'ESTELLE' diserang komando laut zionis
20 Oktober 2012
![]() |
| Sumber tentera Israel |
![]() |
| ESTELLE: Ship to Gaza |
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. [ayat 4, surah As-Saff]
Teknik Penyelesaian Konflik Antarabangsa; Diplomasi, Keseimbangan kuasa, Rundingan, Gencatan senjata, Tolak ansur, Perantaraan, Penyiasatan dan Perdamaian. Rujuk: HUBUNGAN LUAR ANTARABANGSA, terbitan pertama 2003, muka surat 33-37

Terkini:
1. Baki dari tahanan wanita Palestin akan dibebaskan 15 hari lagi
2. AL-QASSAM jelaskan nilai-ukur peringkat kedua dari perjanjian 'tebus bebas'
3. Terima senarai nama tahanan Palestin peringkat kedua
4. [Terkini] Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

>> Beberapa jenis produk Israel telah dibakar dalam kempen tersebut. Sumber 10/05/2011, web berita AL-JAZEERAH
1. Hentikan keganasan rejim zionis(Israel) dan bebaskan tanah Palestin dari penaklukannya.
2. Hentikan projek penempatan dan perumahan Israel.
3. Bebaskan Gaza dari sekatan.
4. Boikot produk yang memberi sokongan kewangan kepada Israel.
5. Membantah segala bentuk kekejaman, penindasan, permusuhan, perlanggaran, perampasan, pencerobohan, pengkhianatan, pengusiran dan penafian hak.
6. Israel tiada hak di tanah Palestin.

> 04 Mei 2011[1, 2, 3, 4, 5], gerakan HAMAS dan FATAH menandatangani persepakatan baik pulih hubungan dalaman Palestin. Masyarakat Palestin menanti perlaksanaan secara nyata agar tidak lagi berulang konflik perpecahan dan perselisihan.
Perkembangan:
1. Presiden Palestin tiba di Mesir, jumpa Meshaal hari Khamis
2. Meshaal tiba di Kaherah jumpa Abbas
20/12/2011 : Pertemuan menyeluruh kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(sumber lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) bermula jam 11:00 pagi di Kaherah, Mesir.
22/12/2011 : Perjumpaan menyeluruh pemegang amanah kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah, Mesir.
Vittorio Arrigoni seorang relawan warganegara Itali mati dibunuh oleh sebuah kumpulan salafi al-jihadi di Gaza pada 15 April 2011. Pada waktu yang sama, zionis mewar-warkan tindakan apa jua bentuk bagi menghalang pelayaran Freedom Flotilla II ke Gaza. Vittorio datang ke Gaza semata-mata untuk bersama-sama penduduk Palestin menghadapi sekatan zionis. Antara tulisan beliau, 'The Diaphanous Faces of Ghosts Demanding Justice'.
"In politics, nothing happen
by accident. If it happens, it was
planned that way"
(Bekas Presiden Amerika, Rooservelt)
Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
![]() |
| Sumber tentera Israel |
![]() |
| ESTELLE: Ship to Gaza |
![]() |
| Kapal marin tentera laut zionis |
![]() |
| Jarak yang dibenarkan kepada nelayan Palestin di Semenanjung Gaza untuk memburu ikan mengikut tempoh masa tertentu. |
![]() |
| NATO |
![]() |
| Foto AFP, catatan masa kejadian serangan |
| Cevdet Kılıçlar, salah seorang relawan Turki yang terbunuh semasa serangan komando laut zionis |
![]() |
| Nelayan Palestin menjalankan rutin harian memburu ikan di laut Gaza. Kelihatan latarbelakang mereka sebuah kilang Israel yang hampir berdekatan dengan kawasan di sebelah utara Semenanjung Gaza. |
Lakaran batas sempadan laut Gaza yang direntas oleh rejim zionis. Terkini, hanya jarak 3 batu nautika sahaja dibenarkan kepada para nelayan Palestin di Gaza untuk menjalankan aktiviti memburu ikan.
GAZA - Seramai 7 nelayan Palestin di Gaza telah ditangkap tentera laut rejim zionis pada waktu tengahari tadi sewaktu menjalankan kegiatan memburu ikan.
GAZA - Tembakan bertubi-tubi dari bot tentera laut zionis ke arah bot serta sampan nelayan Palestin pada tengahari tadi telah mengakibatkan beberapa buah sampan terjejas teruk, malah kelengkapan alat memburu ikan juga rosak. Berikutan kejadian itu, aktiviti menangkap ikan selesai hari ini.
Tambahan lagi, tentera laut zionis juga melepaskan semburan air ke atas bot Oliva.
Menurut laporan dari web Civil Peace Service Gaza(CPS Gaza), bot tentera zionis menyerang bot CPS yang dinaiki 4 relawan dengan penyembur air(water-cannon) hari ini pada jam 12:05 tengahari, waktu tempatan(Palestin).
PARIS - Pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG) menyatakan bahawa kapal Perancis, sebuah dari kapal armada 'flotila 2' telah berjaya belayar menuju ke Gaza. Sedemikian itu, pada waktu ketikamana 9 buah lagi kapal 'flotila 2' yang berlabuh di pelabuhan Greece dihalang belayar.
ECSEG menilai bahawa Al-Karamah yang berjaya belayar ke Gaza membawa simbol seolah-olah ia mencabar pelobi zionis yang meraikan kejayaan mereka di Perancis berikutan baki dari kapal 'flotila 2' tidak dapat berlepas ke Gaza untuk menyampaikan bantuan-bantuan kepada penduduk Palestin yang dikenakan sekatan.
Kenyataan gabungan 'flotila 2' berkata, kerajaan Greece yang tunduk menyerah kepada tekanan dan ugutan Israel dengan menghalang pelayaran armada pembebasan, malah turut menguasai beberapa buah kapal tidak akan menjadi batu penghalang terhadap usaha-usaha yang dikerahkan pembebasan dunia demi dapat mematahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza bagi tahun kelima berturut-turut.
GREECE - Sumber khas dari 'gabungan flotila 2' berkata kepada agensi berita Safa malam ini, bahawa Greece telah memberikan tawaran kepada relawan-relawan yang menetapkan saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza hanya melalui pelabuhan Ashdod(Israel) atau El-Arish(Mesir), malah saluran tersebut akan dihubungjalinkan serta penyelarasan menyeluruh bersama PBB serta badan-badan rasmi.
Menurut sumber lagi, para relawan 'flotila 2' menganggap pendirian Presiden Palestin seolah-olah 'menikam dari belakang', sambil menyebut pendirian beliau sebelum ini yang menyifatkan kapal-kapal pemecah sekatan yang lalu 'adalah permainan bodoh, sebelum mereka dapat masuk ke Gaza, pemilik-pemilik kapal mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Israel'.
Barak melihat bahawa ada harapan 'flotila 2' bakal kehilangan misi-misi pentingnya. Kata Barak, sedemikian itu melihat kepada asas keadaannya bahawa semua pihak sedar Gaza terbuka kepada semua bantuan-bantuan dan barangan perdagangan, dan apa yang berlaku tidak lebih dari provokasi HAMAS, menurut Barak.
Jelas Al-Zubir bahawa wujudnya rundingan-rundingan antara pihak penganjur flotila dengan pihak berkuasa Greece yang menerima tekanan dari rakyat Greece, termasuklah usaha-usaha pertubuhan-pertubuhan lain yang digerakkan parti-parti berhaluan kiri sekiranya Greece tidak memberikan kebenaran untuk 'flotila 2' belayar.
Tambah beliau dalam kenyataan media yang disampaikan kepada agensi berita Safa, kesukaran yang dihadapi jurutera memakan masa selama beberapa hari untuk memperbaiki kerosakan. Berikutan itu, relawan-relawan diagihkan ke bot dan kapal-kapal laut yang lain. Enam daripadanya digabungkan bersama relawan bot Itali-Holland dan selebihnya dibahagikan sama rata ke lapan buah lagi bot.
Lapor sumber, perbuatan merosakkan bot MV Saoirse Ireland berlaku malam kelmarin di Pelabuhan Kojik, Turki.
Beliau menerangkan, Israel satu-satunya yang mampu melakukan operasi ini. Oleh itu, beliau menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa Ireland wajar membawa dalang yang melakukan kerja ganas ini ke muka pengadilan.
Rejim zionis melancarkan kempen besar-besaran dari berbagai-bagai sudut, peringkat diplomatik dan media bagi menghalang pelayaran armada flotila 2 yang nekad tiba di Gaza.
Berkata pemberita Safa, tentera rejim zionis telah menangkap dua nelayan yang bersaudara, Ismail dan Muhammad Bardawil pada waktu awal pagi Khamis ketika mangsa sedang menjalankan rutin harian menangkap ikan. Sebelum kejadian, tentera laut zionis mengekori bot nelayan itu sejauh 3 batu nautika dari tengah laut sambil melepaskan tembakan ke arah mangsa.
WASHINGTON - Duta Israel ke Amerika Syarikat, Micheal Orean(gambar) mempertahankan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza(media lain menyebut Jalur Gaza, Genting Gaza) sejak 5 tahun yang lalu melihat kepada perkara tersebut sebagai 'permasalahan hidup atau mati'.
Pemberita Safa menukilkan kenyataan dari seorang nelayan yang mengesahkan bahawa bot laju zionis dengan tiba-tiba menghampiri sampan nelayan ketika menangkap ikan. Ketika itu, jelas nelayan terbabit, jarak tempat menangkap ikan dengan perairan pantai teramat dekat. Kemudian bot laju zionis menyerang sampan nelayan, Ahmad Abu Salmiah, 20 mengakibatkan sampan terbalik dan Ahmad tenggelam.© Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008
Kembali ke ATAS