Abbas: Israel lancar serangan jahat di BaitulMaqdis
30 Disember 2011
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Abu Mazen, gambar) berkata, rejim zionis(Israel) telah melancarkan serangan jahat di jajahan BaitulMaqdis untuk mengubah sifat asal Arab dan Islam kepada pengyahudian.
"Bandar BaitulMaqdis telah dilanda serangan pembinaan penempatan secara jahat dari Kerajaan Israel yang bertujuan untuk mengubah tabiat asalnya, Arab dan Islam kepada pengyahudian. Perkara ini mesti dihentikan oleh Arab, kuasa-kuasa Islam dan antarabangsa demi dapat melindungi kesucian bandar dan ketamadunan sejarahnya," ujar Abbas ketika mempengerusikan perjumpaan Majlis Gabenor.
Baca lagi:
Lulus bina 130 unit perumahan di Penempatan Gilo
_______________________________________________
Perjumpaan yang berlangsung di Pusat Pentadbiran Palestin di bandar Ramallah petang semalam, 29/12/2011 turut dihadiri Setiausaha Agung PLO, Al-Tayyib Abdul Rahim dan Penasihat Presiden bagi Hal-Ehwal Gabenor, Mejar Ismail Jabbar.
Beliau menyatakan bahawa usaha damai menemui jalan buntu ekoran sikap Kerajaan Israel menyukarkan usaha serta enggan mengikuti ketetapan-ketetapan perundangan antarabangsa, khususnya Israel membantah menghentikan projek binaan penempatan di tanah-tanah Palestin serta tidak menerima asas penyelesaian konflik, penubuhan dua buah negara.
Abbas juga memberikan gambaran positif di hadapan para gabenor berhubung usaha baik pulih dalaman Palestin sewaktu menghadiri pertemuan-pertemuan dengan kumpulan pembebasan Palestin di Kaherah bawah seliaan Mesir. Sedemikian itu, perjumpaan di Kaherah bertujuan meleraikan babak persengketaan dalaman Palestin dengan menetapkan mekanisme perlaksanaan, antaranya mengadakan pilihanraya Presiden, parlimen dan dewan rakyat. Jelas lagi, keputusan ini benar-benar dapat membentuk jalan keluar demi mencapai perpaduan serta mengakhiri perpecahan.
Baca lagi:
Meshaal tiba di Kaherah jumpa Abbas
_______________________________________________
Presiden meminta para gabenor agar bersedia dan menghidupkan suasana positif demi dapat melangsungkan pilihanraya secara bersih, telus dan bebas di kesemua tanah-tanah Palestin, termasuk bandar BaitulMaqdis. Malah menzahirkan wajah-wajah yang terkehadapan kepada masyarakat Palestin dengan proses penukaran kuasa secara aman, jelas Abbas.
Dalam perjumpaan itu, Abbas memuji peranan yang digerakkan oleh para gabenor sewaktu memberikan khidmat kepada masyarakat sepanjang masa. Para gabenor turut digesa supaya kerahkan tenaga untuk meringankan kesengsaraan penduduk Palestin dan menjaga keamanan mereka serta memberikan setiap aspek yang memudahkan penduduk supaya sentiasa tabah menjaga tanah-tanah mereka. Sumber 30/12/2011, web berita Paltimes.net dan 29/12/2011, web berita Wafa.ps
0 comments:
Catat Ulasan