الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Kapal Amal Libya tangguh pelayaran pada hari Sabtu

09 Julai 2010

Berita Al-Jazeerah melaporkan kapal Amal Libya yang di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Gadafi menangguhkan pelayarannya ke Gaza pada hari Sabtu kerana masih menanti kebenaran dari Kerajaan Greek untuk berlepas dari pelabuhan. Sumber 09/07/2010, berita Al-Jazeerah

Berita lain:

> Mulla Omar menyeru kepada pemimpin-pemimpin Negara Islam agar mencontohi penduduk Turki yang bangkit mempertahankan Palestin.

> Ahmad Khatami berkata, angkatan tentera Iran telah bersiap sedia menghadapi sebarang serangan.

Read more...

Kapal Libya sedia berlayar ke Gaza

Menurut laporan dari berita Al-Jazeerah, kapal Libya sedia untuk berlepas hari ini dari pelabuhan Greek menuju ke Semenanjung Gaza. Pelayaran tersebut dalam rangka memecahkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Sumber 09/07/2010, berita Al-Jazeerah

Berita lain:

> 4 pegawai tentera Turki mengalami kecederaan dalam serangan di timur Turki yang dilakukan oleh parti pemberontak Kurdistan.

> Majlis Keselamatan Antarabangsa pada hari ini membincangkan mengenai pertempuran yang berlaku antara penduduk Lubnan dengan pasukan tentera UNIFEL di selatan Lubnan.

Read more...

Pihak Keselamatan dan Penjajah tangkap 6 penyokong HAMAS, Mesir bebas 2 anggota JIHAD ISLAMI

TEBING BARAT - Gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية) mendakwa Pihak Keselamatan Palestin di Tebing Barat menangkap empat penyokongnya dari dua Wilayah; Qalqiliya dan Nablus.

HAMAS menyatakan sedemikian dalam satu keterangan yang disampaikan kepada agensi berita, "Pihak Keselamatan Qalqiliya telah menangkap Syeikh Zahran Kharub yang merupakan imam masjid di hadapan masjid Sharhabil di desa Hablah selepas solat isyak."

Di Nablus pula, Pihak Keselamatan Palestin telah menangkap beberapa pelajar yang menjadi penyokong HAMAS di Universiti An-Najah, iaitu Ahmad Usaidah dari kampung Tall, Mu'tasim dari kampung Salim, dan Muaz Ghassan Daruzah dari bandar Nablus. Mereka ditangkap setelah dipanggil melaporkan diri kepada Pihak Keselamatan.

HAMAS turut menyebut, seiring 'penyelarasan keselamatan' yang berterusan antara Israel dengan Pihak Berkuasa Palestin Ramallah, dua dari anggotanya, Hamad Hasan Al-Umlah yang merupakan Ketua Majlis Desa Beit Ula serta Mahmud Hamdi Shubanah dari Khalil telah ditangkap oleh penjajah.(10.24 pagi, Palestin/Mesir)

Mesir bebas 2 anggota JIHAD ISLAMI

Sementara itu, laporan dari Gaza(10.26 pagi, Palestin/Mesir) menyebutkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir telah membebaskan 2 anggota gerakan JIHAD ISLAMI Palestin pagi ini setelah pemimpin gerakan itu berusaha menghubungi pihak Mesir bagi membebaskan anggota JIHAD ISLAMI dari penjara-penjara Mesir.

Khidhir Habib, salah seorang pemimpin JIHAD ISLAMI dalam kenyataannya pagi ini yang disampaikan kepada agensi berita, berkata, "usaha yang telah dijalankan pemimpin JIHAD ISLAMI dengan menghubungi saudara Mesir(Kerajaan Mesir) telah membuahkan kejayaan yang merupakan pertama kali telah membebaskan 2 dari tahanan gerakan ini."

Beliau menjelaskan, dua anggotanya yang dibebaskan adalah Hamzah Humaid anak kepada komander SARAYA AL-QUDS(sayap tentera JIHAD ISLAMI) iaitu Humaid yang dibunuh tentera Israel beberapa tahun yang lalu. Seorang lagi yang dibebaskan, Ubaid Al-Gharably. Kedua-dua mereka ini telah ditangkap sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, Mesir pada bulan yang lalu untuk pulang ke Gaza dari Negara luar.

Menjawab soalan berhubung penyelarasan dengan Mesir agar tidak ada penangkapan ke atas anggota JIHAD ISLAMI, Habib berkata, "kami telah mengutuskan surat kepada saudara kami di Mesir bahawa penangkapan tersebut tidak wajar", jelas dari hal sedemikian, pihak Mesir tidak lagi menangkap seorang pun dari anggotanya semenjak sebulan yang lalu.

Pemimpin JIHAD ISLAMI itu menyatakan, pihak Mesir memberikan respon yang positif mengenai isu tahanan anggota gerakannya.

"Kami harap dapat melihat mereka kembali ke pangkuan keluarga", kata Habib.

Namun, Habib menerangkan bahawa Pihak Berkuasa Mesir masih menahan tidak lebih dari 10 anggotanya di penjara Mesir. Beliau menyatakan, usaha untuk membebaskan mereka terus dijalankan. Sumber 09/07/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS