الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pembukaan sempadan Rafah Mesir menyalahi perjanjian

29 Mei 2011

Laporan jam 07.52 pagi, Palestin/Mekah
Jam 06.52 pagi, Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber dari politik rejim zionis(Israel) di BaitulMaqdis telah berkata bahawa pembukaan sempadan Rafah Mesir setiap hari menyalahi perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani antara rejim zionis dengan Mesir.

Radio rejim zionis memetik kata-kata dari sumber berkenaan yang merasa khuatir sekiranya sempadan Rafah Mesir diselinap masuk pengganas ke Gaza sekiranya prosedur laluan tidak tertakluk mana-mana pengawasan, menurut dakwaan itu.

Sumber yang sama menyatakan dasar pembukaan sempadan yang diputuskan sebelah pihak oleh pemerintah Mesir akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi menjamin keselamatan serta menghalang sebarang aktiviti keganasan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar rejim zionis, Danny Ayalon menjelaskan bahawa, Mesir dan Israel ada kepentingan bersama dalam memerangi keganasan antarabangsa dan kegiatan pelampau yang dilakukan oleh gerakan HAMAS. Sedemikian itu, menteri zionis mengungkapkan keyakinan bahawa kerjasama antara dua Negara ini akan berterusan demi kepentingan semua pihak.

Danny Ayalon merupakan anggota Knesset Israel mewakili parti Yisrael Beiteinu yang berhaluan kanan.

Semalam, sempadan Rafah Mesir yang menghubungkan antara tanah Mesir dengan Gaza telah dibuka buat kali pertama sejak beberapa tahun yang lalu. Keputusan Mesir yang membuka sempadan ini telah mengundang perdebatan hangat sesama pemimpin politik rejim zionis. Sebahagiannya menyalahkan Kerajaan Netanyahu yang disifatkan 'politiknya gagal'. Sumber 29/05/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Catatan ringkas berita 28/05/2011

Negara Palestin

> Mitchell: Pengiktirafan Negara Palestin dari PBB akan menjejaskan kedudukan Israel(rejim zionis).

Pembukaan sempadan Rafah

> Pembukaan sempadan Rafah Mesir buat kali pertama bagi tempoh yang berpanjangan setelah Mubarak digulingkan.

i - Keputusan positif dari Mesir.
ii - Sempadan dibuka setiap hari kecuali hari cuti, Jumaat dan cuti rasmi. Waktu operasi bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 06.00 petang.
iii- Sumber Palestin menyebut, mana-mana penduduk Palestin berumur 40 tahun ke atas yang memiliki pasport dibenarkan keluar masuk Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, namun bagi remaja dan pemuda lelaki yang berumur 18-40 tahun tidak boleh keluar ke sempadan Rafah Mesir kecuali telah ada penyelarasan, lain pula bagi wanita, pesakit-pesakit, pelabur-pelabur dan pelajar-pelajar(belajar di luar) dibenarkan keluar masuk Gaza dengan syarat ada pasport.

Berhubung barang-barang bantuan, menurut sumber yang sama, kemasukan bergantung kepada kelulusan dari pihak Mesir.

Menyentuh kebenaran untuk warga asing memasuki Gaza, jelas sumber bahawa perlu mendapatkan keizinan dari pihak Mesir(Badan Perisikan), di samping merujuk hal ini kepada Kedutaan Besar Negara masing-masing.

Sehingga dilaporkan, seramai 300 penduduk Palestin telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir dan seramai 400 dapat keluar Gaza melalui sempadan Rafah Mesir.


> Penjajah memantau perkembangan pembukaan sempadan Rafah Mesir.

> Parti Kadima Israel bidas Netanyahu berikutan pembukaan sempadan Rafah Mesir tanpa ada penyelarasan dengan Israel.

> Abu Zuhri, jurucakap HAMAS: Ancaman selepas pembukaan sempadan Rafah dari penjajah hanyalah kosong.

Penindasan rejim penjajah terhadap Palestin

> Warga haram zionis mencabut 20 anak pohon zaitun di Khalil.

> Berita mengenai kecederaan di Iraq Buren, Tebing Barat setelah pertempuran meletus.

Persidangan Jawatankuasa Inisiatif Perdamaian Arab di Doha, Qatar turut dihadiri Mahmoud Abbas(Pengerusi gerakan FATAH yang mengetuai PLO), Presiden Palestin.

> Persidangan ini diadakan bertujuan membincangkan hala tuju rundingan damai Palestin-Israel.

> QATAR(Perdana Menteri) minta Jawatankuasa Arab hentikan dahulu perbincangan mengenai usaha damai sehinggalah pihak yang berkenaan betul-betul bersedia.

> Kenyataan persidangan Arab menyokong usaha Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin pada bulan September akan datang.

> Kenyataan persidangan ini turut menyatakan bahawa kenyataan Netanyahu baru-baru ini(hadapan kongres Amerika dan AIPAC) telah menutup jalan ke arah mencapai perdamaian, malah menuduh Israel bertanggungjawab menyebabkan rundingan damai gagal.

> Kenyataan persidangan Arab menghargai tindakan Obama demi tercapainya perdamaian menurut asas penyelesaian dengan penegakkan dua Negara yang berjiran, Israel-Palestin.

Sekatan Israel ke atas Gaza

> NGO Eropah kecam gesaan Ban Ki Moon yang tidak membenarkan pelayaran freedom flotilla 2 ke Gaza. HAMAS juga membidas kenyataan Ban Ki Moon.

Penjajahan ke atas Palestin

> Jordan(Menteri Luar): Tanah-tanah jajahan di Tebing Barat tidak akan dapat melindungi Israel.

Mesir

> Mahkamah Mesir mengenakan saman USD90 juta ke atas Mubarak berhubung pemotongan perkhidmatan komunikasi(internet dan telefon tangan) semasa revolusi, Januari lalu.

Syria

> Erdogan menghubungi Presiden Syria, Bashaar Asad bagi membincangkan kedudukan terkini di Syria.

Sumber 28/05/2011, berita Al-Jazeerah, web berita Safa.ps dan web berita Al-Jazeerah

Read more...

Seorang penduduk cedera ditembak zionis

Laporan jam 01.40 pagi, Palestin/Mekah
Jam 12.40 pagi, Mesir

GAZA - Satu kejadian tembakan awal pagi ini, seorang penduduk Palestin mengalami kecederaan berikutan terkena tembakan dari tentera rejim zionis di sebelah timur Hayyu Zaitun, bandar Gaza.

Berhubung kecederaan, Adham Abu Salmiah, jurucakap rasmi Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza dalam kenyataannya berkata, 'seorang penduduk cedera di bahagian kaki kanan akibat terkena tembakan dari tentera zionis yang berpengkalan sementara di lokasi tentera ملكة timur Hayyu Zaitun, timur Semenanjung Gaza'.

Jelas Adham, mangsa telah dibawa ke Akademi Perubataan As-Shifa' dan dirawat dalam unit bahagian tulang. Sumber 29/05/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS