الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Saya tak akan berkompromi hak tetap Palestin - Abbas

07 September 2010

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas(Presiden yang telah tamat tempoh menurut HAMAS) berjanji bahawa beliau tidak akan berkompromi mengenai hak-hak Palestin yang telah tetap semata-mata mencapai persetujuan damai dengan Israel. Berikutan itu, setelah beberapa hari rundingan damai secara langsung(bersemuka) yang diselia Amerika Syarikat(US), timbul beberapa perselisihan dan perbezaan pendapat di dalam kerajaan Israel berhubung ketidakmampuan mencapai persetujuan damai dalam masa setahun.

Gambar atas(reuters): Abbas di kiri Netanyahu semasa rundingan damai secara langsung di Washington.

Janji Abbas ini disiarkan ketika wawancara eklusif dengan akhbar "Al-Ayyam" Palestin yang diterbitkan pada hari Isnin lalu.

"Saya tak kan biarkan tanah air ini dimusnahkan dengan berkompromi ke atas mana-mana hak yang telah tetap pada Palestin," kata Abbas.

Presiden Palestin turut berkata bahawa beliau akan berundur jika didesak berkompromo ke atas mana-mana hak Palestin yang telah tetap, antaranya hak kembali(pulang ke Palestin) dan garisan sempadan 1967.

Abbas turut mengaitkan tempoh perjalanan rundingan secara langsung ini dengan melanjutkan lagi pembekuan sebahagian dari projek pembinaan penempatan Israel. Jelas beliau, "rundingan damai sekarang hanya dalam masa sebulan, sekiranya kerajaan Israel memutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh pembekuan pembinaan penempatannya, maka kami akan teruskan rundingan, jika tidak dipanjangkan lagi tempoh itu, kami akan keluar dari rundingan."

Tambah Abbas, apa yang diucapkan ini memang cukup jelas sepertimana yang telah beliau katakan kepada Presiden Amerika Syarikat(US), Barrack Obama dan Menteri Luarnya, Hillary Clinton, malah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Beliau menyatakan sebelum ini kepada Netanyahu dalam pertemuan dua hala di Washington yang mengambil masa selama dua jam tiga puluh minit.

"Jika kamu tidak meneruskan tempoh pembekuan pembinaan penempatan, kami akan berundur dari rundingan ini," kata Abbas kepada Netanyahu.

Dari sumber terdekat Abbas menyebut bahawa pertemuan itu turut menilai pendirian kedua-dua belah pihak, kemudian dikemukakan kronologi perkara yang berkait semenjak Persidangan Annapolis di US pada 27 November 2007 dan hal-hal yang timbul sejak dari pertemuan-pertemuan yang berlangsung antara Abbas dengan bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Selepas sempadan baru keamanan

Dalam wawancara tersebut, Mahmoud Abbas menegaskan peri penting menumpukan terlebih dahulu dua isu dalam pusingan utama rundingan damai, iaitu sempadan dan keamanan.

Kata beliau, "Jika mahu kami menyertai rundingan, maka kami kena mulakan dengan hal yang berkaitan permasalahan sempadan, kemudian barulah menyentuh tentang keamanan kerana sempadan adalah permasalahan asas bagi kami(Palestin), manakala yang penting bagi Israel adalah keamanan."

Abbas berkata lagi dalam pusingan pertama, semestinya dipersetujui dahulu pemetaan garisan persempadanan 1967 kerana dari sini menjadi titik tolak untuk menyelesaikan permasalahan Al-Quds, air dan penempatan Israel. Dan permasalahan yang berkait dengan pelarian(hak kembali) dan selain dari itu akan diperbincangkan dalam pusingan kedua.

Sementara itu, Abbas membantah kewujudan Israel sama ada dikalangan warganya atau tentera di tanah-tanah Palestin setelahmana persetujuan dicapai.

Israel berbeza pendapat

Dari pihak Israel pula, jurucakap Netanyahu menjelaskan Perdana Menterinya memberitahu anggota delegasi Kongres Amerika yang berkunjung ke Israel bahawa persetujuan damai boleh dicapai dengan Palestin dalam masa setahun meskipun wujudnya perselisihan yang cukup ketara.

Ner Hefez berkata, Netanyahu menyatakan bahawa matlamat Kuartet Timur Tengah bertujuan untuk menubuhkan Negara Palestin yang dapat memperolehi ketenteraman hidup bersebelahan dengan Israel.
___________________________________________________
Pautan lain:

1. Kuartet Timur Tengah, wikipedia
___________________________________________________

Bagaimanapun, Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman menimbulkan syak dari tercapainya persetujuan damai secara sermpurna. Lieberman mengungkapkan perunding Palestin hanya membincangkan cabang-cabang masalah kerana tidak mahu mengadakan rundingan dengan Israel, malah Lieberman berkata lagi, partinya "Yisrael Beitanu" akan menggagalkan sebarang usaha bagi memanjangkan tempoh pembekuan bina projek penempatan Israel.
___________________________________________________
Pautan lain:

1. Yisrael Beitanu, wikipedia
2. Laman rasmi parti Yisrael Beitanu Israel
___________________________________________________

Ketika menyampaikan ucapan di hadapan para penyokong parti Yisrael Beitanu berhaluan kanan semalam, Lieberman berkata, "persetujuan damai yang mesti difahami adalah bermakna penyelesaian konflik dengan menghentikan tuntutan dari kedua belah pihak malah mengakui Israel adalah tanah air bagi bangsa Yahudi, dan ia mungkin tidak akan dicapai dalam masa akan datang, juga generasi pada tahun berikutnya."

Sebagaimana yang dijadualkan, pusingan seterusnya bagi meneruskan rundingan damai antara perunding Palestin dengan Israel akan diadakan pada 14 dan 15 september akan datang di Mesir. Dalam rundingan tersebut, seperti yang dilaporkan bahawa Menteri Luar US, Hillary Clinton akan turut hadir. Sebaik itu, rundingan akan diadakan pula di bandar Al-Quds. Sumber 07/09/2010, web berita Al-Jazeerah

Read more...

Slot: Pertentangan pendapat

Slot "Pertentangan pendapat"

Siaran langsung yang sedang disiarkan melalui siaran berita al-Jazeerah bertajuk, 'perundingan hanya semata-mata berunding'.

Panel pertama: Dr. Jamal Nazzal, wakil media gerakan FATAH di Eropah
Panel kedua : Yaseer Za'atirah, penganalisis politik


Read more...

Roket gugur di barat Naqab

BET LEHEM - Sumber dari rejim zionis mengakui bahawa satu serangan roket dari Gaza gugur di barat Naqab, tanah jajahan 1948 awal pagi ini(selasa).

Radio Israel yang menyebut dari laman webnya berkata, kumpulan bersenjata Palestin yang melancarkan serangan peluru roket itu telah gugur di pertengahan sebuah perkampungan yang bertentangan dengan Semenanjung Gaza. Bagaimanapun tiada laporan mengenai luka parah atau kecederaan.

Sehingga kini, tidak ada mana-mana kumpulan pejuang Palestin yang mengakui serangan yang dilancarkan itu.

Sementara itu, sumber melaporkan 3 warga Israel mengalami luka parah akibat letupan yang berlaku pada tengahari tadi di salah sebuah kilang pengeluaran logistik ketenteraan rejim zionis. Kilang tersebut terletak bersempadan dengan bandar Ramlah, tanah jajahan 1948.

Menurut siaran 10 Israel, setakat ini, pihak polis rejim zionis dan pakar letupan tidak mendedahkan lagi situasi kejadian yang berlaku malah skuad bantuan dan bomba tidak dibenarkan memasuki lokasi yang berlaku letupan. Ketiga-tiga warga Israel yang parah hanya dibawa keluar melalui pintu utama kilang. Sumber 07/09/2010, web berita maannews.net dan web berita safa.ps(2)

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS