Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.
Laporan menarik:
Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':
24 Jun 2012
- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.
Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.
29 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.
- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.
30 Jun 2012
- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.
- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.
Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:
- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel
- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya
- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16
- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera
- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin
- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah
Selepas Tantawi, Abbas bertemu Amir Qatar bincang perkembangan Palestin
19 Mei 2012
![]() |
| Arkib SAFA: Kanan, Amir Qatar dan kiri, Abu Mazen |
![]() |
| Arkib SHOROUK: kanan, Abbas dan kiri, Tantawi |
HAMAS desak Abbas hentikan perlanggaran
29 Februari 2012
"Perlanggaran ini telah memberikan kesan negatif ke atas usaha baik pulih yang sedang berjalan," tegas lagi, "penangkapan yang berterusan mesti dihentikan segera kerana pembebasan sebahagian mereka dari penjara keselamatan Palestin tidak ada makna ketikamana penangkapan-penangkapan lain masih diteruskan," kata gerakan HAMAS. Sumber 29/02/2012, web berita Safa.ps
Abbas: Israel lancar serangan jahat di BaitulMaqdis
30 Disember 2011
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Abu Mazen, gambar) berkata, rejim zionis(Israel) telah melancarkan serangan jahat di jajahan BaitulMaqdis untuk mengubah sifat asal Arab dan Islam kepada pengyahudian."Bandar BaitulMaqdis telah dilanda serangan pembinaan penempatan secara jahat dari Kerajaan Israel yang bertujuan untuk mengubah tabiat asalnya, Arab dan Islam kepada pengyahudian. Perkara ini mesti dihentikan oleh Arab, kuasa-kuasa Islam dan antarabangsa demi dapat melindungi kesucian bandar dan ketamadunan sejarahnya," ujar Abbas ketika mempengerusikan perjumpaan Majlis Gabenor.
Baca lagi:
Lulus bina 130 unit perumahan di Penempatan Gilo
_______________________________________________
Perjumpaan yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Palestin di bandar Ramallah petang semalam, 29/12/2011 turut dihadiri Setiausaha Agung PLO, Al-Tayyib Abdul Rahim dan Penasihat Presiden bagi Hal-Ehwal Gabenor, Mejar Ismail Jabbar.
Beliau menyatakan bahawa usaha damai menemui jalan buntu ekoran sikap Kerajaan Israel menyukarkan usaha serta enggan mengikuti ketetapan-ketetapan perundangan antarabangsa, khususnya Israel membantah menghentikan projek binaan penempatan di tanah-tanah Palestin serta tidak menerima asas penyelesaian konflik, penubuhan dua buah negara.
Abbas juga memberikan gambaran positif di hadapan para gabenor berhubung usaha baik pulih dalaman Palestin sewaktu menghadiri pertemuan-pertemuan dengan kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah bawah seliaan Mesir. Sedemikian itu, perjumpaan di Kaherah bertujuan meleraikan babak persengketaan dalaman Palestin dengan menetapkan mekanisme perlaksanaan, antaranya mengadakan pilihanraya Presiden, parlimen dan dewan rakyat. Jelas lagi, keputusan ini benar-benar dapat membentuk jalan keluar demi mencapai perpaduan serta mengakhiri perpecahan.
Baca lagi:
Meshaal tiba di Kaherah jumpa Abbas
_______________________________________________
Presiden meminta para gabenor agar bersedia dan menghidupkan suasana positif demi dapat melangsungkan pilihanraya secara bersih, telus dan bebas di kesemua tanah-tanah Palestin, termasuk bandar BaitulMaqdis. Malah menzahirkan wajah-wajah yang terkehadapan kepada masyarakat Palestin dengan proses penukaran kuasa secara aman, jelas Abbas.Dalam perjumpaan itu, Abbas memuji peranan yang digerakkan oleh para gabenor sewaktu memberikan khidmat kepada masyarakat sepanjang masa. Para gabenor turut digesa supaya kerahkan tenaga untuk meringankan kesengsaraan penduduk Palestin dan menjaga keamanan mereka serta memberikan setiap aspek yang memudahkan penduduk supaya sentiasa tabah menjaga tanah-tanah mereka. Sumber 30/12/2011, web berita Paltimes.net dan 29/12/2011, web berita Wafa.ps
Meshaal tiba di Kaherah jumpa Abbas
21 Disember 2011
Jam 06:20 malam, waktu Mesir
Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshaal telah tiba di Kaherah petang tadi dan sumber dari kedua belah pihak, HAMAS dan FATAH bahawa Meshaal berjumpa dengan Mahmoud Abbas, Presiden Palestin selaku Presiden gerakan FATAH malam ini di Kaherah, Mesir. Tambahan sumber, Abbas telah tiba di Kaherah pada petang tadi setelahmana mengadakan kunjungan rasmi ke Turki yang berakhir pada petang Rabu, 21/12/2011.
Gambar(arkib): Meshaal, kiri dan Abbas di sebelah kanan dalam pertemuan yang lalu.Memetik laporan dari Pusat Media Palestin, salah seorang dari pemimpin HAMAS berkata, satu pertemuan yang melibatkan Meshaal dan Abbas akan diadakan malam ini pada jam 07:30 malam di Kaherah bagi meneliti perkembangan usaha baik pulih dalaman Palestin(sumber lain menyebut perdamaian Palestin/rekonsilisi) yang sebahagian besarnya telah tercapai untuk perlaksanaan.
Semalam, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin(media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin) telah bertemu dalam satu perjumpaan bawah seliaan pihak Mesir di Kaherah. Di dalam perjumpaan yang berlangsung selama beberapa jam telah menyetujui mekanisme perlaksanaan dari persepakatan nasional, dan sebagaimana yang dinantikan, pada keesokan hari, 22/12/2011, satu perjumpaan yang melibatkan para pemegang amanah kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin akan berlangsung di Kaherah bagi membincangkan mengenai Munaẓẓamat at-Taḥrīr al-Filasṭīniyyah/PLO (Palestine Liberation Organization atau منظمة التحرير الفلسطينية), dan turut dihadiri Abbas dan Meshaal. Sumber 21/12/2011, web berita Paltimes.net dan web berita Safa.ps
Orang-orang FATAH ancam tawan kedutaan Palestin di Kaherah
14 Disember 2011
KAHERAH - Sumber yang dipercayai dari seorang anggota gerakan FATAH berkata hari ini kepada agensi berita SAFA, puluhan dari anggota FATAH yang lari keluar dari Semenanjung Gaza telah menyerang bangunan Kedutaan Palestin di Hayyu El-Dokki, Kaherah petang semalam, Selasa, 13/12/2011. Tindakan itu bertujuan mendesak supaya Pemerintah Palestin di Ramallah, Tebing Barat agar membayar kembali gaji-gaji mereka yang telah dihentikan.
Kata sumber berkenaan, 'hampir 50 orang dari anggota-anggota ketenteraan Palestin, terutamanya Abdul Hakim Audh, Maher Miqdad dan Nabil Tamus menyerang bangunan Kedutaan Palestin dan mendesak agar Pemerintah Palestin Ramallah kembalikan semula(bayar) gaji-gaji mereka yang berjumlah USD250 per orang yang sebelum ini mereka dibiaya gerakan FATAH di Mesir sejak melarikan diri dari Gaza ekoran kejadian Julai 2007'.Sewaktu kejadian Julai 2007(HAMAS kuasai Semenanjung Gaza), beratus-ratus anggota gerakan FATAH dan badan keselamatan Pemerintah Palestin terdiri daripada Keselamatan Negara, perisikan dan Jawatankuasa Pusat FATAH telah melarikan diri ke Mesir dan beberapa negara Arab yang lain.
Kerajaan Palestin di Gaza(bawah pemerintahan HAMAS) mendakwa mereka-mereka yang lari keluar dari Gaza terjebak dalam jenayah pembunuhan sewaktu dan sebelum kejadian Julai 2007.
Baru-baru ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan satu ketetapan(kebenaran) kepada 107 orang dari anggota berkenaan agar kembali ke Gaza dengan mengungkapkan bahawa mereka ini tidak akan menghadapi sebarang masalah malah tidak perlu risau kembali ke Gaza.
Bagaimanapun sumber yang lebih dipercayai mengesahkan bahawa sebahagian besar yang lari keluar dari Gaza adalah yang taat kepada Mohamad Dahlan, bekas pemimpin FATAH yang telah dilucutkan keanggotaannya dari gerakan FATAH.
Seperti dijelaskan, Audh, Miqdad dan Tamus yang mengetuai kumpulan penyerang ke Kedutaan Palestin adalah orang kuat Mohamad Dahlan di Mesir. Mereka telah bertemu dengan Duta Palestin ke Kaherah, Barkat El-Fira dan meminta beliau selesaikan masalah mereka, namun Duta Palestin hanya menjawab, "masalah kamu tidak ada sesiapapun yang memberi maklum balas kepada kami, saya akan bincang lagi perkara ini".
Menurut sumber, penyerang-penyerang kedutaan Palestin memberikan tempoh sehingga hari Khamis(esok) untuk selesaikan masalah mereka dan menyambung semula pembayaran gaji mereka. Sekiranya tidak berbuat demikian, penyerang-penyerang akan menawan bangunan Kedutaan Palestin.
Berhubung pulang ke Gaza, penyerang-penyerang meminta Pihak Berkuasa Mesir agar memberi jaminan supaya kepulangan mereka ke Gaza tidak diancam oleh HAMAS dan mereka bersedia pulang segera.Gambar: Seorang dari anggota FATAH memegang sepanduk tidak puas hati berhubung pemotongan gaji.
Dinyatakan, kehadiran Mohamad Dahlan ke Mesir minggu lepas dan ketika wawancara dalam siaran televisyen, Dahlan menghujum keras lawannya Presiden gerakan Fatah, Mahmoud Abbas(Presiden Palestin).
Anggota-anggota FATAH di Mesir, khasnya yang menetap di sinai berkeyakinan penuh bahawa keputusan pemotong bayaran gaji selepas mereka enggan pulang ke Gaza, bahkan melihat kepada situasi konflik yang beregar-legar dalam gerakan FATAH antara Abbas dan Dahlan, menurut sumber berkenaan. Sumber 14/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
Abbas dan Haniyeh berusaha hentikan tentangan zionis
20 Ogos 2011
Jam 01:26 pagi, waktu Mesir
RAMALLAH - Ahli jawatankuasa PLO(Palestine Liberation Organization), Saeb Arekat mengumumkan pagi ini bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(gambar) telah meminta Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB (United Nations Security Council) mengadakan persidangan cemas bagi menghentikan tentangan sengit zionis di Semenanjung Gaza.
Arekat berkata dalam kenyataan beliau, Presiden Abbas telah meminta wakil Palestin di PBB, Riyadh Mansour segera bertindak meminta Majli Keselamatan mengadakan persidangan cemas.
Sementara itu, Perdana Menteri Palestin di Semenanjung Gaza, Ismail Haniyeh telah menghubungi Mesir dan Liga Arab(Arab League) semalam demi menghentikan tentangan zionis di Gaza.
Dalam kenyataan ringkas yang disampaikan kepada agensi berita Safa, Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza berkata, Ismail Haniyeh(gambar) telah menghubungi Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil El-Araby serta membincangkan kedudukan bahaya yang menimpa Gaza.
Beliau turut menghubungi Amir Qatar, Syeikh Hamad Bin Khalifah II(الشيخ حمد بن خليفة ال ثاني) dan membincangkan perkembangan semasa kedudukan masyarakat dan serangan zionis ke atas Gaza. Sumber 20/08/2011, web berita Safa.ps
Oğlu: sedia beri apa jua sokongan sempurnakan pembaikan dalaman Palestin
22 Jun 2011
Jam 05:30 petang, Mesir
ANKARA - Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu(gambar) mengungkapkan negaranya bersedia untuk memberikan apa jua sokongan bagi menyempurnakan baik pulih hubungan dalaman Palestin.Menukil dari agensi berita Anadhul Turki, belia berkata hari ini di hadapan para wartawan, "kami mengambil berat terhadap baik pulih hubungan sesama Palestin dan Turki akan berusaha keras selagi mampu terhadap usaha ini."
Tambah beliau, "Ankara turut terlibat secara rapat bagi menjamin tercapainya persepakatan sesama *kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin," sedemikian itu, Menteri Luar Turki akan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada esok hari.
*media lain menyebut kumpulan pemisah Palestin
Berhubung dengan usaha berkenaan, Menteri Luar Turki telah bertemu dengan Ketua Biro Politik gerakan HAMAS, Khaled Meshaal yang mengadakan lawatan mengejut ke Turki hari ini. Pada waktu yang sama, Mahmoud Abbas turut berada di Turki.
Baca lagi:
Haniyeh: Tunda pertemuan Abbas dan Meshaal sebab teknikal
____________________________________________
Beliau tidak menjelaskan sekiranya kedua-dua pemimpin Palestin akan bertemu di Turki sebagai menggantikan pertemuan yang telah dibatalkan di Mesir untuk membincangkan mengenai pembentukan kerajaan yang disepakati. Sumber 22/06/2011, web berita Safa.ps
Abbas terima inisiatif damai Perancis
04 Jun 2011
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(gambar sebelah) telah mengumumkan semalam bahawa beliau menerima inisiatif perdamaian yang dikemukakan oleh Perancis bagi menyambung semula rundingan damai dengan Kerajaan Israel. Rundingan damai ini terhenti sejak tidak kurang dari 7 bulan dan inisiatif menyambung semula rundingan dengan Israel adalah untuk mencapai persetujuan berhubung keamanan dan sempadan sebelum bulan September akan datang, iaitu waktu yang ditetapkan oleh Palestin ke PBB bagi menuntut pengiktirafan Negara Palestin.Gambar: Alain Juppé
Peluang sambung rundingan
Abbas menjelaskan bahawa inisiatif damai Perancis telah membentuk peluang untuk mengadakan semula rundingan damai.
"kami telah nampak jendela, pertama dan yang akhir sama ada dari Obama atau Perancis yang membina inisiatif dari ucapan Obama," kata Abbas lagi.
Tambah Abbas, "bagi kami, pilihan yang pertama adalah rundingan, kedua juga rundingan dan ketiga juga rundingan, apabila tidak memperolehi sepakat, kami akan pergi ke PBB yang kami tidak jamin keputusan itu tetapi kami akan mengerahkan usaha, tetapi apabila kuasa-kuasa besar menentang kami, maka kami akan kembali kepada pucuk pimpinan bagi memutuskan apalagi yang akan kami lakukan pada masa akan datang."
Penerimaan ini hadiah kepada Netanyahu
Berhubung inisiatif damai, kata anggota jawatankuasa pusat sebuah dari kumpulan pembebasan Palestin(ada menyebut kumpulan pemisah Palestin), BARISAN PERTAHANAN RAKYAT(جبهة الشعبية), Imad Abu Rahmah bahawa inisitiaf Perancis untuk menyambung semula rundingan yang dikenali usaha 'damai' dengan rejim zionis bertujuan untuk menyekat Palestin dari pergi ke PBB sebelum September ini.
Dalam kenyataan media hari ini, Kata Abu Rahmah, "Saudara Abu Mazen mengungkapkan pilihan kami yang pertama, kedua dan ketiga, kemudian baru mengangkat hal ini ke PBB jelas menunjukkan pucuk pimpinan Palestin sekarang masih berpegang kembali ke meja rundingan yang tidak memberikan apa-apa kepada pihak Palestin, sedangkan pihak Israel yang banyak memperolehi hasil rundingan."
Tegas beliau, "terima inisiatif bermakna memberi hadiah kepada Netanyahu waktu ini, sepatutnya tidak usah menerima malah bertindak dan memberikan tekanan dari segenap sudut agar dapat menyisihkan Kerajaan Netanyahu serta menampakkan dasar aparteidnya dengan meluaskan penempatan-penempatan," sambung beliau lagi, "penyisihan terhadap kerajaan Netanyahu dapat dilakukan dengan cara mendapatkan sebanyak yang boleh pendirian-pendirian dari peringkat antarabangsa yang menentang dasar aparteid Kerajaan ini."
Perancis bertemu Israel dan Palestin
Beberapa hari sebelum ini, Menteri Luar Perancis, Alain Juppé telah bertemu dengan wakil Palestin dan Israel. Kedua-dua pihak yang ditemui, Alain membincangkan inisiatifnya untuk mengadakan persidangan dasar ekonomi akhir Jun ini dengan dihadiri dua pihak, Israel dan Palestin sekiranya idea ini dipersetujui.
Gambar(Al-Jazeerah): Salam Fayyad, di sebelah kanan dan kiri, Alain Juppé ketika pertemuan di Ramallah baru-baru ini. Selepas pertemuan itu, Alain Juppé mengumumkan mengenai inisiatif perdamaian Perancis.Berhubung inisiatif ini, Menteri Luar Perancis berkata selepas bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada hari Khamis lalu di BaitulMaqdis, "saya bohong jika saya telah kata sesungguhnya saya sangat optimis, cuma pada sebahagian perkara saya merasa optimis", kata Alain sambil mengharap kedua-dua pihak, Israel dan Palestin memberi jawapan pada hari akan datang mengenai pelawaannya.
Juppé mendedahkan pada hari Khamis berhubung inisiatif Perancis akan mengadakan persidangan dasar ekonomi(persidangan damai Palestin-Israel) sebelum akhir bulan Julai tujuan mengelakkan pertembungan diplomasi di PBB pada September ini.
Kata Juppé, rancangan perdamaian Perancis bergantung sepenuhnya kepada ucapan Obama bulan lepas yang menggesa Palestin-Israel menyambung semula rundingan mengikut asas sempadan 1967 dan penukaran tanah-tanah yang dipersetujui.
Menteri Perancis itu menjelaskan bahawa beliau mengemukakan idea ini kepada Mahmoud Abbas di Rome lagi sebelum membincangkan hal ini dengan Perdana Menteri Kerajaan Palestin Ramallah, Salam Fayyad dan juga dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Semasa sidang akhbar yang disertai bersama Juppé dan Fayyad di Ramallah Khamis lalu, Juppé berkata, 'keadaan sekarang di Timur Tengah yang berlaku antara Israel dengan Palestin tidak mungkin boleh berterusan'.
Sebelum itu, Obama mencadangkan ketika memberi ucapan bulan lepas bahawa perbincangan usaha damai ini dimulakan dengan memberi tumpuan ke atas isu sempadan dan keamanan mengikut asas sempadan sebelum perang 1967 sebagai titik permulaan, dan permasalahan yang sukar disepakati khususnya kedudukan BaitulMaqdis dan hak ulang pelarian Palestin ditangguhkan pada kemudian hari. Bagaimanapun, Netanyahu menolak cadangan ini, katanya, garisan-garisan sempadan 1967 tidak boleh lagi dibela. Sumber 04/06/2011, web berita Al-Jazeerah dan web berita Safa.ps
Abbas: Untuk apa lagi nak berunding?
28 Mei 2011
Jam 10.28 malam, Mesir
DOHA - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menegaskan mahu pergi ke PBB untuk perlu mendapatkan pengiktirafan Negara Palestin kecualilah jika rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang diterima dan benar.Abbas berada di sebelah kiri Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Al-Thani(tengah).
Ketika pembukaan persidangan Jawatankuasa Inisiatif Perdamaian Arab petang tadi di Doha, Qatar, Presiden Palestin mengulangi lagi syarat-syarat bagi menyambung semula rundingan iaitu hentikan pembinaan penempatan.
1. Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
2. Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
3. Setuju bina 294 unit perumahan Israel
Abbas mempersoalkan, kata beliau, "selagimana Netanyahu tak hentikan projek bina di penempatan-penempatan, prinsip asas penyelasaian garisan sempadan 1967 pun dia tak setuju, untuk apa lagi nak berunding?."
Tambah beliau, "Kami melihat syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu memang tidak ada asas perkongsian malah tidak jelas untuk dirunding, dan kami membuat pilihan untuk mendapatkan hak asasi kami iaitu pergi ke PBB, Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan Antabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap kami."
Jelas Presiden Abbas, kata beliau, "apa yang saya sebut ini bukan perkara sulit, bukan kali pertama tetapi dah banyak kali kami sebut sempena persidangan-persidangan kepada Amerika, Israel, Eropah dan kepada seluruh dunia, namun dah tidak apa di hadapan kami melainkan kami pilih untuk ke PBB."
Tegas Abbas berhubung kata-katanya, "kami bersungguh-sungguh mahu ke PBB, kami tidak bercakap sebarangan atau membuat apa-apa taktik, maka kami mesti ke PBB, lainlah apabila rundingan yang dimulakan mengikut asas-asas yang dapat diterima Netanyahu, seandainya rundingan ini pun dah tidak memberikan apa-apa hasil, hanya ke PBBlah jalannya." Sumber 28/05/2011, web berita safa.ps
Kami mahu ke PBB kerana kami mahu Negara Palestin
05 Mei 2011
BERLIN - "Kami mahu bawa hal ini ke Persidangan Agung PBB kerana kami mahu hak kami, iaitu Negara Palestin," kata Presiden Mahmoud Abbas sewaktu dalam sidang akhbar yang berlangsung petang tadi(Khamis) bersama Canselor Jerman, Angela Dorothea Merkel.Gambar(Safa): Abbas di kiri, dan kanan, Canselor Jerman, Angela.
Tambah Abbas lagi, "kami membawa hal ini ke PBB bertujuan untuk bertanya kepada dunia(Negara-negara Bersatu) mengenai pandangan terhadap Negara Palestin kerana PBB menjadi sandaran seluruh dunia, juga kami mahu berkata mengenai perkara yang tidak dapat diselesaikan melalui jalan rundingan, apakah yang kamu mahu(Negara-negara Bersatu) jawab?".
Sambung Abbas, "kami tidak akan pergi ke PBB untuk mengumumkan penubuhan Negara, tetapi kami mahu soal, apakah yang Negara-negara Bersatu melihat hal yang sedang berlaku di Timur Tengah dan bagaimana kamu menggambarkan keadaan ini, adakah dunia mahu membiarkan masyarakat Palestin hidup di bawah jajahan?".
Sambil membetulkan katanya, Abbas menjelaskan, "kami tidak akan pergi ke PBB untuk mengumumkan apa yang kamu beri pada kami, hal ini tidak benar, kami mahu katakan kepada dunia bahawa inilah keadaan kami, kami mahu kami seperti sebuah Negara yang merdeka, maka, apakah pendapat kamu semua? Adakah kamu semua dapat terima masyarakat Palestin selama-lamanya di bawah jajahan?". Sumber 05/05/2011, web berita safa.ps
Presiden bertemu Merkel di Berlin hari ini
Sebagaimana yang dijangkakan, Abbas akan membincangkan dengan Merkel perkembangan terkini usaha damai menurut cadangan Britain, Perancis dan Jerman. Selain itu, berkait dengan majlis menandatangani persepakatan dalaman Palestin yang diraikan petang semalam di ibukota Mesir, Kaherah.
Sumber menyebut, perbincangan kedua belah pihak turut menyentuh pengukuhan hubungan dua hala Palestin-Jerman.Gambar(Al-Jazeerah): Abbas, kiri bersalaman sambil bercakap-cakap dengan Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS di Kaherah.
Sejurus tiba malam semalam di Berlin dari Kaherah, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Jerman. Kedua-dua pihak membincangkan usaha damai dan jalinan hubungan dua hala.
Turut mengiringi Presiden Abbas, anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Saeb Areqat, jurucakap rasmi Pemerintah Palestin, Nabil Abu Radinah, penasihat diplomatik, Majdi Al-Khalidi dan duta Palestin ke Jerman, Salah Abdul Shafi. Sumber 05/05/2011, web berita safa.ps


















