الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Sempena memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza

26 Disember 2009

Jasad yang terbujur kaku menjadi eksperimen keganasan Israel

Israel menyerang Gaza dengan logistik senjatanya yang maksima


Genap setahun perang Israel ke atas Gaza, tragedi ini tetap dan sentiasa diingati penduduk dunia. Malah, serangan Israel ini pasti meninggalkan kesan trauma ke atas Israel dan sekutunya. Kenapa Israel dan sekutunya yang trauma? Bagaimanapun, wajah-wajah pejuang dan mangsa kekejaman Israel tetap dipandang mulia kerana mereka mempertahankan hak mereka dari cengkaman kejam Israel yang disokong sekutunya.

Sempena memperingati perang Israel ke atas Gaza, beberapa pertubuhan dunia(NGO) meminta mereka yang berhampiran dengan NGO tersebut menyertai tunjuk perasaan sebagai bantahan ke atas tindakan Israel yang menyerang Gaza.

Antaranya, Pertubuhan Hak-hak Asasi Britain mengajak menyertai perhimpunan di hadapan kedutaan Israel di London pada esok hari.

Pada hari ini, sumber menyatakan penduduk Jepun telah mengadakan tunjuk perasaan berhubung memperingati genap setahun perang Israel ke atas Gaza. Dilaporkan, tunjuk perasaan tersebut diadakan di Tokyo.

Selain itu, Badan-badan Pertubuhan di Amerika Syarikat turut mewar-warkan pihaknya akan mengadakan tunjuk perasaan pada esok hari di bandar New York. Sumber 25-26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

______________________

27 DISEMBER 2008
Israel telah memahatkan catatan keganasannya dalam sejarah dunia. Catatan keganasan ini tidak akan terhenti, mata pena ini terus bergerak.

________________________

Jangan rahsiakan tarikh tersebut dari generasi akan datang. Biarkan mereka tahu bagaimana ganasnya Israel yang wujud dan merampas tanah Palestin. Jangan pula berlagak 'dayus' untuk tidak bercerita bahawa keganasan Israel turut disokong oleh sekutu Israel. Siapakah sekutu Israel? Kita lihat, kita tahu, kita baca dan mengerti. Moga kita tidak buta mata dan hati, alangkah sedihnya jika kita buta sejarah.

Read more...

Tunjuk perasaan tentang pembinaan tembok keluli


Karikatur(sumber web berita al-Jazeerah): Sekatan ke atas Gaza pada waktu ini terlalu memeritkan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza. Mereka saudara seagama kita, mereka satu akidah dengan kita. Maka bantuan yang sewajarnya amat diperlukan untuk membantu mereka yang boleh digambarkan, ketika kita sedap menjamah makanan yang dihidang hadapan kita, mereka belum tentu dapat menjamah sesuap nasi kerana sekatan Israel ke atas mereka terlalu dahsyat. Walaupun, Mesir mendakwa pembinaan tembok keluli ini adalah bagi menjamin keselamatan dan keamanan tanahnya, namun satu-satunya Negara umat Islam yang paling rapat dengan Gaza adalah Mesir wajib memberi bantuan yang diperlukan bagi memelihara 1.5 juta nyawa yang masih menghirup udara kotor akibat kimia peluru Israel. Wajarkah hanya dengan alasan Gaza dikuasai HAMAS, malah HAMAS tidak patuh kepada syarat-syarat EU(Kesatuan Eropah) dan permintaan Amerika Syarikat, tambah perit lagi HAMAS dituduh merampas kuasa kerana menguasai Gaza..maka penduduk Gaza mesti menerima hukuman sebegini. Jika Gaza masih ditekan sebegitu rupa, percayalah bahawa mereka yang ikhlas untuk bebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi dan sekutunya tidak akan mudah dihapuskan malah semangat mereka tetap bangkit..lebih menggerunkan jiwa-jiwa pemuda-pemudi Islam turut lahir. Maka, kelahiran mereka bukan sesuatu yang biasa tetapi petanda bahawa kezaliman dan taghut bakal berakhir.

Satu tunjuk perasaan diadakan yang disertai ribuan penduduk Palestin di bandar Gaza petang semalam(jumaat) sebagai tanda protes pembinaan tembok keluli Mesir.

Sumber menyatakan, tunjuk perasaan itu adalah seruan dari HAMAS sebaik sahaja selesai solat jumaat di salah sebuah masjid di Gaza. Penduduk Palestin Gaza yang berkumpul di dataran Palestin mendesak dan mengkritik Mesir yang membina tembok tersebut.

Gambar: Antara tempat sasaran pembinaan tembok keluli Mesir

Jurucakap HAMAS, Hamad Reqab berkata di akhir tunjuk perasaan itu bahawa "tunjuk perasaan ini adalah sebagai satu bantahan pembinaan tembok maut, malah cara yang mengetatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza yang terkepung".

Hamad juga mendesak Mesir supaya tidak tunduk kepada tekanan Amerika, juga hentikan pembinaan tembok keluli yang dianggap sebagai turut serta mengenakan sekatan ke atas Gaza.

Beliau berkata lagi, "bahawa HAMAS tetap mengambil berat keamanan Mesir, bagaimanapun keselamatan yang ampuh adalah ketika wujudnya barisan penentangan yang terkuat di Gaza dan Palestin juga terjaga".

Sumber 26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah

Read more...

Viva Palestin belum dapat izin

Sumber hari ini melaporkan bahawa rombongan Viva Palestin yang bertujuan membantu meringankan bebanan penduduk Semenanjung Gaza masih terkandas di Teluk Aqabah, Jordan.

Desas-desus mengatakan, Mesir tidak mengizinkan rombongan tersebut meniti ke Nuweibak, Mesir untuk ke Semenanjung Gaza yang bersempadan dengan tanah Mesir.

Semalam, rombongan tersebut mendakwa Mesir menggagalkan perjalanan Viva Palestin ke Gaza. Namun berlaku jawab balas kenyataan dengan pihak Mesir.

Dalam kenyataan Mesir melalui jurucakap Kementerian Luar, Husam Zaki berkata Mesir telah menetapkan laluan perjalanan kepada Viva Palestin sebelum ini namun ada perubahan bagi pihak tersebut memasuki Mesir adalah berkait dengan ketetapan rasmi(tidak boleh dipertikai).

Sebelum itu, George Galloway berkata, Pihak Keamanan Mesir telah memaklumkan kepada syarikat yang mengendalikan pengangkutan ke Nuweibak, Mesir bahawa pihak Mesir membantah rombongan tersebut. Pun begitu, masih ada lagi syarat untuk memasuki Gaza adalah melalui 'Arish.

Bagaimanapun, Galloway menjelaskan pihak Mesir lambat memaklumkan syarat tersebut kepada pihaknya dan mereka(Viva Palestin) tidak mampu untuk mengikuti tuntutan yang diminta.

Sehingga hari ini, berbagai-bagai kenyataan berhubung memberi izin Viva Palestin masuk ke Mesir untuk ke Semenanjung Gaza.

Agak menyenangkan pihak Viva Palestin apabila utusan Turki mewakili Perdana Menteri Turki, Receip Tayyib Erdogan berjumpa dengan konsul Mesir di 'Aqabah sebagai perantaraan untuk memudahkan Viva Palestin ke Gaza.

Terkini, beberapa jam yang lalu, sumber menyatakan, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit dalam kenyataannya bahawa sempadan Rafah akan dibuka bagi laluan Viva Palestin ke Gaza sehingga 6 Januari akan datang. Sekiranya rombongan tersebut tidak memasuki Mesir sebelum 3 Januari, maka rombongan tersebut tidak akan diberikan keizinan masuk ke Mesir walau apapun tekanan. Sumber 25-26/12/09, berita al-Jazeerah

Read more...

6 Palestin syahid

Tentera Israel dilaporkan menceroboh beberapa buah rumah penduduk Palestin di Nablus, Tebing Barat. Sumber melaporkan, pencerobohan tersebut adalah operasi ketenteraan Israel yang berlarutan sehingga jam 7.00 pagi tadi(waktu Mesir).

Sumber menyatakan, tentera Israel yang menceroboh rumah penduduk Palestin melepaskan tembakan secara rambang. Dalam operasi tersebut, 3 pejuang Palestin dari kumpulan KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) syahid apabila ditembak tentera Israel. Menurut sumber, salah seorang pejuang yang syahid itu ditembak dalam rumahnya di hadapan anak-anak dan isterinya. As-syahid(رائد السركجي) gambar yang dibebaskan dari penjara Israel 6 bulan yang lalu telah menjalani hukuman penjara selama 6 tahun di penjara Israel. Bagaimanapun, tentera Israel tidak mengulas panjang berkenaan operasi tersebut, namun sumber hanya menyebutkan tindakan tentera Israel ekoran seorang penduduk Israel yang ditembak mati oleh pejuang Palestin pada 24/12/09.

SYUHADA AL-AQSA janji balas serangan ke atas Israel

Serangan Israel yang dikatakan jenayah akan menerima serang balas. Jurucakap kumpulan SYAHID YASEER ARAFAT di Tebing Barat, iaitu Abu Mahmud selaku pemimpin umum dalam kenyataannya menjanjikan serangan balas ke atas 6 penduduk Palestin yang syahid dalam serangan ganas Israel.

Di utara Semenanjung Gaza pula, 3 penduduk Palestin syahid akibat ditembak tentera Israel di sempadan Erez. Laporan dari tentera Israel menyatakan, ketiga-tiga penduduk Palestin itu cuba menerobos masuk ke Israel melalui sempadan yang menghubungkan antara Semenanjung Gaza dengan Israel. Sumber 26/12/09, berita al-Jazeerah dan web berita al-Jazeerah


MENJELANG SETAHUN PERANG ISRAEL KE ATAS GAZA (27 Disember 2008)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS