الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

2 roket gugur di barat Naqab

16 Ogos 2010

GAZA - Sumber dari radio penjajah menyebut bahawa dua serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur pada waktu malam tadi di sebuah kawasan tanah lapang di barat Naqab.

Radio penjajah menjelaskan serangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang luka parah.

Sebagaimana dilaporkan, serangan roket dari Gaza setelah beberapa jam meletusnya pertempuran yang mengorbankan seorang pejuang Palestin, manakala seorang dari tentera Israel mengalami luka parah. Sumber 16/08/2010, web berita safa.ps

Read more...

Tentera Israel diserang di timur Khan Yunus

KHAN YUNUS - Sekumpulan pejuang Palestin Gaza menyerang jentera perang Israel yang sedang berkawal pada waktu asar di garisan sempadan berhampiran pintu masuk As-Suraij, timur Wilayah Khan Yunus, selatan Gaza.

Menurut agensi berita safa, pejuang Palestin menyerang jentera perang Israel dengan roket RPG, diikuti berbalas tembakan dengan bertubi-tubi.

Sebaik kejadian itu berlaku, empat buah kereta kebal dan dua buah jentolak Israel menceroboh ke dalam tanah Gaza dengan skala terhad serta menjalankan operasi merata tanah dan mengesan.

Sehingga kini, menurut sumber tidak ada mana-mana pihak pejuang Palestin mengumumkan terlibat dalam pertempuran tersebut, dan juga tidak dijelaskan sama ada jentera perang Israel musnah atau tidak. Sumber 16/08/2010, web berita safa.ps

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS