuduh Pihak Keselaman Palestin Ramallah yang dipertanggungjawabkan kerana usahanya yang telah melucutkan senjata pejuang Palestin. Malah, Pihak Keselamatan Palestin berundur ketikamana tentera rejim zionis melakukan pencerobohan ke kawasan-kawasan berkenaan.

Beberapa hari yang lalu(06/10/2010), 12 sayap tentera Palestin di Gaza, terutamanya KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM telah berjanji bahawa pihaknya tidak akan mendiamkan diri ketikamana penangkapan dan tahanan politik yang menentang pejuang-pejuang Palestin masih berterusan di Tebing barat. Sumber 08/10/2010, web berita Al-Jazeerah, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah lancar operasi besar-besaran di Khalil

KHALIL - Ketika ini, sejumlah besar dari tentera rejim zionis mengepung dua buah rumah di Jabal Jauhar yang terletak di bandar Khalil, selatan Tebing Barat.

Pemberita dari agensi 'Safa' menukil dari saksi kejadian berkata, berpuluh-puluh buah jentera perang rejim zionis termasuk jentolak telah mengepung dua buah rumah Palestin milik keluarga Ar-Rajbi dan Barqan. Di samping itu, helikopter zionis turut mengadakan tinjauan dari udara.

Sumber menyatakan, rejim zionis melalui pembesar suara mendesak penghuni rumah berkenaan supaya keluar dari rumah. Berikutan itu, kedengaran bunyi tembakan di sekeliling kawasan terbabit.

Seperti yang dilaporkan, sebuah unit khas rejim zionis yang menaiki trak tentera jenis Mercedes 608 telah menangkap empat penduduk Palestin dari sebuah apartmen, Abu Sunainah.

Dalam kejadian berasingan, sepasukan lagi dari tentera rejim zionis merempuh beberapa buah rumah Palestin di kawasan yang berbeza di bandar Khalil. Sumber menjelaskan, zionis merempuh rumah Abdul Razeq Ar-Rajbi, rumah Sharif Abu Tareki, dan rumah Helmi Az-Zarw.

Laporan berita yang tersebar waktu ini menyatakan tentera rejim zionis melancarkan operasi tentera besar-besaran di tiga kawasan dalam bandar Khalil.

Menurut sumber, operasi ketenteraan yang dilancarkan rejim zionis masih diteruskan sehingga jam 06.30 pagi, waktu Mesir.

Sumber 08/10/2010,[jam 00.58 pagi, Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Serangan petang tadi sasar KATAIB NUSUR

AL-QUDS, - Keterangan rasmi dari tentera Israel yang diterbitkan malam tadi bahawa pesawat zionis yang melancarkan serangan udara ke atas sebuah kereta awam sedang mensasarkan seorang individu yang dikehendaki dari pertengahan Gaza.

Gambar(Safa): Polis Gaza meninjau keadaan kereta yang dinaiki Ahmad Al-Ashqar yang menjadi sasaran serangan pesawat zionis.

Serangan itu mengakibatkan empat penduduk Palestin mengalami kecederaan yang disifatkan ringan dan biasa. Kesemua mangsa serangan telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa.

Keterangan tentera Israel menyebut, serangan sedemikian adalah hasil dari pemusatan dengan Bahagian Perkhidmatan Pertahanan Dalaman Israel(SHABAK) yang mensasarkan seorang anggota pejuang Palestin dari KATAIB NUSUR Palestin, Ahmad Al-Ashqar yang menghuni di Mukhayyam Nusairat, pertengahan Semenanjung Gaza.

KATAIB NUSUR dalam kenyataan rasminya turut mengesahkan bahawa serangan terbabit sememangnya mensasarkan salah seorang komandernya. Dijelaskan, serangan peluru pesawat zionis mengenai bahagian belakang kereta dan mengakibatkan Ahmad Al-Ashqar mengalami kecederaan ringan.
_____________________________________________
Baca lagi:

1. Zionis serang lagi Gaza waktu asar
2. الإعلان عن تأسيس كتائب نسور فلسطين

_____________________________________________

Jelas kenyataan itu lagi, "kami hanya berlindung dan syukur kepada Allah Ta'ala kerana saudara kami terselamat dari serangan, hal ini mempastikan bahawa kami meneruskan latihan jihad dan menentang penjajah. Setiap ancaman, pembunuhan dan buruan dari rejim zionis tidak akan mampu menghalang kami, malah kami akan pastikan bahawa kami tidak akan menyimpang dari jalan yang kami pilih meskipun dengan apa sekalipun bayaran." Sumber 08/10/2010, [jam 00.35 pagi, Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Zionis serang lagi Gaza waktu asar

07 Oktober 2010

Masa serangan:

04.02 petang, Palestin. Rejim zionis mengebom sebuah kereta di kawasan El-Mgharibah, 3 Palestin luka parah.

Kejadian lain yang dilaporkan pada jam 04.17 petang, Palestin. Bot laju zionis usir nelayan Gaza dari perairan laut Gaza yang bertentangan dengan MuKhayyam Nusairat.

Berita penuh:

GAZA - Beberapa orang penduduk Palestin di Gaza parah dalam satu pengeboman rejim zionis yang mensasarkan sebuah kereta di kawasan El-Magharibah, selatan bandar Gaza.

Jurucakap media perubatan Gaza, Adham Abu Salamiah ketika dihubungi agensi berita 'Safa' menjelaskan bahawa zionis mensasarkan sebuah kereta awam dengan mengebomnya, lantas mengakibatkan beberapa dari kalangan penduduk di situ mengalami luka parah.

Abu Salamiah berkata lagi, mangsa pengeboman zionis telah dipindahkan ke hospital Syuhada Al-Aqsa di bandar Deir Balah, pertengahan Gaza. Sebagaimana yang dijelaskan, mangsa tersebut ada yang mendapat luka ringan. Di antara mangsa tercedera juga dari kalangan kanak-kanak berumur 7 tahun.

Sumber lain yang menyampaikan kepada agensi 'Safa', pengeboman tersebut mensasarkan sebuah kereta model volkswagen golf berwarna merah di jambatan El-Maghraqah, namun penumpang kereta tersebut terselamat dari serangan zionis.

Ketika dihubungi mengenai kejadian lain yang berlaku, seorang dari pekerja Palestin mengalami kecederaan setelah ditembak tentera zionis di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Jelas Abu Salamiah, pekerja Palestin itu dibawa ke hospital As-syahid Kamal Udhwan di utara Gaza untuk rawatan. Sumber 07/10/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

1. Sekitar jam 2.00 petang, Mesir, laporan dari berita Al-Jazeerah menyebut empat orang awam di barat laut Pakistan parah dalam satu serangan yang dipercayai angkara serangan dari pesawat pengintip tanpa juruterbang tentera Amerika Syarikat. Sumber 07/10/2010, berita Al-Jazeerah

Read more...

Zionis sasar dua lokasi serangan di Gaza

Masa serangan:

00.58 pagi, Palestin. Safa melaporkan sebuah lokasi AL-QASSAM diserang pesawat rejim zionis.

01.25 pagi, Palestin. Abu Salamiah memberitahu kepada Safa, 6 tercedera dalam serangan zionis ke atas lokasi AL-QASSAM.

01.47 pagi, Palestin. Pesawat zionis melancarkan serangan kedua ke atas sebuah tanah pertanian yang lapang di timur Hayyu zaitun, timur Gaza.

Berita Penuh:

GAZA - Kejadian serangan awal pagi ini, pesawat tempur rejim zionis telah melancarkan serangan udara ke atas lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS di Hayyu Syeikh Ridhwan yang terletak di barat laut bandar Gaza.

Menurut penyampai berita agensi 'Safa' bahawa pesawat zionis memulakan serangan tersebut ke atas sebuah lokasi AL-QASSAM yang mengakibatkan letupan kuat serta merosakkan lokasi berkenaan.

Seiringan itu, pesawat zionis melancarkan pula serangan kedua yang mensasarkan sebuah tanah pertanian lapang berhampiran kilang Al-Haj Fadhl di timur Hayyu Zaitun, timur Gaza.

Adham Abu Salamiah selaku jurucakap perubatan di Gaza ketika dihubungi melalui telefon menjelaskan, serangan udara zionis ke atas lokasi AL-QASSAM mengakibat 6 mangsa mengalami kecederaan ringan.

Jelas beliau lagi, mangsa serangan telah tiba di hospital Shifa'.

Setelah serangan, sumber melaporkan bahawa pesawat zionis kerap mengadakan tinjauan di ruang Gaza. Di samping itu, pasukan bantuan dan bomba bergegas ke lokasi sasaran bagi memadamkan kebakaran dan menjamin keselamatan kepada para penduduk.

Sekitar jam 02.26 pagi, waktu Palestin, sumber melaporkan bahawa keadaan berjaga-jaga masih menyelubungi bandar Gaza setelah berlaku dua serangan udara itu tadi. Sumber 07/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Roket sasar Ushkul

06 Oktober 2010

AL-QUDS, - Satu serangan roket buatan tempatan yang disasarkan ke arah penempatan haram Israel gugur di Ushkul, zon selatan barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

Akhbar Israel 'Yediot Ahronot' versi Ibrani melaporkan, serangan roket yang dilancarkan itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda, namun siren kecemasan berbunyi menandakan serangan roket di zon terbabit.

Sumber agensi berita 'Safa' menyebut bahawa tidak ada lagi mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui melancarkan serangan itu. Sumber 06/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Zionis ceroboh lagi ke Gaza

04 Oktober 2010

KHAN YUNUS - Beberapa buah jentera perang rejim zionis menceroboh lagi Gaza malam ini secara mengejut, namun terhad melepasi ke daerah Khuza'ah yang terletak di timur Wilayah Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut saksi yang menjelaskan situasi kejadian kepada agensi berita 'Safa' bahawa 3 buah kereta kebal zionis yang mengiringi jentolak telah menceroboh sejauh 150 meter ke dalam kawasan tanah Gaza bermula dari pintu masuk Abu Reidah. Sehingga kini, tidak kedengaran lagi bunyi sebarang tembakan.

Agensi Safa menyatakan sebahagian dari penduduk di lokasi berkenaan telah mengosongkan rumah mereka berikutan pencerobohan yang secara mengejut tanpa ada kaitan dengan sebarang serangan lain. Ketika ini, keadaan berjaga-jaga menyelubungi kawasan berkenaan.

Tambah lagi, sejak dari beberapa jam yang lalu, dua buah pesawat tempur zionis mengadakan tinjauan secara kerap di ruang udara selatan Semenanjung Gaza. Sumber 04/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Rejim zionis tangkap 5 pemuda Palestin di Tebing Barat

KHALIL - Tentera rejim zionis telah menangkap 5 pemuda Palestin pagi tadi dalam satu operasi yang dikerahkan secara meluas di selatan Tebing Barat.

Menurut sumber keamanan di Khalil, sepasukan tentera rejim menangkap 2 remaja Palestin setelah rumah mereka yang terletak di bandar Khalil dan daerah Sa'ir diserbu.

Sumber yang diperolehi menyatakan kedua-dua tahanan tersebut ialah Mursyid Jabir dari Bandar Khalil. Manakala seorang lagi remaja yang dikenali Zaidun Abdul Qadir, 16 ditahan di rumah keluarganya. Rumah tersebut turut digeledah dan diperiksa, kemudian Zaidun dibawa ke arah yang tidak diketahui.

Pada petang semalam, penjajah mendirikan pos-pos pemeriksaan sekatan tentera di beberapa persimpangan dan penjuru jalan utama di sekitar Bandar Khalil. Sumber yang sama menyebut, penjajah turut mengadakan sekatan pemeriksaan di persimpangan Ad-Dhahiriya selatan Khalil dan sebuah lagi pos sekatan berhampiran kawasan Fursh Al-Hawa, Halhul, dan jalan masuk ke daerah Sa'ir.

Selain itu, tentera rejim zionis menangkap lagi 3 pemuda Palestin di kawasan Bet Lehem dan bandar Ramallah.

Menurut sebuah media Israel 'Yediot Ahronot' versi Ibrani, 3 pemuda Palestin yang diberkas oleh tentera rejim zionis dibawa ke bahagian siasatan di salah sebuah kem tahanan dan penahanan mereka ini disifatkan adalah "dikehendaki". Sehingga kini, identiti mereka belum diketahui. Sumber 04/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel ceroboh Gaza

GAZA - Jentera-jentera perang rejim zionis telah menceroboh masuk ke Gaza melalui arah timur di Mukhayyam El-Buraij yang terletak di pertengahan Gaza.

Peta, sumber google map. Kedudukan lokasi yang diceroboh pada sebuah kawasan di no.3.

Pemberita 'Safa' menjelaskan bahawa sebanyak 7 buah jentera perang zionis terdiri dari kereta kebal dan jentolak serta pengangkut tentera menceroboh sejauh 250 meter ke dalam kawasan tanah penduduk Gaza dari garisan sempadan. Dinyatakan, jentolak zionis meratakan tanah di kawasan berkenaan. Di samping itu, jentera perang zionis yang lain mengadakan operasi mengesan serta melepaskan beberapa tembakan.

Kebelakangan ini, kawasan yang sama seringkali diceroboh jentera perang rejim zionis. Sumber menjelaskan ketika pencerobohan di timur Gaza, jentolak zionis meratakan tanah dengan meluas ke atas tanah-tanah dan ladang pertanian penduduk Gaza yang berdekatan dengan garisan sempadan.

Sejak perang Gaza yang lalu, tentera rejim zionis telah memberi amaran kepada penduduk Gaza supaya tidak menghampiri 300 meter dari garisan sempadan kerana kawasan terbabit dikatakan 'zon tentera', malah turut mengancam sesiapa yang melanggar amaran itu. Sumber 04/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pendatang haram kuasai tanah Palestin

01 Oktober 2010

NABLUS - Pendatang-pendatang haram Israel telah menguasai sebuah kawasan tanah Palestin yang luas di beberapa buah kampung di selatan Nablus, Tebing Barat pada pagi Jumaat(hari ini).

Sumber peta, google map. Kawasan tanah yang luas melibatkan 3 buah kampung Palestin yang berada di kedudukan no. 5, 26 dan 101.

Saksi kejadian berkata, "warga Israel dari penempatan Yizhar telah mengawal sebuah kawasan tanah yang luas dari kampung 'Asira Al-Qibliya, Burin, dan 'Urif..mereka dah mula meratakan tanah untuk memulakan kerja bina."

Jelas saksi itu lagi, pendatang-pendatang haram Israel menghalang tuan tanah dari kalangan penduduk Palestin mengadakan sebarang tindakan bantahan. Sumber 01/10/2010, web berita safa.ps

Read more...

Kilp : Bayi 2 tahun tahu Israel bohong

Rakaman ini di'tag' dari laman sosial, facebook melalui seorang sahabat. Biarpun dalam lingkungan umur 2 tahun tetapi mengerti sebuah pendustaan global ke atas tanah Palestin yang dirompak dari semasa ke semasa.



Sumber, youtube.com

Apa ibu Negara Israel nak?

Mana ada Israel.

Read more...

Rejim zionis serang petani Gaza

GAZA - Sumber dari agensi berita 'Safa' melaporkan tentera rejim zionis telah melepaskan tembakan ke arah petani Palestin yang berada di timur bandar Der Balah, pertengahan Semenanjung Gaza pagi ini.

Menurut pemberita Safa, jip tentera rejim zionis yang kerap mengadakan rondaan di garisan sempadan pemisah antara pos Kissufim dengan pintu gerbang An-Namr telah melepaskan ke arah para petani yang berada di ladang pertanian.

Sebagaimana yang dijelaskan, serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, namun para petani terpaksa meninggalkan ladang pertanian khuatir bahaya dari tembakan.

Sebelum ini, tanah-tanah pertanian yang bertentangan dengan garisan sempadan sama ada dari bahagian selatan dan utara Gaza seringkali diancam tembakan dari menara-menara kawalan zionis. Tambah lagi, jentera-jentera perang zionis yang berpengkalan sementara di sepanjang sempadan turut mengancam keselamatan Palestin. Malah, ekoran dari itu, sebahagian besar petani Palestin tidak dapat turun ke sawah mahupun ladang sejak tidak lebih dari enam tahun kebelakangan ini. Sumber 01/10/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS