الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

AL-QASSAM: Shalit tidak akan lihat cahaya sebelum penduduk Palestin dibebaskan

25 Jun 2011

Laporan jam 04:44 petang, Palestin/Mekah
Jam 03:44 petang, Mesir

GAZA - Sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM memberikan isyarat bahawa akan menangkap lagi tentera zionis sebagai tawanan. Tegas AL-QASSAM hari ini, seorang tentera zionis iaitu Gilad Shalit yang berada dalam tawanan di Gaza tidak akan melihat cahaya sebelum tahanan-tahanan Palestin dibebaskan.
____________________________________________


Sumber klip: youtube.com
____________________________________________


Kata AL-QASSAM dalam klip video yang ditayangkan selama seminit sempena 5 tahun Gilad Shalit dalam tawanan di Gaza, "wahai zionis yang bodoh, tidakkah memadai seorang sahaja tentera kamu untuk menyelesaikan masalah tahanan? kami bersumpah, Gilad tidak akan melihat cahaya sebelum tahanan Palestin dibebaskan."

Gambar(Safa): Watak lakonan dalam klip video seperti tentera zionis dalam penjara yang merenung gambar Ron Arad.

Klip video tersebut turut menayangkan beberapa slot tahanan Palestin dari kalangan lelaki dan wanita yang berada dalam penjara zionis, seiring gema suara, 'kami tidak akan melupakan kesengsaraan kamu semua'.

Turut muncul dalam klip ini gambar seorang tentera pemandu pesawat tempur zionis, Ron Arad yang nasibnya tidak diketahui sehingga kini. Gambar tersebut bagi memperingatkan kepada kerajaan zionis bahawa kemungkinan nasib Gilat menyusul seperti Arad.

HAMAS meminta rejim zionis bebaskan 1000 tahanan Palestin yang dikenakan hukuman keras, disamping tahanan dari kalangan wanita dan kanak-kanak sebagai pembebasan Gilad Shalit.

Laporan lain dari sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH, iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah menyatakan bahawa Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri zionis dipertanggungjawabkan kerana tidak menyempurnakan rundingan penukaran tawanan-tahanan.

Kenyataan media Abu Mujahid, jurucakap ALWIYAH berkata, "operasi tawanan Shalit yang telah melalui 5 tahun terbukti menunjukkan sejauhmana kemampuan dan musuh ternyata lemah dalam berunding dengan pejuang ekoran tuntutan yang adil bagi membebaskan tahanan-tahanan Palestin."

Beliau memperingatkan rejim zionis dari tindakan bodoh mempamerkan sikap kesyaitanannya yang tidak mengetahui kemampuan dan serang balas pejuang Palestin.

Tambah Abu Mujahid, "satu-satunya jalan bagi Shalit melihat cahaya adalah bebaskan tahanan-tahanan Palestin."

Nyata beliau lagi, pejuang Palestin mempunyai strategi jelas bagi membebaskan para tahanan. Tambahan pula, operasi lepas yang menghantui musuh bukanlah yang terakhir dan ia akan diikuti lagi beberapa operasi menawan tentera zionis sehinggalah tahanan-tahanan Palestin yang lain dibebaskan.

Lebih 7000 tahanan Palestin dalam penjara zionis

Dari sudut lain, Ketua Kerajaan Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh menyatakan pihaknya meminta semua pihak yang bercakap-cakap mengenai Gilad Shalit supaya beringat-ingat berikutan lebih 7000 tahanan Palestin waktu ini sedang melalui keadaan yang menyakitkan. Beliau mendesak semua pihak yang berkenaan dari negara Arab serta antarabangsa bertindak segera bagi menghentikan penyembelihan(azab pedih yang dialami tahanan Palestin) yang dilakukan ke atas mereka(tahanan Palestin).

Kata beliau lagi, "kerajaan tidak membuat penilaian terperinci berhubung isu Shalit kerana ia tersimpan rapi dalam kumpulan-kumpulan sayap senjata Palestin yang memantau dari segenap sudut isu ini, pendirian kami jelas iaitu kami menyokong tercapainya rundingan yang mengikut tuntutan-tuntutan sayap-sayap tentera Palestin."

Majlis Eropah minta bebaskan segera Shalit

Sementara itu, Safa dalam laporannya semalam, Majlis Eropah berharap bebaskan segera tentera zionis yang berada dalam tawanan HAMAS, Gilad Shalit.

Wakil tertinggi Majlis Eropah amat merasa bimbang dengan nasib Shalit yang ditawan HAMAS malah jelas penawanan itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Jelas wakil itu lagi, 'sempena tahun kelima penawanan Shalit, Majlis Eropah digesa bebaskan segera Shalit'.

Ketatkan lagi cengkaman ke atas tahanan sebagai hukuman kepada HAMAS

Pada petang Khamis baru-baru ini, Perdana Menteri zionis, Benjamin Netanyahu berkata, riang-ria para pengganas dari kalangan tahanan Palestin dalam penjara Israel telah berakhir hari ini.

Gambar(arkib Safa): Gilad Shalit dalam klip rakaman video pada tahun 2009 yang ditayangkan oleh media.

Netanyahu menyatakan sedemikian setelah rejim penjajah memutuskan perubahan dasar layanan terhadap tahanan-tahanan Palestin. Demikian itu, para tahanan tidak akan mendapat layanan yang lebih baik mengikut jaminan undang-undang antarabangsa.

Menurut web berita Israel versi hebrew 'Haaretz', kenyataan Netanyahu ini berikutan keengganan HAMAS menurut arahan Palang Merah Antarabangsa meminta dedahkan nasib Shalit bagi memastikan Shalit masih hidup.

Tambah Netanyahu, hari ini kita akan menghentikan setiap kemudahan yang dinikmati tahanan Palestin dari penjara-penjara kita. Nyata lagi, kita akan turut akan menghentikan pembelajaran-pembelajaran dari akademi dan banyak lagi proses yang akan diambil.

Gambar(Haaretz): Banner Shalit yang digantung di tengah-tengah bandar Paris.

Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada ketua-ketua negara yang berusaha membebaskan Shalit, terutamanya Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Itali, Silvio Berlusconi. Sumber 25/06/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah, 24/06/2011, web berita Safa.ps dan 23/06/2011, web berita Safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS