الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(9)

04 Januari 2011

4 Januari 2009
HARI KE-9: SERANGAN ISRAEL DI GAZA
(Laut, udara dan darat menyerang Gaza)
_______________________________________
kronologi sebelum ini:

1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)
3. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)
4. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(7)
5. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(8)

_______________________________________

Peningkatan mangsa perang terkini:

Syahid: 485 orang
Cedera termasuk kritikal: 2400 orang

Diplomasi hentikan perang

- Kunjungan Mahmoud Abbas ke Washington terpaksa ditangguhkan kerana Nicholas Sarkuzi, Presiden Perancis akan datang ke Tebing Barat pada hari isnin. Menurut sumber, lawatan Sarkuzi adalah bagi menyerahkan inisiatif penting agar serangan di Gaza dapat dihentikan.

- Ketika Israel menyusun barisan tenteranya menuju ke Gaza, HAMAS terlebih dahulu menyerangnya dengan kenyataan-kenyataan di media membuatkan Israel berang kerana Gaza bakal menjadi kubur tentera Israel. Jurucakap tentera Israel turut membalas kenyataan HAMAS.

Tindakan pejuang Palestin

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mengebom sebuah pangkalan tenera Israel dengan roket jenis Qassam. Sejam yang lalu, 5 orang tentera Israel terbunuh di permulaan serangan darat. Sumber dari HAMAS mengesahkan kejadian ini sebentar tadi (Televisyen Al-Aqsa).

- Menurut media Israel, 5 roket Qassam gugur di Naqab sejak bermula serangan darat Israel di Gaza. Di selatan Gaza, tentera Israel menghadapi tentangan yang cukup sengit daripada pejuang Palestin.

- Menurut sumber, pejuang Palestin mengebom sebuah kereta kebal Israel di Beit Lahiya, manakala 25 tentera Israel cedera di Selatan Gaza. ketika itu, kedudukan tempur 500 meter dari garisan sempadan Gaza-Israel. Diinyatakan pertempuran sengit meletus antara antara pejuang Palestin dengan tentera Israel. AL-QASSAM juga dinyatakan berupaya memintas(mencuri dengar) maklumat dari alat komunikasi tentera Israel.

- Sumber tentera Israel mengesahkan 30 tenteranya parah, 2 darinya terlalu kritikal.

- Pagi tadi(Televisyen al-Aqsa): KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) mengebom pengkalan tentera darat Israel, Hetzalim. Menurut sumber, pengeboman tersebut adalah serangan kali pertama ke pengkalan tersebut.

- Menurut sumber, ketika pertempuran sengit antara kumpulan pejuang Palestin dengan tentera Israel, sebuah kereta kebal Israel dibom oleh sayap tentera JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS.

- KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) berjaya meletupkan 2 buah jip jentera perang Israel.

- Sumber juga menyatakan, Pejuang-pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke beberapa tempat di Israel. Menurut sumber, 4 tempat menjadi sasaran serangan roket, iaitu Sderot, 'Askalan, Ushdud dan Kissufim. Beberapa serangan roket tersebut mengakibatkan beberapa penduduk Israel mengalami kecederaan.

- KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) menembak sebuah helikopter apache Israel dengan penangkis kapal terbang(Televisyen Al-Aqsa). Menurut sumber, apache tersebut mengalami kerosakan.

Israel menyerang

- Menurut sumber, tentera Israel tidak dapat menceroboh ke pertengahan Gaza berikutan tentangan sengit daripada pejuang-pejuang Palestin. Pesawat pengintip tanpa juruterbang melakukan pengintipan di ruang udara Gaza. Sementara pesawat tempur F-16 mengebom beberapa tempat seiring serangan darat.

- Kereta kebal Israel menuju ke kawasan penduduk Gaza. Jentera perang Israel(pesawat tempur F-16, helikopter Apache dan pesawat pengintip) telah mengebom kawasan yang dipercayai adanya pejuang-pejuang Palestin.

- Dalam menghadapi serangan dan menyerang balas ke atas tentera Israel, kesemua pejuang-pejuang Palestin dapat menyelaraskan maklumat sesama mereka.

- Tentera-tentera Israel yang terbunuh tidak dapat dilihat dengan lebih dekat kerana terhalang dengan pesawat tempur F-16 dan helikopter apache Israel.

- Pesawat tempur F-16 dan helikopter apache mengebom beberapa tempat di Gaza. Menurut sumber, sasaran pengeboman ini adalah timur Gaza. Kedengaran letupan yang amat kuat.

- Pertempuran sengit antara pejuang-pejuang Palestin dengan tentera Israel yang disokong pesawat tempur. Sementara itu, pesawat tempur dan helikopter Israel membedil beberapa tempat. Dinyatakan, sebahagian bangunan hospital Al-Wafa di timur bandar Gaza mengalami kebakaran akibat terkena bedilan pesawat tempur Israel.

Reaksi penduduk dunia

- Menurut sumber, berjuta-juta penduduk dunia menyatakan bantahan terhadap apa yang berlaku di Gaza. Mereka mengutuk, mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel yang membunuh ratusan penduduk Palestin Gaza.

- Sejuta penduduk Turki mengadakan tunjuk perasaan mengecam peperangan yang dilancarkan oleh Israel di Gaza. Sejumlah besar penunjuk perasaan mendesak agar sempadan Rafah dibuka bagi laluan bantuan-bantuan kemanusiaan, makanan dan seumpamanya dapat disalurkan ke Gaza.

- Beirut, Lubnan. Para penunjuk perasaan yang bersimpati terhadap Gaza bergerak ke kedutaan Amerika.

- Ireland(semalam). Beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di hadapan Central Bank Plaza, Dame Street jam 1.oo petang(waktu Ireland). Wakil Ngo-ngo Ireland termasuk wakil komuniti Palestin di Ireland menyatakan pendirian berhubung keganasan Israel di Gaza. Para penunjuk perasaan berarak ke Dail (Kildare Street), berhadapan pejabat Kesatuan Eropah di Molesworth Street).

- Algeria. Para penunjuk perasaan menyatakan kami bersama Palestin, dan kami mengecam tindakan Israel.

Read more...

Zionis serang Der Balah dan Rafah

Laporan asal jam 10.23 malam, waktu Palestin/Mesir

GAZA - Pesawat tempur zionis melancarkan serangan ke atas dua sasaran yang berbeza di pertengahan Gaza dan selatan Semenanjung Gaza malam ini.
_______________________________________________
Catatan serangan:

Jam 10.27 malam, Palestin/Mesir: Pesawat tempur zionis mengebom sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM di pertengahan Gaza dan sebuah terowong bawah tanah di Rafah.

_______________________________________________

Pemberita 'Safa' melaporkan serangan pertama yang dilancarkan F-16 zionis menumpukan sebuah lokasi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) yang terletak di barat Der Balah, pertengahan Gaza mengakibat kerosakan teruk berlaku.

Seiring serangan tersebut, pesawat tempur zionis melancarkan lagi serangan udaranya ke atas sebuah terowong bawah tanah yang berada di sempadan antara tanah Palestin dan Mesir. Kedudukan terowong tersebut di kawasan As-Shu'ut, selatan bandar Rafah.

Serangan tersebut mengakibatkan seorang penduduk mengalami cedera ringan. Mangsa telah dibawa ke hospital Abu Yusof An-Najjar. Berikutan itu, beberapa terowong bawah tanah yang berhampiran lokasi yang diserang turut terjejas.

Ketika laporan ini diterbitkan, pesawat-pesawat tempur zionis masih berlegar-legar di ruang udara Gaza, lantas pemilik terowong bawah tanah pekerjanya terpaksa mengosongkan lokasi di mana mereka berada. Begitu juga, keseluruhan balai-balai polis di Gaza juga dikosongkan. Sumber 04/01/2011, berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

Read more...

Roket gugur di 'Askalan, zionis terus langgar hak Palestin

Laporan asal jam 12.38 petang, waktu Palestin/Mesir

AL-QUDS, - Web berita 'Yediot Ahronout' Israel versi hebrew melaporkan satu serangan roket telah gugur di sebuah kawasan terbuka. Lokasi tersebut berhampiran Majlis Daerah 'Askalan yang terletak di selatan tanah jajahan 1948.

Gambar(arkib Safa): Pejuang Palestin ketika bersiap sedia melancarkan serangan roket.

Sumber menjelaskan lagi bahawa serangan roket itu tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kemusnahan harta benda.

Berikutan serangan roket, tidak ada lagi mana-mana kumpulan bersenjata Palestin mengakui melancarkan serangan.

Sementara itu, pencerobohan yang berlaku setiap hari di Gaza turut dilaporkan berterusan pada hari ini.

Gambar(arkib Safa): Pencerobohan dilakukan meskipun Gaza disekat.

Kejadian pada pagi tadi(laporan jam 08.18 pagi, Palestin/Mesir), sepasukan tentera zionis lengkap dengan jentera perang telah menceroboh secara terbatas ke dalam tanah Gaza dari arah timur wilayah Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Pemberita 'Safa' berkata, 4 buah jentera perang zionis yang keluar dari pos tentera Sufa mara dalam jarak puluhan meter ke dalam tanah penduduk Gaza.

Kedudukan tanah tersebut setentang dengan garis pemisah.

Jelas sumber lagi, setelah menceroboh, jentera-jentera perang zionis melakukan operasi meratakan tanah dan menyerodok sehinggalah melepasi jarak 500 meter ke timur Hayyu Nahdhah. Selain itu, tentera rejim zionis juga melaksanakan misi mengesan.

Rentetan dasar polisi zionis yang melanggar hak asasi manusia, sebuah laporan mengenai penangkapan menyusul beberapa jam selepas kejadian pencerobohan.

Lapor sumber 'Safa'(jam 11.03 pagi, Palestin/Mesir), tentera laut zionis telah menangkap beberapa orang nelayan Gaza pagi tadi di perairan laut bandar Gaza.

Kementerian Pertanian dalam kenyataannya hari ini menyebut, "Beberapa orang nelayan Gaza - bilangan tidak pasti - telah diserang tentera laut zionis ketika mereka menjalankan kegiatan rutin harian mencari rezeki di laut Gaza bersebelahan dengan pelantar nelayan Gaza."

Sebagai dinyatakan, mereka yang ditangkap telah dibawa ke arah yang tidak diketahui, sementara sampan nelayan dibiarkan karam.

Gambar(arkib Safa): Nelayan Gaza ketika menjalankan rutin harian biarpun laut Gaza turut dikenakan sekatan zionis.

Kementerian Pertanian menuduh rejim zionis bertanggungjawab di atas nyawa nelayan yang ditangkap. Berikutan kejadian, Kementerian Pertanian menggesa Badan-badan Hak Asasi Manusia, terutamanya Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah agar campurtangan segera bagi membebaskan nelayan yang ditangkap.

Jumlah keseluruhan nelayan di Semenanjung Gaza hampir 3500 nelayan. 700 nelayan memiliki sampan termasuk bot nelayan. Hampir 70 000 penduduk Palestin di Gaza memperolehi pendapatan melalui kegiatan perikanan. Sumber 04/01/2011, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS