الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kesan pengeboman zionis di Gaza

31 Julai 2010

Kesan pengeboman zionis di Gaza pada tengah malam semalam, 30/05/2010 di Semenanjung Gaza.

Petugas bomba sedang giat memadam api akibat pengeboman Israel malam semalam.
Selepas pesawat tempur F-16 zionis mengebom sebuah kawasan di Gaza.
Antara penduduk Gaza yang luka parah dalam pengeboman Israel



Kesan pengeboman yang membentuk kawah.

Gambar di atas, as-syahid Isa Al-Batran memegang anaknya yang telah syahid ketika Israel menyerang Gaza tahun lepas.
Laungan kalimah La Ilaha Ilallallah mengiringi jenazah as-syahid
Jenazah as-syahid komander Al-Qassam, Isa Al-Batran
Sumber gambar, 31/05/2010, web berita safa.ps dan
web rasmi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM

Read more...

02.46 pagi: Seorang komander Al-Qassam syahid

Menurut Dr.Muawiyah Husnain yang menyampaikan maklumat kepada agensi berita 'safa' mengesahkan seorang dari komander KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS, Isa Al-Batran telah menemui syahid dalam pengeboman Israel di Mukhayyam El-Buraij. Sumber 31/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel bedil ibu pejabat keamanan di Gaza

GAZA - Lapan penduduk Gaza mengalami luka parah dalam pengeboman yang dilancarkan pesawat tempur Israel 'F-16' ke atas ibu pejabat 'ansar' pihak keamanan dan perlindungan di barat bandar Gaza.

Gambar sebelah dan bawah: Dua kanak-kanak Gaza yang luka parah akibat pengeboman Israel menjelang tengah malam tadi.

Sebagaimana dilaporkan, pengeboman tersebut berlaku menjelang tengah malam tadi.

Pengerusi Bantuan Cemas di Kementerian Kesihatan Gaza, Dr.Muawiyah Husnain berkata, pengeboman ke atas ibu pejabat pihak keamanan itu telah mengakibatkan 8 penduduk luka parah dan kesemuanya telah dipindahkan ke hospital. Beliau turut menyatakan, keadaan mangsa pengeboman Israel berada di tahap agak kritikal tetapi stabil.

Menurut agensi berita 'safa' melaporkan bahawa satu letupan kuat kedengaran dari setiap pelusuk bandar Gaza ekoran pengeboman tersebut. Lantas, pasukan bantuan bergegas ke tempat kejadian.

Jelas laporan itu lagi, pesawat tempur Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Gaza.

Laporan dari sumber menyatakan, ibu pejabat keamanan 'ansar' itu dibom dalam beberapa yang singkat sejurus pengeboman Israel di kawasan yang lain. Serangan pertama Israel mensasarkan sebuah terowong bawah tanah yang berada di timur bandar Rafah. Manakala, serangan yang kedua pula tertumpu di sebuah kawasan tanah lapang di Nuseirat, pertengahan Gaza. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai luka parah di kawasan terbabit.

Berikutan peningkatan serangan Israel, Ketua polis Gaza mengeluarkan arahan kepada jabatannya agar menghentikan sebarang latihan dan kegiatan ketenteraan sehinggalah keadaan kembali pulih.
_____________________________

Pada jam 11.53 malam, Palestin/Mesir, satu lagi serangan Israel ke atas terowong bawah tanah di Rafah.
_____________________________

Sumber menyebut, serangan-serangan Israel ke atas Gaza hanya beberapa jam selepas wakil Israel di PBB, Gabriela Shalev menyerahkan surat aduan kepada Ban Ki Moon, Setiausaha Agung PBB. Dalam surat tersebut terkandung aduan dan bantahan terhadap serangan roket 'grad' yang gugur di pertengahan bandar Askalan, selatan tanah jajahan 1948 pagi Jumaat.

Shalev menyatakan dalam suratnya bahawa Israel mengiktibarkan serangan-serangan roket memberikan petanda yang bahaya. Wakil Israel itu turut meminta berjaga-jaga berikutan penyeludupan senjata ke Gaza serta mengancam keamanan dan keselamatan penduduk Negara 'Israel', menurut dakwaannya.

Shalev turut bertegas Israel sentiasa berpegang dengan haknya bagi mengambil sebarang langkah yang perlu bagi menjamin keselamatan dan mempertahankan penduduknya. Sumber 30/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> 09.11 malam, Palestin/Mesir. Menurut akhbar Amerika, Mesir mengakui bahawa misi pembinaan tembok keluli yang merentangi sempadannya dengan Gaza 'gagal'.

Read more...

Pejuang letupkan laluan rondaan penjajah

30 Julai 2010

KHAN YUNUS - Beberapa pejuang Palestin telah meletupkan peledak di laluan rondaan jip tentera Israel berdekatan dengan bawwabah Suraij, garisan sempadan timur Khan Yunus, selatan Gaza.

Agensi berita 'safa' melaporkan bahawa kesan dari letupan tersebut mengakibatkan bunyi dentuman yang amat kuat. Bagaimanapun letupan tersebut tidak berjaya memusnahkan jentera perang Israel.

Operasi pejuang Palestin ini sejurus selepas serangan roket jenis 'grad' yang membedil bandar Askalan pagi tadi.

Serangan tersebut mengakibatkan beberapa buah bangunan dan kereta penduduk Israel mengalami kerosakan. Sumber 30/07/2010, jam 11.52 tengahari Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Read more...

Waspada dengan perancangan bunuh Syeikh Raed Salah dalam penjara Israel

28 Julai 2010

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948 menyebut tentang peringatan dan waspada mengenai perancangan bunuh oleh zionis ke atas Syeikh Raed Salah yang menjalani hukuman penjara selama 5 bulan di dalam penjara 'أيالون' Israel.

Beliau menyatakan sedemikian dalam kenyataan akhbar, bahawa wujudnya bahaya kepada Syeikh Raed Salah berikutan bahagian penjara yang didudukinya juga ada penjenayah-penjenayah Yahudi.

Jelas beliau lagi, Syeikh Raed Salah telah menerima percubaan bunuh namun gagal iaitu ketikamana Syeikh Raed berada di atas kapal Mavi Marmara dalam serangan berdarah pada akhir bulan Mei. Kebimbangan dengan situasi percubaan bunuh mungkin akan berulang ketika Syeikh Raed berada dalam penjara yang turut ada penjenayah Yahudi dan gesaan dari wakil 'SHABAK' zionis.

Syeikh Kamal Khatib menyebut bahawa Ketua Gerakan Islam jajahan 1948(Syeikh Raed Salah) telah membantah penggantian hukuman khidmat masyarakat dalam Yayasan-yayasan Pertubuhan zionis dengan memilih penjara selama 5 bulan berikutan mahkamah Israel telah memutuskan keputusan yang zalim ke atas Syeikh Raed Salah setelah beliau ditangkap dalam kes di pintu Al-Magharibah(salah sebuah pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa). Sebagaimana dijelaskan, pada waktu kejadian, beliau mempertahankan diri dari pukulan polis zionis. Sumber 28/07/2010, web rasmi Pejabat Penerangan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)

Read more...

Israel persiapkan misi, ALWIYAH tembak seorang tentera Israel

GAZA - Kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN merupakan sayap tentera kepada Lijan Muqawamah Sha'biah mengumumkan pada tengahari tadi bahawa pejuangnya telah menembak tepat seorang tentera Israel di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza.

Dalam keterangan rasmi yang disampaikan kepada agensi berita 'safa', ALWIYAH berkata, salah sebuah dari unit pejuangnya telah berjaya menembak tepat seorang tentera Israel yang berada di atas sebuah jentera perang ketika menceroboh di kawasan Bu'rah Abu Samrah, utara Beit Lahiya.

Tambah ALWIYAH lagi, tembakan tersebut tepat ke atas sasaran yang pasti mendapat luka parah.

Dalam keterangan rasmi itu, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengakui bahawa operasi yang dilakukannya adalah balasan ke atas penentangan Israel bukan sahaja di Gaza malah pencerobohan ke atas setiap pelusuk tanah Palestin yang dijajah. Kumpulan pejuang ini menegaskan bahawa satu-satunya untuk membebaskan tanah-tanah Palestin secara keseluruhan adalah dengan jalan jihad dan penentangan.

Sementara itu, sumber keselamatan Palestin menjelaskan bahawa jentolak-jentolak dan jentera perang Israel berkumpul di atas garisan sempadan Beit Lahiya, di samping melepaskan tembakan.

Sumber yang sama memaklumkan kepada agensi 'safa' bahawa memang ada pencerobohan Israel di kawasan berkenaan, namun tidak ada sebarang luka parah di kalangan penduduk. Sumber 28/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Mesir bantah ahli parlimen Iran masuk ke Gaza

TEHRAN - Kaherah telah membantah dari memberikan visa kepada empat ahli parlimen(MP) Iran yang berniat memasuki ke Gaza melalui sempadan Rafah Mesir, menurut web berita 'Press TV' Iran versi inggeris.

Memetik sumber agensi berita Perancis dari salah seorang ahli parlimen Iran yang terbabit, Mahmoud Ahmadi-Beighash berkata, 'Kerajaan Mesir telah menggantungkan pemberian visa masuk ke Gaza, dan sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang visa mahupun kebenaran.'

Gambar, rujuk wikipedia: Kapal perang Amerika Syarikat(US) yang sedang berlayar melalui Terusan Suez.

Sebagaimana yang dijadualkan, Mahmoud Ahmadi-Beighash beserta tiga lagi ahli parlimen Iran akan memasuki Gaza melalui sempadan Rafah Mesir pada hari selasa, 3 Ogos.

Agensi berita 'Mehr' Iran menyebut dalam laporannya pada 21 JUlai bahawa empat ahli parlimen Iran berniat untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir dan ia merupakan satu-satunya sempadan dengan Gaza yang tidak berada di bawah kawalan Israel.

Gambar, rujuk wikipedia: (Egypt - Suez Canal Transit) View from the El Ballah by-pass canal to the other three ships in our conoy coming under the Suez Canal Bridge.

Pada awal Jun yang lalu, Pertubuhan Bulan Sabit Merah Iran mengumumkan pihaknya berniat untuk menghantar dua buah kapal bantuan pemecah sekatan ke Gaza yang dikepung Israel tetapi usaha tersebut terpaksa ditangguhkan kerana Kaherah tidak membenarkan kapal Iran menyeberangi Terusan Suez, menurut Pertubuhan Bulan Sabit Merah.

Sementara itu, sebuah delegasi perubatan Indonesia telah memasuki Semenanjung Gaza semalam melalui sempadan Rafah Mesir. Sumber 28/07/2010, web berita safa.ps

Rujukan lain:


Pautan lain:

Read more...

Dua pejuang luka parah

Menurut sumber yang melaporkan pada jam 12.46 pagi, Palestin/Mesir bahawa dua pejuang Palestin yang belum dinyatakan dari mana-mana kumpulan telah mengalami luka parah dalam satu misi jihad. Kejadian tersebut berlaku di pertengahan Semenanjung Gaza. Sumber web berita safa.ps

Read more...

SARAYA tembak seorang tentera Israel

27 Julai 2010

KHAN-YUNUS, - Kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI telah mengumumkan bahawa pihaknya telah menembak seorang tentera Israel di timur bandar kecil Khuza'ah, timur Khan Yunus, di selatan Gaza.

Dalam keterangan web rasmi SARAYA AL-QUDS, pihak kumpulan pejuang tersebut berkata, salah seorang pejuangnya telah berjaya menembak dengan tepat seorang tentera zionis di timur bandar kecil Khuza'ah.

Tambah kenyataan itu lagi, tentera zionis terkena tembakan tersebut secara langsung. Sumber 27/07/2010, jam 03.43 petang, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Entah bila kunci dibuka?

26 Julai 2010

Sumber karikatur, web berita Palestine 1948(Pls48)

Bila kunci ke atas Gaza dibuka?

Read more...

Rombongan perubatan dan media Malaysia akan tiba di Gaza Ramadhan ini

Menurut sumber agensi berita safa, 26/07/2010 melaporkan bahawa 30 doktor perubatan Malaysia dalam pelbagai bidang kepakaran nekad tiba di Gaza dalam Ramadhan akan datang.

Berita Penuh:

KUALA LUMPUR: Seramai 55 sukarelawan, termasuk 30 doktor pakar dan pegawai perubatan daripada pelbagai bangsa, dipilih mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza selama 13 hari pada bulan puasa ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata misi yang turut disertai 10 wakil media itu, akan berlepas pada 8 Ogos ini sebagai usaha berterusan Kelab Putera 1Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

"Saya berbangga kerana misi kemanusiaan ini turut disertai oleh doktor dan pegawai perubatan pelbagai bangsa. Mereka terpanggil menyertai kerana tanggungjawab membantu mangsa peperangan dan sebagai isteri pemimpin utama negara, saya berterima kasih kepada doktor berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan penyampaian sumbangan misi kemanusiaan itu anjuran Kelab Putera 1Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di kediamannya di sini, hari ini.

Rosmah berkata, misi berkenaan menunjukkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat di negara ini terhadap penderitaan penduduk Gaza.

Beliau berkata, 30 doktor dan pegawai perubatan daripada sektor kerajaan serta swasta itu masing-masing 10 bangsa Melayu, India dan Cina, melambangkan semangat 1Malaysia yang semakin berjaya diterima oleh semua pihak.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pasukan itu terdiri daripada pakar ortopedik, pakar bedah neuro, dan pakar psikiatri. akan ditempatkan di lima hospital termasuk Al-Quds Hospital, Khan Younis, Al-Amal Hospital dan Jabaliyah Hospital.

"Kita membawa doktor pakar tempatan untuk ditempatkan di lima hospital yang dikenal pasti bagi mendidik doktor di sana terutama daripada konteks psikiatri dalam memberi penekanan dan taklimat berkaitan pesakit trauma khususnya kanak-kanak dan warga emas yang masih dalam pemikiran ketakutan," katanya.

Menurutnya, 30 doktor terbabit dipilih daripada 173 doktor yang mendaftar untuk menjadi sukarelawan bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata, satu laporan akan dibentangkan kepada Rosmah berhubung misi berkenaan termasuk berkaitan bantuan di sempadan Gaza dan beberapa siri bantuan susulan akan dijalankan pada masa depan.

Abdul Azeez yang mengetuai misi itu berkata dalam misi berkenaan, bantuan ubat-ubatan, pakaian, makanan dan keperluan harian dibawa dalam suasana menyambut Ramadan yang akan dihulurkan kepada 1,000 keluarga.

Turut hadir pada majlis itu, Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Aziz Abu Ghoush dan Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM Malaysia, Datuk Dr Bahari Abu Mansor yang juga penasihat misi berkenaan. - Bernama

Sumber 26/07/2010, web berita harian(Malaysia)

Read more...

Karikatur: Kita bersedia pertahankan Al-Aqsa?

Sumber karikatur, web berita Palestine1948(Pls48)

>> Persediaan Israel merempuh Al-Aqsa

Arab..? Bagaimana dengan umat Islam? <<

Read more...

Penjajah mengebom tiga terowong bawah tanah di Rafah

RAFAH - Pesawat tempur 'F-16' Israel telah melancarkan beberapa serangan udara awal pagi tadi ke atas beberapa buah terowong bawah tanah yang bertebaran di beberapa kawasan.

Menurut sumber dari agensi berita safa melaporkan bahawa beberapa buah pesawat tempur F-16 mensasarkan dua buah terowong bawah tanah di perumahan As-Salam, timur Rafah dengan dua peluru misil. Manakala, terowong bawah tanah kedua yang dibom terletak di perumahan As-Shu'ut, barat bandar Rafah.

Sumber menambah lagi bahawa beberapa buah pesawat F-16 tersebut mensasarkan pengeboman ketiganya ke atas sebuah terowong bawah tanah yang berada di sebuah tanah lapang berhampiran stesen janakuasa elektrik di Nuseirat, pertengahan Gaza.

Time-line serangan:

Jam 04.08 pagi. Penjajah mengebom sebuah terowong bawah tanah di perumahan As-Salam.

Jam 04.22 pagi. Pengeboman kedua ke atas sebuah terowong bawah tanah di barat bandar Rafah.

Jam 04.30 pagi. Serangan kali ketiga ke atas sebuah terowong bawah tanah di sebuah tanah lapang, Nuseirat.

Dalam serangan tersebut, tiada laporan mengenai sebarang luka parah atau kecederaan di kalangan penduduk Palestin. Sumber 26/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penjajah bedil rumah Palestin di timur Rafah

RAFAH - Tentera penjajah yang berada di menara kawalan, pertengahan sempadan Karem Abu Salem dan pintu masuk dari timur bandar Rafah telah membedil beberapa buah rumah penduduk Palestin di perumahan An-Nahdhah dan Ad-Dahiniah. Kejadian tersebut berlaku pada malam tadi yang dilaporkan pada jam 11.59 tengah malam, Palestin/Mesir.

Wartawan dari agensi berita safa melaporkan bahawa beberapa buah kereta kebal penjajah bergerak dengan pantas di bahagian timur kawasan kejadian. Di samping itu, tentera penjajah turut melepaskan tembakan cahaya ke ruang udara di kawasan terbabit. Sumber 26/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Sesak nafas ketika upacara pengebumian di Beit Umar

25 Julai 2010

KHALIL - Beberapa penduduk Palestin mengalami sesak nafas dalam upacara pengebumian di tanah perkuburan Beit Umar apabila tentera penjajah bertindak melepaskan bom gas ke atas mereka.

Sumber dari agensi berita menjelaskan bahawa sepasukan tentera Israel merempuh ke tanah perkuburan tersebut dan melontar bom gas sehingga mendorong para pengiring jenazah meninggalkan jenazah dan tidak dapat menyempurnakan upacara pengebumian pada waktu itu.

Bagaimanapun, setelah tentera penjajah berundur pergi, para pengiring jenazah kembali menyempurnakan semula upacara pengkebumian.

Tanah perkuburan tersebut terletak berhampiran dengan pos kawalan(check-point) tentera Israel di bandar kecil Beit Umar, utara bandar Khalil. Sumber 25/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Gaza memerlukan lebih 63 ribu buah unit perumahan

GAZA - Menteri Kerja Raya dan Perumahan di Gaza, Yusof Mahmud Al-Mansi berkata, 'Semenanjung Gaza memerlukan lebih 63 ribu buah unit perumahan masa ini..lebih-lebih lagi selepas perang ke atas Gaza pada tahun 2008-2009'.

Al-Mansi dalam kenyataannya menjelaskan, kementeriannya telah menyusun beberapa rancangan projek pembinaan perumahan bagi mencegah berlakunya kelembapan dalam sektor perumahan di Gaza, namun dengan penutupan sempadan-sempadan Gaza, projek tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Beliau menyatakan, usaha-usaha pembinaan di Gaza terhenti dan apa yang disebarkan dalam media massa mengenai pelonggaran sekatan hanyalah penipuan semata-mata Israel kepada dunia. Jelas beliau, Israel telah menghalang kemasukan bahan-bahan asas binaan ke Gaza.

Menteri Kerja Raya dan Perumahan Gaza merayu kepada masyarakat antarabangsa perlunya mengenakan tekanan kepada penjajah demi membebaskan Gaza dari sekatan dan membenarkan kemasukan bahan-bahan asas binaan bagi memulakan membina unit-unit perumahan khususnya kepada mereka yang ditimpa bencana akibat perang tahun lalu.

Ketika perang ke atas Gaza tahun lalu, penjajah telah membedil beribu-ribu buah rumah penduduk Gaza. Di antaranya, rumah-rumah yang dibedil musnah teruk dan ada yang rosak sebahagian. Akibat dari itu, beribu-ribu penduduk mendapatkan perlindungan di khemah-khemah dan rumah keluarga serta jiran tetangga. Hanya sebahagian kecil dari mereka yang berkemampuan menyewa rumah-rumah yang sedia ada. Sumber 25/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Kami akan lepaskan Gaza dari sekatan apabila terhentinya keganasan - Perez

23 Julai 2010

AL-QUDS, - Presiden Negara Penjajah(Israel), Simon Perez(gambar) mendakwa semalam bahawa Israel akan melepaskan Gaza dari sekatan yang dikenakan apabila kegiatan yang dikenali 'keganasan' dihentikan.

Perez turut mencemuh pendirian masyarakat antarabangsa berhubung serangan berdarah yang dilakukan oleh Israel ke atas kapal Mavi Marmara Turki yang cuba berusaha mematahkan sekatan Gaza dua bulan yang lalu.

Presiden Israel itu turut menyebut bahawa Israel kini berhadapan dengan pendiskriminasian di peringkat PBB(UN) berikutan kewujudan pengaruh pihak-pihak yang berbahaya dalam Badan-badan antarabangsa.

Perez berkata sedemikian ketika mengadakan kunjungan rasmi ke Slovenia selama dua hari yang memfokuskan mengenai hubungan dua hala antara dua Negara tersebut. Sumber 23/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Tazkirah: Because He Is A Muslim

Ingin tahu apa yang terkandung di dalamnya? Sila klik di sini


Kiriman dari YM yang dikenali 'fatin'. Semoga kita selaku umat Islam mendapat manfaat yang terbaik dari tazkirah ini. Sekian.

Read more...

Israel ceroboh lagi timur Rafah

RAFAH - Sumber melaporkan, beberapa buah jentera perang Israel telah menceroboh dengan skala terhad di Hayyu Nahdhah, timur Rafah, selatan Gaza pada waktu asar tadi. Dalam pencerobohan itu, jentera perang Israel turut melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin.

Agensi berita menjelaskan bahawa tiga buah jentera perang Israel mengiringi dua buah jentolak sejauh 200 meter ke dalam tanah penduduk Gaza yang setentang dengan garisan sempadan.

Sebagaimana dijelaskan, jentera perang Israel yang menceroboh ke timur Rafah telah melepaskan tembakan ke arah beberapa buah rumah penduduk Gaza yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Namun, sumber tidak pula melaporkan wujudnya sebarang kecederaan mahupun luka parah di kalangan penduduk Gaza tetapi dalam masa yang sama, jentolak-jentolak Israel menjalankan operasi meratakan tanah dan menjalankan pengesanan di kawasan berkenaan. Sumber 23/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Israel bedil tanah pertanian

21 Julai 2010

Terkini: Berita ringkas pada jam 04.01 petang, Palestin/Mesir melaporkan artileri Israel telah mengebom sebuah kawasan tanah pertanian di Beit Hanoun. Sumber 21/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Penutupan pintu Masjid Al-Aqsa menimbulkan bahaya - Abu 'Arfah

AL-QUDS, - Bekas Menteri Hal-Ehwal Al-Quds, Khaled Abu 'Arfah yang diancam usir keluar dari Al-Quds berpendapat tindakan penjajah yang berazam untuk menutup pintu-pintu Masjid Al-Aqsa kepada jemaah solat yang berumur tidak melebihi 50 tahun seumpama menimbulkan bahaya.

Abu 'Arfah berkata dalam kenyataannya kepada agensi berita, Israel berusaha untuk memberikan perlindungan kepada penduduk Israel yang mengadakan perarakan sebagaimana kehormatan yang perlu diberikan kepada penduduk asal Baitul-Maqdis. Tindakan seumpama ini adalah natijah sebagaimana yang lazim dilakukan oleh Israel untuk meyahudikan Al-Quds serta mengubah Masjid Al-Aqsa kepada geraja(rumah ibadat) Yahudi.

Israel menghalang jemaah solat yang berumur tidak melebihi 50 tahun yang terdiri dari kalangan penduduk Al-Quds, Palestin jajahan 1948, penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dari memasuki Al-Quds dengan alasan keselamatan.

Abu 'Arfah turut merayu kepada Arab supaya memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan terhadap bandar suci(Al-Quds), juga bertindak segera bagi menggempur penjajah dan memaksanya berundur dari bandar Al-Quds dan menghentikan penentangannya ke atas penduduk Al-Quds.

Di sudut lain, Abu 'Arfah berpendapat dengan pembukaan Stadium Al-Bustan di Al-Quds adalah seumpama era baru antara penduduk dengan tanah-tanah mereka. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keamanan Palestin di Tebing Barat menangkap 5 anggotanya dari Nablus, Tulkarm, dan Sulfit. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Sumbangan ubat-ubat rosak dan kain kapan kepada Gaza

Wartawan Al-Jazeerah telah membuat liputan di Gaza mengenai kewujudan banyak daripada sumbangan yang disalurkan oleh beberapa buah Negara dan Pertubuhan-pertubuhan ke Gaza telah tamat tempoh. Malah, sumbangan tersebut banyak memberikan kemudharatan berbanding kebaikan.

Menurut Munir Al-Birsh yang menguruskan bahagian suambangan di Kementerian Kesihatan Gaza menyebut, hanya 30% sahaja dari sumbangan perubatan yang diterima selepas perang Gaza dapat dimanfaatkan oleh hospital-hospital dan Badan-badan Kesihatan. Al-Birsh turut menceritakan tentang sumbangan dari kargo muatan ubatan yang dikhususkan kepada pesakit 'selsema babi' berjumlah jutaan dolar Amerika.

Menurut Basam Barhum, Pengerusi Barang Keperluan Kesihatan di Kementerian yang sama menjelaskan bahawa alat pencuci buah pinggang yang dibawa bersama salah sebuah rombongan bantuan juga telah luput tarikh penggunaannya.

Kain kapan untuk kanak-kanak

Selain itu, perkara yang menimbulkan kemarahan di kalangan beberapa wakil-wakil Kementerian Kesihatan di Gaza mengenai sumbangan yang berupa kain kapan untuk kanak-kanak.

Wakil-wakil Kementerian Kesihatan di Gaza menegaskan bahawa Gaza dapat dinisbahkan 100% tidak ada 120 jenis ubat-ubatan utama meskipun telah beberapa kali membuat permintaan kepada penyumbang-penyumbang untuk memfokuskan tentang hal sedemikian.

Ketika beberapa kali sumbangan ubat-ubatan yang rosak dari rombongan-rombongan bantuan ke Gaza turut mengubah Gaza kepada keadaan yang mendukacitakan. Hal tersebut terpaksa menimbus ubat-ubatan di kawasan pelumpusan sampah meskipun tidak ada tempat tempat dan pembakar khusus malah boleh menyebabkan masalah persekitaran alam sekitar yang membahayakan. Sumber 21/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Oglu jumpa Mashaal di Damshik

20 Julai 2010

DAMSHIK - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu telah bertemu dengan Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal ketika mengadakan kunjungan rasmi ke Syria semalam, menurut jurucakap Kementerian Luar Turki hari ini.

Sebagaimana dimaklumkan, Menteri Luar Turki mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria, Bashar Asad dan Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri.

Jurucakap rasmi Kerajaan Turki, Saleem Yanael menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai perbincangan antara Menteri Luar Turki dengan Mashaal.

Turki bertegas dengan pendiriannya ke arah gerakan HAMAS dengan menegaskan HAMAS telah memenangi pilihanraya secara demokrasi(2006) dan HAMAS mesti diberikan peluang demi untuk menjalankan peranannya sebagai pemerintah.

Turki juga menyeru kepada Negara-negara Eropah dan mana-mana Negara agar mengadakan hubungan perbincangan(diplomasi) dengan HAMAS serta tidak memutuskan hubungan komunikasi dengan HAMAS.

Waktu ini, Turki adalah Negara yang kuat menentang sebarang penentangan Israel terhadap Palestin, khususnya Semenanjung Gaza. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Pautan lain:

> Turkey's foreign minister meets with exiled Hamas leader

Capaian rujukan:

> Ahmet Davutoğlu(wikipedia)

Read more...

Pelampau Yahudi rempuh masuk ke Al-Aqsa

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, keadaan di bandar Al-Quds hari ini teramat tegang berikutan rempuhan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan pelampau Yahudi pagi tadi ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Ketua Bahagian Perancang di Masjid Al-Aqsa, Najih Bakirat dalam kenyataannya kepada agensi berita berkata, tiga kumpulan pelampau Yahudi yang terdiri dari puluhan pelampau Yahudi merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa melalui pintu Al-Magharibah dengan dikawal ketat oleh polis Israel.

Kata beliau lagi, 'pelampau-pelampau Yahudi sedang berjalan-jalan di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika ini sempena memperingati hari yang dikenali mereka dengan keruntuhan haikal malah sebagai upacara permulaan bagi mengadakan perkumpulan terbesar pada keesokan hari sempena mengadakan upacara keagamaan.'

Beliau menyatakan, Pihak Berkuasa Penjajah menutup Masjid Al-Aqsa dari dimasuki penduduk Palestin yang ingin menunaikan solat malah turut menghalang selain daripada pelampau Yahudi sejak beberapa jam pagi tadi. Berikutan itu, keadaan menjadi tegang sehingga meliputi di luar tembok-tembok Masjid Al-Aqsa.

Sumber menambah, sebahagian besar penduduk asal Baitul-Maqdis bergegas ke tempat berkenaan. Bagaimanapun sehingga laporan ini diterbitkan pada jam 11.37 pagi tadi, waktu Palestin/Mesir tidak ada sebarang pertempuran berlaku. Sumber 20/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Sumber khas kepada agensi berita safa.ps melaporkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir membebaskan 2 lagi tahanan dari kumpulan JIHAD ISLAMI Palestin. Sumber 20/07/2010, jam 09.38 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Gunung salji

Sumber karikatur, Palestine 1948(pls48)

"Gunung salji yang tidak cair meskipun bahang kepanasan yang bersangatan menimpanya"

- Inisiatif Perdamaian Arab -

Read more...

Israel tangkap perancang serangan 'operasi Khalil'

19 Julai 2010

Media massa Israel mendedahkan pada hari ini mengenai penangkapan operasi Khalil yang berlaku pada 14 Jun lalu mengakibatkan seorang polis Israel terbunuh, manakala 3 lagi polis Israel parah.

Radio Israel menyebutkan bahawa SHABAK(Bahagian Keselamatan Am Israel) yang mendedahkan pada hari ini mengenai sekumpulan penduduk Palestin yang ditangkap kerana mensasarkan kawasan rondaan polis di kawasan مستوطنة عوتنيئيل, selatan Khalil, Tebing Barat.

Menurut sumber yang sama, mereka yang ditangkap dari kalangan orang-orang HAMAS( حركة المقاومة الإسلامية ), dan mereka ditangkap selepas 10 hari berlakunya operasi tersebut. Sebagaimana dijelaskan, sebahagian dari mereka yang ditangkap adalah tahanan yang telah dibebaskan dari penjara-penjara Israel sebelum ini.

Pihak Berkuasa Penjajah melaksanakan operasi penangkapan itu secara meluas di kampung Deir Samat sehingga tertangkap 21 penduduk dari kalangan penyokong HAMAS. Berita ringkas, sumber 19/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Penjajah ceroboh selatan Gaza, pejuang hadang

KHAN YUNUS - Sumber melaporkan, 23 buah jentera perang Israel telah menceroboh di timur Khan Yunus dan Rafah dengan skala terhad pada petang tadi.

Dinyatakan, 2 buah jentera perang Israel yang mengiringi jentolak menceroboh ke dalam tanah penduduk Gaza di bandar kecil Qararah yang bertentangan dengan garisan sempadan. Sejumlah jentera perang tersebut menceroboh dalam jarak puluhan meter bertolak dari pos kawalan tentera 'Kissufim' sambil menghujani tembakan ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit.

Sementara itu, 10 buah lagi jentera perang Israel menceroboh dengan skala terhad di kawasan Hayyul-'Umur yang terletak di tenggara Wilayah Khan Yunus malah turut melepaskan tembakan dengan bertubi-tubi.

Dari sudut lain pula, 4 buah kereta kebal dan dua buah jentolak Israel menceroboh kawasan sempadan(perlintasan) Karem Abu Salem dan meratakan tanah-tanah penduduk Gaza di kawasan berkenaan.

Sumber turut menyebut bahawa kumpulan pejuang, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera Lijan Al-Muqawamah As-Sha'biah) telah mengebom sebuah kumpulan jentera perang Israel yang berada di luar pintu masuk Sufa, selatan Gaza dengan peluru roket 'hawn', 100mm.

Dalam keterangan rasminya, ALWIYAH berkata, pihaknya telah mengebom sebuah perkumpulan jentera perang penjajah yang berada di luar Sufa malah ALWIYAH berupaya mengebom menara Merah Israel di timur Rafah, Selatan Gaza dengan peluru roket 'hawn', 82mm.

Dinyatakan, operasi serangan tersebut adalah untuk menghadang serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza dan keseluruhan tanah-tanah Palestin. ALWIYAH turut menyatakan, jihad dan penentangan(perjuangan) adalah satu-satunya jalan bagi membebaskan kesemua tanah-tanah Palestin. Sumber 19/07/2010, jam 07.53 malam, Palestin/Mesir, web berita safa.ps

Read more...

Faktor yang mengikat Kerajaan Gaza dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin

GAZA - Ismail Haniah, Perdana Menteri Kerajaan Palestin Gaza menyatakan hubungan strategi yang wujud telah membina ikatan antara Kerajaannya dengan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Beliau mengatakan sedemikian berikutan pertemuan beliau dengan kumpulan pejuang dari ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang diketuai Setiausaha Agungnya, Abu 'Audh An-Nirab. Pertemuan tersebut membincangkan tentang kedudukan terkini mengenai dialog Palestin dari sudut politik, sekatan di Gaza dan masa depan hubungan dalaman Palestin(tanahair).

Dari sudut lain, Ismail Haniah turut menerima kunjungan dari sebuah delegasi perubatan Indonesia yang tiba di Gaza untuk menaja pembinaan hospital baru utara Gaza di kawasan Beit Lahiya.

Beliau menghargai penduduk Indonesia yang mengambil berat dan membantu secara rasmi penduduk Palestin. Tambahan pula, Indonesia adalah sebahagian dari hubungan strategi yang dalam mendalam sepertimana Negara-negara umat Islam yang lain mahupun Arab. Sumber 19/07/2010, web berita safa.ps

Berita lain:

> Sumber dari Bulan Sabit Merah Mesir menyatakan, sebanyak 535 tan barangan bantuan dari kapal Amal Libya telah dimasukkan ke Semenanjung Gaza. Laporan berita safa.ps pada jam 06.48 petang, Palestin/Mesir

Read more...

Seorang kanak-kanak penduduk asal Baitul-Maqdis diusir keluar

17 Julai 2010

AL-QUDS, - Sumber melaporkan, mahkamah Israel semalam di Al-Quds mengeluarkan satu ketetapan dengan mengusir(menjauhkan/pembuangan) seorang kanak-kanak, Ahmad Ghais, 12 yang merupakan penduduk asal Baitul-Maqdis dari perumahan Silwan. Penjajah turut tidak membenarkan Ahmad memasuki kawasan 'Ain di bandar tersebut selama dua bulan malah keluarganya dikenakan denda sebanyak 4 ribu Shekel(matawang Israel).

Polis menangkap Ahmad pada malam semalam dan membawanya ke Balai Polis Salahuddin di Al-Quds kerana didakwa melontar batu ke arah penduduk Israel di kawasan 'Ain di Silwan. Keluarga Ahmad menafikan dakwaan itu. Sumber 17/07/2010, web berita ma'an

Read more...

Karikatur: Kenapa memilih begini?



Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Lagi delegasi Indonesia tiba di Gaza, Sudan beredar

GAZA - Sumber melaporkan, delegasi perubatan Indonesia tiba di Gaza pada waktu petang Sabtu. Dalam masa yang sama, delegasi perubatan Sudan yang terdiri dari dua orang pakar perubatan dan juruteknik beredar meninggalkan Gaza.

Delegasi Indonesia terdiri dari 5 orang anggota yang datang dari Mesir telah memasuki Gaza setelah mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Mesir.

Sebagaimana dimaklumkan, delegasi Sudan yang beredar dari Gaza hari ini terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti latihan dan pemilihan kelayakan malah turut menjalankan beberapa siri pembedahan di hospital-hospital Gaza yang mencukupi tempoh sebulan. Sumber 17/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Hotel pelancongan freedom flotilla di Israel

Berita semalam:

Datuk Bandar Haifa, Yona Yahav(gambar) meminta kepada Menteri Pertahanan(perang) Israel, Ehud Barak agar mengubah kapal Mavi Marmara Turki, salah sebuah kapal armada pembebasan menjadi hotel pelancongan di persisiran pantai Haifa.

Yona Yahav dari parti Buruh Israel yang diketuai oleh Ehud Barak, Menteri Pertahanan(perang) Israel.

Permintaan tersebut dari surat yang dikemukakan oleh Yahav kepada Ehud Barak mendesak supaya bersetuju dengan ideanya.

"Apabila Kerajaan Israel membuat keputusan merampas kapal yang berlabuh di pelabuhan Ashdod(Ushdud) masa ini, maka yang utamanya adalah mengubah kapal itu kepada sebuah hotel terapung di hadapan pantai Haifa", ujar Yahav.

Tambah Yahav lagi, 'Haifa adalah satu contoh ikutan kehidupan yang dapat dikongsi bersama agama-agama yang berbeza, dan tempat yang paling sesuai bagi kapal Mavi Marmara yang kami mengubahnya menjadi simbol 'toleransi' dan 'sebuah harapan' di peringkat antarabangsa.'

Sebagaimana yang disebutkan, serangan berdarah ke atas armada pembebasan di akhir bulan Mei yang lalu telah mengorbankan 9 sukarelawan Turki. Israel masih menahan lapan buah kapal bantuan armada pembebasan yang di bawah tajaan Pertubuhan Antarabangsa pemecah sekatan, termasuklah Mavi Marmara dan beberapa buah kapal kargo.

Kemanusiaan yang bodoh

Permintaan Yahav melalui suratnya kepada Ehud Barak dikecam Hanin Zoabi(gambar bawah), ahli parlimen Arab di parlimen Knesset Israel berikutan Zoabi mengiktibarkan situasi itu adalah medan tempur yang telah membunuh orang awam biasa tidak mungkin boleh menjadi simbol kehidupan yang bersifat toleransi dan menjadi harapan melainkan ia bersifat kemanusiaan yang bodoh dan biadap kerana tidak sesuai pada tempatnya.

Hanin berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa kapal Marmara telah membentuk simbol pemecah sekatan yang dikenakan ke atas Gaza malah turut memecahkan kongkongan akal ke atas orang-orang Israel.

Jelas beliau, 'setelah Marmara dikuasai maka ia telah berubah - berdasarkan serangan berdarah - menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan, kongkongan dan perbezaan ras bangsa di seluruh dunia.'

Zoabi menyatakan bahawa beliau tidak boleh membisu dengan inisiatif yang berbentuk jenayah khususnya setelah beliau sendiri menetap sementara waktu di atas Marmara dan menyaksikan sendiri operasi jenayah(lanun) yang dilakukan tentera Israel.

Di akhir katanya, Zoabi menggunakan sindiran bahawa Arab dan Yahudi yang menjalani 'kehidupan bersama' di Haifa tidak akan berkurang atau bertambah dengan inisiatif sebegini kerana orang Arab dan Yahudi tidak akan menyertai pakej pelancongan yang telah dibina atas darah-darah orang awam.

Pada Rabu lalu, Knesset Israel telah meluluskan satu usul yang mendapat pungutan majoriti suara melucutkan tiga keistimewaan status ahli parlimen Hanin Zoabi kerana menyertai konvoi armada pembebasan. Knesset telah memutuskan visa diplomasi beliau dilucutkan, malah perjalanan Zoabi keluar-masuk Israel turut dihadkan(pembatasan) dan dihalang mendapat kekebalan undang-undang(mengikut kefahaman map).

Berhubung kenyataan Zoabi, Yahav berkata, "aku tahu Knesset telah lucutkan keistimewaan status ahli parlimen awak akibat mengikuti armada pendendam ke Gaza dan penyertaan awak telah membuat provokasi jenayah yang membunuh manusia. Dengan kejadian itu, aku dengan rela hati membuat tindakan yang waras meminta mengubah Marmara dari simbol 'pengganas', 'pelampau', 'yang mencetuskan provokasi' kepada simbol 'toleransi'."

Hukum Israel

Dari pihak lain, Lubna Musarawah, Penyelaras Armada Pembebasan dalam Palestin merangkap anggota Pertubuhan Antarabangsa Membebas Sekatan Gaza turut mengungkapkan bahawa cadangan mengubah Mavi Marmara kepada tempat pelancongan untuk hiburan serupa orang yang bodoh dan biadap. Tambah Lubna, cadangan Israel itu sebagai usaha untuk memperbaiki gambaran Israel di hadapan masyarakat antarabangsa.
Lubna mendedahkan kedudukan terkini, iaitu Pertubuhan Antarabangsa tersebut telah memutuskan dalam pertemuannya yang telah diadakan di Turki untuk menghukum Kerajaan Israel berhubung melakukan serangan berdarah dan merempuh naik ke atas kapal bantuan.

Musarawah berkata kepada agensi berita, 'kami dalam peringkat permulaan untuk mengemukakan pendakwaan ke atas Israel, dan kami masih meneliti dan mengkaji prosedur perundangan untuk membuat dakwaan di Mahkamah Antarabangsa atau Israel sendiri'.

Tambah beliau, "Kami telah mengajukan kepada pihak Israel bagi meminta bebaskan lapan buah kapal yang ditahannya di pelabuhan Ashdod, tetapi kami tidak mendapat apa-apa jawab balas, oleh itu, kami sedang berusaha mencari mekanisme dari prosedur antarabangsa bagi memaksa Israel menyerahkan semuala kapal-kapal kepada kami."

Beliau turut menjelaskan bahawa Pertubuhan Antarabangsa berkenaan sedang melakukan persiapan demi tercapainya pelayaran 'Armada Pembebasan 2'. Lubna turut memaklumkan bahawa 'Armada Pembebasan 2' akan belayar menuju ke Gaza pada Oktober akan datang. Pelayaran ini turut disertai wakil-wakil dari berbagai-bagai Negara dan beberapa delegasi parlimen dari Negara-negara Eropah. Sumber 16/07/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

> Haneen Zoabi(wikipedia)
> Yona Yahav(wikipedia)

Read more...

Mesir bebas dua pejuang JIHAD ISLAMI

16 Julai 2010

RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI Palestin yang ditahan dalam penjara Mesir sejak beberapa bulan yang lalu.

Sumber khas yang memaklumkan kepada agensi berita menyatakan dua tahanan yang dibebaskan; Talal Abd 'Al dan Ahmad Hujjaj telah tiba di Gaza melalui sempadan Rafah. Dijelaskan lagi, Pihak Berkuasa Mesir telah memudahkan pembebasan kedua tahanan tersebut setelah ditahan selama dua bulan dalam penjara Mesir.

Dua minggu yang lalu, Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan dua tahanan gerakan JIHAD ISLAMI, iaitu Hamzah Humaid dan Ubaidah Al-Gharably, namun hampir 10 lagi tahanan dari gerakan JIHAD ISLAMI dikurung dalam penjara-penjara Mesir.

Perkembangan terbaru yang disebut, bahawa delegasi gerakan JIHAD ISLAMI diketuai Nafeez Azam telah berkunjung ke Kaherah dua bulan yang lalu bertujuan membincangkan beberapa isu dan permasalahan yang berkaitan antara JIHAD ISLAMI dengan Mesir, dan isu yang utama adalah berkenaan isu tahanan. Sumber 16/07/2010, web berita safa.ps

Read more...

Delegasi perubatan Malaysia tiba di Gaza

Sumber melaporkan pada jam 06.08 petang, Palestin/Mesir bahawa sebuah delegasi perubatan dari Malaysia telah tiba ke Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah setelah Pihak Berkuasa Mesir memberi kebenaran memasuki ke Gaza.

Delegasi perubatan Malaysia terdiri dari 9 orang anggota Bulan Sabit Merah Malaysia.

Menurut agensi berita menyatakan, 'wakil Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin menyambut ketibaan delegasi Malaysia di sempadan Rafah.'

Sumber turut menyebut, kebiasaannya delegasi-delegasi perubatan yang memasuki Gaza adalah untuk menjalankan rawatan pembedahan mengikut jadual kerja dan melatih skuad perubatan tempatan. Lebih dari itu, delegasi perubatan turut ingin mengetahui tentang sektor kesihatan di Gaza yang terjejas teruk akibat sekatan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak empat tahun yang lalu. Web berita safa.ps, 16/07/2010

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS