الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kritikal zionis serang Gaza

16 Ogos 2011

Laporan jam 02:03 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:03 pagi, waktu Mesir

GAZA - Serangan bersiri yang dilancarkan pesawat tempur rejim zionis awal pagi ini ke atas beberapa buah sasaran berlainan tempat di Gaza mengakibatkan beberapa orang penduduk Palestin tercedera, 3 darinya dilaporkan kritikal.

Wartawan agensi berita Safa berkata, pesawat rejim zionis melancarkan serangan ke atas sebuah sasarannya di Hayyu Zaitun, timur bandar Gaza mengakibatkan 3 penduduk mengalami kecederaan kritikal, menurut sumber perubatan.

Selang beberapa selepas itu, pesawat tempur zionis menyasarkan pula sebuah pangkalan tentera sayap tentera HAMAS, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di kawasan Hayyu Tufah, timur Gaza.

Serangan berlanjutan apabila pesawat tempur dan helikopter zionis mengebom lagi sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di kawasan Al-Sharqiah, Khan Yunus(Khan Yunis) dengan 4 serangan peluru misil. Malah turut kedengaran helikopter berterbangan rendah di lokasi kejadian sewaktu pengeboman.

Serangan lain di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pesawat rejim melancarkan pula 2 serangan yang menyasarkan sebuah lokasi tentera KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di kawasan Al-Hashashain, kemudian diikuti serangan ketiga menyasarkan sebuah terowong bawah tanah di Hayyu Qashtah yang bersempadan dengan Mesir. Menurut Safa, seorang pekerja terowong dan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun cedera ringan ekoran pengeboman tersebut.

Sementara itu, bot-bot laju zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan Gaza di persisiran laut Khan Yunus, selatan Gaza.

Serangan bersiri yang dilancarkan rejim zionis di Gaza awal pagi ini ekoran dari satu serangan roket jenis 'grad' yang gugur di bandar Beer Sheba(بئر السبع). Bagaimanapun, roket yang gugur tidak menjejaskan nyawa awam mahupun harta benda.

Serangan roket

Menurut media Israel versi hebrew 'Yedioth Ahronoth' bahawa satu serangan peluru roket telah gugur malam tadi di bandar Beer Sheba(laporan jam 10:48 malam, waktu Palestin, 15/08/2011), namun tidak mengakibatkan kecederaan atau menjejaskan harta benda di lokasi berkenaan. Berikutan itu, sepasukan polis dan bomba bergegas ke lokasi tempat gugurnya roket.

Pemuda Palestin cedera ditembak

Semalam, menjelang waktu maghrib, seorang pemuda Palestin tercedera akibat terkena tembakan zionis berhampiran dengan garisan sempadan di daerah Khuza'ah. Kawasan terbabit terletak di sebelah timur wilayah Khan Yunus, selatan Gaza.

Menurut pemberita agensi Safa, menara-menara kawalan zionis telah melepaskan tembakan mesingan ke arah penduduk sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Lantas mengakibatkan seorang pemuda, Hamudah Sami An-Najjar berusi 19 tahun cedera di bahagian kakinya.

Tambahan lagi, skuad penyelamat telah membawa mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Semasa kejadian tembakan, beberapa buah jip tentera zionis kelihatan di timur Khuza'ah bertepatan di sekitar menara kawalan.

Nelayan diancam peluru mesingan

Berita lain yang dilaporkan pada waktu tengahari semalam, bahawa seorang nelayan Palestin tercedera akibat terkena tembakan dari bot laju tentera laut zionis di utara Semenanjung Gaza.

Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas Gaza menyatakan, mangsa yang terkena tembakan zionis berusia 42 tahun dan telahpun dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan. Keadaan mangsa dilaporkan stabil. Sumber 16/08/2011, web berita Safa.ps

0 comments:

widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS