الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

4 pemuda Palestin parah

24 Mei 2010

KHALIL - Petang tadi, satu pertempuran lain pula meletus antara pemuda Palestin dengan tentera penjajah yang menceroboh pekan kecil, Bayt Ummar di Khalil, selatan Tebing Barat.

Agensi berita menjelaskan, pertempuran tersebut meletus antara puluhan pemuda Palestin dengan tentera penjajah. Berikutan itu penjajah melepaskan tembakan 'sound-bomb' dan gas pemedih mata. Dinyatakan, pertempuran masih berlarutan ketika laporan berita ini dicatat sebelum diterbitkan pada jam 8.23 malam/Palestin.

Dalam pertempuran itu, 4 pemuda Palestin mengalami luka parah.

Tentera penjajah dilaporkan bertindak menaiki ke sutuh(bumbung rumah yang mempunyai permukaan yang rata) dua buah rumah penduduk Palestin malah juga menceroboh sebuah rumah penduduk Palestin di kawasan terbabit. Sumber 24/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Karikatur: Janji manis dan perangkap

Sumber karikatur, 24/05/2010 web berita Al-Jazeerah

Ada pihak menyebut, selagimana Amerika Syarikat terus membekalkan senjata kepada Israel, maka keamanan di Timur Tengah mungkin tidak akan tercapai. Situasi yang sama telah berlaku ke atas Semenanjung Gaza, sama ada sokongan Amerika memberi kesan kepada program membangunkan semula Gaza atau ke arah menghancurkan lagi Gaza.

Sumber karikatur, 24/05/2010 web berita Al-Jazeerah

Mungkin kita tidak terfikir kenapa HAMAS masih bertegas untuk tidak menandatangani satu dokumen pemulihan dan pembaikan Palestin yang diselia oleh Mesir, sedangkan gerakan FATAH telah menandatangani dokumen tersebut. HAMAS menyatakan pendiriannya bahawa pihaknya tidak akan menandatangani dokumen tersebut selagimana Mesir tidak membuat rombakan dengan menerima cadangan, inisiatif HAMAS dan seumpamanya.

Read more...

Sekatan Israel menghalang pembinaan semula Gaza - PBB

Dalam laporan terkini PBB, mengatakan bahawa 'sejak 3 tahun Gaza dikenakan sekatan, usaha bagi membangunkan semula prasarana dan infrastruktur bangunan-bangunan yang musnah dalam perang Israel ke atas Gaza(akhir 2008, awal 2009) masih lagi tersekat'.

Pautan lain:

2) Web rasmi UN(arabic)

Laporan itu mengesahkan yang diterbitkan semalam mengenai 'program pembangunan PBB', bahawa usaha membangunkan semula Gaza tidak dapat dijalankan secara sempurna. Setakat ini hanya 25% dari kemusnahan itu dapat dibina kembali. Kebanyakan bahan-bahan binaan yang telah digunakan dalam membangunkan semula Gaza, sama ada dibawa masuk(seludup) melalui terowong-terowong bawah tanah antara sempadan Gaza-Mesir atau runtuhan bangunan yang 'dikitar semula'(recycle).

Laporan turut menjelaskan berkenaan tempoh masa semenjak akhir januari 2009 sehingga akhir januari 2010, Pertubuhan-pertubuhan Bantuan Antarabangsa mendapati usaha mereka dibelenggu dengan sekatan Israel malah juga dihalang dari menggunakan bahan-bahan binaan yang dibawa masuk(seludup) ke Gaza melalui terowong bawah tanah.

Berikutan itu, laporan PBB menyatakan, Pertubuhan-pertubuhan Bantuan Antarabangsa Arab dan Islam telah merintis usaha bagi membangunkan semula Gaza yang ternyata lebih berkesan. Laporan tersebut menyatakan sedemikian kerana projek pembangunan semula Gaza yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan berkenaan menggunakan bahan-bahan binaan yang tiba di Gaza melalui terowong bawah tanah.

Menurut sumber dari laporan tersebut, jumlah kos yang telah dibelanjakan dalam membangunkan semula Gaza semenjak 2009 belum lagi hampir USD173 juta. Ekoran itu, Semenanjung Gaza masih memerlukan lagi jumlah USD527 juta yang lain bagi mengembalikan keadaannya sebagaimana sebelum perang. Sumber 24/05/2010, web berita Al-Jazeerah

Fakta menarik(arkib maklumat):

1) Sekatan Israel ke atas Gaza bermula setelah HAMAS menguasai Semenanjung Gaza pada 2007.

2) Satu persepakatan 'gencatan senjata' antara HAMAS dengan Israel telah dicapai hasil rundingan dengan Mesir yang menjadi pihak tengah. Gencatan itu bersifat tenang bertempoh selama 6 bulan, bermula pada 19/06/2008, jam 6.00 pagi(Mesir) dengan syarat-syarat yang mesti dipatuhi antara HAMAS dan Israel.

3) Antara syarat yang mesti dipatuhi adalah HAMAS dan Israel tidak boleh menyerang antara satu sama lain selama gencatan ini berjalan, malah Israel perlu membuka sempadannya dengan Gaza agar Gaza dapat dibekalkan semula dengan bahan bakar, makanan, perdagangan dan seumpamanya.

4) Israel cuba menjadikan isu tawanan Gilad Shalit(seorang tentera Israel yang kini ditawan pejuang Palestin di Gaza) sebagai 'pertukaran' dengan pembukaan sempadan dan membenarkan kemasukan bahan-bahan bakar, binaan, makanan dan seumpamanya ke Gaza, namun HAMAS membantah seraya menjelaskan isu Gilad Shalit akan diselesaikan dengan dokumen pembebasan Palestin dari penjara Israel.

5) Selama tempoh gencatan(tenang), Israel kerap kali melanggar syarat perjanjian sehingga mendorong pejuang Palestin melancarkan serangan roket. Malah dalam masa yang sama Israel menggiatkan penentangannya ke atas penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

6) Disebabkan sikap Israel yang kerap kali melanggar gencatan senjata ini, maka HAMAS dalam pertemuan dengan kumpulan dan gerakan pembebasan Palestin yang lain mengistiharkan gencatan senjata berakhir pada 18/12/2008. Masyarakat antarabangsa menggesa HAMAS agar menilai semula keputusan tersebut.

7) Sepanjang tarikh tersebut, Israel kerap mengebom Gaza dan pejuang-pejuang Palestin membalas serangan.

8) 27/12/2008, sekitar 11.00 pagi, Al-Jazeerah melaporkan Israel menyerang Gaza(serangan udara) secara berterusan.

9) Jumlah kematian di kalangan penduduk Palestin Gaza yang berpunca dari sekatan ini telah meningkat ke angka 370 mangsa.

Read more...

Pertempuran sengit dengan tentera penjajah di barat Al-Quds

AL-QUDS, - Satu pertempuran sengit telah meletus pada waktu zohor tadi antara pemuda-pemuda Palestin dengan sepasukan tentera penjajah yang merempuh masuk ke kampung Beit Duqqu(بيت دقّو), di barat laut bandar Al-Quds.

Wikipedia:


Sumber tempatan berkata kepada agensi berita, bahawa sejumlah besar dari anggota tentera Israel telah merempuh ke kampung tersebut serta menggeledah sekolah menengah perempuan dan lelaki. Di samping itu, tentera Israel turut bertindak kasar kepada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar di sekolah berkenaan.

Menurut sumber, pertempuran meletus sebaik sahaja tentera penjajah melepaskan bom gas pemedih mata dan 'sound-bomb' ke arah pelajar, lantas menyebabkan beberapa orang dari pelajar parah ekoran sesak nafas.

Berikutan itu, dinyatakan tentera penjajah terus mengadakan rempuhan ke kampung bagi mencari seorang pemuda yang didakwa melontar batu ke arah kawasan rondaan tentera di kawasan itu. Sumber 24/05/2010, web berita safa.ps

Read more...

Perisik Mesir telah diberkas - Hamad

Menteri Dalam Negeri Palestin di Gaza, Fathi Hamad(gambar) mendedahkan Pihak Keamanan kementerian di Gaza telah memberkas seorang pegawai tentera Mesir berjawat tinggi yang menyelinap masuk ke Gaza bertujuan membuat risikan.

Jelas beliau ketika diwawancara sebuah akhbar Palestin yang rapat dengan gerakan HAMAS bahawa pegawai tentera Mesir yang ditangkap itu telah dikembalikan semula ke Mesir. Bagaimanapun Hamad tidak mendedahkan tarikh penangkapan dan waktu dikembalikan semula pegawai terbabit ke Mesir.

Hamad berkata, pegawai tersebut menyelinap masuk ke Gaza bagi mengumpulkan maklumat mengenai situasi penduduk Gaza dan Kerajaan Palestin Gaza serta beberapa lagi misi penting.

Beliau menyeru kepada Kaherah supaya membentuk jawatankuasa keselamatan bagi mengadakan kerjasama dan penyelarasan antara dua pihak dan tidak perlu melalui pegawai yang melanggar tembok keselamatan Palestin.

"Mesir sepatutnya kena membuat kajian untuk menentang penjajah dan siasat bagaimana penjajah boleh terlepas masuk ke tanah Palestin dan Mesir malah mesti memihak kepada Palestin, bukannya perlu hantar pegawai mencari maklumat kemudian menyiksa para tawanan Palestin dalam penjara untuk dapat maklumat", persoal Hamad.

Hamad turut mengecam Pihak Berkuasa Mesir yang berterusan menahan sebilangan penduduk Palestin dalam penjaranya malah turut menyiksa mereka dengan penuh azab walhal mereka yang ditangkap tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau terlibat menentang Mesir.

Beliau mendesak agar Mesir membebaskan semua tawanan Palestin tanpa mengenakan sebarang syarat dan menutup kes ini. Beliau turut mengungkapkan bahawa tindak-tanduk Mesir yang menentang penduduk Palestin terkeluar dari ruang lingkup ajaran Islam dan hak berjiran. Sumber 24/05/2010, web berita Al-Jazeerah dan web berita shehab.ps

Berita lain:

> Wazir Omar Sulaiman, Ketua Badan Perisikan Mesir mengadakan kunjungan ke Israel hari ini. Dalam kunjungan itu, beliau dijadualkan bertemu dengan beberapa menteri Israel.

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS