Menteri Luar Perancis disambut dengan kasut
21 Januari 2011
Gambar(Safa): Ahli keluarga tahanan Palestin membaling kasut ke arah kereta yang dinaiki Menteri Luar Perancis.
Menurut pemberita 'Safa' yang berada di lokasi kejadian menjelaskan bahawa berpuluh-puluh ahli keluarga tahanan Palestin rasa bengang dan marah berhubung kenyataan Menteri Luar Perancis yang jelas memihak kepada tentera zionis yang ditawan pejuang Palestin tanpa mengendahkan nasib ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara-penjara penjajah.
Memetik petikan laporan agensi berita 'Reuters', ahli-ahli keluarga para tahanan menghalang kereta yang dinaiki Michèle Alliot-Marie(gambar), lalu memukul bumbung kereta dengan objek keras serta melontar kasut mereka ke arah kereta, turut disusuli jeritan 'keluar dari Gaza' ketikamana Menteri tersebut baru hendak beredar dari hospital bawah seliaan Bulan Sabit Merah Palestin(Al-Quds).
Lawatan kali pertama Alliot-Marie setelah menjawat jawatan Menteri Luar Perancis ke rantau ini sehingga hari ahad ini bermula dari Israel dan menuju ke tanah-tanah Palestin yang berada di bawah kuasa autonomi Palestin. Setelah itu, Menteri Luar Perancis akan mengadakan lawatan seterusnya ke Mesir dan Jordan.
Dalam lawatan di Gaza, Menteri Luar Perancis mengadakan pertemuan dengan penyelia UNRWA, beberapa individu bebas dan kemasyarakatan serta ahli parlimen gerakan FATAH. Bagaimanapun, Menteri tersebut tidak bertemu dengan wakil-wakil gerakan HAMAS dan Kerajaan Palestin Gaza.
Berhubung kenyataan Michèle Alliot-Marie yang menyifatkan tawanan ke atas Shalit adalah jenayah perang, lantas dikecam gerakan HAMAS.
Gambar(Reuters): Ahli keluarga tahanan Palestin menyekat kereta pengawal keselamatan yang mengiringi Menteri Luar Perancis.
"Perancis memintas EU(Kesatuan Eropah) mengecam gerakan HAMAS yang melakukan jenayah perang berikutan terus mengurung Gilad Shalit dalam tawanannya," kata Menteri Luar Perancis itu.
Michèle Alliot-Marie berkata sedemikian ketika bertemu dengan ibu-bapa Gilad Shalit di sebuah khemah yang dipasang di BaitulMaqdis bertujuan menunjuk perasaan.
Gilad Shalit ditawan pejuang Palestin sejak tahun 2006, malah Shalit turut juga memiliki kerakyatan Negara Perancis.
Pautan lain:
1. Michèle Alliot-Marie
2. Gilad Shalit
3. Angry Palestinians mob French minister in Gaza
Gambar(Al-Jazeerah): Bantahan terhadap Menteri Luar Perancis.
Menjawab kenyataan Alliot-Marie, seorang dari pemimpin gerakan HAMAS, Dr. Ismail Ridhwan dalam kenyataan media berkata, Menteri Luar Perancis berpura-pura melupakan kesengsaraan ribuan penduduk Palestin yang ditahan dalam penjara penjajah(zionis).
Jelas beliau lagi, mereka yang lebih rasa sengsara dan tertekan adalah tahanan Palestin, tiada apa yang mereka lakukan hanyalah semata-mata mahu pertahankan hak mereka yang sah.
Berikutan itu, Dr. Ridhwan meminta Badan-badan antarabangsa membebaskan lebih 8 ribu penduduk Palestin yang berada dalam tahanan rejim zionis.
Malam yang lepas, jurucakap rasmi gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri berkata, Shalit ketika ditawan adalah semasa berada dalam medan tempur dan sedang memerangi penduduk Palestin di sempadan Gaza, namun dalam masa yang sama lebih 8 ribu penduduk Palestin ditangkap dari rumah mereka tanpa melakukan sebarang kesalahan.
Abu Zuhri harap Perancis menilai semula pendirian-pendirian seumpama itu yang langsung tidak mempamerkan peranan Perancis menyelesaikan konflik di rantau ini. Sumber 21/01/2011, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah