Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(7)
02 Januari 2011
_______________________________________
kronologi sebelum ini:
1. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009
2. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(5)
3. Kronologi serangan Israel di Gaza 2008-2009(6)
_______________________________________
Peningkatan mangsa perang terkini:
Cadera, termasuk kritikal: 2280 orang
- Israel membenarkan warga asing yang berada di Gaza keluar dari Gaza melalui sempadan(perlintasan) Erez, utara Semenanjung Gaza.
- Menurut sumber, setakat ini 300 warga asing termasuk suami-isteri berwarganegara Palestin telah keluar dari Gaza.
- Menurut sumber, tindakan Israel ini adalah bagi memulihkan pandangan umum terhadapnya malah sebagai usaha untuk menekan HAMAS agar menerima 'gencatan senjata' berdasarkan syarat-syaratnya.
- Bagaimanapun, HAMAS hingga saat ini menyatakan tidak akan mengangkat bendera putih bahkan akan meluaskan serangan roket ke Israel.
Israel menyerang
- Israel melancarkan lagi 4 serangan di Gaza.
- Satu serangan Israel ke atas sebuah rumah di pertengahan bandar Gaza yang tidak diketahui motif serangan.
- Serangan yang lain ke kawasan terbuka namun tiada kecederaan dinyatakan.
- Juga serangan Israel di Timur Gaza, bagaimanapun tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.
- Selain itu, Israel juga menyerang Jabaliyah. Dinyatakan masjid Khulafa' Ar-Rasyidin hancur teruk akibat pengeboman Israel.
Bantuan kemanusiaan
- Bantuan-bantuan untuk penduduk Gaza dibawa masuk ke Gaza melalui sempadan Rafah dan sempadan(perlintasan) 'Aujah, Israel.
Pejuang Palestin balas serangan
- Menurut sumber, awal pagi tadi pejuang-pejuang Palestin telah menyerang Israel dengan serangan roket. KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera gerakan HAMAS) telah melancarkan 3 serangan roket jenis grad ke sebuah bandar kecil Israel, Majedal. Menurut sumber, 5 penduduk Israel parah akibat serangan roket grad.
- Sementara itu, AL-QASSAM turut menyerang Askalan dengan 5 roket buatan tempatan.
- KATAIB AIMAN JUDAH pula melancarkan 2 serangan roket ke Sderot, manakala JAISHUL UMMAH turut mengebom sebuah tempat di Sderot dengan satu serangan roket.
Selain itu, KATAIB SYUHADA AL-AQSA juga mengebom sebuah tempat di Israel dengan roketnya.
- Jurucakap HAMAS, Ismail Ridhwan: Serangan-serangan Israel telah membuka peluang bagi pejuang Palestin membalas permusuhan Israel terhadap Palestin. Tambah beliau, 'amaliat istishadiah' operasi meletupkan tubuh juga menjadi pilihan.
- HAMAS meminta pejuang Palestin terutamanya AL-QASSAM agar menghancurkan kepentingan Israel yang berbentuk logistik ketenteraan dan lokasi-lokasi tentera.
- 2 lagi penduduk Israel parah dalam serangan roket pejuang Palestin ke beberapa tempat di Israel pagi tadi.
Propaganda dan kontroversi Israel
- Pesawat pengintip tanpa juruterbang berlegar-legar di ruang udara Gaza.
- Sumber menyatakan, memo dipercayai telah teredar dari udara melalui pesawat pengintip.
- Memo tersebut khas untuk penduduk Gaza. Kandungan memo meminta penduduk Gaza mengosongkan rumah malah disertakan nombor telefon berserta emel yang bertujuan meminta penduduk Gaza memberikan maklumat mengenai pejuang-pejuang Palestin dan tempat serangan roket dilancarkan.
Bantahan penduduk dunia
- Taliban di Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan ganas zionis ke atas penduduk Gaza.
- Badna bebas, Persatuan Pelajar di Algeria mengajak semua penduduk di sana menyertai perhimpunan bagi menunjuk perasaan.
- Tunjuk perasaan di Bandar Al-Quds selepas solat jumaat.
- Berpuluh-puluh pemuda Palestin bertempur dengan tentera penakluk Israel di Tebing Barat.
- Menurut sumber pemuda-pemuda Palestin yang bersenjatakan batu memunggal batu ke arah pasukan tentera Israel.
- Di Ramallah, para penunjuk perasaan(penduduk Palestin) menyatakan simpati terhadap Gaza kerana Israel menyerang tanpa henti. Berikutan serangan, telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk Palestin di Tebing Barat.
- Parti-parti politik pelbagai haluan mengikuti tunjuk perasaan tersebut. Antaranya pemimpin dari HAMAS, FATAH, JIHAD ISLAMI dan lain-lain lagi.
- Beberapa masjid di Mesir terutamanya di Kaherah turut mengadakan tunjuk perasaan sebaik sahaja selepas para jemaaah menunaikan solat jumaat. Israel dikecam.
- Demontrasi dan tunjuk perasaan 'simpati terhadap Gaza' di beberapa buah Negara di dunia sepanjang serangan Israel di Gaza.
- Antaranya, China, Rusia, Norway, Sweden, Indonesia, Malaysia, Filipina, Australia, Lubnan, Syria, Maghribi, Mesir, Yaman, Mauritania, Sudan, Qatar, Amerika Latin, Jerman, Britain dan lain-lain lagi. Malah NGO-NGO Islam dan NGO antarabangsa turut memberi kecaman dan kutukan terhadap Israel.
- Kempen dunia membantu Gaza: Tidak perlu mengadakan sebarang perbincangan dan apa jua bentuk hubungan dengan Israel.
Rundingan dan diplomasi politik
- Presiden Mesir, Housni Mubarak dalam kenyataannya yang terkini, meminta Israel hentikan segera serangannya di Gaza. Beliau juga meminta Palestin di Gaza terlebih dahulu menghentikan serangan roket ke Israel dan berpegang dengan gencatan senjata.
- Terdahulu, Menteri Luar Mesir, Ahmad Aboul Gheit menyatakan bila Palestin di Gaza(HAMAS) menerima gencatan senjata, maka serangan Israel juga dihentikan.
- Presiden Mubarak ketika mengulas tentang sempadan Rafah Gaza, katanya sempadan Rafah Gaza adalah di bawah jajahan Israel. Maka selagimana di bawah jajahannya, setiap keluar masuk melalui Rafah Gaza juga diawasi Israel.
- Bagaimanapun, Usamah Hamdan(HAMAS) menyatakan amat terkejut apabila mendengar kenyataan dari Presiden Mubarak. Jelas Usamah, penduduk Palestin Gaza di bawah kesengsaraan dan tekanan bahkan memerlukan bantuan dari Mesir, bagaimana pula saudara di Mesir boleh berkata sedemikian.
0 comments:
Catat Ulasan