Relawan geram tawaran Greece yang dipersetujui Abbas
03 Julai 2011
Jam 09:09 malam, Mesir
GREECE - Sumber khas dari 'gabungan flotila 2' berkata kepada agensi berita Safa malam ini, bahawa Greece telah memberikan tawaran kepada relawan-relawan yang menetapkan saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza hanya melalui pelabuhan Ashdod(Israel) atau El-Arish(Mesir), malah saluran tersebut akan dihubungjalinkan serta penyelarasan menyeluruh bersama PBB serta badan-badan rasmi.
Jelas sumber, para relawan membantah keras tawaran Greece dan mengungkapkan ianya satu penipuan bertujuan membiarkan Gaza terus disekat dari sudut-sudut pelbagai malah ia bersesuaian dengan pendirian Israel yang tidak menolak cadangan seperti ini.
Sumber yang sama menyatakan para relawan diselubungi rasa marah sebaik sahaja dimaklumkan tawaran Greece hasil dari perbincangan yang disepakati antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dengan Menteri Luar Greece.
Menurut sumber lagi, para relawan 'flotila 2' menganggap pendirian Presiden Palestin seolah-olah 'menikam dari belakang', sambil menyebut pendirian beliau sebelum ini yang menyifatkan kapal-kapal pemecah sekatan yang lalu 'adalah permainan bodoh, sebelum mereka dapat masuk ke Gaza, pemilik-pemilik kapal mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dari Israel'.
Gambar(Al-Jazeerah): Salah sebuah kapal 'flotila 2' yang ditahan pihak berkuasa Greece.
Berikutan tawaran Greece, para relawan Amerika yang menyertai 'flotila 2' mengumumkan mogok umum di hadapan kedutaan Amerika Syarikat(AS) di Athen bagi mendesak pentadbiran AS memberikan tekanan kepada Greece agar membolehkan 'flotila 2' belayar serta melepaskan kapal flotila Amerika yang ditahan pihak berkuasa Greece.
Barak rasa berjaya sekat 'flotila 2'
Berhubung nasib flotila 2, Menteri Pertahanan rejim zionis, Ehud Barak berkata, panggilan telekomunikasi yang dilakukan kerajaan Israel dengan kerajaan Cyprus, Turki, Greece dan beberapa buah lagi negara telah berjaya menghentikan pelayaran kapal-kapal 'flotila 2' ke Gaza.
Jelas Barak ketika memasuki persidangan kabinet menteri Israel, Tel-Aviv telah mendapat manfaat dari hubungan dengan pemimpin-pemimpin dunia.
Barak melihat bahawa ada harapan 'flotila 2' bakal kehilangan misi-misi pentingnya. Kata Barak, sedemikian itu melihat kepada asas keadaannya bahawa semua pihak sedar Gaza terbuka kepada semua bantuan-bantuan dan barangan perdagangan, dan apa yang berlaku tidak lebih dari provokasi HAMAS, menurut Barak.
Gambar(Al-Jazeerah): Salah sebuah dari bot 'flotila 2' di pelabuhan Greece.
Menurut pengarah pejabat Al-Jazeerah di BaitulMaqdis, Walid Al-Umari, 'Israel merasai pihaknya telah mencapai satu kejayaan dengan menyekat pelayaran 'flotila 2', dari sudut mengurangkan bilangan relawan dan kapal-kapal, dan boleh diungkapkan pemahaman dari pihak antarabangsa bahawa Gaza tidak memerlukan konvoi-konvoi melihat kepada keadaan di Gaza yang telah dibawa masuk barangan-barangan awam'.
Tetap belayar ke Gaza
Dari sudut lain, Rami Abdouh salah seorang anggota pertubuhan The European Campaign To End The Siege On Gaza(ECSEG) telah mengumumkan bahawa kapal-kapal 'flotila 2' antarabangsa bertekad belayar ke Gaza pada esok hari(Isnin) bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan meskipun keputusan Greece yang tidak membenarkan pelayaran.
Penyampai berita Al-Jazeerah di Pulau Crete Greece, Aiman Al-Zubir berkata, para relawan nekad meneruskan pelayaran tiba ke Gaza. Katanya lagi, usaha di peringkat diplomasi dan penelitian lain sedang dijalankan bagi proses *litigasi undang-undang untuk mengatasi halangan Greece.
*litigasi: proses pembicaraan di mahkamah(sama ada untuk membela atau menentang sesuatu kes - lihat kamus dewan, cetakan ketujuh 2002, muka surat 817)
Jelas Al-Zubir bahawa wujudnya rundingan-rundingan antara pihak penganjur flotila dengan pihak berkuasa Greece yang menerima tekanan dari rakyat Greece, termasuklah usaha-usaha pertubuhan-pertubuhan lain yang digerakkan parti-parti berhaluan kiri sekiranya Greece tidak memberikan kebenaran untuk 'flotila 2' belayar.
Gambar(Al-Jazeerah): Relawan-relawan flotila dari Amerika yang menunjuk perasaan/mogok di hadapan kedutaan AS di Athen.
Beberapa hari yang lalu, pihak berkusa Greece telah menahan dua kapal 'flotila 2' dari berlepas dari pelabuhannya. Tambahan pula, seorang kapten kapal Amerika turut ditangkap. Sumber 03/07/2011, web berita Safa.ps dan web berita Al-Jazeerah
0 comments:
Catat Ulasan