الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Bantah provokasi jahat di facebook

19 Mei 2010

Dihantar dari kawan-kawan(Mesej Yahoo Messenger): Mulai hari ini sehingga 21 Mei 2010, orang Yahudi membuat kempen untuk menghina agama Islam dan Rasul. Setiap kali anda LOG IN ke facebook, akan menyumbang sejumlah $5 kepada pihak Yahudi.

Link jahat :


Menurut berita ringkas Al-Jazeerah, Pakistan telah menutup facebook berikutan tanda protes terhadap satu pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah
Link untuk bantahan :


________________________________

Pakistan: Kuasa perundangan menutup 'facebook' kerana karikatur menghina

Mahkamah Pakistan hari ini memerintahkan Kerajaan Pakistan menutup satu laman sosial yang popular, iaitu 'facebook' buat sementara waktu setelah membangkitkan ketidakpuasan berikutan wujudnya pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW dalam laman itu.

Sumber Pakistan menyebut, mahkamah tinggi di Lahore, Pakistan yang terletak di timur Negara itu telah mengeluarkan ketetapan yang diminta oleh gerakan peguam muslim. Berikutan itu, mahkamah telah membuat desakan kepada kerajaan Pakistan natijah dari masalah pertandingan yang dicetuskan di peringkat dunia.

Sumber menjelaskan, ketetapan tersebut adalah desakan dari peguam-peguam yang menjelaskan pertandingan memburukkan Islam dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Pertandingan yang digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman facebook telah menyakiti perasaan kerana ia bersifat keagamaan. Tambahan pula, 45 juta penduduk Pakistan menggunakan facebook.

Chowdry Zulfaqar, peguam yang menyuarakan desakan berkata, "Mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada kerajaan bagi menutup laman web sosial facebook di Pakistan sehingga 31 Mei ini".

Tambah beliau, 'sekiranya permintaan yang telah dikemukakan kepada mahkamah tidak ada satu tindakan yang munasabah dibuat bagi menentang apa yang tertera dalam facebook, maka protes bantahan secara meluas boleh tercetus di Pakistan sebagaimana yang berlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, satu tunjuk perasaan besar-besaran telah diadakan di Pakistan kerana membantah dua buah akhbar Denmark yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW'. Sumber 19/05/2010, web berita Islamtoday.net

Read more...

Hari kelima: Mesir buka sempadan

GAZA - Mesir hari ini terus membuka sempadan Rafah dari dua arah kepada laluan keluar masuk Gaza-Mesir.

Badan pengurusan sempadan dan perlintasan, Kerajaan Palestin Gaza berkata, 'sempadan Rafah masih beroperasi pada hari ini(rabu) bagi laluan keluar-masuk kepada penduduk yang mempunyai visa dan yang dibenarkan(penyelarasan).

Badan tersebut menyatakan semalam, seramai 847 penduduk telah melintasi sempadan bagi urusan keluar dari Gaza, manakala 106 penduduk memasuki Gaza.

Dinyatakan, sempadan Rafah telah dibuka pada hari sabtu yang lalu dari sebelah Mesir, dan akan berterusan sehingga hari khamis(esok). Sumber 19/05/2010, web berita maannews.net

Read more...

Penduduk Palestin boikot produk Israel

TEBING BARAT - "Dari rumah ke rumah", kempen 'boikot' produk Israel telah dilancarkan semalam di Ramallah.

Kempen yang dilancarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin mulai selasa bertujuan menjejaki dan memboikot produk-produk Israel di rumah-rumah penduduk Palestin di semua tempat di Tebing Barat. Golongan yang menjadi sasaran bagi turut serta dalam kempen ini terbuka kepada semua peringkat umur dan politik.

Pihak Berkuasa Palestin Ramallah mengumumkan larangan dari membeli atau menjual barang-barangan yang dikeluarkan oleh Israel malah Pihak Berkuasa akan menjejaki mana-mana individu Palestin yang melanggar ketetapan ini.

Gabenor Bet Lehem, Abdul Fatah Hamail berkata, "masyarakat menunaikan kewajipan ini sepertimana ia adalah tanggungjawab bersama". Berikutan itu, pelancaran kempen seumpama ini meliputi keseluruhan penduduk Palestin dari utara hingga ke selatan. Malah kempen gempur ini juga salah satu bentuk penentangan.

Hamail juga menyatakan secara pasti bahawa 'pada hakikatnya walaupun hanya kempen menentang dari bentuk ekonomi tetapi ia juga menentang dari sudut politik'.

Pertahan hak

Menurut sumber, kemasukan dari jualan produk Israel secara tahunan sebanyak USD200 juta di pasaran Tebing Barat. Perangkaan menunjukkan 46% dari kemasukan ini adalah lanjutan dari penggunaan penduduk Palestin yang membeli produk Israel.
___________________________________________

Pautan lain:

Berikut adalah rakaman gambar yang dipetik dari laman web rasmi jawatankuasa yang menjalankan kempen itu.

'Jangan bawa masuk produk Israel ke rumah kamu'

Ketika persidangan akhbar

pemuda-pemudi Palestin yang terlibat dalam kempen boikot

'sticker' peringatan

Rujukan:

1) Berita Al-Jazeerah
___________________________________________

Penyelaras kempen, Haitham Al-Kailani berkata kepada agensi berita Perancis, bahawa kempen yang dijalankan dari rumah ke rumah adalah bagi mencegah penggunaan produk Israel.

"Hari ini kami telah melancarkan kempen gempur di semua tempat di Tebing Barat", ujar Haitham.

Ketika persidangan akhbar yang berlangsung di kota kecil Raam, beberapa individu penting Palestin memberikan respon berhubung pelancaran kempen ini.

Gabenor Al-Quds, Adnan Husaini menyatakan pelancaran kempen di Al-Quds adalah seiring dengan pelancaran semua tempat selama satu minggu malah ia teramat penting di waktu sebegini.

Beliau menjelaskan, bahawa 'penempatan Israel tidak boleh diterima di peringkat antarabangsa, maka kita mesti berusaha menzahirkan kebenaran yang berkait dengan penempatan juga memboikot produk yang mengukuhkan ekonomi penempatan Israel'.

Selain itu, Mufti Palestin, Mohammad Husain, berkata "kewujudan penempatan Israel yang salah di sisi undang-undang mesti dibendung, maka memerangi ekonominya dengan cara begini adalah bentuk yang terkehadapan dan lebih praktikal".

Ketika persidangan akhbar yang berlangsung di Ramallah dan Biirah, Laila Ghanam berkata, "kempen yang dijalankan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk Palestin bagi mencegah penggunaan barangan Israel yang menimbulkan impak bahaya kepada sektor kesihatan dan politik".

Ghanam menyatakan amat perlu bagi menyokong produk Palestin dan membudayakan penggunaannya secarta bersama malah mengembangkan lagi mengikut keperluan kami. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah, suratkhabar Shorouk(Mesir) dan 18/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Lagi Palestin ditangkap

Awal pagi semalam(jam 1.00 pagi), tentera Israel terus melancarkan operasi penangkapan di Tebing Barat. Dalam operasi itu, seramai 5 penduduk Palestin dari Nablus dan berdekatan Bet Lehem telah ditangkap.

Sumber yang dipetik dari web berita 'Yediot Ahronot' Israel, dari sumber ketenteraan menjelaskan penangkapan 5 penduduk Palestin atas dakwaan mereka 'dikehendaki'.

Berhubung identiti individu yang ditangkap, sumber tentera tidak pula menyebut mereka yang ditangkap terlibat dalam mana-mana kumpulan. Sumber 19/05/2010[05 Jamadil Akhir 1431 H], suratkhabar Shorouk(Mesir)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS