الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Warga zionis cedera terkena roket AL-QASSAM

20 Ogos 2011

Laporan jam 07:25 malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 06:25 malam, waktu Mesir
(Kemaskini jam 09:00 malam, waktu Mesir)

GAZA - Buat kali pertama sejak tentangan sengit rejim zionis di Gaza Khamis lalu, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM mula menyerang sasarannya.

Sedemikian itu, AL-QASSAM dalam kenyataan ketenteraannya pada petang tadi menyatakan, pejuang AL-QASSAM telah berupaya mengebom penempatan zionis 'Ofakim' dengan 4 roket jenis 'grad'.

Jelas AL-QASSAM lagi, serangan ini adalah tindak balas ke atas jenayah zionis yang dilakukan berulang-kali sehingga mengakibatkan 15 penduduk Palestin syahid dan puluhan lagi cedera selama dua hari menggiatkan serangan bodoh.

AL-QASSAM menegaskan bahawa pejuang-pejuangnya sentiasa bersedia membalas tentangan dari zionis serta menghadang sebarang tindakan bodoh dari rejim zionis. Nyata AL-QASSAM, insyaAllah kami akan menghadang tentangan zionis dengan apa yang kami miliki.

Selepas itu, pejuang dari ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN menyasarkan serangan roket jenis 'grad' ke Ofakim dan Beer Sheba.

Berikutan serangan roket dari AL-QASSAM dan sayap senjata yang lain, media Israel 'Yedioth Ahronoth' versi hebrew mengakui roket gugur di kawasan penempatannya. Tambahan lagi, wujud kecederaan dikalangan warga zionis dan maut.

2 warga zionis maut, 10 cedera

Menurut sumber dari Safa, 2 warga zionis maut dan 10 lagi cedera berikutan serangan roket yang gugur di penempatan Ofakim dan bandar Beer Sheba. Sebuah rumah zionis di Beer Sheba terjejas teruk akibat menjadi sasaran serangan roket, manakala 4 penghuninya cedera parah.

Jelas Yedioth Ahronoth, kesemua warga zionis yang terkena serangan telah dipindahkan ke hospital Suruka di Beer Sheba untuk rawatan. Sementara itu, keadaan cemas telah diumumkan di bandar Beer Sheba dan kedengaran beberapa bunyi siren kecemasan, lantas ribuan warga zionis di kawasan berkenaan segera berlindung ke pusat perlindungan.

Salah satu dari 4 serangan roket grad yang gugur di Ofakim telah mengakibatkan sebuah kilang terjejas teruk dan lagi serangan mengakibatkan sebuah kereta dan rumah juga rosak.

Selain roket grad, pada waktu yang sama 5 peluru mortar 'hawn' gugur di kawasan barat Naqab. Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kerosakan harta benda. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps dan web penerangan AL-QASSAM

Read more...

Haniyeh bincang dengan Mawafi hentikan tentangan

Laporan jam 04:37 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 03:37 petang, waktu Mesir

GAZA - Ketika hubungi melalui telefon, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh membincangkan dengan Menteri Perisikan Mesir, Murad Mawafi berhubung jalan menghentikan peningkatan serangan zionis ke atas Gaza yang memasuki hari kedua berturut-turut.

Beliau(Haniyeh) membahaskan keadaan-keadaan suasana yang menyelubungi Gaza kepada Murad dan kedua-dua belah pihak telah bersepakat untuk sentiasa menghubungi antara satu sama lain berhubung tentangan di Gaza.

Gambar(Arkib): Ismail Haniyeh

Sebagaimana yang dinyatakan bahawa rejim zionis mula menggiatkan misi ketenteraannya di Gaza sejak waktu asar Khamis lalu. Sehingga kini, serangan zionis mengakibatkan 15 penduduk Palestin di Gaza syahid, manakala 46 lagi mengalami kecederaan yang berbeza ekoran lokasi-lokasi tentera dan awam yang menjadi sasaran zionis.

Pejuang terus selaras

Dari sudut medan tempur, jurucakap rasmi gerakan HAMAS, Fauzi Barhoum(arkib: gambar) mengesahkan bahawa kesemua sayap-sayap tentera kumpulan pembebasan Palestin tidak henti-henti menghubungi(selaras) antara satu sama lain berhubung tindakan untuk menangani pertempuran dengan musuh.

Ketika ditemubual siaran berita Al-Jazeerah hari ini, beliau berkata, "sayap-sayap tentera bersenjata sentiasa berhubung untuk menangani pertempuran secara hikmah dan bijak mengikut keadaan realiti Palestin yang terlalu sulit dan sukar, malah cara ini adalah bagaimana untuk membalas mana-mana serangan yang menyasarkan Gaza dan juga cara menguruskan suasana di medan tempur."

Jelas beliau, gerakan HAMAS dan sayap tenteranya sentiasa mengepalai jentera mempertahankan penduduk Palestin dan Al-Quds, juga mempertahankan masyarakat awam di Gaza jika berlaku sebarang serangan.

Gambar(arkib): Beberapa dari anggota KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM, sayap tentera HAMAs.

Barhoum menegaskan bahawa kesemua pihak tidak melepaskan diri dari tindakan penentangan, malah berpegang teguh dengannya, sambil menjelaskan pada waktu yang sama adanya perancangan zionis yang sengaja mahu mengalihkan konflik dalaman dan krisis ekonominya ke Semenanjung Gaza. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps dan web ramas Hamasinfo

Read more...

Gambar: Kesan serangan sengit zionis di Gaza

GAZA - Serangan sengit zionis hampir memasuki hari ketiga di Gaza. Sehingga kini, bilangan penduduk Palestin yang telah syahid meningkat ke angka 15 dan hampir 46 lagi mengalami kecederaan yang disifatkan, kritikal, pertengahan dan ringan.

Memetik dari agensi berita Safa menayangkan beberapa rakaman gambar kesan dari serangan jentera perang zionis ketika melancarkan serangan gila di Gaza. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps




















Read more...

Lagi serangan 2 penduduk cedera

Laporan 01:26 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 12:26 petang, waktu Mesir

GAZA - Rejim zionis menyerang lagi Gaza pada waktu tengahari tadi. Safa memperincikan bahawa pesawat pengintip tanpa pemandu yang berada di ruang udara melancarkan serangan di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza.

Saksi kejadian berkata, pesawat pengintip mengebom sebuah kereta penumpang berhampiran sekolah Muaz Bin Jabal di Hayyu Shujaieyah, timur Gaza pada tengahari tadi.

Tambah saksi, salah seorang mangsa mengalami luka yang kritikal ekoran bahagian kakinya terkena letupan serangan, sementara seorang kanak-kanak cedera ringan dalam kejadian yang sama.

Pekerja Palestin ditikam pendatang Yahudi

Laporan lain yang diterbitkan menjelang tengahari tadi memaparkan seorang pekerja Palestin berasal dari wilayah Khalil, selatan Tebing Barat telah ditikam pendatang Yahudi. Mangsa ketika itu berada di bandar Ashdod, selatan tanah jajahan 1948.

Menurut polis Palestin dalam kenyataan media berkata, pekerja terbabit, Naim Husin Muhammad Al-Barbarawy, 26 telah ditikam oleh sekumpulan pemuda Yahudi menggunakan benda tajam di seluruh tubuhnya ketika berada di tempat kerja, Ashdod.

Jelas sumber polis, mangsa telah dimasukkan ke hospital kerajaan di Khalil dan pasukan penyiasat segera bergegas ke hospital bagi mengenalpasti situasi kejadian.

Kenyataan dari polis Palestin menyatakan seperti yang dijelaskan oleh mangsa bahawa mangsa didatangi lebih 20 orang pemuda Yahudi, lalu mangsa dibelasah dan ditikam ekoran balas dendam ke atas operasi Eilat yang berlaku pada hari Khamis lalu. Bagaimanapun, mangsa dapat melarikan diri dalam keadaan darah bercucuran sehingga menemui sebuah kereta yang membawanya ke hospital bandar Ashdod. Mangsa menerima rawatan pertama di di hospital berkenaan kemudian dipindahkan ke hospital kerajaan di Khalil bagi menyempurnakan rawatan.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa telah mengemukakan aduan rasmi mendakwa pemuda-pemuda Yahudi yang menyerangnya sehingga mengakibatkan mangsa cedera teruk. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Rombongan Malaysia keluar dari Gaza pagi ini

KAHERAH, 20 OGOS - Rombongan Malaysia yang dikelola oleh NGO MAPIM sedang dalam proses keluar dari sempadan Gaza-Mesir. Menurut maklumat pada jam 11:10 minit pagi, waktu Mesir, kesemua ahli rombongan berada di bangunan terminal menanti urusan keluar selesai.

Sebagaimana dijadualkan, rombongan akan keluar ke sempadan Mesir pada jam 11:00 pagi ini. - MAP

Baca lagi:

Rombongan Malaysia masuk Gaza

Read more...

Cedera dalam serangan terbaru zionis

Laporan jam 10:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 09:37 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang pemuda mengalami cedera ringan dalam serangan terbaru yang dilancarkan oleh pesawat pengintip tanpa pemandu berhampiran stesen petrol Hamudah, utara Semenanjung Gaza.

Menurut sumber, krew penyelamat telah membawa mangsa yang cedera ke poliklinik Al-Audah untuk rawatan lanjut.

Serangan pesawat zionis ketikamana pejuang-pejuang terus-menerus melepaskan serangan roket ke lokasi-lokasi daerah dan penempatan zionis yang berhampiran dengan Semenanjung Gaza, sementara itu, pesawat pengintip kelihatan kerap berterbangan di ruang udara Semenanjung Gaza.

Sebentar selepas kejadian, zionis mengebom pula dengan kawasan perkuburan syuhada' di utara Gaza dengan beberapa peluru meriam. Jelas sumber, tiada laporan mengenai luka parah. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Zionis mengakui pengeboman di Beer Sheba

Laporan jam 08:37 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 07:37 pagi, waktu Mesir

SEMENANJUNG GAZA - Kumpulan pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN telah mengebom bandar Beer Sheba(selatan tanah jajahan 1948) dengan roket jenis 'grad' pagi ini. Serangan tersebut diakui radio penjajah.

Radio penjajah mendakwa serangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda.

Satu lagi serangan roket, ALWIYAH mengumumkan bahawa pihanya mengebom penempatan zionis 'Azata'. Sementara itu, radio penjajah menghebahkan satu serangan yang lain gugur di kawasan Lakhish, iaitu sejauh 34km dari utara Semenanjung Gaza.

Dalam laporan berasingan, pejuang dari kumpulan KATAIB NASEER SALAHUDDIN mengebom tempat pendaratan pesawat di timur El-Maghazi dengan serangan roket 'Naseer'.

SARAYA AL-QUDS pula melancarkan serangan roket jenis 'grad' ke bandar Kiryat Malakhi.

Sayap-sayap senjata Palestin masih meneruskan serangan balas ke atas rejim zionis yang menyerang Gaza serta membunuh 5 dari komander ALWIYAH, di antaranya Setiusaha Agung ALWIYAH, Abu 'Audh An-Nirab. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

HAMAS gesa balas serangan

Laporan jam 03:25 pagi, waktu Mekah/Palestin
Jam 02:25 pagi, waktu Mesir

Berhubung peningkatan serangan zionis di Semenanjung Gaza, semalam, gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) telah menggesa kumpulan sayap bersenjata membalas ke atas serangan-serangan zionis.

Gambar: Penduduk Gaza memberi penghormatan terakhir kepada para syuhada'.

Gesaan tersebut melalui kenyataan seorang pemimpin HAMAS, Ismail Ridhwan kepada radio Suara Al-Aqsa, kata beliau, "sayap-sayap senjata Palestin mesti membalas dengan segenap kekuatan dan kekerasan ke atas jenayah yang dilakukan tentera rejim zionis di Gaza, sedemikian itu, kami meminta KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS), begitu juga SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) dan kesemua sayap-sayap senjata bertindak menyerang balas ke atas jenayah rejim zionis."

Kata beliau, "tiada lagi gencatan senjata(tenang) dengan rejim zionis, yang ada hanyalah gencatan biasa di lapangan sebelum ini, itupun penjajah tidak memahami bahasa ini, akan tetapi mereka hanya tahu bahasa jenayah, kekerasan dan keganasan...ekoran jenayah sedemikian yang dilakukan terhadap penduduk Palestin yang telah menjaga gencatan senjata(tenang), maka kami berhak membalas."

Tambah beliau, "kami mahu sebut kepada penjajah bahawa keganasan, pembunuhan dan penyembelihan tidak sesekali dapat mematahkan langkah kami dan juga tidak akan terdorong menyerahkan harga politik(tunduk kepada tekanan politik) malah kami akan berpegang dengan prinsip masyarakat kami serta melindungi pejuang-pejuang, dan menjaga masyarakat serta Semenanjung Gaza dari direbut dan ia bukanlah tempat hamparan kemewahan."

AL-QASSAM beri isyarat balas serangan

Kata AL-QASSAM dalam kenyataannya semalam bahawa darah-darah komander(pemimpin) pejuang tidak akan menitis begitu sahaja sambil mengingatkan kepada Israel, jenayah mereka yang dilakukan berterusan akan menjadi satu bala kepada mereka. Tambahan lagi, "rentetan serangan yang berterusan ke atas masyarakat kami di Gaza, ingin kami menekankan bahawa jenayah penjajah terhadap komander dan pemimpin kami, pejuang-pejuang kami, dan anak-anak masyarakat kami tidak akan terlepas."

AL-QASSAM mengungkapkan pembunuhan penjajah ke atas pemimpin LIJAN MUQAWAMAH dan pengiringnya adalah 'usaha dari Kerajaan Penjajah Israel untuk memindahkan krisis dalamannya ke Gaza serta menarik perhatian berhubung krisis-krisis yang dihadapi rejim malah kerapuhan teori keamanannya yang telah lama mengujinya'.

Serang balas pejuang

Dari sudut lapangan pejuang, sayap-sayap tentera Palestin telah melancarkan tidak kurang dari 22 serangan roket dan peluru mortar ke bandar-bandar dan daerah-daerah Israel di Naqab(tanah jajahan 1948), menurut laporan tentera zionis.

Laporan lain memaparkan beberapa sayap tentera pejuang Palestin telah bertindak menyerang balas, antaranya ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN, KATAIB NASEER SALAHUDDIN, UNIT AIMAN JUDAH, dan KATAIB MUJAHIDEEN.

Menurut sumber Israel, salah satu dari serangan roket telah menghentam gereja Yahudi dan sekolah di Ashdod malah turut mengakibatkan kecederaan(laporan semalam menyebut 10 warga zionis cedera) biasa dan ada yang disifatkan kritikal. Berikutan itu, pihak berkuasa penjajah telah mengeluarkan pekeliling kepada warganya agar berjaga-jaga khuatir pertambahan dari serangan roket. Sumber 20/08/2011, web berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps

Read more...

Abbas dan Haniyeh berusaha hentikan tentangan zionis

Laporan jam 02:26 pagi, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:26 pagi, waktu Mesir

RAMALLAH - Ahli jawatankuasa PLO(Palestine Liberation Organization), Saeb Arekat mengumumkan pagi ini bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(gambar) telah meminta Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB (United Nations Security Council) mengadakan persidangan cemas bagi menghentikan tentangan sengit zionis di Semenanjung Gaza.

Arekat berkata dalam kenyataan beliau, Presiden Abbas telah meminta wakil Palestin di PBB, Riyadh Mansour segera bertindak meminta Majli Keselamatan mengadakan persidangan cemas.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh telah menghubungi Mesir dan Liga Arab(Arab League) semalam demi menghentikan tentangan zionis di Gaza.

Dalam kenyataan ringkas yang disampaikan kepada agensi berita Safa, Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza berkata, Ismail Haniyeh(gambar) telah menghubungi Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby serta membincangkan kedudukan bahaya yang menimpa Gaza.

Beliau turut menghubungi Amir Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II(الشيخ حمد بن خليفة ال ثاني‎) dan membincangkan perkembangan semasa kedudukan masyarakat dan serangan zionis ke atas Gaza. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Media Israel: Siapakah kumpulan Palestin yang dipersalahkan kerana serangan?

Oleh: Reuters

Israel telah menyalahkan puak Palestin, Jawatankuasa Rintangan Popular(PRC), melancarkan serangan di sepanjang sempadan Mesir yang mengorbankan tujuh warga Israel pada hari Khamis. Dalam masa beberapa jam serangan, IAF diserang kembali oleh PRC, yang berpusat di Gaza dan telah membunuh lima orang ahlinya termasuk pemimpin dan leftenan.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai organisasi tersebut, yang menafikan terlibat dalam serangan di selatan Israel.

PRC adalahh satu kumpulan yang disertai oleh bekas aktivis bersenjata dari puak-puak yang berbeza. Ia telah ditubuhkan di Semenanjung Gaza pada tahun 2000 iaitu pada tahun permulaan pemberontakan Palestin untuk menuntut Negara mereka.

Kumpulan ini turut disertai oleh bekas ahli keselamatan daripada pelbagai agensi-agensi keselamatan Pihak Berkuasa Palestin, termasuklah ahli-ahli yang tidak berpuas hati terhadap FATAH, yang mana telah melepaskan keganasan terhadap Israel. Ia beroperasi secara bebas di bawah pemerhatian pemimpin HAMAS.

Walau bagaimanapun, pejuang daripada kedua-dua kumpulan telah bersatu dalam beberapa serangan terselaras pada tahun-tahun lepas dan pemimpin PRC telah mengambil kedudukan politik yang sama dengan HAMAS mengenai langkah keamanan Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel.

Kumpulan itu mengadakan berpuluh-puluh serangan terhadap tentera Israel dan peneroka Yahudi pada beberapa tahun yang lalu. Antara serangan yang telah mereka melakukan adalah mogok menentang diplomat Amerika Syarikat(2003) di mana telah mengorbankan tiga pengawal keselamatan, dan menembak wanita Israel yang hamil dan empat anak wanita tersebut(2004).

Pada bulan Jun 2006, IAF membunuh pengasas PRC, Jamal Abu Samhadana dalam serangan yang disasarkan di Gaza. Tidak lama kemudian, PRC adalah salah satu daripada tiga kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap penculikan beberapa orang askar Israel Gilad Shalit. Beliau dipercayai masih berada dalam tawanan di Gaza.

Reka bentuk lambang mereka dan gambar berbentuk satu gengaman tangan sangat serupa dengan gambar yang digunakan oleh penyokong Iran dan kumpulan gerila Lubnan HIZBULLAH, Israel percaya kumpulan itu mendapat sokongan daripada HIZBULLAH.

Laporan berita ini dipetik dari sebuah web berita Israel 'Haaretz' pada 19/08/2011. Laporan tersebut bertajuk, Who is the Palestinian group blamed for the attacks?

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS