Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

AL-QASSAM lancar 8 serangan roket

29 Oktober 2012


SEMENANJUNG GAZA - Lapan serangan roket  gugur di selatan tanah jajahan 1948 awal pagi hari ini.

Sumber dari web berita siaran 2 televisyen Israel berkata, lapan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza telah gugur di beberapa kawasan tanah lapang di bandar Ashkelon.

Bagaimanapun, serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Jelas lagi, sehingga laporan ini diterbitkan, siren kecemasan di bandar Ashkelon masih bergema.

Berhubung serangan roket, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM sayap tentera kepada gerakan HAMAS mengakui pejuangnya mengebom lokasi-lokasi zionis yang berada setentang dengan sempadan Semenanjung Gaza.

Menukil media rasmi sayap tentera HAMAS, roket-roket berkenaan dilancarkan dengan menggunakan pelontar roket.

Kaitan berita:

Kata AL-QASSAM, pengeboman ini bagi membalas serangan zionis yang tidak henti ke atas Semenanjung Gaza. Sumber 29/10/2012, web berita Safa dan media rasmi AL-QASSAM

Read more...

Empat serangan zionis di Semenanjung Gaza


GAZA - Pesawat-pesawat tempur Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) melancarkan beberapa serangan udara ke atas sasaran yang berlainan tempat di Semenanjung Gaza menjelang lewat tengah malam Sabtu.

Menurut pemberita SAFA mengenai serangan pertama, pesawat tempur rejim zionis (Israel/penjajah) melepaskan satu peluru misil ke atas sebuah rumah milik keluarga Al-Buhaira yang terletak antara kawasan Hajrul Deik dengan Al-Bureij di jalan Abu Zakaria, Gaza Tengah. Rumah terbabit yang menjadi sasaran masih dalam pembinaan.

Serangan kedua pula, pesawat zionis menyasarkan sebuah tanah lapang berhampiran tempat jualan langsung kereta di Hayyu Az-Zaitun sebelah timur bandar Gaza. 

Pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan ketiga yang menyasarkan sebuah pusat latihan ketenteraan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) di kawasan معن, bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Lantas, mengakibatkan kemusnahan besar dan menjejaskan harta benda.

Tambahan lagi, serangan keempat yang dilancarkan oleh pesawat tempur zionis juga menyasarkan pengkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN  AL-QASSAM berhampiran Majlis Daerah Beit Hanoun di utara Semenanjung Gaza. Dua peluru berpandu zionis hinggap di pengkalan ini.

Berhubung serangan-serangan zionis di Semenanjung Gaza, tiada laporan mengenai sebarang kecederaan. Sumber 29/10/2012, web berita Safa dan web berita Paltimes

Read more...

Empat Grad gugur di selatan tanah jajahan 1948

28 Oktober 2012

Iron Dome gagal menangkis roket grad

GAZA - Siaran radio Israel menghebahkan bahawa 4 roket jenis grad telah gugur pagi ini di bandar Biʾr as-Sabʿ (Beersheba/ بئر السبع), selatan tanah jajahan 1948 tanpa membabitkan sebarang kecederaan mahupun kerosakan harta benda.

Berikutan serangan roket, Majlis Perbandaran Biʾr as-Sabʿ memutuskan bagi menangguhkan sesi pengajian di sekolah-sekolah bandar ini.

Radio Israel menyatakan pada malam semalam, dua serangan roket gugur di Majlis Penempatan Eshkol. 

ALWIYAH lancar 'grad'

Berhubung serangan ke penempatan zionis (Israel/penjajah), pejuang dari kumpulan ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN (sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH AS-SAHA'BIAH/Popular Resistance Committees:PRC) mengakui melancarkan serangan roket jenis grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 05:20 pagi hari ini.

Memetik laporan dari web rasmi PRC, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan lagi roket grad ke bandar Biʾr as-Sabʿ pada jam 07:40 pagi.

Jelasnya, zionis mengakui roket grad gugur di bandar Biʾr as-Sabʿ dan turut mengakui sistem penangkis roket (Iron Dome) gagal menghadang kemaraan roket grad.

Kenyataan media ALWIYAH menyatakan, 'selepas operasi melancar roket, pejuang-pejuangnya kembali ke pengkalan dengan selamat, sambil menegaskan bahawa roket yang dilancarkan ini adalah balasan serangan zionis yang tidak henti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Lebih-lebih lagi serangan terkini zionis membunuh seorang pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di Khan Younis dan serangan sebelum ini menyebabkan kecederaan di kalangan orang awam.'

As-syahid Sulaiman Kamil
Pautan berita:

ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakhiri kenyataan media, pejuangnya tetap berpegang kuat dengan jihad sebagai satu-satunya untuk membebaskan keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dirompak. Sumber 28/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web rasmi PRC

Read more...

Syahid, kritikal pejuang yang berkawal dibom zionis

Sejak Selasa lepas, 
9 Palestin syahid dan 14 lagi cedera

SEMENANJUNG GAZA, 28 Oktober - Seorang penduduk Palestin syahid dan seorang lagi kritikal selepas sekumpulan penduduk Palestin yang berkawal menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis di sebelah timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza. Kejadian ini berlaku pada awal pagi Ahad, hari ini.

Jelas pemberita Palestin dari agensi PALTIMES dan SAFA di bandar Khan Younis, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah mengebom satu kumpulan pejuang KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dengan satu serangan peluru misil di kawasan Samour terletak di antara daerah Al-Qarara dan Bani Suheila, lantas mengakibatkan seorang pejuang, Sulaiman Kamil Al-Qarra berusia 27 tahun syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan kritikal.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata, sejak dari serangan zionis pada 23 Oktober yang sehingga hari ini telah mengakibatkan 9 Palestin syahid dan 14 lagi cedera.

As-syahid Sulaiman Kamil
AL-QASSAM ucap takziah

"Datangnya syahid selepas membawa misi jihad yang mulia, disusuli operasi berterusan dan pengorbanan, kami mendoakan agar beliau memperolehi syahid yang tidak seorang pun boleh memberi anugerah itu selain Allah," demikian petikan dari kenyataan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Sayap tentera gerakan HAMAS dalam kenyataan rasminya mengucapkan takziah ke atas salah seorang anggota tenteranya yang syahid pada awal pagi ini ekoran dari pengeboman pesawat zionis.

IAF serang pejuang Palestin

Berhubung serangan, jurucakap tentera rejim zionis menyatakan Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sekumpulan dari pejuang Palestin di Khan Younis dan menyifatkan serangan itu menyasarkan 'pengganas'.

Kejadian pada malam semalam, beberapa buah jentera perang zionis yang terdiri dari kereta kebal, jentolak dan sebuah kereta perisai telah menceroboh sejauh 200 meter dalam kawasan sebelah timur daerah Al-Qarara sambil diiringi pesawat tempur.

Seperti biasa, tentera rejim zionis menjalankan operasi mengesan dan meratakan tanah di lokasi yang diceroboh. 

Bagaimanapun, empat serangan peluru mortar telah dilancarkan oleh pejuang Palestin ke atas sepasukan tentera zionis yang menceroboh. Sumber 28/10/2012, web berita Paltimes, web berita Safa dan media penerangan AL-QASSAM 

Read more...

'ESTELLE' diserang komando laut zionis

20 Oktober 2012

Sumber tentera Israel
Sebuah kapal yang membawa aktivis-aktivis (relawan) pro Palestin dalam usaha melepasi sekatan laut yang dikenakan oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza telah "diserang" sejurus selepas didekati oleh bot-bot laju tentera Israel(penjajah/zionis), kata seorang jurucakap.

"ESTELLE kini telah diserang - saya baru sahaja menerima pesanan ringkas daripada mereka melalui telefon," kata Victoria Strand, jurucakap bagi kempen Ship to Gaza Sweden daripada Stockholm memberitahu agensi berita AFP hari ini(Sabtu).

Memetik kata-kata seorang lagi jurucakap, Dror Feiler, kapal ESTELLE yang membawa aktivis-aktivis termasuk 5 ahli parlimen dan seorang bekas ahli politik Kanada, telah diserang pada kira-kira jam 08:15 GMT.

Berhubung kejadian, kata Dror, "5 atau 6 buah bot laju tentera mengelilingi ESTELLE. Askar-askar memakai topeng muka dan kini sedang mencuba untuk menaiki kapal. Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa: N31 26 E33 45 (kiraan latitud)."

"Baru sebentar tadi tentera laut Israel merempuh masuk ke atas dek kapal ESTELLE dalam perjalanan ke Gaza yang mencuba untuk melepasi sekatan keselamatan maritim," demikian petikan kenyataan yang disebut oleh tentera Israel.

Tentera mengatakan bahawa kapal yang terkibar bendera Finland telah dibawa ke pelabuhan Ashdod, selatan Israel.

Kapal ESTELLE yang terbaru ini sebahagian dari pergerakan Freedom Flotilla yang mahu memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. Ia mula berlayar dari Naples, selatan Itali.

ESTELLE: Ship to Gaza
Semasa berada di pelabuhan Naples, krew-krew ESTELLE turut dilawati Datuk Bandar Naples, Luigi de Magistris.

Pelayaran ESTELLE dikelolakan oleh gabungan pro Palestin antarabangsa membawa barangan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.




Aktivis ESTELLE melibatkan 17 orang aktivis seluruh dunia, termasuk krew dan penumpang dari Kanada, Israel, Norway, Sweden dan Amerika Syarikat.

Akuan tentera zionis

Rempuhan masuk ke kapal itu dijalankan selaras dengan undang-undang antarabangsa atas arahan kerajaan Israel, lebih-lebih lagi setelahmana semua cubaan untuk menghalang kapal itu melalui saluran diplomatik dan kerajaan dari tiba ke Gaza telah dilakukan, tetapi tidak berjaya.

Dakwa tentera zionis yang disiarkan oleh IDF dan jurucakapnya, Avichay Adraee, rempuhan itu dilakukan selepas beberapa panggilan dibuat, namun mereka tidak mahu bekerjasama dan mengabaikan arahan untuk menukar haluan perjalanan.

Semasa laporan ini ditulis (1 petang, waktu Kaherah), ESTELLE yang dikawal bot-bot laju tentera laut zionis masih dalam perjalanan menuju ke Ashdod.

Demikian itu, sebaik sahaja tiba di pelabuhan Ashdod, mereka (aktivis/relawan) akan berada di bawah jagaan polis Israel dan pihak imigresen di Kementerian Dalam Negeri Israel. Sumber 20/10/2012, web berita Al-Jazeerah (edisi english) dan pautan rasmi tentera Israel

Read more...

Dua serangan di bandar Gaza

18 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 18 Oktober - Pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang dua sasaran di bandar Gaza lewat malam semalam, 17 Oktober tanpa membabitkan sebarang kecederaan.

Menurut pemberita agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES, dua serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat zionis menyasarkan kolam air dan rumah hijau di ladang limau milik seorang penduduk berhampiran lokasi Abu Jrad di selatan Hayyu Az-Zaitun, bandar Gaza, lantas mengakibatkan sasaran musnah teruk.

Serangan seterusnya, pesawat pengintip tanpa juruterbang menghalakan satu peluru berpandu ke atas sebuah tanah lapang berdekatan lokasi keselamatan negara 'rejimen ke-3' di persimpangan jalan As-Syuhada (tanah yang terbebas/Netsarim).

Sumber tempatan berkata, 'sekurang-kurangnya satu peluru yang dilepaskan ke arah lokasi ini, namun peluru berkenaan tidak meletup'.

Sebelum serangan berlaku, penyampai berita SAFA menyatakan bot-bot laju tentera zionis menembak bertubi-tubi ke arah bot-bot nelayan berdekatan pantai. Begitu juga, jentera-jentera perang zionis yang berkumpul sebelah timur Rafah melepaskan tembakan mesingan ke arah rumah-rumah dan tanah pertanian penduduk.

Read more...

KEMASKINI: Dua syahid, dua cedera dalam serangan terbaru

14 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Tentangan dan serangan masih tidak henti apabila serangan terbaru dari pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin di timur bandar Deir Al-Balah Gaza Tengah pada petang tadi hari ini. Demikian itu mengakibatkan dua orang penduduk Palestin syahid dan dua lagi cedera.

Mangsa serangan pesawat zionis petang tadi

Menukil dari sumber perubatan dan saksi kejadian petang tadi, kata mereka, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam satu serangan peluru misil ke atas sekumpulan penduduk di timur bandar Deir Al-Balah sehingga mengakibatkan dua orang syahid, Izzuddin Naseer Abu Nusair, 24 dan Ahmad Abdul Mu'ti Fatayer serta dua lagi cedera.


Dua anggota ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang syahid
Berhubung mangsa syahid, sayap tentera LIJAN AL-MUQAWAMAH iaitu ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN memaklumkan bahawa kedua-dua mereka adalah anggotanya.

Kata ALWIYAH dalam kenyataan media hari ini, "si musuh zionis telah membuat lagi jenayah hari ini dengan menjadikan dua pejuang ALWIYAH sebagai sasaran, selagimana jenayah ini berterusan ianya membuka lagi pekung (musuh) serta menambahkan lagi tekad dan berpegang dengan pertempuran mengikut jalan yang diredhaiNya."

Seperti yang dijelaskan, as-syahid Abu Nusair, 23 adalah komander unit pertahanan di Deir Al-Balah, begitu juga as-syahid Fatayer dari unit yang sama.

Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital Syuhada' Al-Aqsa di Deir Al-Balah.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah mengesahkan bahawa krew perubatan telah membawa mangsa yang syahid ke hospital tersebut, manakala dua yang cedera dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Dr. Asyraf menjelaskan peningkatan bilangan yang syahid ekoran serangan zionis sejak malam lepas telah bertambah kepada 5 mangsa yang syahid dan 4 cedera parah.

Sejak hari mula tentangan dan serangan di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober hingga waktu ini, penduduk Palestin yang syahid seramai 6 mangsa dan yang cedera pula seramai 18 orang.

Kaitan lain:

Berhubung serangan ini, jurucakap tentera rejim zionis (IDF officials) melalui web berita 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menyatakan pesawat tempur mengebom sekumpulan penduduk Palestin di Gaza Tengah. Dakwa lagi, kumpulan terbabit yang menjadi sasaran adalah mereka yang melancarkan serangan roket ke arah Majlis Penempatan Eshkol (Eshkol Regional Council) dan gugur di sebuah kawasan tanah lapang. Sumber 14/10/2012, web berita; Safa, Paltimes, dan Ynet serta halaman facebook; Gaza Sekarang dan Terkini Dari Gaza

Read more...

Lagi seorang syahid, kritikal dibom zionis

SEMENANJUNG GAZA, 14 Oktober - Pesawat tempur (sumber lain menyebut pesawat pengintip tanpa juruterbang) milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah menyerang sebuah motosikal pada awal pagi ini di kawasan Al-Fukhara, timur Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, lantas mengakibatkan seorang pejuang syahid dan seorang lagi kritikal. Demikian itu, selepas beberapa jam serangan yang sama menyebabkan dua orang syahid di timur Jabaliya.

Pautan berita:

as-syahid Yaseer Al-Attal
Kata sumber perubatan, mangsa serangan yang syahid di Khan Younis ialah Yaseer Muhammad Ibrahim Al-Attal, 23, sementara seorang lagi yang dikenali 'ن س' mengalami kecederaan yang kritikal.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa yang menjadi sasaran pesawat zionis kira-kira dua jam yang lalu [jam 05:40 pagi] adalah aktivis الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة. 

Menukil pengakuan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), jurucakap tentera rejim zionis (IDF) menyebut pada pagi Ahad, pesawat tempur telah mengganyang individu yang dikatakan jaringan pengganas yang melancarkan serangan roket ke tanah jajahan. 

Jelas lagi kenyataan dari tentera zionis, 'serangan terbabit tepat mengenai sasaran, sememangnya tentera Israel tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan yang mengancam warga Israel atau keamanan Israel, HAMAS mesti dipertanggungjawabkan akibat kegiatan serangan roket'. Sumber 14/10/2012, web berita Safa, halaman facebook Gaza Sekarang dan web berita Ynet

Read more...

2 syahid dibom pesawat zionis

13 Oktober 2012

SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Serangan udara yang dimuntahkan oleh pesawat rejim zionis milik Angkatan Tentera Israel (IAF) ke atas sebuah motosikal di pertengahan Jabaliya, utara Semenanjung Gaza malam ini mengakibatkan dua orang Palestin yang menungganginya syahid, menurut penjelasan dari saksi kejadian.




Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Dr. Asyraf Al-Qudrah berkata sewaktu dihubungi agensi berita SAFA, pesawat pengintip tanpa juruterbang telah menghentam sebuah motosikal mengakibatkan seorang mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan seorang lagi sederhana. Bagaimanapun, saksi yang berada di hospital Kamal Udhwan mengesahkan kepada SAFA bahawa seorang telah syahid dan seorang lagi kritikal. 

Ali Al-Saidani
Menukil dari agensi PALTIMES, mangsa yang kritikal adalah Hisham Ali Al-Saidani, 43 telah dipindahkan ke hospital As-Shifa', namun mangsa telah syahid sebelum sempat usaha menyelamat dijalankan. Mangsa pertama yang syahid adalah salah seorang pengiring kepada Hisyam, Fayez Abu Jazzar.

Tambah Dr. Asyraf lagi, seorang kanak-kanak umur 10 tahun turut mengalami kecederaan yang disifatkan antara ringan dan sederhanan sewaktu melintasi lokasi berkenaan sebaik sahaja kejadian berlaku. 

Kaitan berita:

Zionis mengaku serang

Berhubung serangan, jurucakap tentera rejim zionis, Avichay Adraee melalui rangkaian sosial atau micro-blogging iaitu TWITTER pada dua jam yang lalu menyebut IAF telah menyerang individu perosak (dakwaan Avichay), anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa.

Dakwa Avichay, mangsa serangan pesawat pengintip zionis merupakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan roket pada malam semalam ke arah bandar Netivot.

Pautan media massa zionis:

Demikian itu, jentera perang rejim zionis serta kereta perisai dilihat berkumpul di Al-Sureij. Tambahan lagi, jentera-jentera perang zionis turut kelihatan berhampiran pos kawalan tentera zionis di Sufa yang terletak di sebelah timur bandar Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Satu jam yang lepas, pejuang Palestin telah berjaya melancarkan dua serangan roket ke arah tanah-tanah jajahan. Pada waktu ini, pesawat-pesawat pengintip kerap berlegar-legar di ruang udara Semenanjung Gaza.

Jelas lagi dari sumber hebrew, tentera zionis meminta kepada warga-warga zionis di penempatan-penempatan yang setentang dengan Semenanjung Gaza agar berwaspada dan sentiasa berada berdekatan dengan tempat perlindungan. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes, web berita Ynet dan sumber rasmi tentera zionis

Read more...

Zionis lepas belon udara risikan di timur Gaza


SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Bukan sahaja pesawat pengintip digunakan oleh tentera rejim zionis untuk mengawal dan memantau keadaan di Semenanjung Gaza bahkan turut menggunakan belon udara.

PALTIMES: Belon udara risikan
Menurut laporan agensi berita PALTIMES, tentera zionis telah melepaskan sebuah lagi belon udara yang baru ke ruang udara sebelah timur bandar Gaza pada petang Jumaat, 12/10/2012, dan ianya adalah yang kedua dalam masa 48 jam.

Sumber keamanan berkata, tentera rejim zionis melepaskan belon udara ini berhampiran kawasan 'Maleka' dari arah tenggara Hayyu Az-Zaitun di bandar Gaza. Demikian itu, belon udara ini untuk mengumpulkan maklumat khususnya berhubung pergerakan pejuang-pejuang Palestin di lokasi berkenaan dan juga sebagai usaha untuk mengesan lokasi-lokasi yang digunakan untuk melancarkan serangan roket ke daerah-daerah tanah jajahan 1948 yang berada setentang dengan tanah Semenanjung Gaza.
Belon udara tentera zionis
Pos tentera CCTV
Sebelum itu, dua hari yang lalu, tentera rejim zionis telah melepaskan sebuah belon udara bertujuan untuk risikan lokasi di sebelah timur kawasan Jahr El-Deik, tenggara bandar Gaza setelahmana sebuah pos tentera zionis yang dilengkapi CCTV atau dikenali kamera telah dibom beberapa kali oleh pejuang Palestin.

Berhubung semasa rombongan 'RRADIG 3' kelolaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Semenanjung Gaza pada bulan yang lalu, anggota rombongan dapat melihat dengan jelas sebuah belon udara yang telah sedia ada di ruang udara di utara Semenanjung Gaza. Begitu juga, anggota rombongan dapat melihat kawasan yang teramat hampir dengan pos tentera zionis yang dilengkapi CCTV. Dianggarkan jarak dari kedudukan hanya sejauh 400 - 500 meter.

Read more...

3 sasaran serangan zionis

SEMENANJUNG GAZA, 13 Oktober - Pesawat-pesawat tempur milik Angkatan Tentera Udara Israel (IAF) telah melancarkan beberapa serangan ke atas tiga sasaran di Semenanjung Gaza awal pagi Sabtu (hari ini).


*Israel: penjajah/zionis

Menurut pemberita Palestin, serangan pertama, pesawat zionis menyasarkan sebuah kawasan terbuka berhampiran Masjid Al-Sofa, jalan masuk ke Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah.

SAFA: Antara mangsa serangan udara zionis pada 07 Oktober
Dalam serangan kedua, sebuah kawasan lapang berhampiran stesen janakuasa elektrik di El-Nusairat pula menjadi sasaran. Serangan ini mengakibatkan letupan yang amat kuat sehingga menimbulkan kerosakan harta benda di kawasan berkenaan.

Tidak memadai dengan serangan ini, pesawat tempur rejim zionis mengalih lagi serangan ke atas sebuah tanah lapang di utara bandar Gaza.

Berhubung serangan-serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza, tiada sebarang kecederaan di kalangan awam.

Zionis akui serangan

Jurucakap tentera rejim zionis (IDF Spokesperson's Unit) dalam kenyataan yang disiarkan akhbar Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dan sebentar tadi tersiar dalam versi english telah mengakui melancarkan tiga serangan ke atas lokasi-lokasi pembinasa di Semenanjung Gaza, berikutan itu, serangan-serangan ini bagi membalas serangan roket yang berterusan ditujukan ke atas bandar-bandar dan daerah Israel, menurut laporan YNET.


Klip rakaman roket yang gugur di penempatan tanah jajahan

Pautan:

Pada malam semalam, satu serangan roket yang gugur di penempatan Netivot, selatan tanah jajahan 1948 telah mengakibatkan seorang warga zionis cedera ringan dan berlaku kerosakan ke atas sebuah rumah sebaik sahaja roket jatuh di laman belakang rumah itu.
YNET: Rocket removed from house's backyard (Photo: Moshe Knafo)
Pautan :

Serangan roket berterusan

Berhubung serangan roket yang berterusan tanpa henti ke lokasi-lokasi zionis, ianya berpunca dari serangan zionis di Semenanjung Gaza.

Pautan:

Sejak serangan udara yang mengakibatkan 10 penduduk Palestin cedera pada 7 Oktober, kemudiaan diikuti pada 8 Oktober, 5 lagi cedera serta seorang dari mangsa yang cedera kritikal telah syahid, pejuang-pejuang Palestin tekad menyerang balas dengan melancarkan serangan roket yang tidak kurang 40 serangan roket dilancarkan ke tanah jajahan 1948.

Klip: atas, operasi serangan roket gabungan antara dua sayap tentera Palestin
dan bawah, kenyataan jurucakap AL-QASSAM, Abu Ubaidah berhubung operasi.

Operasi serangan roket bermula apabila KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM (sayap tentera gerakan HAMAS) dan SARAYA AL-QUDS (sayap tentera gerakan Jihad Islami Palestin) melancarkan operasi gabungan dengan melepaskan serangan roket berangkai, hal ini telah disahkan oleh jurucakap kedua-dua sayap tentera ini, Abu Ubaidah (AL-QASSAM) dan Abu Ahmad (SARAYA).

Kemudian disusuli lagi beberapa operasi serangan roket dari sayap-sayap tentera Palestin yang lain sehingga hari ke seterusnya.

Selanjutnya, sila ikuti:
Halaman sosial facebook MAP
Halaman sosial facebook MAP(fan page)

Akibat dari tentangan sengit, tentera rejim zionis turut memberi ancaman akan melakukan serangan besar-besaran seumpama 'Operation Cast Lead' atau 'الرصاص المصبوب' yang berlaku  di akhir tahun 2008 - awal 2009. Sumber 13/10/2012, web berita Safa, Paltimes, web berita Ynet, 12/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan web berita Ynet

Read more...

10 cedera diserang pesawat pengintip di Rafah

07 Oktober 2012

Laporan jam 05:27 petang, waktu BaitulMaqdis
Jam 04:27 petang, waktu Kaherah (MESIR)

SEMENANJUNG GAZA - Serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang pada petang Ahad hari ini di bandar Rafah mengakibatkan sebilangan penduduk Palestin cedera dan kritikal. 

Logo IAF
Demikian itu, laporan dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut, serangan terbabit menyasarkan sebuah motosikal yang ditunggangi dua pemuda berhampiran pusingan Al-Jawazat di Hayyu Al-Brazil, bandar Rafah yang terletak di selatan Semenanjung Gaza.

Berhubung kecederaan, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Asyraf Al-Qudrah berkata, serangan yang dilancarkan oleh pesawat pengintip mengakibatkan 10 orang penduduk Palestin cedera dan dua orang dari jumlah berkenaan mengalami kecederaan yang kritikal.

Sebagaimana yang dijangkakan, menurut SAFA, salah seorang yang kritikal telah syahid ekoran keadaannya begitu sulit. Salah seorang yang kritikal telah dibawa ke hospital Eropah Gaza, sementara seorang lagi yang mengalami melecur ditubuhnya pada tahap dua yang cenderung ke tahap ketiga telah dibawa ke hospital Al-Shifa' di bandar Gaza. Bagaimanapun, sumber perubatan seperti yang dilaporkan PALTIMES telah menafikan berita mengenai kematian (syahid).

Selain itu, 8 orang yang cedera dari kalangan pejalan kaki terdiri dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Kelapan-lapan mereka dirawat di hospital Abu Yusof An-Najjar, menurut penyampai berita dari agensi berita PALTIMES yang berada di hospital berkenaan.




Sebahagian dari mangsa yang cedera dalam serangan pesawat pengintip
Jelas lagi, serangan itu turut menjejaskan lima buah rumah yang berhampiran lokasi kejadian. Masing-masing rumah milik keluarga Al-Qatrus, Abu Jazar, dan Abu Iyadah.

Zionis mengaku serang

Akaun TWITTER IAF
Mengenai kejadian, tentera rejim zionis melalui akaun TWITTER menyatakan pesawat tentera udara Israel (IAF) telah melakukan satu serangan ke atas sebuah motosikal di Rafah.

Avichay Adraee
Tambahan lagi, jurucakap tentera zionis, Avichay Adraee juga melalui akaun TWITTER mengulas kejadian bahawa serangan ini menyasarkan dua anggota Majlis Shura Al-Mujahideen (MSC) yang mempunyai hubungan dengan jaringan jihad antarabangsa, Tla'ath Halil Muhammad Jerbi, 23 dan Abdullah Mohamed Hassan Maqawi, 24.

Avichay mengingatkan sebarang serangan balas, "tentera kami tidak akan bertanggungjawab sebarang serangan yang menyasarkan warga Israel,  HAMASlah yang mesti bertanggungjawab dari setiap operasi kerosakan yang berpunca dari Gaza."

Berita Israel:

Web rasmi tentera Israel mendakwa, kedua-dua sasaran dalam serangan ini perancang kepada operasi serangan yang menentang kepentingan Israel dari Sinai, Mesir. Sumber 07/10/2012, web berita Safa, web berita Paltimes dan media massa zionis

Read more...

Anggota keselamatan bertebaran di Semenanjung Gaza

06 Oktober 2012


Laporan jam 09:15 pagi, waktu BaitulMaqdis
Jam 08:15 pagi, waktu Kaherah (Mesir)

SEMENANJUNG GAZA - Sebagaimana yang dilaporkan agensi berita SAFA hari ini, anggota keselamatan bawah Kementerian Dalam Negeri dan keamanan negara bertebaran di jalan-jalan dan persimpangan utama di Semenanjung Gaza dari utara hingga ke selatan.
Anggota-anggota badan keselamatan di Semenanjung Gaza
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri di Gaza, Islam Syahwan dalam kenyataan khas berkata, kerahan ini adalah latihan mengikut modus dari kementerian yang membawa misi 'kawal dan kuasai'. Berikutan itu, kementerian berusaha untuk mencapai beberapa matlamat dari latihan ini.

Dari matlamat ini, kata Islam, mengembangkan latihan fizikal dan tugas anggota keselamatan serta mengukur sejauhmana kemampuan anggota keselamatan mengawal keadaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Selain itu, jelas Islam, latihan ini juga untuk menilai tahap komunikasi dan perhubungan antara semua unit-unit khas dalam kementerian dan latihan bagi persediaan mengendalikan apa jua krisis. Tambahan pula, kemampuan kerjasama penyelarasan sesama kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin jika berlaku sebarang situasi cemas. 

Berhubung sebab tidak diumumkan latihan ini pada awal, Kementerian Dalam Negeri berusaha untuk mengekang tahap kerahsiaan sehingga strategi ini tidak dimanipulasi oleh media massa dan menilai kemampuan anggota-anggota keselamatan bergerak di lapangan tanpa dipengaruhi faktor luaran seperti media massa dan seumpamanya.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri menyatakan, kesemua anggota-anggota keselamatan terlibat dalam latihan taktikal ini. Demikian itu, modus berjalan dengan paduan berpusat. Sumber 06/10/2012, web berita Safa

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS