Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.

Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

15 syahid, lebih 45 cedera jadi mangsa serangan zionis yang berterusan

19 Ogos 2011

Laporan jam 08:48 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:48 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 11:30 malam, waktu Mesir)

GAZA - Bilangan penduduk Gaza yang syahid dalam serangan berterusan zionis meningkat ke angka 15 sejak dari hari Khamis setelahmana 7 syahid pada hari Jumaat. Manakala, sehingga kini bilangan penduduk yang cedera melebihi 40 orang dan kesemuanya telah dirawat di hospital.

Serangan terkini zionis mengakibatkan seorang doktor yang bekerja di hospital As-Shifa'(Gambar: Doktor Munzir Qureiqa') di bandar Gaza telah syahid ekoran menjadi mangsa serangan pesawat zionis menjelang pertengahan malam ini di jalan Al-Maghrabi, pertengahan bandar Gaza. Turut syahid bersama beliau adalah saudaranya, salah seorang dari komander kumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS, sayap tentera JIHAD ISLAMI, Mu'taz Qureiqa' dan anak kepada doktor Munzi, Islam berusia 5 tahun. Jelas lagi, jasad tiba ke hospital dalam keadaan rentung.

Menurut pemberita Safa, pengeboman zionis menyasarkan sebuah motosikal yang melewati di jalan Al-Maghrabi, lalu mengakibatkan motosikal tersebut musnah sama sekali dan jasad yang syahid bergelimpangan di jalan.

4 lagi syahid

Serangan zionis malam ini di Gaza, sebuah motosikal yang dinaiki dua penduduk turut menjadi sasaran serangan dari pesawat zionis. Sedemikian itu, mengakibatkan dua pejuang syahid. Salah seorang darinya dari pejuang SARAYA AL-QUDS, Imad Abu 'Abidah, 21 dan Anuar Aslim, 21 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN.

Pada waktu asar petang Jumaat, serangan udara zionis menyasarkan sekumpulan pejuang di timur Hayyu Zaitun sebelah tenggara bandar Gaza, lantas mengakibatkan dua pejuang, Muhammad Inayah, 25 syahid. Sementara, seorang lagi pejuang, Somid Abdul Mu'ti 'Abid, 28 juga syahid setelahmana motosikal yang dinaikinya menjadi sasaran zionis menjelang waktu berbuka puasa di utara Gaza.

Dalam kenyataan tentera, kumpulan bersenjata ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan bahawa as-syahid 'Abid adalah anggotanya yang merupakan komander unit pertahanan di utara Gaza, dan as-syahid Inayah adalah seorang anggota dari unit pertahanan di bandar Gaza.

Sasaran serangan zionis malam ini

Rejim zionis melancarkan lagi serangan-serangan ke atas tempat yang berlainan di Gaza malam ini. Sekumpulan penduduk yang berhampiran Jabal Sarah di sebelah timur Shujaieyah menjadi sasaran serangan, dan sebuah kumpulan lagi yang menjadi mangsa serangan zionis berada berhampiran sekolah Tunis di Hayyu Zaitun. Tambahan lagi, sebuah kumpulan pejuang yang berada di kawasan Az-Zinah di sebelah timur Khan Yunis turut menjadi sasarangan zionis.

Pesawat rejim zionis mengebom lagi sebuah pusat servis dan pelincir milik Khalil Abu Dzarifah di daerah Abbasan bari di wilayah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza. Jelas lagi, tiada laporan mengenai kecederaan.

Serangan zionis menyasarkan pula sebuah gudang simpanan milik Perbandaran Khuza'ah, timur Khan Yunis sehingga hancur musnah, sementara satu satu serangan roket gugur di sebelah rumah keluar An-Najjar mengakibatkan sebahagian dari binaan rumah terjejas. Manakala, serangan zionis ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di kawasan As-Shaukah, timur bandar Rafah mengakibatkan seorang penduduk cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital An-Najjar untuk rawatan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

2 mangsa serangan pesawat zionis kritikal

Laporan jam 05:50 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:50 petang, waktu Mesir

GAZA - Dua penduduk mengalami kecederaan yang kritikal sebaik sahaja sekumpulan dari penduduk menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis di timur laut bandar Gaza.

Berhubung kejadian, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata, pesawat tempur zionis menyasarkan serangan ke atas sekumpulan penduduk berhampiran kilang simen Husnain di sebelah timur laut bandar Gaza, lantas mengakibatkan 2 penduduk cedera, salah seorang darinya kritikal.

Sebagaimana dijelaskan, salah seorang mangsa adalah kanak-kanak berusia 12 tahun. Menurut saksi kejadian, jumlah mangsa serangan mungkin meningkat. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Syahid, cedera dalam pengeboman zionis di Hayyu Zaitun

Laporan jam 04:18 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:18 petang, waktu Mesir

GAZA - Seorang penduduk syahid selepas waktu asar petang Jumaat(hari ini) dalam satu pengeboman zionis yang menyasarkan sekumpulan penduduk Palestin di timur Hayyu Zaitun, sebelah tenggara bandar Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah berkata kepada agensi berita Safa, 'krew penyelamat telah memindahkan mangsa yang syahid, Muhammad Inayah, 22 yang terputus bahagian anggota bawahnya akibat terkena pengeboman zionis dan seorang lagi yang cedera dari lokasi serangan'.

Pada waktu tengahari tadi, penduduk Palestin di Hayyu Zaitun mengiringi jenazah as-syahid, Asyraf Azzam, 30, salah seorang anggota KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAS yang telah syahid ekoran kecederaan dari terkena serangan zionis pada malam Isnin yang lalu. Pada waktu kejadian, Musa Ashtiwa, 29 telah syahid dan mangsa ketiga hanya cedera. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Pautan berita:

1. Terkini: seorang mangsa syahid ekoran serangan awal pagi tadi
2. Kritikal zionis serang Gaza

Read more...

4 roket 'grad' serang Ashdod, Kiryat dan Gdera

Laporan jam 03:20 petang, waktu Mekah/Palestin
Jam 02:20 petang, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Empat roket jenis 'grad' yang dilancarkan dari Gaza pada waktu asar Jumaat(hari ini) gugur di bandar Ashdod, Kiryat Malakhi dan daerah berhampiran, Gdera di selatan tanah jajahan Palestin 1948.

Media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew mendakwa serangan roket terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Polis rejim zionis mengesahkan bahawa pihaknya bergegas ke lokasi serangan sebaik sahaja terdengar bunyi siren kecemasan di zon selatan, dan ia sebagai peringatan kepada warga Israel.

Sementara itu, kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN mengumumkan pihanya yang mengebom penempatan zionis 'Karmiyya' dengan serangan roket jenis 'Naseer' pada waktu asar.

ALWIYAH dalam keterangannya menjelaskan serangan dari pihaknya adalah bagi membalas serangan berhubung pembunuhan rejim zionis ke atas komandernnya semalam.

Sebuah lagi kumpulan pejuang Palestin 'UNIT AIMAN JUDAH' dari KATAIB SYUHADA' AL-AQSA mengumumkan pejuangnya melepaskan roket grad ke utara bandar Ashdod. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Pejuang Palestin terus serang lokasi tentera zionis

Laporan jam 02:20 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:20 petang, waktu Mesir

GAZA - Pejuang Palestin di Semenanjung Gaza terus membalas serangan zionis yang meragut nyawa Setiausaha Agung ALWIYAH dan beberapa komander pejuang semalam.

Selepas Jumaat tadi, KATAIB MUJAHIDEEN, sayap tentera kepada gerakan ANSAR MUJAHIDEEN telah mengebom sebuah pos kawalan tentera zionis 'Nehal Auz' di sebelah timur bandar Gaza dengan dua serangan roket jenis '107'.

Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH turut menyerang pos tentera zionis 'Isnad Karem Salem' yang terletak di sebelah timur bandar Rafah dengan 7 serangan peluru mortar 'hawn'.

ALWIYAH menjelaskan bahawa pejuangnya mengebom penempatan zionis 'Azata' dengan roket 'Naseer' yang telah diubah suai. Begitu juga, ALWIYAH menyerang lagi kawasan penempatan zionis di Sderot dan daerah Bneir dengan 5 roket 'Naseer' dan turut menyerang lagi bandar Ashkelon dengan satu serangan roket jenis 'grad', Sambil mengesahkan serangan ini adalah respon balas terhadap pembunuhan komandernya.

Sementara itu, pejuang kumpulan KATAIB NASEER SALAHUDDIN, sayap tentera kepada GERAKAN MUQAWAMAH SHA'BIAH juga mengebom pos tentera zionis di sebelah timur Khan Yunis dengan 3 peluru mortar 'hawn' 120mm. Tambahan lagi, KATAIB NASEER menyerang pula lokasi tentera zionis 'Kissufim' dengan satu serangan roket jenis 'Naseer 3', bandar Majedal dengan satu serangan roket 'grad', dan Ofakim diserang dengan 2 serangan roket jenis 'Naseer 3'.

Tentera rejim zionis mengakui beberapa serangan roket jenis 'grad' dan buatan tempatan serta peluru mortar yang gugur di beberapa lokasi tentera dan kawasan penempatan serta bandar-bandar di selatan tanah jajahan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Lagi serangan zionis mengakibatkan 2 mangsa cedera

Laporan jam 11:21 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 10:21 pagi, waktu Mesir
(kemaskini jam 01:00 petang, waktu Mesir)

GAZA - Zionis menyerang lagi Gaza tengahari ini. Menurut sumber, pesawat tempur zionis mengebom beberapa buah sasarannya di Semenanjung Gaza.

Jelas penyampai berita Safa yang menukil dari saksi, pesawat tempur zionis mengebom sebuah sasaran berhampiran stesen janakuasa elektrik di Gaza Tengah.

Berhubung serangan ini, jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menyatakan seorang penduduk dan wanita hamil mengalami cedera ringan.

Saksi berkata, selepas serangan beberapa buah kawasan di Gaza terputus elektrik.

Setelah beberapa detik masa, pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan terbaru ke atas sebuah rumah tanpa penghuni di belakang menara An-Nuseirat.

Serentak serangan berkenaan, sebuah pusat latihan ketenteraan KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di timur Khan Yunis pula dibom.

Saksi kejadian menyatakan lagi bahawa serangan pesawat zionis terus menyasarkan pangkalan tentera HAMAS di sebelah barat Mukhayyam As-Shatie di bandar Zaggah.

Tentera zionis meneruskan misi ketenteraannya ke atas Semenanjung Gaza sejak asar semalam setelahmana Perdana Menteri zionis mengeluarkan kenyataan bagi melancarkan serangan meluas di Gaza. Dakwa zionis, misi ini sebagai balasan operasi Eilat pagi Khamis(semalam) yang melenyapkan 8 nyawa warga zionis dan puluhan lagi cedera, menurut pemberita Al-Jazeerah, kebanyakan yang cedera adalah dari kalangan tentera zionis. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Read more...

10 zionis cedera, pejuang balas serangan

Laporan jam 05:55 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 04:55 pagi, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sumber dari media Israel 'Yedioth Ahronoth' mengesahkan bahawa 10 warga zionis cedera terkena serpihan serangan roket 'grad' yang gugur di Akademi Agama Yahudi di bandar Ashdod pagi ini.

Hebah radio Israel, 2 dari jumlah yang cedera mengalami luka parah yang kritikal dan seorang lagi stabil, manakala selebihnya cedera ringan.

Menurut sumber dari radio, polis Israel menggesa warga zionis di kawasan jajahan selatan sentiasa berada di tempat perlindungan ekoran dijangka serangan roket yang berterusan dari Gaza.

Kumpulan-kumpulan pejuang Palestin melancarkan serangan roket jauh ke pelusuk bandar-bandar jajahan bagi membalas serangan zionis yang mengakibatkan 5 dari pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN syahid di Rafah, selatan Semenanjung Gaza petang semalam.
___________________________________________________
Baca lagi:

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
___________________________________________________

Awal pagi ini, sumber Israel versi hebrew mengumumkan dua roket jenis 'grad' gugur awal pagi Jumaat di bandar Beer Sheeba(بئر السبع) yang menghala ke Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.

Tambahan lagi dari sumber, dua roket tersebut gugur selepas waktu tengah malam di kawasan Majlis Penempatan Sdot Negev dan Sha'ar Henegev, barat Naqab.

Sumber menyatakan, 4 serangan roket jenis 'grad' telah dilepaskan semalam dari Gaza menuju ke Ashkelon, sambil mendakwa sistem penangkis roket(iron dome) telah menangkis kesemua serangan roket berkenaan. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Seorang syahid, 17 cedera dalam serangan berterusan

Laporan jam 12:58 pagi, waktu Palestin, Mekah
Jam 11:58 tengahmalam(18/08/2011), waktu Mesir

GAZA - Seorang remaja bawah umur yang berusia 13 tahun telah syahid, manakala 17 penduduk Palestin yang lain mengalami kecederaan ekoran serangan berterusan dari pesawat tempur zionis awal pagi ini di beberapa buah kawasan berlainan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan dalam salinan kenyataannya bahawa remaja bawah umur, Mahmud Atif Abu Samrah(gambar) syahid serta-merta selepas rumahnya yang terletak berhampiran bangunan 'As-Safina' di utara Gaza dibom pesawat tempur zionis.

Dalam serangan lain, pesawat tempur zionis menyasarkan sebuah pangkalan tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera gerakan HAMAS berdekatan dengan Ummu Nasr di utara Gaza, dan sebuah bangunan keselamatan 'Ansar' di bandar Gaza, tambahan lagi sebuah bangunan kosong yang terletak berdekatan kawasan latihan ketenteraan di bandar Gaza turut dibom.

Serangan zionis di selatan

Sementara di sebelah selatan Semenanjung Gaza, pesawat tempur zionis menyerang pula sebuah rumah tanpa penghuni berhampiran Masjid IbadulRahman di daerah Khuza'ah. Serangan terbabit mengakibatkan dua penduduk tidak sedar diri. Setelah itu, pesawat zionis menyerang lagi dua buah terowong bawah tanah di Rafah, salah satunya terletak di Hayyu As-Salam, timur bandar Rafah, dan sebuah lagi di kawasan Al-Qasas, sebelah barat bandar Rafah.

Sedemikian itu, penyampai berita Safa berkata, serangan zionis ke atas terowong bawah tanah di Hayyu As-Salam mengakibatkan seorang penduduk hilang jejak. Bagaimanapun, krew bomba masih berhempas pulas untuk menemuinya.

Setelah terowong disasarkan, pesawat zionis mengebom sebuah lagi pangkalan sayap tentera HAMAS di barat bandar Khan Yunis, selatan Gaza. Namun, tiada laporan mengenai kecederaan.

Berikutan serangan yang sengit, badan bantuan cemas telah mengumumkan sedia bila-bila masa, di samping beberapa jenis dari bekalan ubat-ubatan di Kementerian Kesihatan Gaza telah berkurangan.
__________________________________________
Baca lagi:

5 pejuang Palestin dan kanak-kanak syahid, HAMAS kecam serangan zionis
__________________________________________

Menurut laporan lain, serangan zionis sepanjang 12 jam mengakibatkan jumlah penduduk yang syahid meningkat ke 7 nyawa, manakala dalam lingkungan 30 mangsa cedera. Sumber 19/08/2011, web berita Safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Rakaman gambar kesan-kesan serangan zionis yang dipetik dari Safa.ps.










Serangan roket grad membalas tentangan zionis petang semalam. Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN melancarkan roket ekoran 5 pejuangnya syahid dalam satu serangan udara petang semalam di barat Rafah.


Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS