الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Karikatur: Situasi rundingan damai

01 Ogos 2010

Sama ada rundingan damai secara langsung atau tidak, ia tetap rundingan. Israel pula masih tegar dengan sikap ganas dan zalim.

Apakah muslihat di sebalik rundingan?

Akhirnya, Syeikh Raed Salah menerima hukuman penjara oleh penjajah setelah berusaha mempertahankan permasalahan Al-Quds dan Al-Aqsa sedang Arab?

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Read more...

HAMAS akan menyesal jika tembakan roket masih berterusan

AN-NASIRAH, - Timbalan Perdana Menteri I Israel, Silvan Shaloum, berkata, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) akan menyesal dan merasa serik dalam tempoh terdekat ini jika masih dengan keputusannya yang melancarkan serangan roket ke arah penempatan-penempatan Israel.

Memetik radio Israel dari kenyataan Shaloum, "HAMAS akan merasa kesal dalam beberapa tempoh masa jika tetap dengan keputusannya yang masih meneruskan serangan roket."

Shaloum menjelaskan, Kerajaan penjajah sesekali tidak menyetujui sebagaimana keadaan sekarang yang menimpa ke atas penempatan-penempatan Israel di selatan dengan serangan-serangan roket. Jelas Shaloum, roket-roket yang gugur di Israel seperti gerimis dan mungkin boleh berubah menjadi seperti hujan.

Kata Shaloum lagi berikutan serangan roket, "Kerajaan Israel tidak bermaksud untuk mengadakan semula serangan baru ke atas Gaza, tetapi jika HAMAS tetap melancarkan lagi serangan roket, tidak sesekali tidak, serang balas Israel akan lebih keras."

Menyentuh isu lain, Shaloum berkata, "Pihak Berkuasa Palestin sewajarnya mengambil keputusan yang lebih strategik."

Timbalan Perdana Menteri I Israel menyebut sedemikian dengan menyifatkan keputusan yang berani demi mengadakan semula rundingan damai secara langsung antara Palestin dengan Israel. Jelas Shaloum, itu pun jika Pihak Berkuasa Palestin mahu mendapatkan persepakatan perjanjian damai.

Shaloum berkata lagi, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) mampu membuat keputusan sepertimana mahu mengadakan semuala rundingan damai secara langsung dengan Israel, tetapi Abbas merasa ragu-ragu untuk bertindak sedemikian.

Berhubung serangan roket, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menuduh HAMAs bertanggungjawab sepenuhnya dengan tembakan roket yang berterusan ke arah penempatan-penempatan Israel di selatan tanah jajahan 1948. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Mubarak jemput Perez ke Kaherah

AL-QUDS, - Presiden Negara Penjajah, Simon Perez dilaporkan mengadakan kunjungan rasmi ke Kaherah hari ini bagi menyambut undangan dari Presiden Mesir, Housni Mubarak sebelum ini. Sumber Mesir menyebut, perjumpaan kedua-dua pemimpin ini adalah merupakan usaha bagi menghidupkan usaha perdamaian di Timur tengah.

Gambar(akhbar Perancis): Housni Mubarak kanan dan Simon Perez di kiri sebelum mengadakan perbincangan.

Sumber Israel menyebut, Perez akan membincangkan dengan rakan sejawatnya mengenai jalan untuk mendorong Palestin dan Israel mengadakan rundingan secara langsung. Tambah dari sumber Mesir bahawa tujuan tersebut adalah untuk mencapai penyelesaian konflik dengan penubuhan dua Negara(Israel dan Palestin).

Dalam kenyataan yang disebarkan melalui radio penjajah, Perez berharap dapat mengadakan rundingan damai secara langsung dengan Palestin. Perez mengungkapkan masalah penempatan mesti diselesaikan melalui jalan rundingan dan bukannya seperti sebelum ini, menurut kenyataannya.

Sumber dari Al-Jazeerah yang menukil dari akhbar 'Al-Shar Al-Awsat Al-Misriah' Mesir menyebut pertemuan Presiden Mesir dan Israel adalah untuk menyempurnakan perbincangan yang berlangsung akhir-akhir ini antara Housni Mubarak dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Pertemuan rasmi ini turut membincangkan keputusan-keputusan hasil pertemuan Menteri-menteri Luar Panel Inisiatif Perdamaian Arab yang berlangsung di ibu pejabat Liga Arab Khamis lalu.

Menurut sumber Mesir dari laporan berita safa.ps, Mubarak akan memastikan kepada Perez bahawa perlu mengadakan rundingan dengan asas-asas rujukan yang jelas, malah Mubarak turut akan mendesak bagi memperluaskan lagi pengawalan keamanan kepada Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat. Disebutkan lagi, tempoh pembekuan pembinaan penempatan Israel yang berakhir pada September ini akan diminta lanjutkan lagi.

Kunjungan Presiden Negara Penjajah ke Kaherah mengambil masa selama beberapa jam. Sebagaimana dimaklumkan, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit yang menyambut ketibaan Perez di lapangan terbang. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps dan web berita Al-Jazeerah.net

Read more...

01.36 petang, penjajah ceroboh masuk ke pertengahan bandar Dura

Sumber dari agensi berita 'safa' melaporkan pada jam 01.36 petang, Palestin/Mesir bahawa pihak tentera penjajah telah menceroboh masuk ke pertengahan bandar Dura, Khalil, Tebing Barat.

Dinyatakan, pertempuran sengit meletus antara pemuda-pemuda Palestin dengan tentera penjajah.

Berita penuh:

KHALIL - Tentera penjajah yang merempuh masuk ke pertengahan bandar Dura telah menangkap seorang penduduk Palestin di tempat kerjanya pada tengahari tadi.

Menurut saksi kejadian yang berkata kepada agensi berita 'safa' berkata, tentera penjajah telah menangkap seorang penduduk, Yusof Abd Aziz Qazaz, 37 selepas tentera penjajah merempuh masuk ke sebuah syarikat cawangan telekomunikasi Palestin di Dura.

Sumber menyatakan, 10 buah jentera perang Israel menceroboh ke Syarikat terbabit yang merupakan tempat kerja Yusof yang berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran. Dalam pencerobohan itu, tentera penjajah melepaskan tembakan bom sound dan gas ke atas seorang pemuda yang menghadang jentera perang penjajah.

Berikutan itu, berpuluh-puluh penduduk mengalami sesak nafas akibat tembakan bom gas. Malah pekerja-pekerja bengkel pembinaan yang berhampiran turut mengalami sesak nafas kerana bom gas yang dilepaskan secara bertubi-tubi. Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Pesawat zionis mengubah sasaran serangan di Gaza

GAZA - Sumber melaporkan awal pagi ini, pesawat tempur Israel telah melancarkan serangan bersirinya yang baru. Serangan tersebut mensasarkan di beberapa buah kawasan yang berbeza di Semenanjung Gaza.

Menurut sumber agensi berita 'safa' menjelaskan bahawa pesawat tempur zionis telah mengebom sebuah terowong bawah tanah(lapor pada jam 03.04 pagi, Palestin/Mesir) yang terletak di barat Mukhayyam 'يبنا', di bandar Rafah selatan Semenanjung Gaza. Berikutan serangan tersebut, kedengaran letupan yang kuat dari kawasan yang berlainan kesan dari pengeboman zionis.

Ketika ini, pesawat tempur zionis masih meninjau di ruang udara Gaza pada ketinggian yang sederhana tinggi.

Pada jam 03.20 pagi, Palestin/Mesir, pesawat tempur zionis mengebom pula sebuah kawasan tanah lapang di Abbasan, timur Khan Yunus.

Sumber 01/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS