الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Letupan kuat gegarkan bandar Gaza

09 September 2010

SEMENANJUNG GAZA - Beberapa serangan bersiri rejim zionis malam ini telah menggegarkan bandar Gaza.

Sumber secara langsung dari berita Al-Jazeerah melaporkan pada jam 10.10 malam, waktu Mesir/Palestin, jam 04.10 pagi, waktu Malaysia menyebut satu letupan kuat kedengaran di bahagian barat bandar Gaza. Berikutan itu, pesawat tempur zionis jenis F-16 telah melancarkan dua serangan ke atas lokasi berasingan.

Gambar(Al-Jazeerah): Kesan pengeboman zionis ke atas sebuah bangunan Pihak Keselamatan dan Perlindungan di bandar Gaza.

Serangan pertama zionis mensasarkan serangan misil ke atas sebuah bangunan Pihak Keselamatan dan Perlindungan di bandar Gaza. Manakala, sebuah lagi serangan mensasarkan sebuah kem latihan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS di Hayyu Tufah.

Tambahan berita dari sumber web berita 'Safa' yang diterbitkan pada jam 10.28 malam, Palestin/Mesir melaporkan pesawat zionis F-16 mengebom dua buah terowong bawah tanah di Hayyu Brazil dan Hayyu Salam yang terletak di timur bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Menurut sumber dari wartawan Al-Jazeerah, Tamer Mashal pada jam 10.40 malam, Mesir/Palestin, kelihatan pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza.

Berikutan serangan bersiri rejim zionis ke atas Gaza malam ini telah mengakibatkan suasana tegang dan panik, malah berjaga-jaga di kawasan bandar Gaza. Dalam masa yang sama, kewujudan ramai penduduk Gaza di jalanan mencari bekal dan persediaan untuk menyambut Eidulfitri esok pagi.

Laporan terkini dari berita Al-Jazeerah ke atas bangunan Pihak Keselamatan dan Perlindungan di bandar Gaza mengakibatkan dua luka parah. Sumber 09/09/2010, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Stesen perdamaian

Washington selaku pihak pendamai antara Palestin - Israel, namun dalam masa yang sama Washington membela Israel dan seringkali mewujudkan penyelesaian secara persamaan isu yang hanya menzahirkan retorik damai, tetapi apakah damai yang muncul?

Permainan dan percaturan yang muncul banyak menyebelahi Israel sedang perunding Palestin hanya mampu mempertahankan sikap jujurnya terhadap desakan janji-janji Washington dan Kuartet Timur Tengah dari dulu sehingga kini dan tidak nafi mungkin untuk selama-lamanya. Ketika kejujuran itu diperakui, namun dalaman Palestin bergolak bagaikan api. Akhirnya, Palestin terkepit dari sudut luar, lalu dalaman juga menghadapi perpecahan. Bila damai? Bila penyelesaian? atau jangan harap lagi kepada istilah damai.

Karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Read more...

Selamat Menyambut Eidulfitri

Naik unta terencut-encut,
Letih puasa menahan lapar,
Terlupa sahur sakit perut,
Nikmatnya Ramadhan melatih sabar

Kami warga MAP menyusun jari pohon kemaafan kepada semua sahabat-sahabiah yang selalu berkunjung mesra ke blog rasmi kami, malah pengunjung-pengunjung pameran yang setia bersama setiap kali pameran diadakan...jika sikap dan layan kami tidak berapa mesra. Juga perincian maklumat atau laporan-laporan yang kurang memahamkan anda semua. Semoga amalan kita di Ramadhan diterima Allah Ta'ala dan kesannya melebari ke bulan-bulan mendatang. Siiru 'Ala Barkatillah.

"Kullu 'Am Wa Antum Bikhair"
Selamat Menyambut Eidultfitri yang mulia ini

Read more...

Pegawai tertinggi rejim zionis siasat tahanan Palestin - HAMAS

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) berkata, seorang dari pegawai tertinggi rejim zionis menjalankan siasatan ke atas anggota-anggotanya yang ditahan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat.

Jelas HAMAS dalam kenyataan yang disampaikan kepada agensi 'Safa' bahawa, pegawai penyiasat rejim zionis dari Agensi Keselamatan Israel(ISA: dikenali dalam bahasa Inggeris) atau singkatannya SHABAK(berbahasa hebrew) di Asqalan, Maskubiah dan Beitah Takfa meminta untuk menjalankan siasatan ke atas anggota-anggota HAMAS yang ditahan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Khalil, Ramallah dan Nablus.

HAMAS turut mendedahkan bahawa proses pemindahan sebahagian tahanan anggota HAMAS baru-baru ini, dari penjara Dura dan Tulkarm ke Khalil dan Al-Juneid adalah atas permintaan pegawai siasatan rejim zionis yang meminta secara langsung untuk menyiasat para tahanan dari anggota HAMAS di penjara terbabit.

Dalam kenyataan itu, HAMAS turut menyebut, "sejak awal Ramadhan seramai 920 anggota HAMAS telah ditangkap, dari jumlah itu, seramai 780 anggota HAMAS yang ditangkap adalah selepas operasi serangan banjir api di Khalil dan Ramallah, dan sebahagian besar dari anggota-anggota HAMAS masih berada dalam tahanan."

HAMAS turut menyatakan bahawa, selepas operasi pejuang akhir-akhir ini(banjir api), cara siksaan yang teramat teruk dilakukan berterusan ke atas anggota HAMAS yang ditahan. Dinyatakan, pada awal bulan September, Pihak Keselamatan Palestin telah memindahkan 32 anggota HAMAS ke hospital-hospital disebabkan gangguan kesihatan akibat disiksa teruk sewaktu dalam tahanan.

HAMAS turut mempertikaikan cara tindakan Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat yang membebaskan sebilangan tahanan semalam.

HAMAS mempersoalkan, "apa nilai pembebasan yang dilakukan Keselamatan Palestin ketika dalam keadaan tersepit, beberapa dari tahanan yang dibebaskan wajib menandatangani janji untuk menyerah diri selepas menyambut hari raya?"

Gerakan HAMAS mendesak supaya tahanan-tahanan dari anggota HAMAS dibebaskan segera, malah turut menggesa kumpulan-kumpulan pembebasan, Yayasan-yayasan dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia serta badan media memecahkan kebisuan. HAMAS turut meminta pihak-pihak tersebut berperanan atas dasar hak tanah air dan kemanusiaan terhadap tindakan jenayah dan melanggar hak kemanusiaan yang dilakukan ke atas anak-anak watan dalam penjara Pihak Keselamatan Palestin di Tebing barat, menurut HAMAS.

Sehingga laporan ini diterbitkan, agensi berita 'Safa' tidak berkesempatan mengambil apa-apa ulasan dari Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat. Sumber 09/09/2010, web berita safa.ps

Read more...

Sasar roket ke barat Naqab

AL-QUDS, - Radio Israel menyebut bahawa satu serangan roket Palestin telah gugur di kawasan pertanian, barat Naqab. Kedudukan lokasi tersebut di bahagian selatan tanah jajahan 1948.

Gambar(arkib safa): Serpihan letupan serangan roket yang gugur di sebuah kawasan tanah jajahan 1948.

Jelas radio itu lagi, serangan roket dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza mensasarkan penempatan Israel, lalu gugur dan meletup di sebuah kawasan pertanian. Bagaimanapun, tidak mengakibatkan sebarang luka parah. Sumber 09/09/2010, [10.59 pagi, waktu Palestin] web berita safa.ps

Read more...

Tutup laluan perlintasan Gaza, kawal Tebing Barat

GAZA - Sumber melaporkan, rejim zionis hari ini telah menutup laluan perlintasan Karem Abu Salem dan Al-Mintar kepada sebarang kemasukan barang-barang dagangan dan bantuan ke Semenanjung Gaza.

Seperti yang dinyatakan, penutupan laluan tersebut adalah bersempena dengan ketibaan Aidilfitri yang mulia dan sambutan awal tahun bagi Yahudi.

Peta(arkib): Zon A, Dataran Tinggi Golan, Zon B, Tebing Barat, dan Zon C, Semenanjung Gaza. Manakala kedudukan tanah yang bernombor 1 sehingga 6 diakui Negara Israel oleh rejim zionis setelah rampasan yang membawa kepada penjajahan ke atas Palestin pada 1948.

Pengerusi Jawatankuasa Pemusatan Kemasukan Barang ke Gaza, Raed Futtuh berkata, "pihak penjajah telah memaklumkan kepada kami mengenai penutupan dua laluan yang bermula hari ini sehinggalah akan dibuka semula pada pagi Isnin akan datang," tambah Futuh, "penutupan tersebut telah menghentikan kemasukan barangan, bantuan dan sumber tenaga ke Gaza."

Futuh menyebut lagi, semalam, penjajah membenarkan 82 buah trak, 20 buah di antaranya untuk sektor pertanian dan 20 buah lagi trak membawa muatan bantuan dibawa masuk ke Gaza. Malah, 91 tan gas masak dan 219 liter diesel juga telah dipam masuk ke stesen di Gaza.

Kawal ketat Tebing Barat

Sementara itu, tentera rejim zionis mengumumkan kawalan ketat(penutupan) di Tebing Barat yang bermula tengah malam semalam sehinggalah pada tengah malam ahad. Tujuan penutupan ke atas Tebing Barat sempena perayaan awal tahun Yahudi.

Keterangan dari tentera rejim bahawa pihak rejim hanya membenarkan individu yang memerlukan rawatan perubatan ke Israel, tetapi dengan kebenaran. Sempena dengan Aidilfitri pula, tentera rejim zionis telah mengambil langkah khusus untuk lalu lintas mana-mana individu.

Kebiasaannya sempena sambutan perayaan Yahudi, rejim zionis akan mengenakan langkah khusus untuk mengawal pergerakan penduduk Palestin. Sumber 09/09/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS