الإنتفاضة الفلسطينية الثالثة Third Palestinian Intifada
Revolusi Timur Tengah

Mungkin resapan revolusi Arab di Timur Tengah khususnya Mesir(مصر) mampu membantu Palestin? Sempena Nakbah(detik malang) tahun ke-63, Palestin masih seperti ketikamana dijanjikan sebuah 'Negara', namun tanah-tanah Palestin yang dirompak tersergam dengan binaan rumah perompak dan perampas. Tidak melampau jika menyebut ini adalah simbol keganasan moden rejim zionis. Waktu ini, penjajah sedang menari kegirangan kerana dapat berdiri teguh setelah melanyakkan Palestin dan memperdayakan dunia.


Laporan menarik:

Photobucket

Perjalanan Fahima(wanita Israel) mencari Islam

Barat runtuh dengan keruntuhan Israel - Aznar

Pembebasan tahanan Palestin peringkat kedua

Catatan 'ما بعد الثورة 25 يناير':


24 Jun 2012

- Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihanraya, hakim Farouq Sultan mengumumkan Dr. Muhammad Morsy memperolehi pungutan suara sebanyak 13,230,131 yang dinisbahkan kepada 51.7%, manakala Ahmad Shafiq pula mendapat pungutan suara sebanyak 12,347,380 nisbah kepada 48.3%.


Dengan demikian, Dr. Morsy dipilih sebagai Presiden baru Mesir selepas revolusi 25 Januari.


29 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Azhar.

- Dr. Muhammad Morsy menyampaikan ucapan rasmi kepada rakyat Mesir di Dataran Tahrir(Tahrir Square) sempena himpunan juta yang dinamakan 'Penyerahan Kuasa'. Di hadapan himpunan, Dr. Muhammad Morsy turut mengangkat sumpah.


30 Jun 2012

- Dr. Muhammad Morsy mengangkat sumpah di hadapan Perhimpunan Agung Mahkamah yang terdiri daripada 18 orang hakim besar. Secara rasminya, Dr. Muhammad Morsy ditabalkan jawatan Presiden Republik Arab Mesir selepas memperolehi kemenangan dalam pemilihan(pilihanraya) Presiden peringkat ulangan.

- Presiden menyampaikan ucapan di Universiti Kaherah. Beliau turut mengangkat sumpah di hadapan para hadirin yang dijemput khas.

Tentangan dan serang balas, 20 Jun 2012:


- [Kemaskini] Pejuang menghentam lagi lokasi-lokasi Israel

- Dua cedera, pesawat zionis mengebom Bayt Lahiya

- [Kemaskini] Empat cedera dua buah lokasi AL-QASSAM dibom F-16

- Anak syahid, ayah dan beberapa orang lagi cedera

- Kebakaran, tiga dilanda histeria dalam pengeboman pejuang Palestin

- [Kemaskini] Syahid, dua cedera sasaran serangan udara zionis di Rafah

- Cedera, zionis lancar lagi serangan di Gaza

- 4 tentera zionis cedera akibat serangan roket di Ashkelon

Memaparkan catatan dengan label BaitulMaqdis Timur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BaitulMaqdis Timur. Papar semua catatan

14 buah unit perumahan baru di BaitulMaqdis

08 Disember 2011

Laporan jam 12:27 pagi, waktu Palestin(BaitulMaqdis)

BAITULMAQDIS - Semalam, Majlis Perbandaran Israel(penjajah) di bandar BaitulMaqdis(Al-Quds)telah meluluskan pembinaan 14 buah unit perumahan baru zionis di kawasan perumahan Ras Al-Amoud di BaitulMaqdis Timur(sebelah timur BaitulMaqdis).

Siaran berita TV 1 Israel menjelaskan bahawa Majlis Perbandarannya di BaitulMaqdis telah meluluskan pembinaan jantung yang baru bagi Yahudi di penjuru timur BaitulMaqdis. Kawasan perumahan tersebut akan diletakkan nama 'Yang Mulia Daud'.

Operasi besar-besaran di Bayt Rima

Sementara itu, menjelang pertengahan malam, sejumlah hampir 20 buah jip peronda tentera penjajah merempuh masuk ke daerah Bayt Rima yang terletak di sebelah barat laut bandar Ramallah, Tebing Barat. Tentera penjajah melancarkan operasi mengesan besar-besaran di rumah-rumah penduduk Palestin.

Logo PFLP

Sumber tempat menjelaskan kepada agensi berita SAFA bahawa sekurang-kurangnya dua buah jentolak turut mengiringi sebahagian besar tentera pejalan kaki. Puluhan dari tentera penjajah merempuh masuk ke dalam Masjid Umar Bin Al-Khattab di pertengahan daerah malah berkumpul di dalamnya.

Sebahagian dari tentera penjajah menggeledah beberapa buah rumah penduduk serta memeriksa, pada waktu yang sama, tentera penjajah naik ke bumbung rumah-rumah Palestin.

Pertempuran antara puluhan pemuda Palestin dengan tentera penjajah turut tercetus di kawasan-kawasan perumahan yang lain. Sehingga berita ini ditulis, tiada lagi sebarang laporan mengenai penangkapan.

Penduduk daerah berkenaan menerangkan bahawa operasi besar-besaran di daerah itu bertujuan untuk menangkap anggota-anggota JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN(Barisan Pembebasan Popular Palestin: PFLP), lantas mendorong tentera penjajah menggeledah rumah-rumah penduduk yang disyaki milik anggota JABHAH.

Mutakhir ini, tentera penjajah menggiatkan operasi menangkap anggota-anggota JABHAH dari beberapa wilayah yang berlainan di Tebing barat. Sedemikian itu, beberapa hari setelah JABHAH SHA'BIAH mengadakan sambutan ulangtahun ke-44 penubuhannya. Sumber 08/12/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Penjajah rempuh masuk ke Al-Aqsa

06 Ogos 2011

Laporan jam 12:02 tengah malam, waktu Palestin/Mekah
Jam 11:02 malam, waktu Mesir(05/08/2011)

BAITULMAQDIS - Sebuah pasukan unit sokongan tentera rejim penjajah merempuh masuk ke masjid Al-Aqsa menjelang pertengahan malam tadi.

Pengerusi Pusat Media Al-Quds, Muhammad Sadiq mengesahkan kepada agensi berita Safa bahawa tentera rejim bertindak mengepung tempat solat di bahagian belakang Al-Aqsa sebelum cuba usaha bertindak kasar merempuh masuk dan menghalau keluar penduduk Palestin yang beriktikaf.

Beliau menyatakan operasi rempuhan tentera rejim menggunakan hujah mereka yang berada di masjid Al-Aqsa melanggar perintah yang dikeluarkan oleh polis penjajah tidak membenarkan orang muslimin berada dalam masjid Al-Aqsa selepas solat Isyak sehinggalah menjelang subuh.

Jelas Sadiq, sewaktu penduduk Palestin menunaikan solat sunat tarawikh, sekumpulan dari warga zionis turut cuba merempuh masuk ke Al-Aqsa. Bagaimanapun, tindakan tersebut disedari para jemaah lain lantas menghalang warga zionis mencapai keinginan mereka.

Pergaduhan tercetus antara para jemaah dengan warga zionis berhampiran dengan pintu al-majlis, kemudian tentera rejim campur tangan bagi melindungi warga zionis.

Berbalik kepada situasi, tentera rejim kerap kali memeriksa dalam masjid Al-Aqsa sebaik sahaja penduduk Palestin selesai menunaikan solat fardhu Isyak. Kemudian, kesemua pintu masjid ditutup kepada para jemaah dan mereka tidak dibenarkan beriktikaf dalam masjid Al-Aqsa sehinggalah pintu dibuka semula 30 minit sebelum masuknya fardhu Subuh.

Dalam laporan berasingan, Al-Jazeerah menyiarkan sekitar 90 ribu penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa semalam, iaitu Jumaat pertama di awal Ramadhan. Jelas sumber, angkat tersebut menurut kenyataan dari jurucakap polis rejim yang tidak membenarkan penduduk Palestin dari kalangan lelaki berumur 50 tahun ke bawah memasuki BaitulMaqdis, manakala larangan ke atas perempuan pula berumur 45 tahun ke bawah.

Palestin ketika menunaikan solat sunat Jumaat di awal Ramadhan(AFP).


Semenjak awal tahun 2000, rejim penjajah tidak membenarkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat memasuki BaitulMaqdis Timur yang dijajah sejak tahun 1967. Sumber 06/08/2011, web berita Safa.ps dan 05/08/2011, web berita Al-Jazeerah.net

Read more...

Washington bangkang desakan Arab iktiraf Negara Palestin

15 Julai 2011

Laporan jam 02:24 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 01:24 petang, waktu Mesir
(Kemaskini jam 09:00 malam, waktu Mesir)

GAZA - Washington membangkang ketetapan Liga Arab yang mendesak PBB(United Nations) supaya mengiktiraf Negara Palestin bebas merdeka mengikut garisan sempadan tahun 1967. Kata Amerika, pengiktirafan tersebut tidak merangsang usaha damai.

Sedemikian itu, jurucakap Kementerian Luar Amerika Syarikat, Mark Toner berkata dalam laporan yang diterbitkan media Israel 'Jerusalem Post' hari ini, "Kecaman dari Washington memang telah jelas terhadap mana-mana tindakan sebelah pihak tidak akan berakhir dengan penyelesaian yang komprehensif."

Tambah Toner, "penyelesaian konflik dengan tertubuhnya dua buah negara tidak mungkin berlaku melainkan melalui jalan rundingan serta persetujuan antara dua belah pihak," beliau menegaskan, negaranya berjanji memberi bekerjasama dengan semua pihak agar tujuan itu(penubuhan Negara Palestin) tercapai melalui rundingan.

Kenyataan Toner menjawab kenyataan rasmi yang dikeluarkan Liga Arab dalam persidangannya semalam berhubung keputusan Liga Arab mendesak PBB mengiktiraf negara Palestin dan BaitulMaqdis Timur sebagai ibunegara. Tambahan lagi, Liga Arab juga meminta pengiktirafan ke atas negara Palestin sebagai negara anggota dalam Badan Antarabangsa, PBB.

Jerusalem Post menjelaskan, walaupun Palestin telah mendapat persetujuan pengiktirafan negara merdeka dari hampir 115 buah negara di dunia, namun Amerika Syarikat, Kanada dan sebahagian besar negara anggota Kesatuan Eropah masih tidak memberi pengiktirafan kepada Palestin.

Perarakan kemerdekaan

Buat kali pertama sejak dari 20 tahun yang lalu, para aktivis Palestin yang turut disertai kumpulan-kumpulan aktivis Israel keluar beramai-ramai dalam satu perarakan di BaitulMaqdis hari ini bagi menuntut penubuhan negara Palestin merdeka.

Kumpulan-kumpulan aktivis menamakan perarakan mereka 'perarakan kemerdekaan'.

Gambar: Perarakan kemerdekaan di BaitulMaqdis. Lihat laporan media Israel: Thousands march for Palestine in Jerusalem.

Menurut radio penjajah, lebih dari 1000 anggota aktivis Israel berhaluan kiri dan penduduk Palestin di BaitulMaqdis keluar berarak menuntut negara Palestin.

Perarakan ini bermula dari Bab Al-Amoud menuju ke Hayyu Syeikh Jarrah. Turut memberikan ucapan adalah para aktivis Palestin dan Israel yang meminta kerajaan rejim penjajah(Israel) mengiktiraf pembebasan Palestin.

Perjalanan perarakan ini mengikut sepanjang tembok-tembok dinding di bandar BaitulMaqdis, kemudian berarak mengikut arah yang bertentangan terhadap perarakan yang diadakan oleh agamawan Yahudi pada awal bulan Jun lalu meraikan 'hari penyatuan BaitulMaqdis'.

Negara baru Afrika

Sementara itu, Perhimpunan Agung PBB semalam telah menerima keanggotaan sebuah negara baru dari benua Afrika, iaitu Republik Sudan Selatan yang berpecah dari Republik Sudan. Beberapa hari yang lalu, Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri rejim zionis(Israel) telah mengeluarkan kenyataan berhubung bantuan kepada negara baru tersebut.

Gambar: Bendera negara baru. Konflik Sudan ternyata pantas diselesaikan, kesannya lahir Republik Sudan Selatan.

Menurut laporan dari berita Al-Jazeerah, matawang baru Republik Sudan Selatan akan mula digunakan pada 18 Julai ini. Sumber 15/07/2011, web berita Safa.ps, web berita Jerusalem Post dan berita Al-Jazeerah

Read more...

Penjajah tangkap 11 Palestin bawah umur

13 Julai 2011

Laporan jam 03:45 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:45 petang, Mesir

BAITULMAQDIS - Polis penjajah menangkap 11 remaja Palestin bawah umur di Silwan, BaitulMaqdis atas dakwaan melontar batu dan botol kaca berisi minyak petrol ke bangunan tapak penempatan haram zionis 'Bet Yuntan'.

Peta, google map: Kedudukan daerah Silwan di selatan Masjid Al-Aqsa. Biarpun Silwan berada dalam kawasan BaitulMaqdis Timur(Palestin), namun penjajah bebas keluar masuk dan menggerakkan operasi ketenteraannya.

Sepasukan polis dari unit khas menyerbu masuk ke rumah-rumah remaja Palestin yang masih bawah umur dalam lingkungan dari 14 hingga 17 tahun.

Jurucakap polis penjajah berkata, beberapa hari lagi surat dakwaan akan dikemukakan kepada remaja bawah umur ini untuk hukuman.

Gambar(arkib Safa): Tidak mengenal usia, penjajah turut menangkap Palestin bawah umur.

Safa melaporkan, golongan kanak-kanak dan remaja Palestin bawah umur sentiasa dan selalu menjadi sasaran pihak berkuasa penjajah. Sumber 13/07/2011, web berita Safa.ps

Read more...

Setuju bina 294 unit perumahan Israel

22 Mei 2011

Menteri Pertahanan(perang) rejim zionis, Ehud Barak telah meluluskan projek pembinaan perumahan yang baru sebanyak 294 buah unit perumahan di Tebing Barat. Sedemikian itu, pada waktu yang sama, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berada di Amerika Syarikat untuk membincangkan mengenai usaha damai.

Gambar(rujuk): Pembinaan perumahan Israel di penempatan Betar Illit antara tahun 2006-2009, dan kini, tahun 2011 bertambah lagi rancangan pembinaan di situ.

Pertubuhan bukan kerajaan 'PEACE NOW' Israel mendedahkan pada hari ini bahawa perumahan-perumahan ini akan dibina di penempatan Betar Illit, selatan BaitulMaqdis. Tambahan lagi, sebuah komplek perniagaan dan rumah orang-orang tua juga akan dibina di penempatan Efrat, selatan BaitulMaqdis.
____________________
Pautan:

NGO Peace Now Israel
Pertubuhan Pelobi Israel AIPAC
____________________


PEACE NOW tidak mengesahkan tarikh Ehud Barak menandatangani projek perumahan ini, tetapi Peace Now menjelaskan bahawa ia menilai ke atas surat Kementerian Pertahanan yang bertarikh pada 28 April berhubung khusus hal ini.

Sumber yang sama menyatakan sejak September 2010 iaitu tempoh akhir membekukan sebahagian kerja bina perumahan Israel yang bertempoh selama 10 bulan, Tel-Aviv telah melaksanakan lebih 2000 buah unit perumahan.

Pejabat Perdana Menteri Israel turut mengakui memberikan sebahagian lesen-lesen untuk pembinaan perumahan Israel di Tebing Barat.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Betar Illit.

Seiring pengumuman projek baru penempatan Israel, Perdana Menteri Israel waktu ini berada di Amerika Syarikat. Netanyahu telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika pada Jumaat lepas di White House dan menanti untuk memberikan ucapan di hadapan Kongres Amerika. Setelah itu, Netanyahu dijadualkan bertemu dengan anggota Pertubuhan Pelobi Israel, AIPAC(American Israel Public Affairs Committee) di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, agensi kerajaan rejim Israel telah mengumumkan persetujuan membina 1,520 unit perumahan yang baru pada Isnin minggu lepas di penempatan-penempatan Yahudi, BaitulMaqdis Timur(timur BaitulMaqdis).
_____________________________________________________
Rujuk pautan berkait:
1. Lulus bina 1500 unit perumahan baru di BaitulMaqdis
2. Rancangan bina 1500 unit perumahan di BaitulMaqdis
_____________________________________________________

Pada hari Khamis baru-baru ini, Presiden Amerika ketika menyampaikan ucapan dasar terhadap Timur Tengah mengumumkan persetujuan buat kali pertama bagi menegakkan Negara Palestin yang bersempadan tahun 1967, namun Netanyahu membantah penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan usaha ini.

Gambar(rujuk): Sebahagian perumahan di penempatan Efrat.

Berhubung penempatan Israel, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin di Ramallah berkata, 'Israel kena buat pilihan, sama ada mahu damai atau bina lagi penempatan.' Sumber 22/05/2011, web berita Al-Jazeerah

Read more...
widgeo.net

anjung pavilion

Free counter and web stats Politics Top Blogs Politics Blogs - Blog Top Sites
Journalist Blogs - Blog Catalog Blog Directory

 Subscribe in a reader

download juice, the cross-platform podcast receiver

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates .com 2008

Kembali ke ATAS