الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Pertemuan antara perunding Palestin dan Israel di Amman

03 Januari 2012

AMMAN - Menukil dari berita AL-JAZEERAH melaporkan bahawa pertemuan dua pihak, perunding Palestin dan Israel telah berlangsung hari ini di Amman, Jordan.

Pertemuan ini dikendalikan Kuartet Timur Tengah yang dihadiri utusan khasnya, Tony Blair dan juga diserta Menteri Luar Jordan, Nasser Judeh. Agenda perbincangan tertumpu kepada peluang-peluang untuk menyambung semula rundingan damai antara Palestin dengan Israel yang terhenti sejak 16 bulan.

Gambar(YNET): Pertemuan yang berlangsung di Amman.

Sebagaimana dimaklumkan bahawa pertemuan tersebut berlangsung di bangunan pejabat Kementerian Luar Jordan. Palestin diwakili perundingnya, Saeb Erekat dan perunding Israel, Yitzhak Molcho, utusan Perdana Menteri Netanyahu.



Pertemuan ini ditentang oleh gerakan HAMAS, JIHAD ISLAMI, pergerakan Popular Front for the Liberation of Palestine – General Command(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين - القيادة العامة), dan pergerakan Popular Front for the Liberation of Palestine(الجبهة الشعبية لتحرير فلسطين). Sumber 03/01/2012, berita AL-JAZEERAH

Read more...

Haniyeh bertemu Presiden Saadet dan Naib Presiden AKP

Laporan jam 07:04 malam, waktu Palestin
Jam 07:04 malam, waktu Turki
Jam 07:04 malam, waktu Mesir

ANKARA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh yang mengadakan lawatan rasmi ke Turki telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti Saadet(حزب السعادة) dan Naib Presiden Parti AK(حزب العدالة والتنمية) pada waktu petang tadi, Selasa.

Sekretariat media yang mengiringi Perdana Menteri Palestin mengesahkan pertemuan itu.

Semasa pertemuan, Haniyeh menjelaskan kesengsaraan yang dihadapi penduduk Palestin akibat dari tindakan penjajahan dan sekatan. Beliau turut membincangkan secara terperinci mengenai ancaman permasalahan ke atas BaitulMaqdis dan kerja pengyahudian. Gesa beliau agar pihak ini bertindak segera melindungi BaitulMaqdis.

Perbincangan ini juga meliputi isu tahanan-tahanan Palestin yang masih meringkuk dalam penjara zionis, projek-projek pembinaan perumahan Yahudi serta kejadian memerangi masjid yang dilakukan oleh warga-warga haram zionis.

Sementara itu, kedua-dua pihak, Presiden Saadet dan Naib Presiden AKP menegaskan bahawa pihaknya sentiasa menyokong permasalahan Palestin dan usaha-usaha penduduknya yang menentang penjajahan.

Menukil dari web rasmi AKP, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan bertemu dengan Ismail Haniyeh di pejabat Jabatan Perdana Menteri selepas menghadiri pertemuan ahli-ahli parlimen AKP di dewan parlimen.
________________________________________________



Baca lagi:
Marmara dikunjungi Haniyeh
[Rakaman] Haniyeh tetamu Erdogan
Haniyeh tiba di Turki

________________________________________________


Ketibaan Haniyeh disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh dari ahli-ahli parlimen AKP. Sumber 03/01/2011, web berita Safa.ps, web berita Paltimes.net dan web rasmi AKP



Read more...

Culik kanak-kanak, geledah rumah Palestin dan tangkap lagi Palestin

Laporan jam 09:35 malam, waktu Palestin
Jam 09:35 malam, waktu Mesir

BAITULMAQDIS - Sekumpulan unit gempur rejim penjajah telah merempuh masuk ke kampung 'Isawiyah, tenggara bandar BaitulMaqdis serta menculik seorang kanak-kanak Palestin, Muhammad Ali Musa Daud Darbas, 6 tahun. Kejadian ini berlaku pada malam tadi.

Unit gempur terbabit yang disokong dengan bantuan tentera penjajah menceroboh beberapa kawasan dari kampung berkenaan, lalu turut melepaskan tembakan bom gas dan bom bunyi(sound-bomb) ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di Hayyu Az-Zuhrah dan di sebidang tanah keluarga Ulyan. Kejadian itu mengakibatkan puluhan penduduk Palestin mengalami sesak nafas.

Kejadian di tempat lain, lapor WAFA, sepasukan tentera rejim penjajah merempuh masuk ke dalam beberapa buah rumah penduduk Palestin di daerah Ya'bad, Jenin, Tebing Barat.

Menurut sumber keamanan, rumah-rumah Palestin di kawasan Al-Muloul(Ya'bad) yang dirempuh masuk telah digeledah sehinggakan peralatan rumah ada yang rosak. Pemilik-pemilik rumah berkenaan dikenali, Talib Khaled Abu Bakar, Sameh Muhammad Abu Bakar dan Ratib Sadiq Abu Bakar.

Sebelum itu, kejadian pada petang Selasa, 03/01/2011, PALTIMES melaporkan tentera rejim penjajah telah menangkap seorang remaja perempuan Palestin yang berasal dari daerah Kafar Qaddum, timur bandar Qalqiliyah di Tebing Barat.

Mangsa, Maha Ghazi Barhoum, 19 ditangkap sewaktu sedang melintasi perlintasan utara Qalqiliyah selepas pulang dari melawat saudaranya, Ala' Barhoum yang ditahan dalam penjara penjajah. Kemudian, mangsa dibawa ke tempat yang tidak diketahui.

Ahli keluarga Maha meminta Kementerian Hal-Ehwal Tahanan, Kelab Tahanan Palestin, dan Yayasan Hak Asasi Manusia serta badan-badan antarabangsa segera campurtangan bagi membebaskan segera Maha.

Demikian itu, berita AL-JAZEERAH menghebahkan hari ini bahawa seramai 14 orang penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat telah ditangkap oleh rejim penjajah. Sumber 03/01/2011, web berita Paltimes.net, web berita Wafa.ps dan berita AL-JAZEERAH

Read more...

Sha'at jumpa Az-Zahar di Gaza

Laporan jam 05:59 malam, waktu Palestin(Semenanjung Gaza)
Jam 05:59 malam, waktu Mesir

GAZA - Nabil Sha'at, ahli jawatankuasa pusat gerakan FATAH telah berjumpa dengan anggota biro politik HAMAS, Dr.Mahmud Az-Zahar pada petang Selasa, 03/01/2011 di kediaman Dr.Mahmud yang terletak di sebelah barat bandar Gaza.

Dalam perjumpaan tersebut, Nabil dan Dr.Mahmud membincangkan usaha baik pulih dalaman Palestin, perlaksanaan dari pertemuan-pertemuan yang masih berterusan serta mekanisme tugas dari setiap panitia-panitia yang dibentuk hasil dialog Palestin di Kaherah sebelum ini.

Gambar(SAFA): Dr.Mahmud Az-Zahar, tengah dan kiri gambar, Nabil Sha'at.

Kenyataan khas dari Dr.Mahmud kepada agensi berita SAFA menyifatkan kunjungan Nabil ini adalah kunjungan khusus untuk menilai pendirian-pendirian serta keputusan yang tercapai, malah turut mengungkapkan kebimbangan ekoran dari penghalang-penghalang yang merintangi persepakatan yang telah diputuskan serta memberikan kesan kepada jalan perlaksanaan.

Menjawab persoalan berhubung realiti sebenar perlaksanaan agenda-agenda persetujuan baik pulih Palestin, kata beliau, "inilah satu-satunya rintangan dan bimbang apabila keadaan di Tebing Barat tidak diselesaikan dengan cara yang baik serta boleh diterima, saya meyakini bahawa ia akan menggagalkan kesemua keputusan yang telah tercapai sewaktu menyetujuinya atas kertas."

Kata Sha'at sewaktu ditemuramah wartawan, "Isu tahanan politik, panggilan lapor diri sama ada di Gaza mahupun Tebing Barat dan mengenai jalan perlaksanaan dari persetujuan meskipun kesemua itu menjadi faktor yang mengancam usaha baik pulih, inilah yang diperbincangkan dalam perjumpaan," beliau mengungkapkan, "usaha baik pulih(damai) adalah strategi kami yang tidak boleh diundurkan."

Nabil Sha'at tiba di Semenanjung Gaza pada hari Ahad lalu turut mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua bahagian gerakan FATAH di Gaza semalam membincangkan tentang perkara-perkara dalaman organisasi FATAH serta mendengar permintaan mereka dan menyelesaikan permasalahan dalaman gerakan yang masih tergantung. Sumber 03/01/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS