الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

9 warga Britain didakwa kerana pecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO

08 Jun 2010


Pada pagi semalam, sembilan aktivis Britain telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan memecah masuk ke kilang pembuatan senjata EDO di Moulescombe, Brighton, Britain pada tahun lepas.


Sebagaimana dinyatakan, mereka yang memecah masuk ke kilang tersebut kerana membantah pembekalan senjata dari EDO kepada Israel yang mengebom Gaza dalam perang tahun lalu. Kilang EDO menerima kontrak bagi meningkatkan keupayaan persenjataan pesawat tempur F-16 Israel.

Gambar:
> Peluru(kanan, atas) : Antara jenis peluru yang ditingkat keupayaan menyerang. Dengan teknologi dari EDO ini, serangan peluru dapat dilancarkan dari ketinggian yang tidak sebagaimana biasa malah serangan akan mengenai tepat pada sasaran.
> Sebalah kanan : Para aktivis yang mengadakan piket aman sambil mengangkat sepanduk yang menyokong kepada pelupusan EDO.
> Bawah, kiri : Bendera Palestin yang digantung ditembok hadapan bangunan mahkamah.

Dijelaskan, sembilan warga Britain itu telah memecah masuk ke kilang EDO semasa perang Gaza serta memecahkan peralatan dan kelengkapan komputer di dalam kilang yang bernilai ratusan ribu pound sterling. Tindakan tersebut bertujuan menghalang EDO dari mengeluarkan senjata, malah berjaya membuatkan operasi EDO tergendala dalam beberapa masa.


Mereka, enam aktivis itu diberkas ketika berada dalam kilang dan tiga lagi diberkas di luar kilang yang dituduh memberi bantuan sokongan untuk memecah masuk.

Berikutan itu, mereka didakwa "komplot jenayah yang menyebabkan kerosakan" semasa memecah masuk ke kilang EDO pada 17 Januari 2009.

Pendakwaan ke atas mereka dijangkakan berlarutan selama enam minggu, turut dinyatakan semasa sidang mahkamah itu, para sidang akan mendengar saksi mangsa pengeboman Israel ke atas Gaza.

Simpati dan tindakan yang wajar


Sementara itu, aktivis-aktivis perdamaian dan anti-perang turut mengadakan piket aman di hadapan bangunan mahkamah sepanjang siang kelmarin bagi menunjukkan rasa simpati terhadap sembilan warga Britain yang didakwa. Malah, para aktivis yang mengadakan piket juga membawa bendera Palestin dan sepanduk simpati terhadap Gaza. Sebelum itu, mereka menggantungkan bendera Palestin saiz besar lalu pihak polis campur tangan, lantas bendera Palestin ditanggalkan.

Sumber gambar dari flickr.com yang memaparkan respon para aktivis terhadap pembuatan senjata.


Mereka yang menunjuk perasaan itu mendesak supaya Elijah Smith yang ditahan dalam penjara Lewes sejak Januari 2009 kerana memecah masuk ke kilang tersebut dibebaskan.

Sebuah kumpulan 'lenyapkan EDO' yang menentang pembuatan senjata itu menyatakan mereka menyokong penuh dengan tindakan aktivis-aktivis yang memecah masuk ke kilang EDO semasa Israel melancarkan operasi 'operation cast lead' di Gaza.

Jurucakap media kumpulan tersebut, Glow Marsh berkata kepada agensi berita bahawa kumpulannya percaya hakim akan berpihak kepada aktivis-aktivis yang didakwa. Dengan itu, pembebasan mereka juga memberikan harapan pembelaan kepada keluarga 1400 mangsa perang yang dibunuh oleh Israel malah menunjukkan hakim tidak membela serangan Israel ke atas Gaza.


Berikutan itu, seorang aktivis Rose Za'ru berkata kepada agensi berita mengenai serangan berdarah yang dilakukan Israel tidak ada apa-apa pun tindakan dari pihak antarabangsa bahkan secara zahirnya Israel terlepas dari hukuman dan tidak menyatakan Israel bertanggungjawab.

Sehubungan dengan hal tersebut, Rose berkata, maka sewajarnya masyarakat awamlah yang perlu mengambil tindakan yang dilihat wajar setelah Kerajaan Britain gagal menunjukkan sikapnya mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia.

Seorang lagi aktivis, John Josh yang berkata bahawa tindakan memecah masuk ke kilang itu adalah untuk menghalang dari peningkatan jenayah, tambahan pula 'mereka bertindak dengan perasaan(simpati) dan secara individu bagi menghalang kegiatan keganasan antarabangsa yang dilakukan oleh Israel menentang penduduk Gaza'.


Tambah Josh lagi, sebab mereka bertindak sedemikian kerana pihak antarabangsa tidak mengambil sebarang langkah-langkah yang berkesan untuk menghalang jenayah Israel ke atas hak-hak Palestin, malah tindakan Israel itu menyalahi undang-undang antarabangsa.

Josh menyatakan, Israel dilindungi dari diheret ke pengadilan tambahan pula, Israel menyerang kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan minggu ini. Josh mengungkapkan bahawa Israel akan terus berhadapan dengan masalah kerana tindakannya.

"Jika Kerajaan Britain tidak bersedia untuk melakukan apa-apa, maka Kerajaan perlu memberikan sokongan kepada masyarakat awam dan penduduk biasa agar menghalang Israel membunuh rakyat yang tidak bersalah", ujar Josh. Sumber 08/06/2010, web berita Al-Jazeerah

Pautan lain:

SMASH EDO MBM ITT(facebook)

Klip video mengenai kilang EDO yang dipecah masuk.



Klip rakaman bawah, ketika aktivis memecah masuk ke kilang EDO.
Rujuk, EDO Smashed - Raid Footage

Read more...

Konvoi 'pembebasan Mesir' masuk ke Gaza tanpa barang bantuan

RAFAH - Pihak Berkuasa Mesir telah membenarkan anggota-anggota konvoi pembebasan Mesir yang disertai ahli-ahli parlimen dari Jamaah Ikhwan Al-Muslimin(IM) dan ahli-ahli kumpulan bebas memasuki Gaza pada waktu tengahari tadi. Bagaimanapun, barang-barang bantuan yang dibawa telah dirampas semalam.

Ahli parlimen IM, Hazem Farouq ketika berada di ruangan menunggu di sempadan telah menghubungi agensi berita bagi memaklumkan bahawa pihaknya telah dibenarkan masuk ke Gaza tanpa barang-barang bantuan. Sumber 08/06/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

Read more...

(berita semalam) Hilang mata, program Al-quran dan penutupan semua terowong bawah tanah

10.04 malam, Mesir/Palestin : Seorang aktivis yang berwarganegara Amerika-Israel telah kehilangan salah satu dari matanya setelah bom gas yang dicampakkan oleh tentera penjajah meletup di hadapan mukanya.

Menurut Jawatankuasa Penentangan Masyarakat ke atas tembok pemisah bahawa kejadian itu berlaku minggu lepas di Ramallah, Tebing Barat.

Dijelaskan lagi, aktivis tersebut bernama Emily Henofitsh yang turut menyertai aktivis-aktivis Palestin dan aktivis luar dalam satu demontrasi tunjuk perasaan di lintasan Qalandiya, selatan Ramallah bagi mengecam serangan Israel ke atas armada pembebasan. Bagaimanapun, Emily mengalami luka parah apabila bom gas yang dicampakkan oleh tentera penjajah meletup dan terbakar di hadapan mukanya. Lalu, Emily dibawa ke salah sebuah hospital Israel. Rawatan tersebut mengesahkan bahawa Emily telah kehilangan salah satu dari matanya. Sumber 07/06/2010, web berita safa.ps

07.07 petang, Mesir/Palestin : Progam tahfiz Al-Quran dan pengajian hadis telah dilancarkan di Gaza untuk tahun ke-2 dengan tema, "تاج الوقار2".

Program tersebut dianjurkan oleh Dar Al-Quran Al-Karim dan Sunnah di bawah seliaan Kementerian Hal-Ehwal Agama dan Waqaf di Gaza.

Sumber dari agensi berita yang memetik ucapan Abdul Rahman Jamal, Pengerusi Dar Al-Quran dan Sunnah juga selaku ahli parlimen menyatakan tujuan program ini adalah untuk melahirkan setiap rumah ada penghafaz Al-Quran. Jelas beliau lagi, perkhemahan program itu akan dibahagikan kepada empat bahagian bagi menerapkan pelajar mengenai pengajian agama.

Sementara itu, Ahmad Bahr, speaker Majlis Legislatif Palestin di Gaza mengumumkan pembukaan perkhemahan program Al-Quran meskipun dalam keadaan yang perit, namun ia merupakan petanda-petanda dari kemenangan yang semakin hampir bagi penduduk Palestin ke atas penjajahan Israel. Sumber 07/06/2010, web berita safa.ps

01.20 petang, Mesir/Palestin : Laporan web berita shehab.ps yang menukil kenyataan wakil Mesir yang enggan disebutkan namanya berkata, "kami akan pastikan semua terowong bawah tanah ditutup".

Ketika memberi kenyataan kepada sekumpulan pemberita, beliau disoal tentang penyempurnaan projek pembinaan tembok keluli yang dibina bawah tanah antara sempadan Mesir dengan Gaza, seraya menjawab, "kami harap akhir musim panas ini projek ini selesai", jelas beliau lagi, "kami berhak untuk membangunkan projek ini kerana mengikut undang-undang, kami akan bawa barang bantuan dan keperluan mereka(isyarat kepada penduduk Gaza) melalui atas tanah, bukannya bawah tanah..biar proses ini berjalan di hadapan mata kami". Sumber 07/06/2010, web berita shehab.ps

Read more...

Karikatur: Mesej telah sampai tapi rundingan masih kabur


Semenjak pertengahan 2007, Gaza telah dicengkam dengan sekatan dan kepungan yang amat zalim. Lebih memilukan apabila diserang selama 23 hari berturut-turut tanpa henti meskipun pada waktu zionis mengistiharkan 'rehat' selama 15 minit, namun zionis bohong..serang dan terus menyerang. Kelibat pesawat perang terus membunuh nyawa-nyawa tidak berdosa, malah kereta kebal membedil dengan bongkak dan pesawat yang dikawal(pesawat pengintip) juga dengan penuh riak membunuh penduduk Gaza meskipun di'control' dari jauh seumpama sekutu-sekutu Israel dan Amerika yang dikawal agar laksanakan arahan dan perintah. Bila zionis berundur, maka diketatkan lagi sekatan sehingga terdengar suara-suara menjerit dari Gaza tetapi tiada respon jawab yang jelas, sekadar marah dan menengking zionis..dunia masih kaku. Secara tak sedar, tiba freedom flotilla dengan niat membantu. Walaupun tidak dapat menjejakkan kaki ke pantai Gaza, mereka telah berjaya menyampaikan mesej-mesej kepada semua orang di dunia bahawa penduduk Gaza sedang menghadapi saat-saat akhir dihujung nyawa. Lalu, dunia bingkas bangkit dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan lanun zionis. Orang mula sedar dan masing-masing bersuara untuk membebaskan Gaza dari sekatan Israel. Mesej ini dibawa khas agar isu ini tidak terus dibungkam dengan mulut yang dicantumkan dengan stapler sambil kaki dan tangan diikat.

Rundingan secara tidak langsung, rundingan secara langsung..apapun ia tetap rundingan. Itulah rundingan tanpa sempadan. Apabila dinamakan rundingan, masing-masing pihak wajar menyuarakan pendirian dan prinsip untuk mempertahankan hak. Namun, sudah beberapa generasi rundingan dijalankan, mana hak untuk Palestin dan bila masa untuk Islam kembali muncul agar dapat menjaga hak-haknya..?

Sumber karikatur Palestine 48

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS