Berita semalam:
Datuk Bandar Haifa, Yona Yahav(gambar) meminta kepada Menteri Pertahanan(perang) Israel, Ehud Barak agar mengubah kapal Mavi Marmara Turki, salah sebuah kapal armada pembebasan menjadi hotel pelancongan di persisiran pantai Haifa.
Yona Yahav dari parti Buruh Israel yang diketuai oleh Ehud Barak, Menteri Pertahanan(perang) Israel.
Permintaan tersebut dari surat yang dikemukakan oleh Yahav kepada Ehud Barak mendesak supaya bersetuju dengan ideanya.
"Apabila Kerajaan Israel membuat keputusan merampas kapal yang berlabuh di pelabuhan Ashdod(Ushdud) masa ini, maka yang utamanya adalah mengubah kapal itu kepada sebuah hotel terapung di hadapan pantai Haifa", ujar Yahav.
Tambah Yahav lagi, 'Haifa adalah satu contoh ikutan kehidupan yang dapat dikongsi bersama agama-agama yang berbeza, dan tempat yang paling sesuai bagi kapal Mavi Marmara yang kami mengubahnya menjadi simbol 'toleransi' dan 'sebuah harapan' di peringkat antarabangsa.'
Sebagaimana yang disebutkan, serangan berdarah ke atas armada pembebasan di akhir bulan Mei yang lalu telah mengorbankan 9 sukarelawan Turki. Israel masih menahan lapan buah kapal bantuan armada pembebasan yang di bawah tajaan Pertubuhan Antarabangsa pemecah sekatan, termasuklah Mavi Marmara dan beberapa buah kapal kargo.
Kemanusiaan yang bodoh
Permintaan Yahav melalui suratnya kepada Ehud Barak dikecam Hanin Zoabi(gambar bawah), ahli parlimen Arab di parlimen Knesset Israel berikutan Zoabi mengiktibarkan situasi itu adalah medan tempur yang telah membunuh orang awam biasa tidak mungkin boleh menjadi simbol kehidupan yang bersifat toleransi dan menjadi harapan melainkan ia bersifat kemanusiaan yang bodoh dan biadap kerana tidak sesuai pada tempatnya.
Hanin berkata kepada agensi berita Al-Jazeerah bahawa kapal Marmara telah membentuk simbol pemecah sekatan yang dikenakan ke atas Gaza malah turut memecahkan kongkongan akal ke atas orang-orang Israel.
Jelas beliau, 'setelah Marmara dikuasai maka ia telah berubah - berdasarkan serangan berdarah - menjadi simbol perjuangan menentang penjajahan, kongkongan dan perbezaan ras bangsa di seluruh dunia.'
Zoabi menyatakan bahawa beliau tidak boleh membisu dengan inisiatif yang berbentuk jenayah khususnya setelah beliau sendiri menetap sementara waktu di atas Marmara dan menyaksikan sendiri operasi jenayah(lanun) yang dilakukan tentera Israel.
Di akhir katanya, Zoabi menggunakan sindiran bahawa Arab dan Yahudi yang menjalani 'kehidupan bersama' di Haifa tidak akan berkurang atau bertambah dengan inisiatif sebegini kerana orang Arab dan Yahudi tidak akan menyertai pakej pelancongan yang telah dibina atas darah-darah orang awam.
Pada Rabu lalu, Knesset Israel telah meluluskan satu usul yang mendapat pungutan majoriti suara melucutkan tiga keistimewaan status ahli parlimen Hanin Zoabi kerana menyertai konvoi armada pembebasan. Knesset telah memutuskan visa diplomasi beliau dilucutkan, malah perjalanan Zoabi keluar-masuk Israel turut dihadkan(pembatasan) dan dihalang mendapat kekebalan undang-undang(mengikut kefahaman map).
Berhubung kenyataan Zoabi, Yahav berkata, "aku tahu Knesset telah lucutkan keistimewaan status ahli parlimen awak akibat mengikuti armada pendendam ke Gaza dan penyertaan awak telah membuat provokasi jenayah yang membunuh manusia. Dengan kejadian itu, aku dengan rela hati membuat tindakan yang waras meminta mengubah Marmara dari simbol 'pengganas', 'pelampau', 'yang mencetuskan provokasi' kepada simbol 'toleransi'."
Hukum Israel
Dari pihak lain, Lubna Musarawah, Penyelaras Armada Pembebasan dalam Palestin merangkap anggota Pertubuhan Antarabangsa Membebas Sekatan Gaza turut mengungkapkan bahawa cadangan mengubah Mavi Marmara kepada tempat pelancongan untuk hiburan serupa orang yang bodoh dan biadap. Tambah Lubna, cadangan Israel itu sebagai usaha untuk memperbaiki gambaran Israel di hadapan masyarakat antarabangsa.
Lubna mendedahkan kedudukan terkini, iaitu Pertubuhan Antarabangsa tersebut telah memutuskan dalam pertemuannya yang telah diadakan di Turki untuk menghukum Kerajaan Israel berhubung melakukan serangan berdarah dan merempuh naik ke atas kapal bantuan.
Musarawah berkata kepada agensi berita, 'kami dalam peringkat permulaan untuk mengemukakan pendakwaan ke atas Israel, dan kami masih meneliti dan mengkaji prosedur perundangan untuk membuat dakwaan di Mahkamah Antarabangsa atau Israel sendiri'.
Tambah beliau, "Kami telah mengajukan kepada pihak Israel bagi meminta bebaskan lapan buah kapal yang ditahannya di pelabuhan Ashdod, tetapi kami tidak mendapat apa-apa jawab balas, oleh itu, kami sedang berusaha mencari mekanisme dari prosedur antarabangsa bagi memaksa Israel menyerahkan semuala kapal-kapal kepada kami."
Beliau turut menjelaskan bahawa Pertubuhan Antarabangsa berkenaan sedang melakukan persiapan demi tercapainya pelayaran 'Armada Pembebasan 2'. Lubna turut memaklumkan bahawa 'Armada Pembebasan 2' akan belayar menuju ke Gaza pada Oktober akan datang. Pelayaran ini turut disertai wakil-wakil dari berbagai-bagai Negara dan beberapa delegasi parlimen dari Negara-negara Eropah. Sumber 16/07/2010, web berita Al-Jazeerah
Pautan lain:
0 comments:
Catat Ulasan