Presiden Sudan bertemu dua pemimpin utama HAMAS
30 Disember 2011
Jam 11:46 malam(29/12/2011), Mesir
KHARTOUM - Presiden Republik Sudan, Omar Al-Bashir telah mengadakan pertemuan dengan dua delegasi gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), salah satunya diketuai Ketua Kerajaan Palestin Gaza, Ismail Haniyeh dan sebuah lagi delegasi diketuai Khaled Meshaal, Ketua Biro Politik HAMAS. Pertemuan Al-Bashir dengan pemimpin utama HAMAS ini berlangsung di ibunegara Sudan, Khartoum.
Ismail Haniyeh ketika dalam pertemuan menjelang persidangan yang akan diadakan terdekat ini mengenai forum Al-Quds, beliau meminta Negara-negara Arab dan Islam supaya menyokong perjuangan gerakan HAMAS bagi menentang penjajahan.
"Kami harap Negara-negara Arab dan Islam agar menyokong kami dari sudut material dan politik, sedemikian itu untuk memastikan Al-Quds adalah ibunegara Palestin," kata beliau.
Selepas pertemuan tersebut, Khaled Meshaal sewaktu memberikan kenyataan media, berkata, "kami telah bertukar-tukar pandangan dan maklumat bersama saudara Presiden Omar Al-Bashir mengenai perkembangan arena politik Palestin selepas melalui beberapa pertemuan usaha baik pulih dalaman Palestin serta pertemuan dengan Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO)."
Memetik kata Izzat El-Risheq(عزت الرشق), salah seorang anggota Biro Politik HAMAS melalui jaringan sosial 'TWITTER', kata beliau, "pertemuan yang berlangsung antara kami dengan Presiden Omar Al-Bashir serta Abu Walid(Khaled Meshaal) dan Abul-Abd(Ismail Hanieyh) cukup baik dan kami amat berasa gembira."
Kata Izzat, perbincangan kami dengan Presiden Omar Al-Bashir mengenai kedudukan Al-Quds yang berada dalam ancaman peyahudian zionis serta meneliti keadaan umat Islam yang lain malah kami juga mendengar beberapa keadaan Sudan.
Sokongan kepada Palestin
Jelas lagi dari Khaled Meshaal, "Sepanjang peredaran sejarah, Sudan sentiasa berpendirian menyokong isu dan permasalahan Palestin, begitu juga sewaktu Semenanjung Gaza berada dalam sekatan yang dikenakan oleh rejim Israel."
Lawatan Kerajaan Palestin di Gaza ini adalah kali yang pertama sejak memerintah Semenanjung Gaza pada tahun 2007.
>> [Gambar] Haniyeh dan Khaled Meshaal sewaktu melawat Sudan
Lawatan ke Khartoum pula tempat persinggahan yang kedua setelahmana Kerajaan Palestin memulakan lawatan rasmi ke Mesir dan seterusnya, menanti lawatan ke Qatar, Turki, Tunisia dan Bahrain, menurut sumber-sumber dari gerakan HAMAS.
Sepertimana yang dinyatakan, gerakan HAMAS mempunyai hubungan yang baik dengan Pemerintah Sudan di Khartoum. Sebelum ini, Ketua Biro Politiknya telah beberapa kali mengadakan kunjungan ke Sudan. Sumber 30/12/2011, web berita Safa.ps dan TWITTER عزت الرشق
0 comments:
Catat Ulasan