الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Lulus bina 130 unit perumahan di Penempatan Gilo

28 Disember 2011

Laporan jam 03:31 petang, waktu Palestin

BAITULMAQDIS - Majlis Perbandaran Penjajah(Israel) di BaitulMaqdis(Al-Quds) telah meluluskan hari ini pembinaan 130 unit perumahan baru di Penempatan Gilo yang berhampiran dengan Bayt Jala, Betlehem(Baitulahm).

Salah seorang anggota Majlis Perbandaran, Bibi Alo dari parti berhaluan kiri 'Meretz' berkata, sememangnya telah dipersetujui Majlis Perbandaran mengizinkan 130 unit buah perumahan baru dibina di Penempatan Gilo. Jelas Bibi, unit perumahan baru ini meliputi tiga buah apartmen 12 tingkat yang terletak berhampirban bandar Betlehem, selatan Tebing Barat.

Sedemikian itu, jurucakap Pemerintah Palestin Ramallah, Nabil Abu Radinah mengecam projek pembinaan penempatan Israel yang terus giat dilaksanakan, dan yang terkini kelulusan bina di Penempatan tersebut.

Kata Abu Radinah kepada agensi berita WAFA, "Lajnah Kuartet Timur Tengah mesti menjalankan tanggungjawabnya dengan mengambil iktibar pembinaan penempatan ini salah dari sisi undang-undang, tambahan pula, pembinaan ini meningkat secara mendadak, mana boleh menyambung semula rundingan damai tetapi penempatan tidak dihentikan."

Berhubung pengumuman ini, Pemerintah Palestin Ramallah mengkritik sikap pihak antarabangsa yang mendiamkan diri.

Pada minggu yang lalu, 18/12/2011, kementerian bahagian pembinaan dan penempatan Israel telah mengumumkan bahawa lebih 1,000 unit perumahan baru akan dibina di Tebing Barat.

Menurut web berita Israel "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET), perincian pembinaan projek kediaman yang telah diumumkan meliputi sebanyak 348 unit perumahan di Beitar Illat, 500 unit di Penempatan Har Homa yang terletak di Jabal Abu Ghoneim, selatan bandar BaitulMaqdis dan 180 buah unit lagi akan dibina di kawasan Givat Ze'ev, utara bandar BaitulMaqdis.

Pengumuman tentang projek binaan yang baru ini telah membantutkan proses penyelarasan di antara Palestin dan Israel malah Pemerintah Palestin Ramallah menggesa supaya hentikan projek pembinaan untuk menyambung semula rundingan damai. Bagaimanapun, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak gesaan serta menganggap ianya adalah syarat lama.

Walaupun Israel dikritik hebat pihak antarabangsa berikutan menggiatkan bina penempatan, namun tidak menghalang bagi meneruskan pembinaan perumahan di tanah-tanah Palestin. Sumber 28/12/2011, web berita Safa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

ALWIYAH hentam dua roket ke Azata

Laporan jam 07:43 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 07:43 malam, waktu Mesir

GAZA - ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN yang merupakan sayap tentera kepada LIJAN MUQAWAMAH telah mengumumkan pihaknya bertanggungjawab menghentam Majlis Penempatan Azata(sekarang dikenali Sdot Negev) dengan dua serangan roket malam ini.

Laporan ketenteraan ALWIYAH berkata, pengeboman dua serangan roket ke atas tanah rampasan(Majlis Penempatan Azata) yang dilancarkan oleh unit pertahanan dari ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berlaku pada jam 07:05 malam, waktu Gaza/Mesir.

Gambar(arkib SAFA): Pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN sewaktu operasi melancarkan serangan roket.

Tambah ALWIYAH, para pejuangnya dapat kembali dengan selamat ke pengkalan selepas berjaya melaksanakan misi ini. Kepulangan mereka sambil diperhatikan oleh Yang Maha Pemurah, kata ALWIYAH lagi.

Dalam laporan berkenaan, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN menyatakan bahawa serangan terbabit sebagai balasan ke atas jenayah zionis yang sengaja menumpahkan darah umat Islam Palestin di tanah semenanjung yang mulia malahan kuat menentang. Mesej dari serangan pejuang kepada zionis bahawa pejuang-pejuang kami tidak akan berpeluk tubuh di hadapan perilaku jenayah zionis.

Tambah SAFA, rejim zionis mengakui tiga serangan roket yang gugur di barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

Media zionis "YEDIOTH AHRONOTH"(YNET) dalam laporannya menyebut tiga roket gugur di kawasan Naqab sambil mendakwa serangan roket tidak menjejaskan harta benda mahupun kecederaan. Sumber 28/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps

Read more...

Tentera zionis jadi sasaran 'sniper' pejuang

Laporan jam 06:26 malam, waktu Palestin
Jam 06:26 malam, waktu Mesir

GAZA - Sayap tentera kepada Popular Front for the Liberation of Palestine, KATAIB ABU ALI MUSTAFA(Abu Ali Mustafa Brigades) mengumumkan bahawa pejuangnya telah menembak tepat(sniper) seorang tentera rejim zionis ketika cuba meloloskan diri ke dalam kawasan di sebelah timur bandar Gaza pada jam 04:30 petang, waktu Gaza.

Gambar: Unit penembak tepat Abu Ali Mustafa.

Jelas ABU ALI dalam salinan kenyataan yang disampaikan kepada 'PALTIMES', operasi tembakan tepat yang dilakukan pada petang tadi adalah rentetan dasar penentangan yang sentiasa diteruskan malahan respon balas terhadap jenayah rejim zionis yang tidak henti-henti ke atas masyarakat Palestin dan pejuang-pejuangnya.

Tegas kumpulan pejuang ini, paduan kesatuan tanahair amat perlu, bahkan ketumbukan(kerjasama kumpulan-kumpulan pejuang) di medan mampu untuk menghadapi ancaman dan jenayah para komander-komander zionis.

AIMAN JUDAH akui lepaskan serangan roket

Media Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) versi hebrew dalam laporannya pada pagi Rabu(28/12/2011), satu peluru roket telah gugur di sekitar penempatan She'er Hanegev, barat Naqab.

Menurut YNET, serangan roket tidak mengakibatkan sebarang kerosakan mahupun kecederaan. Sebaik sahaja serangan, sepasukan polis zionis dan bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Dari sudut lain, UNIT AIMAN JUDAH dari kumpulan KATAIB SYUHADA AL-AQSA, serpihan sayap tentera gerakan FATAH telah mengakui pihaknya melancarkan dua serangan roket jenis 'Aqsa' ke She'er Hanegev. Selepas operasi, para pejuangnya pulang ke markaz dengan selamat.
____________________________________________________
Baca lagi:
Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'

Serangan zionis pada Selasa malam, 27/12/2011 di Gaza:

Cedera dalam serangan kedua zionis
Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza

____________________________________________________

Kata AIMAN JUDAH, pengeboman dari serangan roket ke She'er Hanegev adalah serang balas ke atas kematian seorang pemuda, as-syahid Abddullah Al-Talbani dalam beberapa siri serangan dan pencerobohan yang dilakukan oleh rejim zionis ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

ALWIYAH hadang kemaraan tentera zionis

Berita lain pada awal pagi semalam, Selasa, 27/12/2011, sebuah sayap tentera yang lain, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berkata, pihaknya telah menyerang sepasukan tentera rejim zionis dengan menggunakan senjata berat ketika zionis cuba menyelinap masuk ke sebuah lokasi berhampiran "أبو مطبق" timur El-Maghazi, Gaza Tengah.

Gambar(arkib SAFA): Pejuang ALWIYAH sewaktu latihan.

Kenyataan rasmi ALWIYAH yang disampaikan kepada agensi berita SAFA menyebut, pejuang-pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN berjaya melaksanakan misinya. Tegas lagi, pejuang-pejuang yang sentiasa berkawal di sempadan bersedia setiap masa menghadapi serangan dari rejim zionis. Kenyataan ini seiring sambutan memperingati tahun ketiga perang ke atas Gaza. Sumber 28/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps dan 27/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Haniyeh dari Kaherah ke Khartoum

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh(ketua kerajaan Palestin di Gaza) serta delegasi kerajaan yang mengiringi beliau telah tiba ke ibunegara Sudan, Khartoum pada Selasa malam, 27/12/2011 dengan menaiki pesawat Presiden Sudan.
_________________________________________________
Lagi berita:

Meshaal beredar dari Kaherah, Haniyeh tiba hari ini
Haniyeh disambut delegasi Perisikan Mesir

_________________________________________________

Ketibaan beliau di Sudan selepas mengakan lawatan rasmi di Mesir. Sumber 28/12/2011, web berita Paltimes.net

Rakaman gambar Ismail Haniyeh tiba di Sudan








Read more...

Serangan zionis dikaitkan dengan kegiatan 'pengganas'

Laporan jam 02:08 pagi, waktu Makkah Al-Mukarramah
Jam 01:08 pagi, waktu Mesir

Dua serangan udara zionis ke atas dua lokasi yang berlainan di Semenanjung Gaza pada Selasa malam, 27/12/2011 telah mengakibatkan seorang penduduk syahid dan sebelas lagi cedera.

Gambar: Kesan serangan pertama zionis di Gaza.

Berhubung serangan pertama, sumber dari media massa Israel, mangsa yang syahid, Abdullah Al-Talbani, 22 adalah anggota pejuang SARAYA AL-QUDS. Lantas, kenyataan ini dinafikan oleh SARAYA AL-QUDS.

Gambar(MEDIA PERANG SARAYA): Sekumpulan pejuang SARAYA AL-QUDS.

Dalam laporan yang ringkas, tentera rejim zionis berkata serangan terbabit menyasarkan sekumpulan yang terlibat dengan aktiviti keganasan baru-baru ini di Gaza, iaitu merancang operasi melancarkan serangan roket ke daerah-daerah Israel(jajahan 1948).


Tanpa memperincikan sebab-sebab serangan, jurucakap tentera rejim zionis menyatakan bahawa tentera telah menyerang sekumpulan pembuat kerosakan(jolokan kepada Palestin) yang terjebak dalam kegiatan keganasan, tentera akan sentiasa menghadang dengan penuh kekerasan terhadap mana-mana pihak yang bertindak ganas menentang Israel sambil menegaskan HAMAS yang bertanggungjawab di atas semua ini.

Serangan kedua pula, siaran televisyen Israel menukil dari sumber tentera bahawa serangan terbabit menyasarkan sekumpulan Palestin yang dipercayai menyeludup senjata dari Sinai ke dalam Semenanjung Gaza.

Serangan terbabit hanya diakui penganalisis tentera zionis, katanya, "ya memang dari semasa ke semasa, tentera akan menyasarkan mana kumpulan dan pergerakan yang menyeludup senjata dari Sinai ke Gaza."

Namun, menurut agensi berita ASSOCIATED PRESS(AP) menukil dari sumber perubatan, serangan kedua zionis menumpukan sebuah jip(kereta pacuan empat roda) polis Kerajaan Palestin Gaza yang mengakibatkan lima anggota polis cedera(gambar bawah).
____________________________________________________
Serangan zionis pada Selasa malam, 27/12/2011 di Gaza:

Cedera dalam serangan kedua zionis
Syahid, 3 cedera dalam serangan udara di Gaza

____________________________________________________

Jelasnya, alasan-alasan ini menjadi kaitan serangan dilancarkan tanpa dinyatakan alasan sebenar. Tambahan pula, kedua-dua serangan tidak didahului dengan serangan-serangan roket yang boleh dijadikan alasan rejim zionis untuk melancarkan serangan di Gaza. Walaubagaimanapun, serangan ini seiring hari memperingati perang Gaza tahun ketiga bertujuan untuk memainkan sentimen provokasi tindak balas pejuang-pejuang Palestin.

Berhubung perkembangan dari pejuang-pejuang Palestin, pemberita Al-JAZEERAH menjawab, pihaknya masih menanti kenyataan-kenyataan rasmi pejuang. Sumber 28/12/2011, berita AL-JAZEERAH, web berita AL-JAZEERAH dan web berita Palestin

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS