Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Penjajah roboh empat buah rumah tanpa notis
05 Januari 2012
Jam 05:20 malam, waktu Mesir
AREHA(Jericho) - Sepasukan besar tentera rejim penjajah telah merempuh masuk ke kawasan Ain Al-Duyuk di bandar Areha hari ini, 05/01/2012 serta merobohkan empat buah rumah Palestin. Sementara itu, penjajah menyerahkan notis roboh rumah kepada beberapa orang pemilik rumah yang lain.
Saksi kejadian berkata kepada PALTIMES, tentera penjajah mengepung dan mengenakan kawalan tentera di sekitar beberapa buah rumah yang menjadi sasaran perobohan. Para penduduk Palestin dan media massa dihalang dari mendekati kawasan yang diroboh.Jelas lagi dari saksi, beberapa buah jentolak besar yang mengiringi tentera penjajah ke kawasan berkenaan telah menyapu bersih empat buah rumah milik penduduk Palestin biarpun peralatan yang masih ada di dalamnya malah kejadian ini tanpa diberikan notis terlebih dahulu.
Dengan menggunakan jentolak, rejim penjajah juga mencabut beberapa tiang elektrik yang membekalkan elektrik ke kawasan terbabit sehingga mengakibatkan kabel-kabel sambungan elektrik milik syarikat elektrik Al-Quds rosak.
Sebagaimana dinyatakan, pemilik rumah-rumah yang telah dirobohkan itu dikenali, Mu'tasim Salwadi dan Isa Hawamidah. Manakala, pemilik-pemilik rumah yang menerima notis roboh pula dikenali Misbah Mitwar, Majid Atawanah, Adnan Atawanah, Muhammad Sutih dan Fatimah As-Salwadi. Sumber 05/01/2012, web berita Paltimes.net
Penjajah berhasrat roboh 110 bangunan Palestin
13 Oktober 2010
Radio rejim zionis yang memetik salinan dari laporan itu mendakwa bangunan-bangunan yang telah di bina di Hayyu Silwan, timur bandar Al-Quds menyalahi garis panduan asas binaan yang diperakui pada pertengahan 70an, kurun lalu.
Pengawasan itu juga mengesyorkan membuat penelitian ke atas cadangan untuk membawa hal tersebut ke mahkamah agar dapat perintah mahkamah bagi merobohkan rumah-rumah Palestin.
Sumber melaporkan, Kerajaan rejim zionis terus melancarkan operasi menggila terhadap penduduk Palestin(penduduk asal) yang menetap di dalam bandar Al-Quds. Tujuan operasi tersebut adalah untuk menghalau dan menguasai rumah-rumah, tanah Palestin dan membangunkan pemilikan Yahudi.
Sehingga kini, antara langkah yang dilakukan rejim zionis supaya dapat mengusir penduduk Palestin dari Al-Quds adalah dengan cara merobohkan rumah-rumah Palestin dengan hanya mendakwa pembinaan tersebut tanpa kelulusan. Sumber 13/10/2010, web berita safa.ps
















