الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Setuju bina 294 unit perumahan Israel

22 Mei 2011

Menteri Pertahanan(perang) rejim zionis, Ehud Barak telah meluluskan projek pembinaan perumahan yang baru sebanyak 294 buah unit perumahan di Tebing Barat. Sedemikian itu, pada waktu yang sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di Amerika Syarikat untuk membincangkan mengenai usaha damai.

Gambar(rujuk): Pembinaan perumahan Israel di penempatan Betar Illit antara tahun 2006-2009, dan kini, tahun 2011 bertambah lagi rancangan pembinaan di situ.

Pertubuhan bukan kerajaan 'PEACE NOW' Israel mendedahkan pada hari ini bahawa perumahan-perumahan ini akan dibina di penempatan Betar Illit, selatan BaitulMaqdis. Tambahan lagi, sebuah komplek perniagaan dan rumah orang-orang tua juga akan dibina di penempatan Efrat, selatan BaitulMaqdis.
____________________
Pautan:

NGO Peace Now Israel
Pertubuhan Pelobi Israel AIPAC
____________________


PEACE NOW tidak mengesahkan tarikh Ehud Barak menandatangani projek perumahan ini, tetapi Peace Now menjelaskan bahawa ia menilai ke atas surat Kementerian Pertahanan yang bertarikh pada 28 April berhubung khusus hal ini.

Sumber yang sama menyatakan sejak September 2010 iaitu tempoh akhir membekukan sebahagian kerja bina perumahan Israel yang bertempoh selama 10 bulan, Tel-Aviv telah melaksanakan lebih 2000 buah unit perumahan.

Pejabat Perdana Menteri Israel turut mengakui memberikan sebahagian lesen-lesen untuk pembinaan perumahan Israel di Tebing Barat.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Betar Illit.

Seiring pengumuman projek baru penempatan Israel, Perdana Menteri Israel waktu ini berada di Amerika Syarikat. Netanyahu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika pada Jumaat lepas di White House dan menanti untuk memberikan ucapan di hadapan Kongres Amerika. Setelah itu, Netanyahu dijadualkan bertemu dengan anggota Pertubuhan Pelobi Israel, AIPAC(American Israel Public Affairs Committee) di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, agensi kerajaan rejim Israel telah mengumumkan persetujuan membina 1,520 unit perumahan yang baru pada Isnin minggu lepas di penempatan-penempatan Yahudi, BaitulMaqdis Timur(timur BaitulMaqdis).
_____________________________________________________
Rujuk pautan berkait:
1. Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
2. Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
_____________________________________________________

Pada hari Khamis baru-baru ini, Presiden Amerika ketika menyampaikan ucapan dasar terhadap Timur Tengah mengumumkan persetujuan buat kali pertama bagi menegakkan Negara Palestin yang bersempadan tahun 1967, namun Netanyahu membantah penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan usaha ini.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Efrat.

Berhubung penempatan Israel, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin di Ramallah berkata, 'Israel kena buat pilihan, sama ada mahu damai atau bina lagi penempatan.' Sumber 22/05/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS